Sunday, 7 October 2012

Sekali dapat!…: Bab 7



Hari ini awal pagi Karl sudah sampai di pejabat dengan mood yang ceria. Dia tak sabar untuk bertemu dengan Aryani. Ya! Karl yakin petunjuk yang diperolehinya selepas membuat solat istikarah. Dia nekad untuk memberi ruang di dalam hatinya untuk Aryani. Tak salah dia mencuba, lagi pun perkara antara dia dan Natalie sudah lama berlalu.

“ morning Nazira, miss aryani dah sampai ke?” karl menekan interkomnya.
“ morning Mr.Karl, belum lagi. Ada apa-apa saya boleh bantu?”
“ Ya, tolong bagi tahu saya bila Miss Aryani sampai” Karl meneruskan kerja-kerja nya seperti biasa dan memeriksa jadual dia pada hari ini.

Aryani baru melabuhkan punggung di atas kerusi, Karl sudah tercongok di depan pintu.
Aroma perfume Karl menusuk hidung Aryani. Bau ini sudah cukup dimuat turun dalam kepala otaknya.
Aryani memandang Karl dan tersenyum yang dibuat-buat. Karl menghampiri meja Aryani.
“ dah sarapan, jom?” Karl menanti respon dari Aryani.
“ awak pergi la..saya tak rasa nak makan pun” Aryani tolak dengan sopan pelawaan karl.
“ jom la..saya dah lapa ni” karl merengek manja.
aryani tahu karl takkan berganjak dari situ, “ ok2..jom” aryani mencapai purse dan berjalan seiringan dengan Karl.


Semasa sarapan Karl sengaja membuka topik tentang kerja di pejabat dan projek Gamuda Holding yang sedang dijalankan. Karl berharap Aryani akan bersuara dan menjadi ringan mulut dengannya. Banyak isu dan idea yang karl kongsikan kepada Aryani. Dari masalah yang pernah dihadapi dan kejayaan yang sungguh membanggakan yang pernah diraih Ukasyah Holding semua dicerita Karl.

Cubaan Karl berjaya, Aryani mula bercakap dengan Karl dan memberi respon yang mesra bila masing-masing bertukar idea dan pengalaman kerja. Aryani seronok mendengar cerita kejayaan Karl dan Ukasyah Holding. Itu semua adalah perkara menaikkan semangatnya untuk menjadi orang yang berjaya.

Yes! Langkah pertama Karl untuk lebih mendekati Aryani menampakkan hasil.
Pejam celik, sudah hampir setahun Aryani sudah bekerja di Ukasyah Holding. Kini dia lebih yakin dengan tugas yang disandangnya. Karl banyak memberi tunjuk ajar dan semangat. Pada mata Aryani Karl seorang lelaki yang baik cuma sikap tegas dan cepat marah dia agak membuat aryani kurang senang. Kalau kehendaknya tak dituruti tanpa sebab yang logik atau di sengajakan, memang dia mudah naik angin. Aryani semakin boleh memahami sikap Karl.
Kemesraan Karl membuat mereka mudah rapat, mereka kerap juga keluar berdua dan banyak menghabiskan masa bersama walau di hujung minggu. Kemana sahaja Karl pergi dia sentiasa membawa Aryani bersama. Sekiranya Karl perlu pergi outstation ada sahaja cenderamata di bawa pulang untuk Aryani.


Keakraban aryani dan karl turut menjadi bahan bualan orang-orang di dipejabat. Aryani sering terdengar gosip yang mengatakan Aryani hanya suka mengambil kesempatan, perempuan tak sedar diri dan macam-macam lagi perkara buruk yang dilabelkan pada dirinya. Pada mulanya Aryani tidak ambik kesah, tapi semakin lama semakin melarat cerita ini dan Aryani sudah mula tidak senang. Kemana sahaja dia berjalan ada sahaja mata perempuan yang memandangnya tidak puas hati.

Sebaliknya Karl tidak pernah mendengar apa pun gosip buruk tentang hubungan dia dan Aryani. Mungkin kerana dia bos yang dihormati, tidak ada seorang yang berani bercakap didepannya.
Di sebabkan keadaan ini, Aryani sentiasa menjaga pergaulannya dengan Karl. dia tak nak Karl dilihat seperti berat sebelah atau dia cuba mengambil kesempatan ke atas kebaikan Karl.

“hai sibuk ke?” karl mengetuk pintu.
“ eh hai..adalah sikit..ada apa saya boleh bantu?” Aryani mengangkat kening.
“ malam ni kita dinner sama ok? Pukul 8. Don’t be late.” Karl senyum dan meninggalkan bilik Aryani.

Aryani baru sahaja sampai dirumah, dia membaca mesej Karl.

“ pakai cantik-cantik ye yayang..kita dinner di hotel malam ni”

~~Karl~~

Aryani mengeleng kepala membaca isi mesej dari Karl. Gedik jugak Mr.0ksigen ni.
Usai solat maghrib, Aryani terus bersiap-siap untuk makan malam bersama Karl. Aryani menanti kedatangan Karl, tepat jam 8.00 malam kereta karl berhenti didepan rumah Aryani. Selepas mengunci pintu pagar Aryani memasuki kereta dan berbalas senyuman dengan Karl.


“ are you ready?” karl mengangkat kening.

Aryani sekadar mengangguk. Di dalam kereta mereka hanya berbual kosong sementara hendak sampai ke destinasi yang di tuju.

 Aryani keluar dari perut kereta dan menanti karl yang menyerahkan kunci pada jokey di depan hotel.
Karl memandang Aryani dari atas ke bawah. Dress paras lutut berwarna hitam cukup membuat Aryani nampak comel dengan tubuhnya yang boleh dikatakan sederhana genit. Secalit pelempab bibir dan wajah yang tidak bermake up memang menyerlahkan kecantikan Aryani yang tersendiri. Manis!

“karl?” aryani melambai-lambai tangan didepan karl.
“ ye syg?” karl tersedar. “jom” terus dia mencapai tangan Aryani.
Aryani malu mendengar panggilan sayang secara siaran langsung. Haishh..selalu dalam telephone je.


Di meja aryani sedang membelek-belek menu, karl sudah membuat pesanan untuk dirinya. Kemudian mata karl terus tertacap pada wajah aryani yang sedang membelek menu. Di kesempatan ini, wajah aryani di tenung setiap inci. Diperhatikan dengan teliti wajah yang berjaya mendapat tempat di hatinya.
Tanpa di sedari, adegan romantik ini sedang dilihat sepasang mata. Natalie mendengus kasar!

Sungguh tidak puas hati Natalie melihat pandangan Karl terhadap perempuan di depannya tadi, siapa perempuan tu? Ini tak boleh jadi! Natalie sudah tersenyum, ya! tidak semudah tu dia melepaskan Karl. Kau hanya milik aku seorang Karl Iskandar Ukasyah!

Tiga tahun membuat Karl sengsara tidak cukup, selagi Karl tidak menerima dia sebagai kekasih hati. Kepulangan Natalie ke Malaysia untuk mencari Karl dan meraih kasih nya semula. Hanya Karl mangsa yang dia ada, dengan berkahwin dengan Karl hidup nya dan anak yang dikandung sekarang lebih terjamin.

“miss, you can’t do a abortion anymore, its too dangerous after  3 to 4 times” Doktor menasihatkan Natalie.
Natalie terpaksa teruskan kandungannya ini, dan Karl adalah mangsa pak sanggup yang paling sesuai. Natalie segera mendail seseorang, dia perlu bertindak dengan segera sebelum kandungannya lebih besar.


Natalie datang ke pejabat untuk berjumpa dengan Karl, dia perlu memulakan lakonan dengan cepat supaya dia akan dapat kepercayaan Karl.

Karl sedang termenung memikirkan soal Aryani. Dia perlu berterus terang dengan Aryani tentang perasaannya. Dirinya sudah menerima Aryani sepenuh hati, dia nak Aryani mengisi kekosongan hatinya.

Triitt…
“ Mr. Karl you have a guess, she said your old friend” suara Nazira di interkom.
“ ok, let her coming” karl tanpa berfikir panjang membenarkan Nazira membawa masuk tetamu yang tak diundang tersebut.

“ hai karl” Natalie memulakan lakonan

Muka karl berubah, wajah bengisnya sudah ketara dilihat. Tapi dia agak terperanjat dengan personaliti Natalie, bertudung litup??

“ yes, I dah berubah. Its me now” Natalie paham wajah Karl yang memandang pelik pada dirinya.
“ for your own good, so can I know what the main purpose you are here?” karl terus menyoal tanpa mempelawa Natalie duduk.
“ I nak kita seperti dulu, I nak you terima I, please bagi I peluang” Natalie membuat muka simpati mengharap karl akan berlembut hati.

“ what?? Its not easy. As a friend I’m ok but for more than that, seperti I cakap dulu, I tak boleh ada feeling dengan u. harap u paham, bukan mudah untuk kita paksa perasaan kita untuk suka seseorang.” Suara karl mendatar menjelaskan segala-galanya supaya Natalie tidak salah paham lagi.

“karl please I begging you” Natalie datang hampir pada karl dan memaut lengan karl.

Perasaan menyampah semakin menebal dalam diri Karl, jauh disudut hati dia rasa Natalie hanya pura-pura. Bukan dia tidak pernah dengar cerita Natalie di luar Negara selama 3 tahun di sana. Tiba-tiba hari ni muncul seperti ustazah express.

“PLEASE GET OUT FROM HERE!!” tangan Karl mengarah ke pintu. Apa lagi berambus la!

Natalie sudah tidak boleh tahan, berang hatinya di layan seperti itu, ingat aku hadap sangat kat dia?!

Natalie memandang karl dengan sinis, “listen here Mr.Karl, I akan dapatkan apa yang I nak! Dan U jangan lupa kalau tiga tahun lepas I  boleh dapatkan apa yang I nak, sekarang pun I mampu buat. Cuma dulu u lepas sebab ihsan dari  I saja, paham!? Natalie senyum kerana sangka kemenangan menyebelahinya.


Mata karl sudah merah menahan marah, “ baik U keluar sebelum I naik angin!”
Natalie membuat flying kiss sebelum menutup pintu dan sempat berpesan” U fikirkan la ye my dearest baby”


Aryani berjalan ke arah bilik Karl dan berselisih dengan Natalie. Senyuman sinis Natalie membuat aryani terbantut untuk senyum dengan ikhlas.


Aryani membuka pintu bilik Karl, tiba-tiba bulpp!! Bengong otak Aryani sekejap bila fail tebal hinggap di dahinya.

Karl cemas, dia sangkakan Natalie yang tak paham bahasa tu, tapi Aryani pulak yang muncul.


“ saya mintak maaf sayang..saya tak sengaja”  nada suara karl rasa bersalah.

Dahi Aryani terasa berdenyut-denyut, tangannya menyentuh dahi yang sedikit terluka dan bengkak. Airmata Aryani gugur tanpa di pinta, kepalanya berpinar sekejap.
Karl merapatkan diri dengan Aryani untuk melihat luka di dahi, perasaan bersalah terhadap Aryani mula timbul. Kasihan pada Aryani menjadi mangsa lepas geramnya pada Natalie.
Aryani menepis tangan Karl dan terus bangun untuk keluar, tapi di tahan Karl.Aryani cuba melawan, karl menyelak rambut depan aryani untuk tuam benjol di dahi, tapi aryani menepis kerana terlalu sakit. Karl kemudian berjalan kearah mejanya untuk mencari aid kid. Aryani segera keluar dari bilik dengan niat untuk turun mencari pharmacy. Sisa tangisan masih ada ketika Aryani sedang keluar dari lif.
Tak disengajakan, aryani terlanggar Tan Sri yang hendak masuk dalam lif. Dairi harian yang dibawa bersama jatuh ke lantai dan gambar Karl yang disimpan terkeluar dari helaian buku. Mata Tan Sri menatap gambar yang berada di kakinya. Muka Tan Sri berubah bila melihat mata Aryani masih basah dengan dahi yang berbenjol.
Pandangan mata Tan Sri meminta Aryani menjelaskan kejadian yang sebenar.

Karl keluar dari lif dan mencari kelibat aryani tetapi mata karl terpandang papa yang sedang duduk berdua dengan Aryani di lobi.  Tan Sri yang sedar kehadiran karl memandangnya dengan tajam, mata karl teralih pada Aryani sedang menangis didepan papanya. Karl dapat merasa sesuatu,ya.. perkara buruk sedang berlaku.
Tan sri bangun dan berjalan mendekati karl “ jumpa papa dirumah”
Karl mengangguk lemah, pasti papa salah sangka dengan kejadian  yang menimpa Aryani. Papa mesti berfikir karl tidak boleh kawal panas barannya di pejabat sampai mencederakan Aryani.
Aryani memandang Karl dan Tan Sri, perasaan takut dan bersalah mula bersarang dihati. Pasti dia menjadi punca masalah antara mereka anak beranak.

Puan Sri Aisyah memyambut kepulangan Karl di pintu. Bahu karl di usap lembut, muka mama mengambarkan ada bala yang akan jatuh di atas muka Karl. Puan Sri mengiringi anak tunggalnya ke ruang tamu. Tan sri sedang berdiri menghadap kolam ikan di hadapannya. Suasana senyap menyelubungi TAR VILLA milik Tan Sri Badrul, karl memerhati papa yang dari tadi diam seribu bahasa. Wajah Puan Sri muram melihat dua orang lelaki di hadapannya, seorang suami yang di kasihi dan seorang lagi anak tunggal yang di sayangi.

“papa nak karl bertanggungjawab selepas apa yang terjadi dan mengahwini aryani secepat mungkin, ini sungguh memalukan!” akhirnya suara tan sri memecah kesunyian.
Bagai di hentak batu Karl mendengar statement papanya. Bertanggungjawab selepas apa yang terjadi?? Karl mula tidak paham maksud papanya. Ya, memang karl berhasrat untuk kawin dengan Aryani tapi selepas dia meluahkan rasa hatinya. Bukan cara paksaan dari papa.
“ karl tak paham maksud papa, tolong terangkan pa” karl memandang wajah mama meminta kepastian. Tapi puan sri hanya menunduk dan mengeleng lemah.

“ karl ingat papa tak tahu yang karl berkelakuan tak senonoh dengan Aryani tadi? Sampai cedera dia Karl keje kan? Siapa yang ajar Karl bersikap macam ni? Dipejabat pula tu? Dah hilang rasa malu! Dah lupa hutang lama yang Karl pernah janji?” Tan Sri terus menghentam karl.
Karl tersandar di sofa pabila mendangar tuduhan yang tak berasas dari mulut papa.
“siapa yang cakap semua ni? Aryani??” karl mula berfikir bukan-bukan tentang Aryani.
Tan Sri mengeleng,”sudah, keputusan papa muktamad, dalam tempoh seminggu papa dan mama akan berjumpa dengan keluarga Aryani, dan papa nak jawapan pada hari merisik aryani dan keluarganya mesti bersetuju, kamu akan ikat tali pertunangan pada hari yang sama” Tan Sri berlalu dari situ, meninggalkan Karl yang terpinga-pinga mendengar arahan dari papa.
Perempuan!! Semuanya sama..suka menabur fitnah! Hanya mementingkan diri untuk selamatkan maruah yang diri sendiri sudah calarkan. Sampai hati kau Aryani!
Benci…ya itu yang dirasa Karl pada Aryani kini. Tahu lah nasib kau aryani! Kau belum kenal aku siapa. Lebih teruk dari Natalie rupanya. Bijak melakonkan watak! Tunggu nasib kau nanti!!
Puan Sri mendekati anak tunggalnya, di belai rambut Karl untuk mententeramkan jiwa Karl yang kusut.  Terbit perasaan kasihan pada nasib yang menimpa anaknya. Karl mendongak memandang wajah mama yang muram, dia tahu pasti mamanya kecewa mendengar cerita yang disampaikan papanya tadi.

4 comments:

  1. lah kenapa pulak, salah sangka terjadi...... karl dapat tahu dulu apa yang terjadi... jangan bertindak melulu... cian aryani... cubalah kurangkah sikit baran kau itu......Manggis jangan konflik yang beratx2 sampai bercerai berai ye... biar yang simple simple aje, n mereka bersama dari awal hingga akhir plzzzzzz

    ReplyDelete
  2. wait for the next entry :) the moral of value is..jgn cepat salah sngka..kita perlu berbincang dalam apa keadaan sekali pun..peace!

    ReplyDelete
  3. Salam, Jalan cerita sangat menarik, rasanya papa Karl saje suruh Karl kahwin dengan Ariani sebab Natalie balik nak kenakan Karl...

    ReplyDelete
  4. wslm Ayu, tekaan yang agak menarik..nanti kan next chapt ye...apa pun thanks sgt sudi membaca cerita manggis dan pendapat you all as pembaca sangat manggis hargai :)

    ReplyDelete