Wednesday 21 January 2015

Apakah tajuknyeee????

Jom layan cerpen kt bawah ni..manggis nak mintak tolong korang2 semua ni cari kan tajuk yang sesuai. Misi manggis skrg ni nak cari tajuk yang best untuk cerpen ni.. :D


Cerpen....(isi tempat kosong).......


Sekilas aku teringat pada hari yang paling bahagia buat aku yang berlaku 2 tahun lepas. Saat aku diijab kabulkan dengan insan yang aku cintai dan sayangi. Seperti wanita yang lain, aku pun begitu mengharapkan bahgia hingga ke akhir hayat. Tapi kita tetap manusia, kadang kala pasti pertelingkahan tetap terjadi dalam satu-satu perhubungan.

“Aku terima nikah Zaraa Aulia Binti Kamarul dengan mas kahwinnya rm300 ringgit tunai” habis sahaja lafaz itu diucapkan terdengar tok kadi mengatakan sah! Kemudian diikuti beberapa orang saksi.

Tatkala aku sudah bergelar isteri kepada Muhd Iqbal Bin Muhd Rashid, aku menitiskan airmata. Mana tidaknya sudah hampir 7 tahun kami menyulam kasih baru kini temetrai janji. Banyak dugaan susah senang kami tempuh bersama tapi sikit pun tidak mengoyahkan rasa cinta dan sayang aku terhadap dia.

Masih jelas di ingatanku saat Iqbal terlibat dengan kemalangan motosikal, dia hampir lumpuh. Aku turut merasa kesedihannya, tapi aku tahu aku jugak yang perlu memberi semangat kepada dia. Aku simpan dalam-dalam perasaan sedih aku, aku tunjuk pada dia aku kuat. Aku menanti dengan sabar tiap kali Iqbal pergi membuat terapi di hospital. Aku beri semangat supaya dia sentiasa rajin menjalani terapi. Aku ikhtiar mencari vitamin dan ubat yang sesuai untuk menyembuhkan kakinya. Akhirnya dia sihat seperti sediakala walau mengambil masa 2 tahun.

Tapi apalah daya aku, mahligai yang kami bina hanya bertahan selama 3 bulan. Bukan jatuh terduduk sahaja, tapi jatuh tergolek, menonggeng semua ada. Walau sudah 2 tahun berlalu sisa nya masih kuat.

“beb, jomlah pegi ambik gambar.” Edelina menarik tanganku untuk bergambar dengan pengantin. Ya Allah..aku lupa yang aku sedang menghadiri pernikahan rakan baik aku Qaisara atau rakan serumah aku jugak.

“ apa yang kau menungkan tadi? Berangan ek nak kahwin?” Edelina sempat mengusik Zaraa ketika mereka sedang posing mengambil gambar.

“isshh..diamlah” Zaraa malas nak layan, makin di layan makin parah.

“tahniah Qai, semoga korang kekal hingga ke Jannah” Zaraa bersalaman dengan Qaisara sebelum mereka meminta diri. “Esok majlis persandingan jangan tak datang tauuu” Qaisara mengingatkan Zaraa untuk majlis esok.

Semasa di dalam kereta, Edelina masih rasa ragu-ragu tentang Zaraa ketika dimajlis pernikahan.

“Zaraa, kau kenapa ek tadi, air muka kau berubah bila laki si Qai akad nikah?”

“mana ada apa-apa”

“jangan cakap kau ada hati dekat….”

“choiii..weh kau agak-agak lah..takkan aku nak ambik member baik aku punya laki? Kau ni kalau dengar si Qai ni apa yang dia fikir pulak” Zaraa mula bengang bila Edelina main serkap jarang macam ni.

“sorry..sorry..tapi aku pelik la..”

“kau ni..masa tu kan moment sedih untuk setiap perempuan..ishh, aku cuma menghayati”

“owhh..tapi kan aku pelik la masa aku kahwin dulu aku happy  jer tak sedih mana la”

“kau tu fiona bini shrekkkk”

“hahahahaha” serentak mereka ketawa.

Hanya merekalah rakan yang aku ada, Edelina dan Qaisara. Sekarang masing-masing sudah berumah tangga. Qaisara lebih mengenali diri aku kerana dia jugak lah housemate aku. Cuma Qaisara sahaja yang tak tahu kisah silam aku. Bukan aku tak ingin nak bercerita pada Edelina tapi aku ingin melupakan segala sejarah yang lepas dan untuk itu perlu ke aku bercerita? Hmm..

Kerjaya sebagai Pereka Dalaman disebuah syarikat swasta membuatkan aku sentiasa outstation, mana tak nya kalau aku lebih diberi pada Corporate Client. Maksudnya aku akan menguruskan projek hiasan dalaman untuk golongan korporat.

“Zaraa..meeting with Encik Ismail in 10 minutes” gadis yang manis bertudung sudah pun membuat reminder. Itu lah Latifah Personal Assistant Encik Ismail aka Boss besar.

“thanks Ifa” Tanpa berlengah lagi Zaraa pun menghabiskan minumannya dimeja dan mencari note book untuk kegunaan meeting sekejap lagi.

Aku menanti boss menghabiskan perbincangannya di dalam telefon. Mungkin client baru atau projek baru. Aku boleh teka sebab tengok muka Boss yang bersinar-sinar tu.

Selesai sahaja Encik Ismail berbincang dia melemparkan senyuman yang da biasa sangat aku tengok.

“So what’s next?” aku terus bertanya tanpa menunggu
.
“as usual, ada request dari client tapi agak berbeza sedikit. But I confident you boleh Zaraa”

“Aik..belum apa-apa dah confident? Ok what’s the different?”

“mereka mintak kita design untuk resort”

“oh..”

“Yes..Syarikat Ilham Abadi planning untuk buka resort,so dia hired kita jadi pereka dalaman”

“Okey..tapi sayakan lebih pada ruang pejabat, spa and so on? Are you sure??”

“be confident, yeah I know that Zaraa..tapi ini peluang kita. Lagipun itu bukan resort biasa. Its exclusive resort same like corporate level. Sebelum-sebelum ni pun kita ada pengalaman client request untuk konsep natural for spa kan?”

“Tapi…”

“I trust you..next week kita perlu hantar kertas kerja untuk mereka pilih. That’s it”

“I will try..” lemah semangat aku bila Boss Ismail ni jadi pemimpin diktator.

“good!”




Tuk! Tuk!

“Masuk!”

“hello bro, cuba kau teka?” Remy tersengih-sengih melihat muka Hadi yang serius.

“Boleh bagi salam tak..kau ingat setakat ketuk pintu tu dah cukup ker?” Hadi hanya merenung rakan sekerjanya plus personal assistant.

“Oo..assalammualaikum Mr. Khairul Hadi, boleh saya masuk?” Remy cukup suka membahan kawannya yang nak serius memanjang.

“hmm..just straight forward, aku busy hari ni”

“okey..aku dah dapat Interior designer yang kau nak. By next week company tu akan send information and all idea for our new resort.”

Hadi hanya mengangguk-ngangguk kecil.” So please remind me about the meeting”

“Alright bro, macam biasaaa..”

Masuk hari ni dah 3 hari aku balik lewat..ingat senang ke kerja Internal Designer, macam-macam nak kena fikir. Sebelum nak ilham kan idea tu aku kena fikir susun atur dalam ruang, lukisan pelan bangunan, detail perabot, pelan siling dan lampu, pemilihan material seperti fabrik dan wallpaper, rekaan perabot, construction atau pembinaan dan banyak lagilah. Yang paling stress aku tak pernah buat untuk design untuk resort, tapi demi kerjaya aku cuba sebaik mungkin..aku anggap je ni peluang aku menimba ilmu. Terima Kasih Encik Ismail!

“Cik Zaraa??” si gadis manis menegur aku yang masih melekat di kerusi pejabat.

“eh hai Ifa…what the busy day. Time balik pun tak sedar” Zaraa mula merenggang kan badannya yang terasa letih.

“Pukul berapa nak balik..dah tiga hari balik lewat, takkan hari ni pun sama?”
“sikit lagi..nak kena hantar cepat ni”

“kalau kerja dalam keadaan penat, boleh dapat hasil yang berkualiti ke?”

Pandangan aku terus beralih tepat pada wajah gadis yang berdiri di hadapanku. 
Latifah memang masih muda, aku kira-kira umurnya baru sahaja 22 tahun. 
Jauh beza dari usia aku. Hmm..tapi kata-kata dia pun ada betul jugak.

“apa kata Cik Zaraa..balik n rest..besok datang awal sikit. In sha allah bila kita dalam keadaan yang fresh kerja akan menjadi mudah” sambungnya lagi.

Aku tersenyum mendengar kata-kata nasihat dari Ifa lalu aku mengangguk setuju.


Setelah beberapa hari berhempas pulas menyiapkan kertas kerja, aku mengambil cuti beberapa hari berehat. Ini pun arahan Boss Ismail aku. Katanya pagi tadi kertas kerja aku diterima. Lagi happy la Boss Ismail aku. Tapi yang tak best nya, aku perlu menyiapkan bahan untuk presentation seminggu dari sekarang. Pihak Ilham Abadi akan turut serta dalam meeting tersebut. Kenapa aku tak pernah menyesal ambik course ni???

Dalam beberapa saat sahaja aku akan masuk ke bilik presentation. Segalanya sudah aku siapkan, entah kenapa untuk kali ini aku terasa sedikit gugup. Mungkin ini projek resort aku yang pertama.

Aku menanti wakil dari syarikat Ilham Abadi tiba, pintu bilik mesyuarat menjadi target aku.


Dup..dap..dup..dapp..

Aku melihat Encik Ismail masuk bersama dua lelaki yang segak dan kemas. 
Nampak seperti seusia atau lebih tua dari aku.
Aku bangun untuk memberi hormat bila Encik Ismail memperkenalkan nama aku kepada mereka.

“Ini Senior Interior Designer kami Cik Zaraa Aulia”

Kedua-dua mereka memandang kearah aku..tapi hanya seorang sahaja yang memberikan senyuman yang sorang lagi muka nak serius je dari dia masuk.
Di sebab kan aku tahu mereka ni client aku tetap menghadiahkan senyuman untuk si mamat muka ketat tu.

Hampir 3 jam berlalu……

Fuhh!! Aku melepaskan sesak di dada apabila pihak Ilham Abadi sudah pulang. Aku bersyukur kerana dapat feedback yang positif. Tapi aku rase musykil bila terfikir ketika aku sedang membuat presentation hanya seorang sahaja yang kerap bertanya iaitu Remy. Mamat si muka ketat tu atau apa nama dia Haidi? Hadi? Lebih kurang la..asyik merenung aku tanpa sikit pun berpaling ke tempat lain. Meskipun Remy bertanya kepada dia, dia masih menjawab dengan mata dia terus memandang aku. Walawehh..fokus betul ke nak cari silap. Selalu mamat-mamat poyo cam ni ego bukan main tinggi.


Tapi jauh di sudut hati aku, adakah dia kenal aku bekas isteri Iqbal? Dia kenal ke Iqbal? Mungkin jauh sangat pemikiran aku ni..


Entah kenapa..kenangan tu masih kuat..masih melekat dalam otak aku. Pada hari aku dijatuhkan talak, siapa lah boleh menduga genap 3 bulan perkahwinan semuanya sekelip mata berubah. Ya kerana duit..kerana pangkat..Perempuan itu memang lebih dari aku..lebih dari segala-galanya.

Aku bahgia di awal perkahwinan, semua berubah apabila Iqbal mendapat perkerjaan baru. Di sana dia mula berubah gaya dan cara, ya mungkin kerana kawan dan cara bekerja juga baru. Sejak itu Iqbal kurang masa dengan aku..walau cuti dia tetap keluar, pada mulanya aku fikir mereka keluar atas dasar kerja dan beramai-ramai hingga lah satu hari, aku terima panggilan yang mereka di tangkap khalwat. Luluh hati aku..Iqbal mengahwini perempuan itu kerana dia mengandungkan anak Iqbal..hancur hati aku…terasa disiat-siat hati aku.


Hanya pada hari itu aku menangis..menangis sepuas-puasnya dan keesokannya aku tidak pernah lagi menangis. Mungkin orang ingat aku kuatkan? Tapi aku hidup ibarat mayat yang bernyawa. Hilang semua perasaan, aku hanya fikir kerja..kerja dan kerja.

Hanya kerana Qaisara dan Edelina aku belajar untuk senyum semula. Hal ini hanya Qaisara yang tahu, aku simpan sedalam-dalamnya.



“Welcome Cik Zaraa!” Suara Remy menyambut kedatangan Zaraa.

“hai Encik Remy? Right?” Zaraa cuba mengingati lelaki yang tegak berdiri di depannya.

“Yup..mesti penat kan? Maaflah, tapak resort ni memang jauh ke dalam sikit”

“I’m ok”

“So, selesakan diri, you can look around untuk match your idea aritu. Saya tak nak ganggu. Anything just panggil saya di sana? Nampak kan mini ofis tu?” Remy sangat murah dengan senyuman.

Zaraa mengangguk sambil tersenyum dengan cara Remy. He so friendly. Zaraa menghantar langkah Remy dengan merenung lelaki itu. Setelah kelibat Remy sudah pun jauh Zaraa berpusing untuk mula melihat tapak resort.


“Ya allah!!!..astghafirrullah…al-azim” Zaraa mengosok-ngosok dada nya  yang berdegup laju.


Zaraa terkejut melihat mamat muka ketat elok je berdiri di belakangnya. Walau pun Zaraa terkejut beruk mamat ni masih diam merenung Zaraa. Muka takyah ceritalah memang ketat sendat.

“Apa Encik Haidi buat dekat sini? Eh maksud saya kat belakang saya?” terkejut saya tahu tak..”

“excuse me? Haidi?” jawab mamat muka ketat

“salah ke? Haidi? Eddy? KD?” Zaraa da mula main pop kuiz dengan gaya jari telunjuknya.

Senyum!

Ya..si muka ketat mula tersenyum..

Zaraa terpana sekejap..tak lame 2 saat jer.

“salah yeh? Salahkan?” Zaraa tahu dia dah salah meneka nama mamat muka ketat. Eh da tak ketat.

“Nama Remy you ingat?”

“oh..nama dia macam Romeo sikit, senang nak ingat”

“Oo..I see..Remy…Romeo..hmm,” Hadi setuju dengan kata-kata Zaraa..memang sesuai!

“so your name..again”

“Hadi”

Zaraa hanya melihat lelaki itu melangkah pergi selepas menyebut namanya. Raut wajah dia turut kembali serius. “ishh..apa kena dengan dia tu” Zaraa berbisik sendiri. Tanpa membuang masa Zaraa memulakan kerjanya sebagai Interior Designer.

Remy menjeling-jeling Hadi yang dari tadi memerhatikan Zaraa yang sedang bekerja. Siapa pun akan perasan kalau duduk sila panggung mata tak pandang ke arah lain. Zaraa ditenung sepuas-puasnya.

‘apa kes hadi ni, tak pernah aku tengok buang tebiat mcm ni’ Remy bertanya di dalam hati.

“boleh tahan jugak Zaraa tu kan..” Remy cuma menarik perhatian Hadi.
Namun tiada respons.

“Aku rasa aku nak try la Zaraa tu..terliur jer aku tengok” Remy sengaja membakar hati Hadi.

“Kau cakap apa?? Kau dah ada girlfriend kan” dengan wajah yang berkerut Hadi menoleh rakannya di sebelah.

“hahahaha..kau panas?”

Hadi hanya mendiamkan diri.

“ok, apa kata macam ni. Kita dua ajak dia pergi dinner. Tengok dengan siapa yang dia akan setuju?” Remy mengangkat-ngangkat kening nye.
“then?”

“Dengan cara ni kita boleh tahu dia single ke tak lagi..kan? kalau single dan dia setuju keluar dengan aku, dia aku jadikan spare part aku jelah…”

Terus Hadi memandang Remy seolah-olah nak bagi tahu ‘don’t you dare do that!!!!’

“bagi aku habis dulu…”Remy menyambung sebelum Hadi pelangkung dia kat sini. “ kalau dia setuju dinner dengan kau..aku tolong kau dapatkan dia. Apa macam broo??”

Hadi mengangguk-ngangguk kecil lalu bersuara “ kalau dua-dua dia reject? How??”

Giliran Remy pula mengangguk setuju dengan kemungkinan yang diberi Hadi.

“I will married her” pelahan tapi tegas suara Hadi kedengaran di telinga Remy.

“what?? Serious?? Macam mana..maksud aku kahwin terus bukan bercinta 
dulu?” Remy terkejut dengan jawapan dari Hadi. Tergangap dia cuba meneka maksud si Hadi.

“I’m serious..kau kena tolong. Apa cara dia mesti kahwin dengan aku kalau dia reject both of us. If dia terima pelawaan aku untuk dinner aku akan bercinta dulu.”

“wow!..aku terkejut tapi dalam masa yang sama aku happy sebab terbukak jugak hati kau nak kahwin! Congrate bro!!!”

“belum apa-apa kau dah congrate aku”

“believe me..kau mesti dapat dia”

“so tunggu apa lagi..pergilah ajak dia dinner”


Remy tersengih lalu bangun berjalan menuju pada Zaraa.



Zaraa sibuk meneliti bentuk dan ruang di setiap pelusuk rangka resort. Dia menulis semua detail pada buku. Bila nak tulis idea dalam paper sangat senang tapi bila nak apply kat dinding bangunan yang sebenar, macam payah jer rasa.

“hai Cik Zaraa..how? semua ok?” Remy sudah pun berdiri di sebelah Zaraa.

“Yeahh..okey, biasa lah ukuran ada yang lari-lari sikit, but don’t worry still boleh adjust”

“Good..actually just want to ask you..if you sudilah..malam ni kita dinner?” Remy terus pada agendanya.

“dinner? Kita dua?” Zaraa merenung kosong wajah Remy yang mengangguk mengiya kan.

“hmm..sorry, I can’t. Sayaa..pun nak kalau boleh tapi I really really can’t” Zaraa cuba menepis pelawaan Remy.

“It’s ok, maybe some other time.” Dalam hati Remy berbunga kerana kini peluang kepada Hadi 100%.

Zaraa tersenyum..senang melihat sifat cool Remy.


Fail ditangan di pegang erat, dia berjalan menuju ke pejabat Ilham Abadi. Hari ini dia perlu menyerahkan kertas kerja sebut harga untuk projek resort yang sudah 50% siap.

“Saya ada appointment with Mr.Remy?” Zaraa memberitahu kepada pemyambut tetamu wanita dikaunter.

“sebentar ye Cik, silalah duduk di kerusi menunggu”

Zaraa pun duduk sementara menanti dirinya dilayan.

“Cik..Cik..” Penyambut tetamu itu memanggil Zaraa. “Nama Cik siapa?”

“Zaraa Aulia”

Zaraa memerhatikan penyambut tetamu itu bercakap di dalam telefon tapi butirannya dia tidak pasti. Mungkin sedang bercakap dengan Remy.


“Cik Zaraa..Encik Remy tidak dapat berjumpa dengan Cik. Sebab dia masih di luar pejabat. Tapi dia pesan Cik Zaraa boleh berjumpa dengan Encik Hadi” Lembut sahaja suara penyambut tetamu tu.


“boleh juga, as long saya boleh submit this paper by today” Zaraa tersenyum tawar. Ikutkan hati aku ni malas sebenarnya, entah macam ada satu perasaan bila setiap kali mata lelaki itu merenung aku. Zaraa mengomel di dalam diam. Takot ada bersangkut paut dengan Iqbal.

Tanpa sedar Zaraa sudah pun berdiri di depan bilik Hadi. Setelah ketukan berjawab Zaraa melangkah masuk.

“ Assalammualaikum Encik Hadi” Zaraa memberi salam.

“Waalaikummussalam, sila duduk Cik Zaraa” salam berjawab tapi mata Hadi masih menatap kertas di atas meja.

“Sorry if I’m disturbing you, but this document need to submit by today” Zaraa terus kepada niat awalnya datang ke sini.

“ yeah..sure, its ok. Let me see” baru Hadi mengangkat wajahnya memandang Zaraa di hadapan.

‘Damn! Ni yang aku tak suka’ Zara mula gelisah bila mata Hadi mula merenungnya.

“So how? Hope you satisfied with the report?

Hadi hanya mengangguk mungkin tanda everything is okey.

Beberapa minit kemudian mata Hadi dan Zaraa bertembung. Senyap..

Zaraa..makin tak keruan. “ may I ask something?” Zaraa mula bersuara.
Hadi memberi isyarat..kira dia ckp please sure.

“Encik Hadi pernah kenal saya ke?”

Wajah Hadi berkerut. Zaraa menarik nafas panjang “Setiap kali Encik Hadi pandang saya seolah Encik Hadi try to recall something”

Hadi hanya berdiam diri dan merenung Zaraa..tiada tanda ingin memberi jawapan.

“kalau takda apa-apa, saya minta diri dulu. thanks” Zaraa mula bangun dari kerusi.

“saya akan bagi jawapan if you agree to dinner with me” pelahan tapi cukup untuk sampai ke telinga Zaraa.

“hah??”

Zaraa pandang wajah Hadi yang nampak bersahaja..muka takda perasaan.


“I’m not try to be a rude, but I can’t. Sorry” Zaraa terus berjalan keluar dari bilik.

Namun, mata Hadi melihat Zaraa keluar dari bilik dengan senyuman kemenangan.


Rejected! She’s mine!


Remy membaca mesej yang dihantar Hadi. Dia tersenyum, Let’s Begin bro!



*************************Bersambung*****************************

16 comments:

  1. Sukaaa!! Sambung cepat kak!!

    ReplyDelete
  2. dlm proses dear :) sikit je lagi..
    jom la same2 dengan manggis share idea tuk tajuk cerpen ni ye..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Bila nak sambung hati bebola konkrit?

    ReplyDelete
  4. Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
    -----------------------------------------------------------------------
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
    - Bonus Cashback Sportbook 5%
    - Bonus Cashback Sabungayam 5%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    Contact Us Now :
    Livechat Casinobet77
    whatsapp : +85599495431
    PIN BBM : D6235F1C
    Wechat : casinobet77cs1
    Line : casinobet77
    skype : casinobet77
    Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/

    ReplyDelete
  5. TERBARU DAN TERBAIK, NONTON DRAMA KOREA, DOWNLOAD SEKARANG JUGA APLIKASI MYDRAKOR, Terbaru dan kekinian, sekarang nonton drama korea bisa di smartphone. Download sekarang juga aplikasi MYDRAKOR di googleplay gratis, film dan drama terbaru.

    https://play.google.com/store/apps/details?id=id.mydrakor.main&hl=in

    https://www.inflixer.com/

    ReplyDelete
  6. Numpang ya min ^^

    Bonus New Member 50%!!! Bukan server IDN maupun PokerV! Cobalah bermain di server baru 1G Poker hanya di kenaripoker,com! Proses deposit dan withdraw tidak basa basi langsung tinggal proses dan main saja bosku, dicoba keberuntungan kamu sekarang juga hanya di kenaripoker,com!

    WHATSAPP : +855966139323
    BBM : KENARI00
    LIVE CHAT : KENARIPOKER,COM
    ALTERNATIVE LINK : KENARIPOKER,COM

    ReplyDelete
  7. Numpang posting ya min ^_^
    Buruan yuk mampir di Y9POKER guys
    *Minimal Deposit 10.000-,
    *Minimal Withdraw 15.000-,

    Disini kamu dapat mainkan 1 ID untuk semua game^__^
    *Texas Poker *Capsa Susun
    *Ceme *Bandar Capsa
    *Ceme Keliling *Big Two (new game)
    *Domino QQ

    Y9POKER ada memiliki beberapa bonus menarik seperti
    *Welcome Bonus 20%
    *Bonus Referral 5%
    *Bonus CashBack Mingguan 0.5%
    *Bonus Next Deposit 5%

    Buruan Join DIY9POKER !!
    Hubungi Customer Service kami yang siap melayani kamu selama 7 x 24 jam Stay Online
    Pin BBM : E36DAA23
    WA : +6285261535211
    LINE : Y9POKER
    Live Chat : Y9POKER(.)Com

    ReplyDelete
  8. Sudah coba beberapa situs dan selalu kalah dan bonusnya juga mengecewakan? Mari bergabung di CBDPOKER dengan winrate tertinggi dan promo terbesar :
    >BONUS NEW MEMBER UP TO 50%<
    >BONUS CASHBACK MINGGUAN 0,5%<
    >BONUS REFFERAL 15%<
    >BONUS TURNOVER BULANAN<
    Buruan daftar di link : www.cbdpkr.og
    WhatApps : +6285921063663

    SIAP MELAYANI 24 BOSKU !!

    ReplyDelete
  9. I think i'm falling in love with Cbdpoker this nice article

    ReplyDelete
  10. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete
  12. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete