Sunday 8 December 2013

Cerpen: Awak Bobok Saya!



Ponnnnnn!!!!
“Oo mak kau, ishh” Aliesya terperanjat dengan hon kereta di belakang.” Haih taulah lampu dah hijau” terus dia menekan pedal minyak meneruskan perjalananan ke tempat kerja. Keadaan pagi di sekitar Kl ni macam biasalah mesti sesak, tambah pulak bila hujan. Aliesya menumpukan perhatian pada pemanduannya, tak seperti tadi sibuk melayan perasaan. Entah sampai bila hidup dia macam ni pun dia sendiri tak tahu.

Setelah beberapa minit Aliesya memandu akhirnya sampai juga di tempat kerjanya. Selepas mengambil barang-barang kerja di but kereta dia terus berjalan ke arah pintu Butik Aliesya Bridal. Hah, nak share sikit sebenarnya Aliesya ni designer untuk baju perkahwinan, tapi sampai sekarang dia belum kahwin. Asyik duduk buat baju orang lain, diri sendiri pun tak dapat nak fikir.
“Selamat pagi Cik Aliesya” sebaris gigi ditayang oleh gadis kecil molek yang berdiri disisi meja.
Aliesya membalas dengan senyuman kepada Zara pembantu butiknya yang juga merangkap sebagai pembantu peribadi.
“Cik Aliesya ni, pagi-pagi dah macam takde semangat, chill la sikit” Zara dah mula bersyarah, mana taknya Aliesya ni jenis pendiam, paling kuat pun dia senyum je. Marah ke happy ke semua nya dia senyum je. Tak ke pelik tuuu…sampai si Zara pun tak boleh nak bezakan perasaan bos dia yang sebenarnya.
“dah habis Puan Nabila Aizara? Kalau dah habis apa kata kita mulakan kerja ” Aliesya tersenyum  senang bila Zara buat muka yang bila di translate jadi what ever!
“Ok, hari ni Cik Aliesya ada appointment dengan CiK Shasha pada pukul 2 petang, dia nak buat fitting baju yang ke berapa kali entah.” Ada sedikit rungutan dalam ayat yang keluar dari mulut Zara.
“ok, terima kasih. Sabar je la ye, kalau berurusan dengan golongan elite memang macam ni”
Mendengar kata-kata Aliesya, Zara mengangguk setuju dan terus  menyambung kerja tempahan yang masih banyak belum disiapkan.
Aliesya tekun melakukan kerjanya, dia tak nak ada kesilapan dalam memuaskan hati pelanggannya. Itu sebab kebanyakan pelanggannya adalah dari  golongan atasan. Mungkin mereka amat berpuas hati dengan servis dari Butik Aliesya Bridal.
Disebabkan terlalu fokus, Aliesya tidak perasan sudah masuk waktu tengahari. Seperti biasa kalau Zara tak belikan makan, mesti Aliesya langsung tak memikirkan soal makan. Perut jenis apelah Aliesya ni, “Cik Aliesya, makanlah dulu, kerja memang tak pernah habis”
“Sekejap lagi saya makan” Aliesya masih meneruskan kerjanya.
“Baik Cik Aliesya makan dulu, sebab pukul 2 nanti Cik  Shasha sendat nak datang” Zara cuba mengingatkan appointment Aliesya sebentar lagi . Actually nak pujuk minah ni makan aje.
“Shasha sendat??” Aliesya blur dengan nama pelik yang di sebut Zara. “kenapa awak gelar dia macam tu?”
“lo..Cik Aliesya tak perasan ke, semua pakaian yang dipakai sendat yang teramat. Macam sengaja nak nampak terjojol”
Aliesya geli hati melihat mulut dan cara Zara mengejek , memang kaki gossip staf aku sorang ni.
“awak cakap macam tu sebab setiap kali dia datang fitting mesti ada saje yang longgar dan tak kena?”
Zara mencebik dengan air muka yang dia memang dah menyampah.
“Sudahlah ye, saya makan dulu,awak siap-siapkan apa yang patut sebelum Cik Shasha sendat awak tu datang. Harap kali ni dia berpuas hati”
Zara mengangguk dan menurut sahaja arahan dari bosnya.

“sudah…cukup-cukup sudah, cukup sampai disini sahaja..lalallalalallala”
“hellooo, excuse me”
“eh, ye Cik Shasha, nak fiting baju ye”terbantut nyanyian Zara dan nak cover line punya pasal dia cuba berbahasa dengan wanita yang berdiri di depannya.
Sempat juga si Zara mencuri pandang lelaki yang dipegang erat Shasha.
“ of course la I nak try baju, dah ni kedai baju, ambik baju saya sekarang” Arah Shasha dengan lagaknya.
“baik sekejap ye” sabar la ye Zara…cool kan diri.
“eh gurl, mana your bos?”
“nanti saya panggilkan” Zara terus berlalu dari situ, haih..ikut hati ni memang angin sangat wehh.
Meluat sungguh nak berhadapan dengan pempuan macam ni.

Tok! Tok!
“ Coming”
“Cik Aliesya, Shasha sendat dah sampai”
Aliesya tersenyum “ ok, bring her now”

Tok! Tok!

“welcome Cik shasha, how your dress? Hope you like it?” Aliesya masih sibuk menyiapkan design  baju untuk next month fesyen show tanpa memandang manusia yang sudak terpacak di depan mejanya.
“as usual, sendat”
Mendengar suara garau dan ayat ‘sendat’ membuatkan Aliesya mendongakkan kepalanya dengan pantas.
Mata lelaki itu tepat memandang ke anak matanya, suasana menjadi senyap untuk 1..2..3..4..5..
“ er, sorry I ingat you regular customer I, so apa yang saya boleh tolong?”
Aliesya mengangkat kening seolah-olah nak  suruh mamat ni introduce diri.
“ Darwish”
“ok, encik Darwish..design mana ma…” belum sempat ayat tu habis suara Shasha sudah potong line.
“ bie, you tengok ok tak? Cantik?”
Aliesya hanya menjadi pemerhati, dilihat baju yang dipakai Shasha, sungguh cantik bila di pakai. Argh..memang kau berbakat Aliesya. Cewah..bangga sendiri je.
Tanpa Aliesya sedar, mata Darwish masih merenung wajahnya tanpa berkelip.
“ bie,.,you dengar tak ni???”
Aliesya memandang Darwish yang macam orang bisu. “ you look so sexy” Darwish hanya memandang sekilas pada Shasha dan kembali merenung Aliesya.
“ape hal pulak si darwish ni” Aliesya jadi tak selesa, bila sepasang mata itu asyik merenungnya.
“ ok Aliesya, I suka yang ni. You buat I jadi so sexy in my engagement day” Shasha sungguh teruja, dia pasti kelihatan elegant nanti.
“happy to hear that,  then saya akan hantar seperti yang dijanjikan?” Aliesya ingin dapatkan kepastian.
“yup, nanti I akan sms you kalau ada perubahan. Ingat ye, I tak nak ada masalah pulak”
“In sha allah” Aliesya tersenyum puas.
“Ok, terima kasih ye Cik Shasha kerana memilih butik saya” Aliesya cukup pandai menjaga hati pelanggannya. Aliesya hanya memerhati liuk lentuk Shasha berjalan, sungguh bergaya dan seksi. Supermodel la katakan, mesti mau ada gaya..
“Cik Aliesya, ape cite tuu?” Zara tak sabar hendak mendengar feedback Shasha sendat.
Aliesya melihat wajah Zara dengan senyuman yang berpuas hati “ She like it”
“hahhh?? Alhamdullilah..terlepas jugak dari bala”
Zara melepaskan ketawa kerana terlalu gembira, tapi Aliesya tersenyum bahgia kerana bajunya berjaya menambat hati pelanggannya.
“Cik Aliesya, kenapa mamat hensem tadi pandang Cik Aliesya semacam. Tengok memang tak lepas tuuu”
“entah, saya pun perasan tapi saya tak pernah pun jumpa dengan dia. Mungkin dia kenal saya kot?? Kan?”
Zara terus ketawa melihat Aliesya cuba menerangkan sesuatu yang dia sendiri tak pasti dan ada jawapan. Awak seorang yang sangat positif Aliesya.

Langkah diatur dengan perlahan memasuki rumah yang sedang dihias untuk majlis pertunangan Supermodel Shasha Mokthar. Aliesya memerhati setiap inci perhiasan yang digunakan, sungguh cantik dan menawan. Terasa macam di kayangan, ni baru tunang belum kahwin lagi. “She so lucky” getus hati Aliesya melihat persiapan di depan matanya kini.

“Excuse me? Mana bilik Cik Shasha?” Aliesya bertanya kepada seorang wanita yang sedang sibuk menghiasi meja  makan tetamu.
“Bilik nya di atas belah kanan, Cik siapa?” tanya wanita tadi.
“saya Aliesya dari butik perkahwinan. Saya nak hantar baju yang ditempah”
“oh ok, sila ikut sini ye, Saya memang suka design-design yang Cik Aliesya reka. Saya Shuhada bakal kakak ipar Shasha”
“Gembira jumpa Cik Shuhada” Aliesya menghulurkan tangan untuk bersalam.
“ Puan shuhada” disambut tangan Aliesya. Sungguh mesra wanita yang bernama Shuhada ini.
Aliesya menaiki anak tangga satu persatu, matanya liar mencari bilik yang dimasksudkan Shuhada.
Aliesya mengetuk pintu yang dirasakan bilik Shasha, Tok! Tok!
“ye cari siapa?” seorang lelaki lembut membuka pintu. Aliesya terpandang susuk tubuh yang sedang bersiap di depan cermin. Darwish! Ye memang dia..
Aliesya cepat mengalihkan pandangan bila Darwish mula sedar dia di pintu. “ saya nak cari bilik Shasha”
“oh, bilik nya di depan situ nok” balas lelaki yang tak berapa nak laki tu
Aliesya tersenyum dan cepat berlalu ke bilik di bahagian depan.
Tok! Tok! “ harap betul la bilik ni” Aliesya berdoa di dalam hati, terasa asing ditempat macam ni. Selalunya, Zara yang akan hantar baju tempahan, tapi hari ni anak dia sakit pulak. Nak tak nak Aliesya kena buat sendiri. Sesungguhnya dia memang akan sentiasa cuba mengelak dari majlis-majlis keramaian ni.
“Hai saya nak hantar baju tempahan Cik Shasha” Aliesya  terus menerangkan siapa dia apabila pintu di buka.
“masuk” seorang wanita yang sedikit berumur yang membuka pintu, Aliesya hanya mengikut langkah wanita itu.
“letak disitu ya” sungguh manis senyuman wanita ini. Wajahnya menunjukkan dia seorang yang lemah lembut. Tapi ada sesuatu yang sedang menganggu hati wanita ini.
“baik, terima kasih. Saya beredar dulu puan tak nak ganggu Cik Shasha bersiap”
“nanti”
“oh ya, semua nya sudah dibayar” entah macam mana Aliesya boleh fikir yang wanita didepannya ini ingin bertanyakan tentang bayaran.
“bukan tu, tapi..apa yang mak cik nak buat sekarang ni..” tetiba airmata mengalir dari mata wanita yang berumur ini.
“kenapa makcik?”Aliesya benar-benar tidak faham.
“She is not here..” sayu sahaja suara wanita itu kedengaran.
“Maksud makcik?”
“Shasha, dia masih belum sampai. Bila makcik call pun tak dapat. Apa yang perlu makcik buat kalau…dia tak datang?”
Hah? Aliesya terpinga mendengar apa yang diperkatakan oleh wanita yang sedang sedih didepannya ini.
“apa kata makcik sabar, mungkin dia sedang……….”
“apa yang mama cakap???” dengan tidak disangka-sangka suara itu dekat sahaja di belakang Aliesya.
“Huh..sejak bila dia ada dalam bilik ni??” jantung Aliesya tetiba berdebar-debar. Dia dapat rasakan dia  datang pada wrong timing.

“tak pelah..awak baliklah dulu. Maaf sebab kaitkan awak dengan semua ni.” Wanita itu tidak ingin Aliesya menyaksikan pertengkaran yang bakal berlaku dalam masa beberapa minit sahaja.
“er..er..saya balik dulu” Laju AIieysa setuju dan ingin beredar dari situ dengan segera.
“tengok apa yang dia buat?? Ini yang mama nak sangat kan? I’m telling you before this, but you never trust me! Dia menipu itu sebab dia tak nak buat di rumah dia, parents dia takde di sini lah. Nonsense!”
“pleaseee..this is the first and the last! Selepas ini saya tak nak ada sesiapa yang masuk campur dan atur hidup saya”
Langkah Aliesya terbantut bila mendengar kata-kata kasar yang keluar dari mulut lelaki yang boleh dikatakan hensem. Cara dia bercakap macam wanita itu mak dia. Arghh..yang aku sibuk ni kenapa.
Aliesya terperanjat bila tangannya di tarik keluar oleh Darwish.
“ eh, apa ni encik..lepas lah!”
“ikut saya”
“ apa ni main tarik-tarik. Just cakap saya boleh dengar.  Jangan tarik macam ni” Aliesya tak suka apa yang sedang berlaku. Wanita berumur tadi hanya memerhati dari pintu bilik.
“awak diam boleh?!” Darwish menengking Aliesya tanpa sebab.
“hah?? Saya takde kena mengena. So please lep..”
Makin kuat tangan Aliesya dipegang,” sakit..lepas..” mata Aliesya sudah berair.
Aliesya dibawa ke bilik yang dia singgah di awal tadi. Darwish melepaskan genggaman setiba nya dibilik itu.
“Toi, siapkan dia. Kalau dia melawan cakap dengan saya”
“Okey”
“ Meh sini cepat, dah lambat ni”
“saya? Kenapa saya nak kena siap? Eh tak boleh macam ni. Tak leh paksa-paksa, ni kerja gila”
Aliesya cuba membantah.
“ Toi, siapkan dia sekarang! Saya pergi ambik baju” Darwish terus melangkah keluar.
BUPPP!! Pintu dihempas kasar.
“ Nok, jangan susahkan kerja I ok? Please ikut je, nanti I tak dapat payment”  dengan pantas wajah Aliesya ditempek dengan bedak .
Tak berapa lama kemudian, Darwish masuk dengan baju yang direka Aliesya.
“ Pakaikan dia dengan ni”
“okey” balas Toi.
Darwish keluar semula dari bilik.
“Toi, awak kena tolong saya, saya takde kene mengena dengan semua ni. Saya datang nak hantar baju je. Saya siap-siap ni untuk apa?”
“Nok, you tak kesian ke dengan Darwish? Mak dia yang beriya nak menantukan Shasha. Darwish tu takde selera pun. Tapi tengoklah hari ni tak nampak muka terus. Pempuan yang tak cukup dengan satu lelaki“
“er.. kesian?”
“ala..anggap je you tolong dia, tolong seorang kawan” Toi masih belum habis mengerjakan wajah Aliesya.
“tolong? Macam ni ke cara dia mintak tolong?”
“aduh..confius betul la aku macam ni”
“ok, da siap. Cantik sangat nokk. Dah pergi cepat pakai baju tu. I tunggu”
Dengan rasa berat dan blur Aliesya masuk ke bilik air untuk menukar pakaian.

“Dah siap Toi?” Wajah Darwish terjojol di sebalik pintu.
Toi hanya menunjuk isyarat yang Aliesya sedang menukar pakaian.
Darwish terus mendekati Toi. “ Aku tak ada pilihan. Apa yang jadi ni dah melampau. Bermain dengan maruah aku seorang lelaki.”
“aku faham lah tak yah la kau nak terangkan sangat dekat aku ni”
“ tapi kau jangan sekali lupa pertolongan secara paksa  pempuan kat dalam tu. Kesian aku tengok.  Dah la jenis blur je” sambung Toi.
Darwish hanya mengangguk pelahan, dia juga serba salah. Tapi tak mungkin dia hendak membatalkan majlis pertunangan ini.
Krekk..bunyi pintu di buka, Aliesya keluar dengan pakaian yang direka khas untuk Shasha.
“Toi, saya tak selesa betul la, ketat sangat ni” Aliesya mengomel sendiri. Walaupun baju itu rekaan dia sendiri tapi terlalu seksi bagi diri dia yang  jenis sempoi.
Mata Darwish sudah tertacap pada tubuh Aliesya, dia yang sedang membelek diri  sebabkan tak selesa tidak sedar akan kehadiran Darwish.
“ euuu?? Awak?? Aduh” Aliesya ingin berlari semula ke bilik air bila melihat Darwish turut di situ.
Darwish dengn pantas berjalan ke arah Aliesya dan menarik tangan Aliesya mengikutnya keluar dari bilik.

“ eee..lepaslah, saya boleh jalan tanpa dipimpin” Aliesya sudah tidak boleh tahan lagi.
Darwish melepaskan tangan Aliesya, dia membiarkan Aliesya berjalan di sebelahnya dengan bebas.

Sebaik turun sahaja dari tangga, Aliesya di sambut oleh wanita berumur tadi. Sampai sekarang aku tak tahu apa nama dia.
“Ikut mama” itu sahaja yang keluar dari mulut wanita itu.
Di saat ini aku hanya mampu mengikut arahan ibarat dipukau, banyak mata yang memandang kearah aku.
“terima kasih untuk semua ni” wanita tua itu menyambung kata-katanya lagi.
Aku di bawa ketempat dimana seorang yang bakal di sarungkan cincin akan duduk disitu. Apa lagi kalau bukan pelamin.
Pelamin???
Aliesya mula gugup, sejarah hitamnya kembali menerpa diruang fikiran. Hatinya bagai disiat-siat bila keadaan itu seolah-olah sedang berlaku lagi. Bagai pita video yang dimainkan semula.
Sebaik Aliesya melabuhkan punggung di kerusi empuk itu, mata dia liar melihat kesemua tetamu yang hadir. Hatinya ingin sahaja menjerit tetapi apabila wajah Darwish kelihatan di salah satu meja tetamu. Aliesya tertunduk resah.
Sesungguhnya dia pernah ditinggalkan duduk berseorangan dipelamin angannya. Bakal suami nya langsung tak kelihatan pada hari bahgia buat dirinya. Sampai hati!

“ Papa..mama rasa bolehlah kita mulakan” Puan Hajah Mariam meminta Izin suami nya Tuan Haji Ibrahim.
Aliesya masih tertunduk resah, dia hanya mendengar bunyi orang sedang berdoa selepas perbincangan yang dia sendiri tidak boleh terima akal.
Aliesya tersedar dari lamunan bila jarinya disarungkan sebentuk cincin berbatukan berlian. Cantik, dibawah batu itu terukir bentuk sepasang love.
Kesemua tetamu menepuk tangan, tanda majlis ini berjalan dengan sempurna. Walau aku yakin, pasti ada yang tertanya-tanya apa yang sudah jadi. Sepatutnya Shasha yang berada disini, bukan aku. Lagipun siapa aku? Pelakon? Penyanyi? Tak ada yang kenal pun.
Selepas semuanya selesai, aku cepat-cepat naik keatas menukar semula pakaian asal aku. Ini pun macam nak mati aku mengelak dari semua mahkluk yang menanti untuk menyoal siasat aku. Argh benci nya aku!! Kenapalah aku perlu terjebak dalam hal ni.
Aku terasa amat lega dan bebas bila aku berjaya keluar dari rumah itu, aku terus menghidupkan enjin kereta dan tekan minyak selaju yang boleh. Aku capai tisu di kereta untuk mengelap make up di muka. Rimas nya aku dengan semua ni.

Dua hari berlalu…

Aliesya seperti biasa sibuk dengan rekaan pakaian yang ditempah, dia ingin menghabiskan semua kerja yang ada kerana dia ingin bercuti panjang.
“ sibuk sangat ke?” suara Darwish memeranjatkan  Aliesya yang tidak sedar kehadirannya.
“ err..apa yang saya boleh tolong lagi?”
“ tolong? Kau tunang aku, lupa ke?”
“apa?? Hari tu saya cuma ganti tempat Shasha sekejap. Dengar lagi sekali sekejap”
“ mana ada orang tunang main ganti-ganti”
“suka hatilah nak cakap apa, saya tak nak pening kepala” Aliesya tak suka keadaan yang merumitkan.
“ aku pun tak nak peningkan kepala, aku datang cuma nak kau bagi tahu orang tua kau. Aku nak masuk meminang. Nah ambik kertas ni tulis alamat dan nama parent kau” Darwish meletakkan sekeping kertas di meja Aliesya.
Aliesya mengelengkan kepala, dia memang tak boleh terima apa yang diperkatakan oleh Darwish.
“cepatlah Bobok tulis” Darwish geram melihat wajah Aliesya yang blur, makin comel bila dibuat begitu.
“Bobok?? Apa maksud nya tu?”
“Awak bobok saya la”
“Darwish!”
“Bobok!”
Cik Aliesya, kali pertama saya tengok awak saya dah dapat rasa sesuatu. Mata saya tak boleh nak pandang ke tempat lain. Wajah awak macam magnet yang menarik saya.
Darwish menarik tangan Aliesya supaya dia boleh melihat wajah Aliesya dengan lebih dekat.
Aliesya mula rasa geli dengan adegan ni, “awak, saya nak kentot”
“apa?” Darwish bagaikan  terkena kejutan elektrik menjauhkan diri dari Aliesya.
“Hahahha.. padan muka” Alisya terus meloloskan diri dari perangkap Darwish.
Darwish tersenyum melihat telatah Aliesya, dia semakin pasti Aliesya memang bobok dia.
Aliesya I’m in love with you! Awak bobok saya!


7 comments:

  1. Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
    -----------------------------------------------------------------------
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
    - Bonus Cashback Sportbook 5%
    - Bonus Cashback Sabungayam 5%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    Contact Us Now :
    Livechat Casinobet77
    whatsapp : +85599495431
    PIN BBM : D6235F1C
    Wechat : casinobet77cs1
    Line : casinobet77
    skype : casinobet77
    Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/

    ReplyDelete
  2. Numpang ya min ^^

    Bonus New Member 50%!!! Bukan server IDN maupun PokerV! Cobalah bermain di server baru 1G Poker hanya di kenaripoker,com! Proses deposit dan withdraw tidak basa basi langsung tinggal proses dan main saja bosku, dicoba keberuntungan kamu sekarang juga hanya di kenaripoker,com!

    WHATSAPP : +855966139323
    BBM : KENARI00
    LIVE CHAT : KENARIPOKER,COM

    ReplyDelete
  3. Numpang posting ya min ^_^
    Buruan yuk mampir di Y9POKER guys
    *Minimal Deposit 10.000-,
    *Minimal Withdraw 15.000-,

    Disini kamu dapat mainkan 1 ID untuk semua game^__^
    *Texas Poker *Capsa Susun
    *Ceme *Bandar Capsa
    *Ceme Keliling *Big Two (new game)
    *Domino QQ

    Y9POKER ada memiliki beberapa bonus menarik seperti
    *Welcome Bonus 20%
    *Bonus Referral 5%
    *Bonus CashBack Mingguan 0.5%
    *Bonus Next Deposit 5%

    Buruan Join DIY9POKER !!
    Hubungi Customer Service kami yang siap melayani kamu selama 7 x 24 jam Stay Online
    Pin BBM : E36DAA23
    WA : +6285261535211
    LINE : Y9POKER
    Live Chat : Y9POKER(.)Com

    ReplyDelete
  4. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  5. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete