Sunday, 11 January 2015

Cerpen : Badak Oh Badak

Riuh rendah suasana kelas tingkatan 5V2 dan 5S3, mana tidaknya kelas mereka hanya sebelah menyebelah. Bila guru-guru mengadakan mesyuarat mulalah mereka pun berkeliaran seperti sekolah ini ana yang punya.

Haih…inilah kes budak-budak nak SPM terutamanya pelajar lelaki.
Tapi siapa cakap pelajar lelaki je yang nakal?? Nak bukti? Ni 3 orang power puff girls sekolah, Si Nurul, Zaraa dan Qis mereka pun sama berkeliaran. Pantang kelas takda cikgu macam lipas kudung mereka cabut keluar dari kelas.

Semasa mereka berjalan ingin masuk ke kelas, Nurul perasan akan seseorang. Dia masih lagi ingat akan wajah manusia yang baru berselisih dengannya. Tapi entah di mana mereka berjumpa, wajah Nurul berkerut-kerut memikirkan wajah tersebut.

“Qis!!” Nurul dengan kelam kabut berlari anak mendapatkan Qistina yang elok sahaja melabuhkan punggung di kerusi. “Ishh ape hal ko ni..terkejut aku tahu tak”

“Badak!” Nurul menjengilkan biji matanya kepada Qistina. Zaraa disebelah diam membisu kerana dia langsung tidak faham apa yang cuba disampaikan Nurul.

“Badak?? Ape cerita ko ni..aduhh” Qistina seperti biasa mula menunjukkan barannya.”Ya Allah..Qis ko ingat tak masa darjah enam budak lelaki yang dorang panggil Badak??”

Qis hanya mengeleng “ ala..budak yang gemok tu..dorang panggil dia Badak!” Nurul cuba memaksa Qistina mengingati cerita yang hampir 4 tahun berlalu.

“ko ni Nurul..aku mana nak ingat.   Sape Badak pun aku tak kenal..ko cerita je la!” Qis mula angin dengan Nurul.

“okey-okey..tak silap aku nama dia Syafrizal, tapi budak-budak panggil dia badak sebab dia gemok. Masa darjah enam dia enam gigih la. Maksudnya dialah budak baru sekolah kita yang Cikgu Iqbal bagi tahu ” Nurul mula semangat bercerita bila dia sudah mula ingat semua pasal si badak.

“ Nurul..aku tak kenal, sebab aku tak berapa nak campur budak 6 gigih.” Qis mula buat muka bosan. Zaraa mula tersenyum bila dia sudah tangkap apa yang Nurul cuba terangkan.

“Tapi seperasan aku budak tadi tak gemok” Zara mula bersuara.” Budak tadi cuma hensem gilerr” sambung Zaraa.

“itulah aku nak cakapkan, dia dah tak gemok and one more thing he so handsome Qis!!” Nurul dah mula menunjukkan sel-sel gatal dia mula berhubung.

Qis bertambah bosan..sebab dia tersangat-sangatlah faham akan sikap Zaraa dan Nurul. Pantang laki smart mula la topik tu akan jadi perbualan.

Apa yang mampu Qis buat hanya merenung wajah sahabat baiknya dengan hati yang pasrah.

“Qis! Qis!..tu dia lalu” sergahan Nurul membuatkan Qis terus berpaling ke tingkap kelas melihat siapa yang dimaksudkan. Anak mata Qis hanya mengekori seorang budak lelaki yang sedang berlalu di luar kelas. Sempat budak lelaki itu memandang kearah mereka dan melemparkan senyuman yang sangat manis.

Qis terkaku, dia melihat seorang lelaki yang murah dengan senyuman.”ha tulah badak..tapi kan Qis dia tengok ko la tadi” Nurul berpaling kepada Qis.

“Pandai-pandai jela ko ni”

“Betul la..dia pandang ko tadi bukan kitaorang” Zara menyokong statement Nurul.

Entah kenapa Qis mula hairan dengan sikap rakannya, agak-agaklah nak bahan dia pun. Takkan la dorang tak kenal yang aku ni jenis macam mana. Aku jenis perempuan yang kasar, cantik?? Tak cantik mana pun kulit tak bape nak cerah. Hitam-hitam manis je. Antara mereka bertiga Zaraa yang paling ramai peminat. Zaraa gadis lemah lembut, kulit sawo matang gitu, wajah kacukan lagi.

Sedang Qis diam memikirkan sikap zaraa dan Nurul, mata dia bertembung lagi dengan Si Badak. Kali ni Qis yakin mereka saling pandang sesama sendiri.

“Eh dia lalu lagi la” Nurul memanggil Qis dan Zaraa. Tanpa mereka sedar yang Qis sudah lama memandang ke arah budak lelaki itu.

Seperti biasa pada belah petang Qis sibuk dengan latihan menari. Jeng jeng…memang dah boleh jangka, perempuan kasar suka menari. Qis memulakan tugasnya sebagai ketua penari dengan memberi arahan supaya anak-anak buahnya membuat regangan. Qis berjalan menghampiri radio.

Inilah masanye untuk dia menghilangkan stress belajar.haha
Qis memulakan langkah yang perlahan mengikuti rentak lagu. Dia akan mencari ilham langkah-langkah yang baru untuk di ajar pada kumpulannya. Qis perlu membuat persiapan supaya tarian mereka nampak ceria dengan pelbagai bunga tarian.

Keasyikan Qis melayan melodi muzik tradisional, dia tidak sedar ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan dirinya.

“garang macam tu pun boleh manari lagi,pelik-pelik” Hanif bersuara.
Syafrizal mengalihkan pandangan. Mata dia tepat melihat Hanif yang sedang memerhatikan budak perempuan yang asyik dengan latihan tariannya.

“maksud ko???”

“ budak tu, garang macam singa. Tapi boleh menari.”

“kenapa ko cakap dia garang?? Ko dah pernah terkena ke?” Syafrizal tersengih.

“huh, pernahlah tu sebab aku cakap. Dulu masa aku 1st time tengok minah ni. Aku terus syok dekat dia. Memang lah tak cantik mana tapi dia ada daya tarikan tersendiri. Yang penting bukan jenis cepat perasan dan tak gedik!. Masa aku ajak dia couple, direct dia sound aku. SAYA TAK ADA HATI NAK BERCINTA SO SAYA TAK ADA HATI PADA AWAK. HARAP AWAK PAHAM. Mau tak tersentap aku. Belum apa-apa lagi da kena sound macam tu. Depan orang ramai lagi” Apa punya spesis lah..tak ada hati dekat lelaki.

Syafrizal hanya mengangguk perlahan,matanya beralih semula ke arah budak perempuan yang dimaksudkan Hanif. Mungkin dia bukan perempuan yang asli?

“Qistina oii..jomlah gerak pergi kelas seni. Hari ni kena masuk bengkel” Zaraa memanggil Qis yang masih leka membuat latihan kelas sebelum ni.

“yela..nak kemas ni”

Qis berjalan mendahului Zaraa dan Nurul.Langkah Qis bersemangat ke kelas seni, sungguh dia suka dengan kelas ni. Cikgu Tarmizi sangat baik,lepas tu masa nilah boleh menghilangkan stress.

“weh sini!..tengok ni dalam kolam ada apa!!” Hazir menjerit sambil melambai tangan kepada Qis. Qis ternampak beberapa pelajar lelaki yang berkumpul di depan bengkel seni sibuk melihat kolam ikan buatan sekolah yang berada di hadapan kelas.

Apabila Qis menghampiri Hazir, dia perasaan ada seorang budak lelaki mencuri masuk kolam ikan yang separuh siap itu.

“Hahaha..ko nak jadi apa duduk dalam tu??” Hazir mentertawakan kawannya itu.

“Qis ko nampak tak apa ada dalam tu, bapak ikan” Hazir masih rasa lucu.

“Nampak si badak air” Qis menjawab spontan.

“hahahahha..” lagi besar ketawa Hazir, tapi kali ini lagi meriah sebab semua orang yang berada disitu sudah gelak besar.

Syafrizal terus memandang tepat ke arah Qis, bukan dia tidak perasaan kehadiran perempuan itu cuma ego seorang lelaki masih ada.

Qis cuba membuka pintu bengkel tetapi masih berkunci. “Kunci..hmm”

“kunci lagilah tu sebab kitaorg duduk bersidai dekat sini” Hazir bersuara seakan-akan paham apa yang bakal di tanyakan Qis.

“Siapa panggil aku badak air tadi?” budak lelaki yang kini berdiri di hadapan Qis mula bersuara.

Terdengar suara orang kembali ketawa. Siapa lagi kalau bukan Hazir,Zaraa,Nurul dan Izwan.

“aku” selamba Qis memberi jawapan.

Syafrizal tersenyum, dia mula merapati Qis.

“nama ko siapa eh?” Syafrizal terus menyoal.

Qis memandang pelik, “apehal pulak ko nak tau? Tak puas hati?” Qis berganjak kebelakang sedikit. Sempat Qis menjeling pada Zaraa dan Nurul tapi mereka sedang kusyuk berborak dengan Hazir dan Izwan. Si Nurul memang ada hati pada Hazir. Hmm..

Qis dengan pantas menutup tag nama di tudungnya. Dia sedar yang si badak depan ni sedang memerhatikan tag namanya.
Syafrizal memandang tepat ke anak mata Qis bila melihat tindakan drastik Qis.

“pandai kan?” Syafrizal geram.

Qis tersengih bangga. Lalu berjalan meninggalkan si badak.

“Qis!! Ko nak pergi mana?” Nurul memanggil Qis apabila dia sedar Qis mula beredar.

Sepantas kilat Qis menoleh kearah Si Badak kerana dia tahu budak lelaki itu sedang tersenyum lebar.” Aku nak cari cikgu Tarmizi la” Qis jawab tidak puas hati.

“Aku ikut!” Nurul berjalan menghampiri Qis.

“ Jumpa lagi ye QISS” Syafrizal sengaja menekan nama Qis dengan kuat apabila mereka mula melangkah semakin jauh dan Zaraa hanya memerhati sahabatnya beredar.

Qis terus menonong jalan tanpa mempedulikan Si Badak. “ kenapa dia panggil nama ko mcm pelik” soal Nurul. Tapi Qis hanya mendiamkan diri. Malas nak besar kan hal mcm ni.

Hari ini Cikgu Tarmizi mengabungkan ketiga-tiga kelas seni yang di ajar bagi menyiapkan projek pelajar  Tingkatan 5. Qis sibuk menyiapkan lukisan 3D nya, warna pun sudah di siapkan di atas meja. Qis betul-betul tekun membuat tugasannya. Zaraa seperti biasa sering di kelilingi peminat lelakinya. Mereka mula la berbual mesra dengan Si Zara. Alah, biasa lah ayat mengorat. Nurul dengan kelam-kabutnya, habis warna tumpah di atas meja, tak pasal-pasal keluar masuk bilik darjah ke tandas.

Semua pelajar sibuk menyiapkan tugasan mereka termasuklah Si Badak. Tak sangka dia pun ambik subjek seni. Qis mengambil tempat duduk di bahagian mesin cahaya untuk menekap gambar. Qis mula fokus dengan memerhatikan setiap gambar yang ditekap. Tiba-tiba kerusi di hadapannya di tarik. Qis mengalihkan pandangannya untuk memberi ruang kepada pelajar itu. Mesin ni hanya boleh muat untuk dua orang sahaja. Tapi Qis tersentap apabila Si Badak yang duduk di hadapannya kini.

“Tak nak gaduh ok?” Syafrizal terlebih dahulu mengibarkan bendera putih. 
Qis tidak mempedulikan si Badak malah dia dengan segera menyiapkan lukisannya. Entah kenapa dia tidak selesa bila lelaki itu berada dekat dengannya.

“Macam mana nak buat ni” Syafrizal cuba untuk berbual.

“ ikut je gambar tu..” Qis menjawab sambil fokus pada lukisannya.

“ko ni tomboy ek?” Syafrizal terus menyoal.

Berkerut dahi aku bila soalan tu keluar dari mulut Si Badak. Aku hanya memandang wajah Badak lalu mengeleng. Aku bukan la tomboy cuma aku perempuan yang kasar. Sikap lemah lembut takde dalam diri aku, namun jiwa da perasaan aku masih keperempuanan.

“so ko pure perempuan la ni? Syafrizal masih lagi menyoal.

Tapi kali ini aku terus jadi blur sebab apa maksud pure yang hendak dia maksudkan?? Ermm..

Aku melihat Syafrizal tersenyum lalu bangun beredar dari situ. Aku memang bukan jenis nak fikirkan sangat benda-benda macam ni. Arghh lantak la!

“apa yang Syafrizal borak dengan ko?” Nurul menyergah Qis yang seperti kusyuk membuat lukisannya.

“entah..aku pun tak paham”

“dia memang biasa borak dengan ko?”

“ni la 1st time..dah la, ko ni banyak tanya la.”

4 tahun berlalu…

Hari ni hari terakhir aku menjalani praktikal di syarikat audit firm. Namun, aku bersyukur ada panggilan interview pada esok hari. Harap-harap dapatlah aku kerja.

Tepat jam 2 petang aku sudah sampai di bangunan yang aku cari. Selepas mengisi borang yang diberi aku menunggu untuk di temuduga. Kelihatan seorang perempuan berbangsa Filipina datang menghampiri aku. “ hello, Miss Qistina please follow me” dia tersenyum lalu membawa aku ke sebuah bilik.

20 minit kemudian…

“ok thank you Qistina, anything our HR will call you. Alright?” Miss Gomez melemparkan senyuman.

“Thank you Miss Gomez” Aku mengghulurkan tangan untuk bersalam. Di dalam hati aku sungguh berdoa moga aku dapat lah kerja ni. Aku tak nak jadi penganggur, kerja apa pun aku tak kesah janji masih halal.
Selang dua hari, aku mendapat panggilan dari syarikat shipping tempoh hari. Yeayyy!! Aku berjaya mendapat pekerjaan.Finally!

Sudah seminggu aku mula bekerja tapi aku masih belum di serahkan ke department yang sepatutnya kerana perlu menjalani latihan terlebih dahulu.Entah kenapa banyak orang menyebut department yang bakal aku masuk mesti masak! Seram pulak jiwa mak ni.

“Qistina!” suara garau itu memanggil aku dengan kuat. 

Satu department mula beralih arah kepada aku yang berlari- lari anak.

“Ye Mr. Syafrizal” tercungap-cungap aku menjawab. “ report saya ada masalah ke?”

“mau nye takde..ini apa??” suara Syafrizal mula perlahan. Kasihan bercampur seronok melihat wanita didepannya di buli.

Qistina melihat jari telunjuk Syafrizal kemudian mengambil repotnya semula. Syafrizal tersenyum puas. Qistina malas hendak melayan kerenah Syafrizal. Ya dia tahu Syafrizal memang sengaja membulinya, dari awal mereka dikenalkan kerana akan bekerja di satu bumbung.
Belum sempat Qistina melangkah jauh nama dia di panggil semula. Qistina hanya menoleh sedikit kerana dia tahu yang…

“Lunch dengan saya. Saya tunggu!” satu arahan keluar dari mulut Syafrizal.

“Baik encik badak!” tapi jawab dalam hati jek. Badak oh Badak!

Aku merenung lelaki yang sedang makan di hadapanku, apa yang sedang bermain difikirannya. Pertama kali diperkenalkan macam nak luruh jantung aku. Kisah yang dah bertahun lama berlalu bagai bermain-main di kotak fikiran aku. Badak??!! Kecilnya dunia ni..dalam ramai-ramai orang kenapa dia yang aku jumpa.

“Rindu kat muka aku ni yeh??” Syafrizal mula bersuara apabila melihat Qistina asyik termenung.

“ha??” Qistina tersedar dari lamunannya. “Eh, tolong sikit yeh, aku ni bosan tengok kau makan. lembab!”

“Ini baru Qistina yang saya kenal” Syafrizal sudah mula tersenyum.

“ni luar ofis..so you are not my boss”

“shall we” Syafrizal mula bangun untuk beredar.

“Tak kanlah hari-hari aku nak menghadap si Badak tu, hmm..penat nak layan kerenah dia” Qis mengomel sendiri. Kerja yang berlambak di atas meja tak mampu di teruskan. Tak tahu la kenapa hari ni dia terasa moody sangat. Sebab si badak ke, sebab kerja ke..entahlah yang penting dia sangat serabut.

Qis melihat jam handphone, sudah pukul 7.30 malam tapi dia masih di pejabat. Dengan perasaan malas Qis berjalan untuk ke surau. Dia perlu solat dan berehat seketika untuk menyambung sedikit lagi kerja sebelum pulang ke rumah.

“ya allah..macam mana aku boleh terlajak tidur ni” Qis segera bangun untuk keluar dari surau. Lepas solat tadi dia ingat nak lelapkan mata sekejap tapi hampir 45 minit dia tertidur. Qis menutup pintu surau namun bahunya di sentuh seseorang. “mak!!!” Qis jerit terperanjat.

“syhh..aku lah ni..kau belum balik lagi?” Syafrizal bertanya dengan wajah yang serius.

“huhh..semangat..belum Encik Syafrizal”Qistina berfikir mahu beredar, ada kerja yang perlu dia selesaikan.

Syarizal menghalang Qis dari melepasinya. “ tapi sekarang dah pukul berapa?” Syafrizal masih tidak puas hati.

“Encik Syafrizal lupa ker, siapa yang bagi saya kerja? Besok saya kena hantar semua report-report tu kan?” Qistina memang malas nak layan si Badak ni, dah la hari ni aku moody jer.

Qis cuba menolak susuk tubuh yang menghalangnya, tapi cubaan itu gagal. “kalau awak tak mampu nak buat kenapa masa saya serah kan report tu awak diam je?” wajah Syafrizal masih lagi seperti tadi.

“saya malas nak banyak soal, you are my boss. So please..I’m not in the mood.”

“Saya tak sezalim ni..” rasa kesal menyelubungi hati Syafrizal.

“Please excuse me..” baru sahaja Qis mahu berjalan tangannya di capai Si Badak.

“ishh.. apa ni??”Qis cuba melepaskan tangannya.

Syafrizal hanya merenung wajah gadis di depannya. Tak ada reaksi mahu melepaskan tangan Qis.

“Mr. Syafrizal!” Qis menaikkan suaranya sedikit.

Syafrizal masih terus merenung..”Kita balik”
Tanpa melawan Qis hanya mengikut tangannya yang di pegang si Badak.

“Qistina..you are pure women right? minat pada lelaki?” entah kenapa soalan tu mengiang-ngiang di telinga Qis. Apa maksud si Badak tu. Kenapa dia soal macam tu.haih.. pelik la aku. Rupa aku ada macam tomboy ker? Rambut elok jer panjang, Cuma aku kasar sikit..zaman sekolah lagi lah kasar. Tak kan tu jadi isu?

“Qis! Encik Syafrizal cari awak” Kak Jaja tersenyum.
Qis menangguk. Dia cepat-cepat bangun dari meja makan di pantry ofis.

“Encik Syafrizal cari saya?” Qis masuk selepas ketukannya berjawab. Ingat masa kena marah sebab tak ketuk pintu. Pagi-pagi aku jadi watak utama drama tak berbayar.

“hmm..duduk” wajah badak serius aje..sebab dah lama tak berendam kot.hehehe

sempat aku mengutuk dalam hati. Aku hanya menanti apa yang ingin di katakan oleh makhluk didepan aku. Bila aku tenung betul-betul Badak ni handsome orangnya..patutlah jadi sebutan ramai pelajar perempuan dulu. Tapi muka nak serius je memanjang..kan manis bila senyum. Badak oh badak.

“Awak tahu kan esok malam dinner untuk syarikat?”
“hmm..yes sir”

“Good, awak mesti datang. No excuses!” ada sedikit nada paksa dalam suara garau itu.

“oh..”

“ingat pertanyaan saya pada awak malam tempoh hari?”

“yang mana? Tentang tema? Ke food?”

Syafrizal mula menjeling kepada Qis bila dia tahu yang minah ni masih berfikir tentang dinner “malam yang saya mula bahasakan diri saya awak no more aku dan kau"

“oh..ada yeh?”

Syarizal bangun dan berjalan ke arah Qis yang masih duduk. 

“ err, sorry la saya gurau jer..malam yang mana yeh?” Qistina mula nervous bila melihat si Badak mula menghampirinya.

“depan surau, saya pegang tangan awak” suara Syafrizal seakan 
berbisik.

“aaaa…” Qis mula tak tentu arah sebab suara si Badak sangat romantik dan sangat dekat di sebelahnya.

“oh..ya..ya saya ingat” Qis mula menggelabah, dia cepat-cepat bangun dari kerusi untuk berdiri.

Qis cuba lagak seperti biasa walau dia rasa si Badak sangat lain. Ini bukan Badak yang aku kenal.

Syafrizal menapak selangkah ke depan, dan dia kini berdiri hampir dengan Qistina.

“esok..saya nak awak buktikan yang awak seorang perempuan yang sejati”

“ha??” Qis semakin pelik?

“bukti? Macam mana?”

“terima lamaran saya”

“lamaran??”

“no thousand excuses. See you tomorrow. Okey..keluar” serius nada suara Syafrizal.

Keesokannya, Qis masih serba salah untuk membuat keputusan samaada hendak pergi dinner atau pun tidak. Dia masih runsing tentang lamaran yang di maksud kan badak.

Lamaran apa..tak kan kahwin? Jauh sangat pemikiran aku..lamaran jadi teman dinner ke..lamaran jadi partner menari ke..aduhh..sakit kepala aku bila fikir.

Dengan rasa berat hati, Qis melangkah masuk ke dewan makan malam di hotel Royal Bintang. Dia cuma memakai dress labuh berwarna pink belacan. Perlahan dia berjalan sambil mata dia mencari kelibat si Badak. Dia berharap dapat mengelak dari berjumpa, dengan suasana yang beratus orang tak mungkin mereka terserempak.

Tanpa Qis sedar ada mata sedang memerhatikannya. Dari pintu masuk sehingga Qis berhenti di tempat minuman di hidangkan.
Untuk tidak terserempak dengan Badak, Qis cuba menutup wajahnya dengan tangan, kemudian dia cuba dengan menundukkan wajahnya. Rasa macam pesalah apa entah.

“ hai..” suara garau itu sangat dekat di telinga Qis.

Qis menoleh untuk melihat siapa yang menegurnya, tapi…alangkah terkejutnya bila si Badak berdiri dengan sebelah tangan memegang gelas minuman.

“err..hai” jawapan Qis hambar.

“comel” Syafrizal tersenyum.

“dah ready?”

“ha?”

“terima lamaran?”

“ok macam ni, sebenarnya saya tak faham. Lamaran apa,bukti kan apa?”

Bibir Syafrizal masih dengan senyuman. Qis cuba mengelak untuk pandang senyuman itu takut dia cair tengok manisnya muka badak ni..badak oh badak.

“buktikan awak pempuan sejati dengan terima lamaran untuk jadi isteri saya di depan semua orang”

“giler???”

“takut?”

“no!”

“so?”

“tapi..”

“no thousand excuses. Kalau awak betul perempuan sejati bukannya spesis pelik-pelik tu, kenapa awak nak takut?”

“kenapa awak boleh fikir saya macam tu?”

“Qistina kita kenal dari zaman sekolah..semua perangai awak dalam poket saya. dari sekolah saya dah tanya awak pure perempuan ke? Awak cakap yes..tapi saya tengok sampai sekarang tak ada satu laki pun dengan awak. Where is the logik?”

“itu bukan urusan awak Encik Syafrizal, Kalau perempuan tanpa lelaki means she is nor pure women?

“macam lelaki jugak, kalau tak ada perempuan orang kata he is a gay. Kan? Tapi dalam hal ni memang urusan saya sebab…I love u Qis..saya sayang awak..”

Qis terkedu dengan pengakuan si Badak.

Tanpa menunggu lebih lama, Syafrizal meletakkan gelas nya di meja minum berdekatan dengan mereka berdiri. Dia menarik tangan Qis.

“ Qistina Binti Zulkarnain, sudikah awak menerima lamaran saya untuk memperisterikan awak?”

Dengan dramatiknya semua mata sudah beralih kepada mereka berdua. Qis cuba menarik tangannya tapi dia tidak mampu.

Suasana menjadi senyap..Qis melihat sekeliling dewan. Dia berharap ini semua mimpi tapi apakan daya ini adalah realiti.

Syafrizal menyoal semula soalan yang sama “ Qistina Binti Zulkarnain, sudikah awak menerima lamaran saya untuk memperisterikan awak?”

Terkedu..itu reaksi aku tatkala ini.

“ Qistina Binti Zulkarnain, sudikah awak menerima lamaran saya untuk memperisterikan awak?”

Soalan itu kedengaran lagi apabila Syafrizal menyoal untuk kali ketiga.

“Just say yes dear..” ada seorang wanita bersuara, tapi aku tak pasti siapa.

“arr…ye..yesss” eh macam mana aku boleh jawab macam tu??? Ko biar betul Qistinaaaa.. Memang aku sedang berperang dengan diri sendiri ketika ini.

Lebar senyuman Syafrizal..semakin erat dia memegang tangan Qis.
“saya janji saya tak kan sia-sia kan awak..In sha allah hingga ke Jannah” dalam suasana yang riuh itu aku masih boleh dengar percakapan yang diluahkan oleh Syafrizal.

Tak sangka lah jodoh aku dengan si Badak. Tapi apa pun aku bahgia..Walau apa pun alasan yang diberi Si Badak untuk propose aku yang pasti aku terima dia seadanya seperti dia menerima aku seadanya.

No comments:

Post a Comment