Wednesday, 28 January 2015

No Title- Episod ~~sambungan

Sambungan.............

Zaraa,Qai dan Edelina sedang santai melepak di sebuah kafe di Nu sentral. Sedang mereka asyik berbual kosong meja mereka di datangi seorang wanita. Cantik dan moden.

“hai, awak Zaraa?” wanita itu memulakan bicara.

“ya saya” Zaraa cuba berfikir sama ada dia kenal ke perempuan ni.

“awak tak kenal saya, tapi saya kenal awak…saya kenal dari Remy”

Semua yang berada di meja senyap. Dalam hati masing-masing banyak soalan yang keluar.

“Remy tunang saya. kami bakal berkahwin sebulan dari sekarang. Saya tak tahu awak pura-pura or really innocent, but short the story. Dia nak batalkan semuanya disebabkan awak. Zaraa Aulia!” wajah wanita itu kelihatan menahan marah bercampur sedih.

“what???saya???!!” Zaraa benar-benar terperanjat.

Qai dan Edelina sudah terlopong.

“kau okey ke ni beb” Edelina bertanya pada Zaraa ketika mereka di dalam kereta.

“relaks ok?” kini giliran Qai pulak bersuara.

“aku okey..tapi aku tak faham. Kenapa aku dan kenapa tiba-tiba”

‘takkan aku nak ganggu hubungan orang lain sedangkan aku pernah merasainya’ itulah jeritan batin Zaraa di saat ini. Ya Allah, berat sungguh dugaan mu!



Pada hari sabtu petang, Zaraa duduk di Ben’s Publika menanti seseorang. Dihirup air limau di depannya.

“Ada apa awak nak jumpa?” Hadi mengambil tempat duduk di hadapan Zaraa.

“saya nak bincang”

“bincang” Hadi bersuara memberi isyarat supaya Zaraa memulakan perbincangan.

“Tentang Remy, saya tak nak dia batalkan perkahwinan dia”

“okey..then?

“eh awak ni, tu kawan awak. Apa saya perlu buat sekarang?”

“Apa hubungan awak dengan Remy?”

“hubungan? Kami contact pun tak!”

“dah habis?” soal Hadi. Memang sangat poyo yeh mamat depan aku ni.

Zaraa mengangguk laju. Hadi merenung Zaraa lantas bangun meninggalkan Zaraa yang terkejut melihat tindakan Hadi.


Selepas niat Zaraa untuk meminta bantuan Hadi gagal, dia nekad untuk berjumpa Remy sendiri. Mungkin sebelum ini dia hanya cuba bercakap melalui telefon tapi dia sudah nekad. Perkara ini tidak boleh berpanjangan.

“Zaraa!!” Remy berlari anak mendekati Zara yang sedang menanti di kawasan parking berhampiran Taman Tasik Permaisuri. Kelihatan tunang Remy di belakang, terbit perasaan kesian kepada Alisya.

“Remy, dengar sini..saya tak pernah cakap nak terima awak..sikit pun perasaan ni tak ada untuk awak. Terimalah balik Alisya. Kahwin dengan dia. Alisya cinta sejati awak!”

“No..no..no..awak tak boleh paksa saya sayang..” Remy seakan merayu.

Kelihatan Alisya sedih dengan melihat apa yang terjadi. Zaraa sudah mula tertekan, dia rasa semua ini sudah melampau!

“Enough. I will never and ever terima awak Remy!. Go back to you fiance!” Nada suara Zaraa sudah berubah.

“tak ada apa yang dapat mengubah keputusan saya,” Remy tetap bertegas.

Zaraa semakin rasa tertekan, kenapa dia perlu jadi orang ketiga?? Sedangkan dia benci pada insan ketiga dalam sesuatu perhubungan. Dengan keadaan sekarang membuatkan dia semakin mengingati kenangan antara dia dan Iqbal.

“Zaraa Aulia Binti Kamarul pada hari ini dan saat ini aku ceraikan engkau dengan talak satu!”

“abang!!!!”Zaraa jatuh menyembah bumi.

“Ini semua gila!!!” Zaraa menjerit pada Remy.

Zara mula berjalan meninggalkan Remy dan Alisya. Dia benar-benar tertekan, kenapa dia menjadi mangsa. Salah apa yang dia buat sehingga ini balasan yang diterima.

Baru beberapa langkah dia berjalan tangannya ditarik seseorang. Apabila Zaraa memandang kelihatan Hadi sudah berdiri betul-betul didepannya. Rapat.

“do you want they back together?”Hadi terus menyoal.

Zaraa mengangguk  lemah. Namun mukanya penuh dengan harapan apabila mendengar soalan Hadi. Hanya Hadi harapan yang dia ada sekarang.

“Let’s get married” Hadi merenung ke dalam mata Zaraa. Ikhlas dia ingin memperisterikan Zaraa Aulia.

Kaku. Itu reaksi Zaraa apabila mendengar idea dari Hadi. Ini satu jalan keluar tapi masuk ke masalah lain. Itu yang difikirkan Zaraa.

Hadi masih menanti jawapan dari bibir Zaraa yang sedari tadi diam.


“Zaraa..”Remy mendekati Zaraa.

Aku menoleh memandang Remy. Tanpa berfikir panjang aku terus berkata “Remy, I will married with Hadi”

Apabila dengar sahaja kata-kata dari aku, Hadi terus mencapai tangan aku dan bersuara “Remy..just go with Alisya. She’s mine”

“since when?”Remy terus menyoal.

“now and after this” Hadi menjawab.

 Dengan langkah perlahan Remy berjalan meninggalkan mereka. Aku hanya melihat Alisya berlari anak mengejar Remy.


“just prepared. We will married as soon as possible.”

“wait, awak betul-betul nak teruskan lakonan tadi?” Zara menyoal Hadi yang seperti yakin dengan idea gilanya.

“kalau kita tak kahwin, Remy akan terus mengejar awak dan takkan berkahwin dengan Alisya. I know him.”

 Zaraa melepaskan keluhan bila Hadi sudah berlalu pergi.

Zaraa mundar mandir di pejabat, hatinya sungguh gelisah. Dia dapat merasakan yang Hadi benar-benar akan mengahwininya. Tapi dia serba salah kerana dia yakin yang Hadi tidak tahu yang dia pernah berkahwin. Ya allah! Bantulah lah hamba mu ini.


Telefon di meja tiba-tiba berbunyi. Aku melihat nama nombor tidak dikenal terpapar di skrin. Tanpa berfikir apa-apa aku terus mengangkat panggilan.

“Hello”

“Assalammualaikum” suara garau yang memberi salam itu cukup dikenali Zaraa.

“waalaikummussalam.”

“send your parent house address” suara itu seolah-olah memberi arahan.

“siapa ni? Hadi?” Aku cuba meneka suara yang sangat familiar itu.

“hmm..send it!” nada suara itu sedikit tinggi.

“Wait!. Benda ni kena discuss okey. It’s not simply like this.” Satu keluhan dilemparkan “I need to tell you about something” Zaraa menyambung kata-kata. Walaupun berat untuk dia luahkan.
Senyap..tiada respon dari Hadi. Zaraa masih menanti.

“kemudian kita discuss, sekarang I need the address” suara Hadi masih lagi dalam nada arahan.

“I will send the sms” Zaraa malas nak terus memaksa orang keras macam si Hadi.

“Now!” klik talian diputuskan.

Setelah beberapa kali sms yang di tulis di baca, Zaraa nekad berterus terang melalui sms sahaja. Bagi dia terserah pada Hadi untuk teruskan atau pun tidak. Ini kerna, dia turut tak meminta semua ni terjadi..kalau boleh tiada perkahwinan kedua buat dirinya.

Klik send..

“eh..eh kenapa pulak ni??” Zaraa mula rasa pelik bila telefonnya tiba-tiba sahaja padam.

“bateri pulak buat hal..hmm, penat aku taip panjang2” Zaraa hanya mampu mengeluh.


Petang sabtu itu, Hadi mengajak Zaraa berjumpa mungkin bengang kerana tiada sms yang diterima dari Zaraa sejak malam semalam.

“where the address??” Hadi terus menyoal.

“oh my god, seriously saya lupa” Zaraa sangat-sangat lupa akan hal itu.

Hadi mengeleng kepala sambil matanya yang redup merenung Zaraa. Dikeluarkan nota kecil untuk Zaraa menulis. Tanpa berkata apa-apa Zaraa terus sahaja mengambil kertas itu seperti faham apa tujuan kertas itu di bawa.

“you nak minum apa?”

“Anything”

Lantas Hadi bangun dari kerusinya untuk membeli air. Dia meninggalkan Zaraa dimeja, memberi ruang untuk Zaraa menulis alamat rumah keluarganya. Ya, Hadi tahu yang Zaraa memang berat untuk bagi alamat tersebut tapi apakan daya dia tetap akan berkahwin dgn Zaraa Aulia.

Pen di tangan di main-main kemudian diketuk-ketuk dimeja, bosan menanti Hadi yang lama membeli air. Walau ada resah dengan masalah yang dihadapi, Zaraa masih ada rasa selesa bersama Hadi. Dia seorang lelaki yang cool, matang dan yang penting berpendirian.

“Zaraa??” seorang lelaki tercegat di meja zara dengan memanggil namanya.

Zaraa berpaling melihat suara itu. suara sekian lama sudah tidak dia dengar.

“Iqbal?” pelahan sahaja suara yang keluar dari anak tekak Zaraa.

“tak sangka kita berjumpa lagi. Awak buat apa dekat sini?” Iqbal terus menyoal.

“sayaa..dengan kawan..” tergangap Zaraa menjawab.

“awak tak berubah..”

“saya tak pernah berubah Iqbal” lirih sahaja suara Zaraa.

“awak sihat?”

“macam awak tengok sekarang. Isteri awak sihat? Mana anak-anak?”

“Ermm..saya…..” belum sempat Iqbal menjawab Hadi muncul dengan membawa air dan kentang goreng.

Mereka bertiga senyap dan melihat antara satu sama lain apabila Hadi meletakkan minuman di atas meja.

“Hadi..this is Iqbal, and Iqbal this is Hadi” akhirnya Zaraa bersuara.

Mereka berjabat tangan. Hadi masih sempat memberi senyuman kepada Iqbal namun Iqbal kelihatan agak tidak suka dengan kehadiran Hadi.

“So, have you invite Iqbal to come our wedding baby?” Hadi memandang wajah Zaraa yang dari tadi tunduk diam membisu.

“Wedding??” berubah wajah Iqbal bila terdengar perkataan yang disebut Hadi.

“yeah, dalam masa terdekat.”

“okey..anyway tahniah. Saya turut tumpang gembira kerana bekas isteri saya bertemu seseorang” sengaja ditekan kan bekas isteri. Entah kenapa Iqbal seperti cemburu dan sakit hati bila mendengar Zaraa sudah berpunya.


Apabila Iqbal sebut sahaja bekas isteri Zaraa terus berpaling memandang Hadi di sebelah. Kelihatan Hadi hanya membalas dengan renungan yang Zaraa sendiri tidak dapat tafsirkan.

Malam itu Zaraa rasa tidak sedap hati kerana petang tadi selepas Iqbal meminta diri, Hadi langsung tidak bersuara. Mereka hanya buat hal masing- masing dengan telefon sehingga habis air diminum. Zaraa nekad untuk mesej Hadi meminta maaf. Dia tahu, dia patut memberitahu Hadi sendiri bukan dari mulut Iqbal.

You, I’m sorry sebab tak terus terang.
Perkara ni yang I nak discuss dgn you tempoh hari.
Tapi tak sempat. I memang nak bg tahu u yang I pernah berkahwin.
Entah macam mana boleh terserempak. You kena tahu hal ni sebab u should get a better women in ur life..as a wife.

Klik send..

Zara menanti reply dari Hadi. Dia mula resah sebab masih belum menerima balasan.

Tuit! Tuit!

Bunyi sahaja sms cepat-cepat Zaraa menekan butang untuk baca.

Past is past…Now only you and me.

Senyum..Zaraa tersenyum bila membaca sms dari Hadi, serba sedikit hati nya terusik dengan sikap Hadi yang matang.


Hari yang ditunggu sudah pun berlangsung kini. Zaraa betul tidak sangka besar sungguh persiapan yang di uruskan Hadi. Ya sememangnya, Hadi sendiri yang meminta untuk menguruskan hal kahwin dan dia cuma memerlukan Zaraa untuk memiliha bagi persiapan pengantin perempuan.

Sedang Mak Andam aka mekap artis menyolek wajah polos Zaraa, tangan Zaraa tidak boleh duduk diam untuk mencapai telefon.

“Ya allah..kenapa ni, akak tengah mekap ni dik..” bising mulut Mak Andam dengan sikap Zaraa.

“Sorry ye kak..saya nak ambik phone. Penting!” Zaraa senyum bersalah.

Jauh di dalam hati Zaraa dia ada sedikit rasa fobia. Ini bukan kali pertama untuknya tetapi untuk yang kedua kalinya. Dia cuba menaip sms untuk Hadi.

“You, nikah ni betul2 akan jadi kan?
Untuk masa yang lama kan?..means sepnjng hayat?”

Enter…send..

Zaraa berdebar-debar menunggu balasan Hadi.

Tuit! Tuit!

Hingga ke Jannah. In sha Allah. Janji Allah itu Pasti!
Zaraa Aulia satu-satunya..tiada yang lain.

Sebak dada Zaraa membaca sms dari Hadi. Sungguh dia berharap yang Hadi ikhlas walau perkahwinan tanpa cinta. Dia yakin cinta mampu berputik antara mereka.


Tatkala, Hadi duduk bersila di depan tok kadi, jantung Zaraa semakin laju berdegup.
Entah kenapa untuk kali ini dia berasa sangat berdebar. Lain dari pertama kali dia dinikahkan.

Tok kadi memulakan muqadimmah, beberapa minit selepas itu tangan Hadi bersalam untuk di akad.

In sya Allah mari kita mulakan. Khairul Hadi bin khairuddin aku nikah kan di kau dengan Zaraa Aulia Binti Kamarul dengan mas kahwinnya rm300 ringgit Malaysia tunai.”

“Aku terima nikah Zaraa Aulia dengan mas kahwinnya rm300 ringgit Malaysia tunai.”

“Sah!”


Maka, dengan Izin berwali, Ijab bersaksi antara dua hati kini aku sah bergelar isteri kepada Hadi, lelaki yang sedang merenung aku dari tempat kami di akad nikah. 

-TamaT-

1 comment: