Di
pejabat Aryani dan Karl sibuk dengan tugas masing-masing.Persiapan dalam
berurusan dengan Gamuda Holding perlu dititik beratkan. Peluang hanya datang
sekali, Karl tidak mahu ada sedikit kelemahan yang tidak sepatutnya ada dalam
urusan tersebut.Dengan pantas hari berganti hari, sehingga Aryani tidak perasan
yang hari ini sudah pun hari terakhir bekerja, today is Friday!Panggilan fatin
mengingatkan program mandi manda membuat Aryani pantas melihat Kalendar.
“sekejap
je dah hari jumaat, besok time untuk rest!” Aryani melepaskan perasaan lega.
Hari-hari yang lepas dia betol2 jadi robot jadian.ahaks!
“mana
karl ek..haritu cakap nak ikot. Tapi dia takde kat ofis.Alang-alang dia dah
lupa baik aku terus buat-buat lupa gak…hehe” Aryani mula membuat tanduk di
kepala.
Aryani
baru lepas solat, dia duduk dibirai katil mengenangkan hidup jauh dari
keluarga. Sesungguhnya dia rindu pada mak. Aryani mencapai handphone.
Trutttt..truttt…
“assalammualaikum
mak…buat apa tu, dah makan?”aryani memberi salam.
“waalaikummussalam,
tengah melipat kain. Dah tadi. Aryani ada duit?” soalan mak yang sudah boleh
dijangkakan.
“kenapa
mak..kan baru Aryani masuk kan” Aryani mengira-ngira dengn jari. Rasanya baru
dua minggu sudah dia masuk kan,belum lagi genap sebulan.
“memang
la baru lagi tapi mak nak pakai duit sikit, minggu depan ada kenduri dekat
rumah mak ngah, mak nak beli baju sehelai dengan kasut. Takkan mak nak pakai
baju yang sama je” ayat mak dah mula tak puas hati.
”oh..nanti
Aryani masukkan lah, takpe la mak, Aryani ada kerja nak buat. Nanti Aryani call
mak lagi. Jaga diri ye. Assalammualaikum.” Aryani sedikit hampa.
Sesungguhnya
mak tak pernah berubah. Begitulah tiap-tiap kali Aryani telefon, hanya bercakap
pasal duit. Sikit pun tak tanya khabar anak perempuannya disini. Niat Aryani
untuk melepaskan rindu hanya disimpan jauh disudut hati.
Kalau
nak harap mak yang call, lagi lah payah. Di saat perlukan duit saja mak akan
call.
Akhirnya
gugur juga airmata Aryani. Kesedihan yang ditanggung sudah tak tertahan.
Dirinya sungguh mendampakan kasih sayang dan perhatian. Aryani terlena dengan
pipi dibasahi mutiara jernih.
Tangan
Aryani meraba-raba mencari handphone dan menutup alarm yang sudah
bordering-dering. Sudah pukul6.00 pagi, segera dia bangun dan mencapai tuala.
Selalu je terlambat.Lari dari apa yang
dia set, mana taknya alarm set pukul545 pagi tapi sedar pukul6.00 jugak. Punya
lah liat nak bangun solat subuh.
Usai
solat, Aryani terus bersiap, dia hanya berpakaian ringkas. Tshirt dan seluar pendek
tiga suku. Aryani ke dapur untuk menyiapkan bahan-bahan, dia sudah bersetuju
untuk membawa bekal bihun goreng dan fatin akan uruskan makanan ringan dan yang
lain-lain.
Setelah
bihun goreng siap, Aryani masuk kebilik mengambil bag pakaian yang sudah
dikemas. Semuanya di letak satu tempat di ruang tamu, supaya tidak yang
tertinggal.
Aryani
melihat jam hampir pukul8.00 pagi. Aryani membuka pintu untuk menyapu halaman
rumah sementara menunggu kehadiran Fatin. Terbeliak mata Aryani melihat Karl
sedang keluar dari kereta. Karl senyum pada Aryani.
“
hai morning” karl melangkah merapati pagar.
“
morning..awal encik karl datang? Saya ingat encik karl dah lupa.” Aryani
membuka pintu pagar.
“
mana boleh saya lupa, anyway kenapa awak tak call saya bagi tahu pukul berapa
nak bertolak? Tu sebab saya datang awal.” Karl mula meluah rasa tidak puas
hati.
“
err..saya takde nombor encik karl, lagipun masa balik encik karl takde dalam
bilik” aryani mula rasa cuak.
Karl
hanya memandang aryani, dia mula rasa panas. Ade ke patut Aryani tak simpan
nombor handphone dia. Semalam sebelum dia keluar untuk berjumpa client, karl
sudah menulis nombor handphone dan tinggalkan nota di meja Aryani.
“semalam
saya dah tinggalkan nombor atas meja, awak tak baca ke?” tegas suara karl
bertanya.
Aryani
mula berfikir..nota yang mana ni. Semalam dia tak perasan ada nota di meja dia.
Jenuh
dia berfikir. Cepat fikir aryani..fikir..fikir..hah, dah macam jimmy neutron
dah.
Karl
masih memandang tepat muka Aryani, dia betol-betol tak puas hati dengan sikap
Aryani yang sambil lewa terhadap dia. Aryani dah boleh agak dengan pandang mata
karl yang tajam, memang suhu Mr.0ksigen tengah naik.
Fatin
menghon-hon kan kereta. Aryani terkejut dan memandang kearah Fatin yang baru keluar dari kereta.
Karl masih memandang tajam pada Aryani.
“se..se..sekejap
nak amik barang..” aryani tergagap memberitahu Fatin.
“
hai, saya fatin” fatin mendekati karl.
“
Karl iskandar, call me karl.” Karl memandang fatin.
“
la..si Aryani ni pergi masuk pulak” fatin merungut
“
kenapa?” karl mengangkat kening.
“
ada perubahan sikit, saya kena ambik adik dekat airport. Dia sampai pagi ni.
Plan hari ni terpaksa cancel” Fatin terangkan pada karl.
“
its ok, pergi la.. leave aryani with me.” bersahaja je Karl memberi arahan.
“ha
ok, nanti cakap dengan Aryani ye yang saya pun tahu time nak datang sini” fatin
terus berlalu.
Aryani
yang baru menutup pintu rumah menjadi hairan. Hanya Karl yang ada bersandar di
kereta,fatin sudah hilang kemana.
“
mana fa..” belum sempat Aryani habiskan ayat Karl dah memotong “ dia ada hal, dia
pesan nanti dia call, jom!” karl terus memasuki kereta.
Aryani
hanya diam dan berjalan perlahan membuka pintu. “ encik karl saya letak barang
kat belakang ni ye” Aryani memandang karl yang hanya mengangguk
Aryani
membuka pintu belakang dan meletak bag dan makanan.
Di
dalam kereta karl hanya diam kan diri, Aryani pasti Karl tidak puas hati akan
hal tadi.
Aryani
tak berani nak bersuara, dia hanya duduk diam. Suasana macam ni boleh buat
Aryani tak cukup 0ksigen. Mr 0ksigen please help me!!
Karl
mula perlahankan kereta dan menyusur ketepi. Aryani mula cuak, “ dia nak
tinggalkan aku kat sini ke” berdegup laju jantung Aryani. “alaa fatin..kenapa
lah ko boleh tinggal kan aku sorang-sorang tadi.” Aryani mula gelisah bila Karl
sudah mula berhenti di bahu jalan.
“bagi
handphone” suara karl ada macam aura nak mara.
Aryani
perlahan-lahan keluarkan dari bag tangan. Belum sempat Aryani hulur karl lebih
pantas menyambar handphone di tangannya.
Aryani
hanya melihat Karl sibuk memicit-micit punat nombor di handphonenya.
Karl
memandang Aryani. Tajam! Aryani cepat-cepat tunduk.
Karl
memberi handphone semula. Aryani hanya memandang handphone dia apabila terasa
gegaran.
Kelihatan
nama “Karl” di skrin.” Saya dah save nombor. So after this anything u can
contact me” karl mula bersuara. Aryani hanya mengangguk.
Karl
mula tenang meneruskan pemanduan.Aryani mula rasa kelopak mata semakin
berat,akhirnya dia terlena sendiri.
Aryani
merasa tangannya di pegang seseorang, dia membuka mata perlahan-lahan. Dia
terkejut kerana baru sedar dia sudah tertidur ketika Karl sedang memandu tadi.
“maaf
saya tertidur” Aryani berasa bersalah dan memandang karl.
Karl
hanya senyum dan melepaskan pegangan tangannya.
Aryani
menelan air liur “ ala..selamber je dia pegang”
Karl
perasan Aryani tak selesa, tapi dia hanya buat bodoh dan terus memandu. Aryani
jadi tak senang dan memandang keadaan di luar.” Eh, ni arah nak ke mana?”
aryani mula rasa lain.
“
encik karl..kita nak kemana ni,bukan kita nak mandi dekat area Gombak je ke?”
aryani memberanikan diri.
“
bukan, saya nak bawak awak pergi Thailand” karl jawab tanpa memandang Aryani.
“hah??
Nak buat apa kat sana? Jangan macam ni encik Karl” Aryani mula cuak. Ya allah
lindungi lah hamba mu ini. Aryani mula
berdoa dalam hati.
Karl
hanya senyum tapi senyuman dia terbantut bila Aryani cuba membuka pintu.
“ Saya nak turun dekat sini, saya tak nak
pergi. Tak nak ikot” Aryani mula memberontak.
“
duduk diam please” karl masih tenang.
“tak
nak..saya nak balik” Aryani mula marah dan mencapai handphone untuk call fatin.
Karl
dengan pantas merampas handphone dari tangan Aryani. Terus dia menekan butang
off dan simpan di poket.Karl meraih tangan Aryani, pegangan nya sungguh kuat
dan mencengkam. Aryani tersentak dan makin takut. Dia cuba melepaskan pegangan
Karl.
“encik..jangan
buat saya macam ni, saya tak nak ikot,please lepaskan tangan saya” aryani mula
merayu.
“dear,please
duduk diam je boleh?” karl masih tenang.Airmata Aryani mula gugur..sesungguhnya
dia semakin takut.
Selepas
beberapa jam Karl memandu, akhirnya dia berhenti di Cameron Highland.
Dia
melepaskan tangan Aryani dan memberhentikan kereta berhampiran di kawasan
ladang strawberi.
Aryani
segera membuka pintu dan keluar untuk lari. Karl lebih pantas menyambar tangan
dan merangkul kemas pinggang Aryani.
“nak
pergi mana ni….” Karl bersuara lembut.
“saya
nak balik…”Aryani bercakap dengan airmata mengalir di pipi.
“saya
main-main je tadi..saya nak bawak awak jalan dekat Cameron je, fatin terpaksa
ambik adik dia dekat airport, dia tahu masa on the way nak datang rumah tadi,
so saya kesian kat awak yang dah bersiap ni, so saya decide bawak awk jalan,
paham?” karl menerangkan satu persatu dan mengesat airmata Aryani.
Aryani
diam dan mengangguk paham.” Encik..lepaskan..” aryani rimas kedudukannya
sekarang yang terlalu rapat.
Karl
mula melepaskan Aryani dan senyum.
Aryani
hanya mengikut langkah Karl berjalan di setiap pelusuk tempat yang ada di
Cameron Highlang habis Karl pusing. Ada tu karl merengek lapar bila dalam
kereta, aryani mengeluarkan bihun goreng yang di bawa. Banyak karl makan.
Aryani tak sangka Karl kuat makan jugak.
“
tak sedap sory la yeh” aryani berpesan awal.
“
sedap awak masak..tolong tambah lagi” karl menghulurkan pinggan kepada Aryani.
Aryani
mencebik tak percaya.
Kereta
Karl berhenti di depan rumah Aryani, sehari suntuk mereka berjalan hari ni.
Macam-macam yang di beli Karl untuk Aryani, bunga, buah-buahan, teh dan
termasuk la bantal berbentuk strawberi. Walaupun Aryani berulang kali cakap tak
nak, karl tetap beli dan langsung tak endahkan percakapan Aryani.
“
terima kasih” aryani ingin membuka pintu tapi di tahan Karl.
“
aryani, awak tahu kan saya betol-betol nak kita jadi kawan, saya tak nak awak
anggap saya macam orang luar. Saya suka kawan dengan awak.lagi-lagi awak manja,cepat
je nak menangis, kelakar dan lurus pulak tu. Saya tak nak ada orang ambik
kesempatan pada awak.” Karl mula meluahkan rasa.
“
ye..kita kawan, terima kasih encik karl” aryani senyum dan mula membuka pintu.
Karl
cepat memegang lengan Aryani. “ please stop call me encik” karl bertegas.
“saya
nak panggil apa..encik bos saya..tak kira la diluar waktu pejabat pun, saya
tetap ada rasa hormat dan saya tak nak orang fikir saya ambik kesempatan”
aryani mula terangkan pada karl.
“aryani!
For your information, di pejabat awak isteri saya. Awak perlu bekerja dekat
dengan saya! Dan disebab kan itu awak
dan saya perlu rapat.So saya tak nak awak panggil saya encik bila masa
kita berdua saje. Please call me Karl or Is. Which one u prefer” karl mula
menjadi tegas.
Aryani
hanya mengangguk, tidak kuasa melawan percakapan Karl. Dia tidak mahu karl
panjang kan cerita.
‘
Saya balik dulu” Aryani terus keluar dan mencapai barang-barang di bahagian
belakang.
Aryani
meletakkan barang di dapur dan meletakkan bunga di dalam bekas yang berair.
Dia
berjalan memasuki bilik dan duduk di birai katil. Tergiang-giang percakapan
Karl tadi dan setiap sentuhan Karl cukup erat seperti tidak mahu melepaskannya,
argh! semua tu perasan dia sahaja. Aryani sedar Karl mula ambik berat tentang
dirinya. Tapi aryani sebolehnya ingin menepis semua itu, dia takut menaruh
harapan. Aryani sedar siapa dia, dirinya tak layak untuk terima perhatian atau
kasih sayang. Itu takdir hidupnya. Cukuplah hati terluka dengan sikap keluarga.
Dia tak nak terluka sebab menaruh harapan pada orang berkedudukan seperti Karl
Iskandar Ukasyah.
Selepas
mandi dan bersolat, Aryani mula baring di katil. Dia rindu pada Arwah baba.
Lamunan
Aryani terganggu, dia memandang handphonenya yang mula menyanyi kuat.
“hello
dear” suara karl kedengaran di cuping telinga Aryani.
“
assalammualaikum…ye encik?” Aryani membalas.
“oh,
waalaikummussalam” karl termalu tapi cepat-cepat dia cover dengan mengubah
topik “ degil kan masih berencik dengan saya” suara karl macam nak naik suhu.
“ eh
maaf karl, saya terlupa” cepat-cepat aryani menukar panggilan.
“
tak susah pun nak panggil nama, saya suruh panggil baby baru tahu, nak?” karl
seolah-olah mengugut.
“maaf..saya
tak sengaja” aryani akur, dia tahu karl akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa
yang dia nak.
“tengah
buat apa tu?” karl mula berlembut.
“
baru baring” balas aryani.
“
besok buat apa?” karl terus menyoal
“
duduk rumah je kot” aryani jawab bersahaja.
“
ok..duduk rumah diam-diam ye” karl mengusik.
Aryani
tersenyum. Suke la tu!
“
Oklah,time to sleep. Dah lewat ni. Good night sayang” suara karl semakin romantik.
“err…ok..good
night” aryani tersentak dengan panggilan sayang dari karl.
Keesokan
awal pagi Aryani sudah bangun, selepas solat subuh dia tidak boleh nak tidur
semula. Time hari kerja punya la liat tapi time cuti la mata ni segar je nak
bangun pagi!
Aryani
memanfaatkan hari minggu ni dengan kemas rumah, basuh pakaian, memasak dan
menyapu halaman.
Setelah
semuanya sudah siap Aryani duduk menonton CD di laptop. Bukan main syok dia
menonton cerita English action movie sampai handphone dia berbunyi di atas kerusi
pun dia tak sedar. Silent mode memang la!
Tuk!
Tuk!
Pintu
rumah di ketuk bertalu-talu, aryani terperanjat.siapa pulak ni, aku silentkan
phone sebab tak nak di ganggu tapi ada pulak yang datang.
Aryani
berjalan untuk membuka pintu. Terlopong mulut aryani melihat wajah yang berada
di depannya. Mr.0ksigen??
Aryani
cepat-cepat hendak tutup pintu sebab dia hanya berpakaian short pants dan
sleeveless. Tapi tangan Karl lebih pantas menahan.
“encik
kejap2!” aryani menjerit
Tapi Karl terus menolak pintu sampai aryani
berundur kebelakang. Mata karl memandang tubuh aryani yang sexy itu. Ya tubuh
dia sungguh mengetarkan naluri lelaki karl. Jauh beza dengan Natalie.
“awak
panggil saya encik???” mata karl memang nak makan orang.
“errr..ka..karl”
aryani tunduk.
“awak
betul2 degil kan…” karl terus berjalan masuk.
Aryani
cuak, dari cara karl bercakap dia tahu karl nak buat sesuatu.
Karl
menarik aryani supaya merapatinya, aryani mula gelisah.
“
err..karl,duduk la dulu, saya bu..buatkan air” aryani cari idea nak menjauhi
karl.
“last
warning!, awak panggil saya encik lagi, tahu lah nasib awak” karl betul- betul
mengugut.
“
pergi siap, ikut saya” satu arahan dari karl
“ishh..main
pakse-pakse pulak” aryani merungut sendiri..tak puas hati!
“cepat
la, awak nak saya siap kan awak ke?” karl
mula berjalan mendekati aryani.
Aryani
cepat-cepat berlari masuk dalam bilik.
Karl
memandu hingga ke Genting Highland, aryani hanya mengikut langkah karl sambil
matanya melihat suasana malam disana. Hati aryani seronok, dia tidak pernah
sampai disini, hanya mendengar cerita dari kawan-kawan yang tempat ni menarik.
Langkah
aryani menjadi berat, dia hanya berdiri kaku di depan pintu masuk. Karl sudah
berjalan di depan, mungkin tak perasan yang dia sudah ketinggalan di belakang.
Karl
memusing kiri dan kanan, dia melihat aryani hanya berdiri didepan pintu. Karl
berpatah balik dan menarik tangan aryani.“come with me!”
“err..encik
saya tak nak!” please,saya tunggu sini je” aryani keraskan badan. Tangan karl
terus merangkul kemas pinggang aryani dan menarik dia masuk ke dalam Casino.
“
saya dah bagi last warning tadi kan? Tahulah nasib awak lepas ni” karl berbisik
di telinga aryani.
Gulp!
Aryani menelan air liur.
“
hello mr. karl iskandar” segur seorang lelaki berbangsa cina.
“hello
mr. tan, banyak untung ka?”karl berjabat dan bertegur sapa.
“eh,
miss aryani u pun ada, sila-sila” mr. tan menghulurkan tangan.
“
err..hai mr. tan, I just company my boss” aryani tersenyum kelat.
Aryani
rimas, karl masih merangkul kemas pinggangnya. Mata dia liar memerhati suasana
di dalam casino. Macam-macam gelagat orang. Perhatian aryani terganggu, susuk
badan di meja judi itu sungguh dia kenal.Hah! Mata aryani terbeliak. Takkan
la?!
superbbbbbb story......... plz post banyak banyak lagi lepas nie........
ReplyDeletethanks alot...yes,pls wait ya..i will :D
ReplyDeleteNAK LAGI X SABAR NAK TAHU SIAPA TU.
ReplyDeletenak lagi nak lagi sambung please....baru jumpa blog ni so saya pun follow lah hehehe
ReplyDeletehai kalam cinta..
ReplyDeleteinsyaallah saya akan update next entry dlm masa terdekat..anyway thank for be follower..yup,blog saya ni ssh nk jumpa..sy pun xtau napa :(
Numpang lewat yah min...
ReplyDeleteHanya di OPPO POKER
Bonus New Member....
Deposit 15.000 - 49.999 = Bonus nya 10.000
Deposit 50.000 - 99.999 = Bonus nya 15.000
Deposit 100.000 Ke atas = Bonus nya 20.000