Sunday 20 January 2013

Hati Si bebola Konkrit!


Bab 4:

Lulu duduk sendirian di ruang tamu, cuti sakit yang diberi doktor selama 1 minggu membuatkan dia mula terasa bosan yang amat. Selama dia berehat dirumah, Ida yang menjaga makan dan minumnya, kelibat Putra langsung tidak kelihatan selepas menghantar dia tempoh hari.


Lulu membelek-belek kakinya yang sudah beransur sembuh, dia sudah boleh berjalan cuma masih ada sisa-sisa sakit yang dirasakan. Esok dia sudah boleh masuk ke pejabat, dan sudah pasti bertimbun kerja diatas mejanya.

 

“ Taufiq…” Airmata Lulu masih deras mengalir, dengan sabar dia menanti jawapan dari lelaki didepannya.

“ nah barang awak.”sikit pun Taufiq tidak memandang ke arah Lulu.

“ Terima kasih untuk segalanya..terima kasih sangat..” dengan langkah yang berat Lulu berjalan meninggalkan Taufiq. Airmatanya gugur sekali lagi..hatinya hancur berderai dengan perpisahan ini. Hatinya bagai diragut dengan kasar.

 

Lulu berjalan keseorangan di dalam hujan, ke mana arahnya dia pun tidak pasti. Apa yang dia perlukan diketika ini ketenangan dan mengubat hatinya yang cukup terluka. Pedihnya bagai disiat-siat. Ya allah, berikan aku kekuatan!

 

Tangisan dalam mimpinya tadi membuatkan Lulu tersedar dari tidur. Matanya basah dengan airmata. Mungkin dia terbawak-bawak dengan mimpi. Lulu beristighar beberapa kali, kenangan itu sering menganggu jiwanya. Sampai bila dia pun tak pasti, sakit di hati tidak sekali pun pernah hilang.

Lulu melihat sekeliling, dia terlelap selepas asyik berfikir tentang kerja tadi. Inilah padahnya kalau tidur siang,mimpi yang bukan-bukan.

 

Kemudian dia bingkas bangun masuk ke bilik, dari tidak berbuat apa-apa baik dia menyiapkan pakaian untuk ke pejabat esok. Dia tidak boleh duduk sendirian tanpa berbuat apa-apa, pasti otaknya berfikir tentang sejarah yang lepas. Dia perlu menyibukkan dirinya untuk mengelak terus berfikir benda yang tak mendatangkan faedah.

 

Dengan perasaan yang teruja Lulu melangkah masuk ke pejabat, rindunya kepada kerja membuak-buak. Langkahnya di atur perlahan-lahan, kakinya masih belum baik sepenuhnya.

“morning Sakinah” Lulu tersenyum bila melihat wajah Sakinah.

“Cik Lulu dah sihat?” Sakinah memandang kaki Lulu yang tidak boleh berdiri seperti biasa.

“ almost..dont worry”

“ Cik Lulu, apa-apa just panggil saya” timbul perasaan kasihan melihat keadaan Lulu.

 

Lulu tersenyum puas bila duduk dikerusi yang sudah ditinggal selama seminggu. Dia melihat fail-fail yang masih belum di periksa. “dah agak..mesti bertimbun” Lulu mengomel sendiri.

 

Sudah beberapa hari Lulu mula bekerja seperti biasa, kakinya juga sudah sembuh sepenuhnya. Lulu kembali melakukan rutin hariannya, dan Lulu mula perasan dia masih belum berjumpa dengan Dato’ Haji Kamarul. Dia menghampiri pintu bilik sebelum memasang niat untuk mengetuk pintu. Entah kenapa hatinya berdebar-debar, perasaan aneh mula timbul.

 

Dengan tidak disangka-sangka bahunya disentuh oleh seseorang.

“aa!” Lulu menjerit kerana terperanjat.

“ eh sorry!” suara garau lelaki itu berbunyi serba salah.

“ awak??” Lulu benar-benar tak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Putra hanya balas dengan senyuman. Lulu mendengus kasar,segera hendak berlalu dari situ. Tapi langkahnya terbantut bila Dato’Haji Kamarul muncul secara tiba-tiba.

“ Lulu, long time I not see you. How your leg?”Dato Haji Kamarul mendekati Lulu yang sudah keras disebelah Putra.

“ I’m fine Dato’” Lulu memaniskan muka untuk menutup marahnya pada Putra tadi.

“ come, we need to talk” Lulu hanya mengekori Dato’ Haji Kamarul memasuki biliknya. Putra turut mengikut langkah Lulu.

 

“ Lulu, after this I will not handle this company anymore. Someone will take this responsibility. Dah sampai masa saya berehat,tapi jangan risau saya masih akan pantau sekali sekala.”

 

Lulu hanya mengangguk,walaupun berat hendak terima tapi apa yang dia mampu buat. Dia hanya kuli bukan siapa-siapa pun, so redha je la..

“ Arman akan mengambil alih tugas saya.”

Terdengar sahaja nama itu, Lulu terus memandang Putra yang duduk di sebelahnya. Bibir Putra mengukir senyuman,jauh di dalam hatinya dia sedang menahan gelak melihat reaksi Lulu.

“ saya perkenalkan Syed  Arman Putra anak kepada Tan Sri Haji Mukhris.” Dato Haji Kamarul memberi isyarat kepada Putra untuk berjabat tangan.

 

“ er..nice to meet you” nak tak nak Lulu terpaksa jua menyambut salam yang dihulur.

“Arman, please jaga business pak ngah ye. Dah masa pak ngah kena rehat macam papa kamu sekarang.”

Putra mengangguk tanda faham tanggungjawab yang bakal disandang.

“Pak Ngah??” Lulu bermain kata sendiri, “ Dato’ ni pakcik dia??”

 

Sudu ditangan laju mengacau air milo yang baru di bancuh dengan air panas. Lulu belum habis berfikir bagaimana die hendak bekerja di bawah Putra. Mungkin selepas ini dia akan lebih kerap bertembung dengan Taufiq. Mampukah aku untuk berdepan dengannya??

 

“Cik Lulu, Encik Arman cari” suara Sakinah mematikan lamunan Lulu sebentar tadi.

“ er..ok2. ish..asyik cari aku je” Lulu merungut sendiri. Entah kenapa dia rasa kadang-kadang Putra macam sengaja mencari alasan untuk bersua muka dengannya. Sebelum ni dengan Dato Haji Kamarul tak ada pun asyik nak berjumpa, cukup seminggu sekali aku perlu update apa-apa yang perlu.

 

“ Encik Arman cari saya?” sengaja di sebut nama Putra seperti itu biar nampak formal sikit.

“yup, sila duduk”


“Cik Asmara…saya..” belum sempat Putra meneruskan kata-kata Lulu segera menyampuk.

“ call me Lulu.”

“ oh..kalau macam tu panggil saya Putra”

“ encik Arman bos saya,tak manis orang dengar.”

“ So tak salah saya panggil Asmara.”

“ Lulu is my office name..please”

“ as your wish. Ok berbalik dengan niat saya awal tadi. Saya nak awak ikut saya out station minggu depan. Kita tengok projek di Pahang. Remember the proposal yang awak reject? That’s project” Putra sengaja membangkitkan isu itu semula.

“ out station? Sebelum ni Dato tak ada pun buat macam tu? Lagi pun itu bukan skop kerja saya. I’m not your PA.”

 

“ just now you said I’m your boss, now why you refuse to follow my instruction?ok, let me explain. Bukan saya nak sangat awak ikut pun, tapi client nak berjumpa disana dan I need your expertise untuk analisis kewangan syarikat mereka disana”

Lulu kehilangkan kata-kata, apa yang Putra cakap memang benar. Mungkin selama ini segala perbincangan akan di buat disini. Tapi berkemungkinan juga cara Putra menguruskan business dengan caranya tersendiri.

“ can you accept?” Putra menanti jawapan dari Lulu yang diam membisu.

“ baik lah..bila bertolak dan berapa hari kita disana?” akhirnya Lulu akur dengan permintaan Putra.

“ good, tiga hari dan hari isnin pagi kita bertolak”

“ baik, ada apa-apa lagi?”

Putra mengelengkan kepala. Lulu bingkas bangun apabila itu reaksi Putra.

“ Cik Lulu Asmara, I will pick up you later..ok?thanks. you can go” Putra meneruskan kerjanya di laptop.

 

“memang poyolah mamat ni” Lulu melepaskan geram dengan perangai Putra sebentar tadi. Dia dapat merasa Putra seperti sengaja tapi alasan yang diberi cukup kukuh. Membuatkan Lulu terpaksa akur walau dia rasa berat hati untuk bekerja dekat dengan Putra.

Pandangan Putra apabila memandangnya cukup lain, dia tidak tahu apa maksud pandangan itu. Mungkinlah Taufiq sudah bercerita bukan-bukan tentang dirinya. Ah! masih aku ingat bagaimana rakan sekelas Taufiq memandang aku di kampus bila cerita fitnah tentang aku mula tersebar.

 

Pandangan yang hina itu cukup membuat aku malu untuk bertembung dengn mereka, apabila berselisih sahaja mereka akan pandang aku sebelah mata aje, atas bawah di belek diri aku. Betapa peritnya keadaan ketika itu, aku mula hilang kawan dan orang mula kurang percaya dengan diri aku. Betapa bodohnya mereka mempercayai kata-kata Taufiq tanpa bukti dan kenal diri aku.

 

Oleh disebabkan cerita itulah, mak dan abah malu dengan jiran tetangga. Aku tak pasti bagaimana cerita aku boleh sampai ke telinga mereka. Aku kasihan melihat mak dan abah tak pasal-pasal dituduh tidak pandai menjaga anak perempuan. Mereka dicemuh dan dipandang hina oleh makcik dan pakcik aku sendiri.

 

Ada yang mengatakan aku ni memang perempuan tidak baik, kerana keputusan Taufiq membatalkan kedatangan rombongan meminang dulu kerana mengetahui perangai aku yang sebenar. Pada awalnya aku tidak boleh terima dengan semua ni, tapi setelah lama kelamaan aku harungi aku sudah lali dengan segala hinaan orang.

Di sebabkan ini jugalah aku dan keluarga terpaksa berjauhan. Mak dan abah tak sanggup hendak menanggung malu, mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain. Kini mereka menetap di Brunei mengikut nenek acu,satu-satunya nenek yang aku ada.Disebabkan itu,aku terpaksa membawa haluan sendiri kerana tidak mahu menyusahkan mereka lagi. Cukuplah apa yang mereka terpaksa tanggung. Semenjak itu, aku dan mak semakin renggang. Hubungan kami tidak mesra seperti dulu lagi. Rindunya aku pada mak, tapi aku tidak boleh membetulkan perkara yang dah berlaku. Tapi aku masih boleh membetulkan apa yang akan berlaku. Aku menutup pintu hati untuk lelaki, Insan bernama lelaki cukup sukar untuk dipercaya.

 

 

Perubahan aku bertudung bukan untuk menunjukkan aku seorang perempuan yang baik semata-mata. Tapi semakin aku dekatkan diri dengan Allah s.w.t hati aku memanggil-manggil untuk bertudung. Mungkin dengan cara ini aku boleh melindungi diri aku dengan lebih baik lagi.

Telefon Lulu bergegar di poket, membantutkan lamunannya yang sudah terbang jauh.

 

Babe,

Aku ada hal kena balik kampung. Dalam minggu depan aku balik sana..

Kau jaga diri elok-elok..jangan sakit-sakit lagi.

 Muahaha…

~Ida~

 

Lulu mengeleng kepala, pelik kerana Ida sering pulang ke kampung. Apa masalah yang sedang terjadi kepada family Ida. Tak pernah pun dia ceritakan, mana tahu aku boleh bantu. Kampung dia bukannya dekat jauh nun..kat Kedah sana. Sanggup dia ulang alik sekerap macam ni.

 

Selamatlah aku kena out station, tak adalah aku boring duduk sorang-sorang kat rumah. Bagus jugaklah Ida kat kampung tak da aku dengar suara dia berleter sebab kena tinggal sorang. Minah ni lagi satu, kalau dia nak kena tinggal mula la mulut itik dia keluar tapi masa dia tinggalkan aku, aku cool je..haih..

 

Tanpa disedari Putra sedang asyik memerhati Lulu yang termenung didepan skrin komputer. Dari awal mengenali Lulu, dia sudah dapat merasakan ada sesuatu yang menarik perhatiannya dalam diri Lulu. Dia senang setiap kali memandang wajah Lulu, walau layanan agak dingin tapi dia masih tidak serik.Tidak pernah sekali pun pintu hatinya terbuka untuk seorang wanita, perasaan yang dirasai kini sangat aneh.

 

Putra tersenyum sendiri bila sedar dirinya yang ibarat orang gila bayang. Dia meninggalkan Lulu yang sedang melayan perasaan. Dia tidak boleh lama-lama disitu takut Lulu akan perasan kehadirannya.

 

Mampukah hati Lulu menerima kehadiran seorang lelaki didalam hidupnya semula?? Segala yang baik datang dari Nya…subhanallah..

Saturday 5 January 2013

Sekali dapat!… : Bab 19


Seperti biasa rutin harian Aryani sebelum ke pejabat adalah menyediakan sarapan untuk Karl. Sepanjang ketiadaan Aryani dirumah, kasihan pula kalau ditinggal tanpa menyediakan makanan. Karl tetap tetamu pada mata Aryani.

 

Bila melihat susuk tubuh Karl Aryani pasti mula rasa tak tentu arah, kenapalah aku ni..dia bukannya makan orang pun. Aryani tidak mengendahkan Karl yang duduk untuk bersarapan, dia masih meneruskan menghidang nasi goreng di atas meja.

 

Malu untuk bertemu muka dengan Karl apabila teringat kejadian malam tadi. Buat pertama kalinya mereka tidur berpelukan sehingga bangun subuh pagi tadi. Lenguh jugak badan Aryani kerana tidur yang terhad untuk bergerak.

 

Aryani banyak membisu dan terus menyuap nasi di mulut, Karl turut tidak banyak celoteh seperti selalu.” Kenapalah Mr.0ksigen ni bisu hari ini..selalu dah macam bapak ayam je, rasa lain pulak bila dua-dua senyap macam ni” Aryani berbisik pada diri sendiri.

 

Bila Aryani ingin menyuap suapan terakhir nasi ke mulut, baru Karl membuka mulut

dear, please don’t forget to submit your resign letter by today. No excuse” Walaupun suara Karl masih lembut tapi ada tegasnya disitu.

One more thing, after this sayang you no need using your skuter anymore..”

Mendengar kenyataan dari Karl membuatkan Aryani terus memandangnya meminta penjelasan.

 

“ abang rasa tak selamat kalau isteri abang naik motor, kena debu dan hujan semua tu” Karl terus menyambung kata-kata bila Aryani memandangnya tidak puas hati.

 

“ takpe, saya dah biasa. You don’t worry too much about me” Aryani tidak boleh tahan lagi dengan sikap Karl yang membuat keputusan untuk dirinya.

 

I said no. full stop. Bahaya untuk seorang perempuan. Kes-kes ragut rogol semua tu sebab kedegilan macam nilah” suara Karl mula tinggi sedikit.

 

“ ee..nampak je macam moden, otak dah macam orang berumur 85 tahun” Aryani mengomel sendiri. Entah kenapa dia tak mampu nak melawan kata Karl.

 

“dah tak payah nak buat muka tak puas hati..pagi-pagi macam ni abang tak nak bertekak” Karl seakan –akan faham isi hati isteri kesayangannya.

 

Tinggal bersama Aryani cukup membuat dia semakin memahami sikap dan tingkah laku Aryani, cuma berkaitan dengan perasaan dia masih dalam mengenali Aryani dan cuba memenangi hatinya.

 

Aryani bingkas bangun ke dapur, dia pun malas nak berbalah dengan Karl kerana di hujung cerita Aryani terpaksa akur juga apa kehendak Karl. Kalau difikir-fikirkan  balik, apa yang dipinta Karl takdalah melampau sangat. Semuanya masih rasional cuma cara dia tak kena, semuanya perlu dipatuhi, aku bukannya dalam kem askar. Kiri-kanan..kiri-kanan!

 

Baru saja dicapai helmet untuk bergerak ke pejabat, Karl dah mula memandang Aryani sampai berkerut dahi. Aryani blur bila Karl berkelakuan macam tu. Apa lagi yang aku salah ni…

 

“ abang tunggu dalam kereta” Karl berlalu meninggalkan Aryani di depan pintu.

“ya allah kenapa lah dengan kau ni Aryani..kan tadi dia dah pesan, yang mulai hari ni kau tak boleh naik skuter lagi..yang kau dok heret helmet ni buat apa…”

Aryani menutup pintu dan berjalan memasuki kereta Karl.

 

Didalam kereta wajah Aryani kelihatan gelisah, dia tidak gemar apabila Karl mahu menghantar dan mengambilnya pulang dari pejabat. Tapi apa alasan yang paling logik untuk diberi pada Karl Si otaknya geliga ni.

 

Aryani mencuri memandang Karl yang sedang memandu disebelah. Wajahnya agak serius, Aryani terus mengalihkan pandangnya ke luar tingkap. Sungguh aku tak boleh melihat muka lelaki disebelah aku  ni. Rasa macam nak marah aje..tapi bila berdepan aku senyap pulak..haih…

 

“ada apa sayang pandang-pandang abang macam tu? Nak cakap sesuatu cakap aje..tapi kalau nak renung muka abang ni lama-lama tunggu lah malam karang ye” Karl tersenyum nakal bila Aryani menarik muka masam.

 

Dipejabat Aryani sudah bersedia untuk berjumpa dengan Hakim kerana dia perlu memberi surat berhenti secepat mungkin. Aryani sudah berfikir panjang, niatnya untuk berhenti kerja bukan atas dasar kehendak Karl tapi dia sudah berfikir untuk pergi ke satu tempat yang baru. Dia tidak mahu terus disakit, walau sikap Karl seperti ingin memgembalikan hubungan mereka lama . Aryani tidak sanggup terluka lagi, sehingga sekarang dia tidak tahu apa motif Karl kembali kepadanya. Cukuplah apa yang dialaminya sebelum ini, malahan keluarga sendiri turut boleh berpecah hanya kerana harta.

 

Encik Hakim, sorry if I’m disturbing you, but we need to talk” Aryani berdiri di depan meja Hakim sementara menunggu Hakim menyudahkan kerja menyemak proposal yang diberi Aryani pagi tadi.

 

“Sure, please have a sit” Hakim masih tidak memandang ke arah Aryani.

Dengan perlahan Aryani meletakkan sampul di atas meja Hakim.

“ Encik Hakim, ini surat perletakan jawatan saya untuk tempoh satu bulan”

 

Hakim terus memandang Aryani, apakah benar apa yang baru dia dengar dari mulut Aryani?

 

“ erm..may I know the reason why?” perlahan sahaja suara Hakim menyoal Aryani.

Tangannya mencapai surat yang berada didepannya, perlahan dibuka sampul berwarna putih itu walau sudah diketahui isi dalamnya.

 

Aryani menarik nafas, dia perlu menceritakan segala-galanya pada Hakim siapa diri dia yang sebenarnya.

Panjang lebar Aryani bercerita, Hakim menjadi pendengar yang baik. Sikit pun dia tidak bersuara selagi cerita Aryani belum habis. Dia hanya merenung perempuan didepannya, jauh disudut hatinya ada rasa kecewa bila mengetahui Aryani sudah berkahwin selama ini.

 

“ saya mintak maaf sebab tidak berterus terang, kerana sebelum ini kami berdua memang bekerja jarak jauh, tapi bila ada peluang untuk kerja bersama. Saya terpaksa buat pilihan untuk berhenti.” Kata-kata akhir selepas penat mereka-reka cerita tentang kebahgian dia dan Karl.

 

I have no idea..but what can I say. Its your choice. I only can wish you good luck” Hakim cuba menutup perasaannya yang kecewa.

 

“ bertuah suami you dan I happy melihat kebahgiaan you Aryani” Hakim memberi senyuman yang dipaksa bagi mengaburi perasaannya pada Aryani.

 

Aryani berjabat tangan dengan Hakim tanda terima kasih kerana sudi memberi dia peluang untuk bekerja disyarikat ini. Satu nafas lega dilepaskan Aryani, selepas ini hanya tinggal perkara dia dan Karl sahaja.

 

Sejak Karl tidak mengizinkan Aryani menunggang motosikal, dengan relanya Karl menjadi driver Aryani untuk ke pejabat. Sekiranya Aryani lewat, Karl sanggup menunggu berjam-jam asalkan Aryani pulang bersama dengannya. Wah..gigih Karl memenangi hati Aryani. berbaloi tak rasanya?

 

Aryani melihat Karl menunggunya didalam kereta, Aryani berjalan ke arah kereta.

“Penat sayang?” Karl memandang Aryani yang kelihatan keletihan.

“tak adalah..biasa je”


Karl meneruskan pemanduannya tapi bukan untuk balik kerumah. Dia ingin membawa Aryani berjalan-jalan membeli-belah.Aryani yang asyik melayan perasaan mula rasa lain, kerana perjalanan ini bukan menghala ke rumah. Mana pulak Karl ni nak pergi?

 

“ kita nak kemana..” Aryani terus meyoal.

“ jalan-jalan” hanya senyuman terukir di bibir Karl.

“ abang dah lama cuti..tak apa ke? Tak ada kerja?” Aryani berasa hairan dengan Karl. Sudah lama dia hanya duduk rehat di sini, tak perlu masuk ke pejabat ke? Siapa yang tolong papa handle syarikat?

Karl hanya memberi senyuman pada Aryani, tiada niat untuk menjawab soalan Aryani.

 

Karl dan Aryani memasuki mall City Plaza dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Aryani hanya mengikut langkah Karl, tangannya sudah dipegang erat oleh Karl. Diheret Aryani berjalan bersama denganya.

 

“ kita nak cari apa sebenarnya..” Aryani mula terasa penat.

 “ sayang penat? Ok last, kita masuk kedai handphone depan sana tu.” Aryani menangguk perlahan.

 

Give me this phone, yup. How much?” Karl leka memilih.

Aryani hanya memandang gelagat Karl membeli handphone baru. Haih..asal bergaya ye tak?..

 

Karl memegang tangan Aryani semula sebelum mereka berjalan keluar dan pulang kerumah.

Sampai dirumah, Aryani meletakkan bag didalam bilik dan ingin ke dapur untuk masak makan malam tapi ditahan Karl “ malam ni sayang tak payah masak..kejap lagi abang beli aje.. take your rest ok?”

 

Aryani hanya diam, makin hari sikap Karl makin pelik. Kenapa Karl terlalu baik sekarang ni? Aku tak boleh biarkan semua ni terjadi, aku perlu mintak cerai sebelum aku menaruh harapan. Nanti kecewa sendiri, sebab aku tak tahu apa niat Karl sebenarnya. Tak mungkin benda yang dah dibuang, akan dikutip balik.

 

Aryani duduk menonton televisyen selepas mandi, hanya Karl yang belum sudah lagi mengemas meja makan. Bila Aryani hendak tolong mengemas juga Karl bekeras tidak  mahu dibantu.

 

“ sayang tengoklah handphone abang beli tadi” Karl menghulurkan bag plastik pada Aryani.

 

Muka Aryani terpinga-pinga,” bukan ni handphone abang ke..saya tak..” belum sempat Aryani menghabiskan ayat Karl sudah menyampuk “ abang beli untuk sayang lah..lepas ni senang lah kita nak whatsapp” Karl tersenyum senang.

 

“nak whatsapp apa..kita satu rumah kot.” Aryani mengeleng kepala.

“ sekarang..lepas balik KL abang akan mula busy dengan kerja, so abang mesti rindu dengan isteri abang ni.” Karl mengusap pipi Aryani.

 

“ err..abang, saya ada benda nak cakap..” Aryani memberanikan diri untuk berbincang sementara ada peluang ini.

 

Karl mengangkat kening memberi peluang Aryani bercakap.

 

“ sebenarnya..saya rasa abang tak perlu susah-susah untuk semua ni, lagipun saya tak rasa nak pindah ke KL semula. Saya dah fikir panjang dan semasak-masaknya untuk kita berpisah. Saya tak tahu apa motif abang datang dan kembali pada saya setelah apa yang jadi di lobi dan sebelum-sebelum tu lagi. Sumpah! Saya langsung tak faham kenapa saya terlibat dalam kehidupan abang. Saya cuma nak cari life saya sendiri. Tu je..saya harap sangat abang faham, saya tak kesah kalau nak diceraikan dan tak pernah letak harapan kita akan bersatu pun” Aryani melepaskan perasaan lega kerana berjaya meluahkan perkara yang sudah lama dipendam.

 

Karl merenung Aryani, tidak ada reaksi ingin marah atau mahu membalas setiap kata-kata Aryani. Suasana jadi senyap antara mereka kemudian Aryani tunduk kebawah kerana takut melihat muka Karl bertukar wajah sebentar lagi.

 

Jangkaan Aryani meleset apabila Karl beralih posisi memandang ke arah televisyen dan menonton cerita seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

 

Aryani bingkas bangun dan masuk kebilik untuk tidur. Memberi ruang pada Karl untuk berfikir tentang percakapannya tadi.

 

Keesokan nya dipejabat,  Aryani sibuk membuat persiapan untuk call conference meeting bersama client tengahari nanti. Encik Hakim turut membantu kerana selepas ini tidak ada lagi khidmat dari Aryani. Tempoh sebulan yang diberi pun sudah semakin hampir.

 

Karl sedang menanti kelibat Aryani turun untuk makan tengahari, tapi kenapa sudah hampir pukul2 petang susuk tubuh Aryani langsung tak kelihatan. Dia sabar menanti  Aryani untuk makan tengahari bersama. Dia ingin Aryani tahu yang dirinya tidak mudah berputus asa dan percakapan Aryani semalam langsung tidak di ambil kesah.

 

Dari jauh Karl melihat Aryani berjalan berdua dengan seorang lelaki yang agak segak orangnya. Karl memerhati kemesraan Aryani dengan lelaki itu, siapa? Marah Karl mula meluap-luap. Kesabaran dan kasih sayang yang diberi tidak dihargai Aryani kerana ini puncanya.Patut Aryani beriya-iya meminta cerai, Karl sudah hilang sabar. Dia tidak akan biar maruah dan haknya sebagai suami dipijak-pijak seperti itu.

Walau dia pernah menyakiti Aryani, tapi Aryani tidak ada hak untuk melakukan dia sedemikian. Selagi status dia isteri kepada Karl Iskandar Ukasyah.Karl terus memecut keretanya laju.

 

“ haih.panjang pulak pertanyaan mereka tadi ya, sampai kita dah lambat untuk lunch. lapar dah ni ” Hakim menyedut air sirap didepannya.

“ tak apa lah encik hakim, janji kita dapat semua contract tu. ” Aryani tersenyum senang kerana kerja keras yang dilakukan selama ini membuahkan hasil.


Tuesday 1 January 2013

Hati Si bebola Konkrit!


Bab 3:

Putra melemparkan senyuman kepada gadis yang sedang terkebil-kebil memandangnya. Entah kenapa dia sering terserempak dengan gadis ini sekarang. Inikah yang dinamakan takdir??

“kita jumpa lagi, kuat jodoh kita” Putra berkata sambil menghulurkan tangan pada Lulu yang memandangnya seperti tidak percaya.

“jodoh?? Wow so sweet your word Encik Putra. Ke awak ikut saya? Dah takde kerja ke?” Lulu segera ingin mahu beredar dari situ. Mood berlari untuk pusingan kali kedua sudah hilang.

Sepantas yang boleh dia berjalan meninggalkan Putra di belakang, tidak mahu melihat wajah itu. Melihat gelagat Lulu yang berjalan seperti masuk pertandingan walkaton membuatkan Putra berlari perlahan untuk mendekatinya.

“kenapa awak marah sangat dengan saya ni? Saya masih waras nak ikut awak tanpa sebab.” Putra cuba untuk menenangkan keadaan dia dan Lulu.

“ apa-apa je lah. Jangan ikut saya. Dah pergi jauh boleh tak” Lulu masih tidak mempedulikan Putra di sebelah.

as your wish!’ Putra terus berlari meninggalkan Lulu, hatinya cukup terasa dengan sikap Lulu.

 

Lulu rasa puas bila melihat Putra pergi dengan muka yang bengang. Memang dia sengaja membangkitkan kemarahan Putra, dia tidak mahu berbaik-baik dengan lelaki yang bersekutu dengan Taufiq!

 

Sebut sahaja namanya, membuatkan hati ini rasa bagai dihiris semula. Lulu mula berlari-lari anak, sementara ingatannya masih teringatkan peristiwa yang takkan mampu dia lupakan.

 

Dua bulan Taufiq tidak menghubungi aku, jika terserempak di fakulti dia seolah-olah tidak kenal lagi pada aku. Semuanya jadi asing buat aku,lebih-lebih lagi melihat perempuan itu berpegangan tangan dengan Taufiq. Jelingan Intan cukup aku faham, kemenangan berpihak kepada dia sekarang.

 

Tapi apa motif Intan benci kepada aku? Apa yang sudah aku buat? Taufiq sampai hati kau buat aku macam ni. Ibarat digantung tak bertali.

“Kau Lulu? Aku Intan buah hati Taufiq. Kau dah putus dengan dia so aku harap kau jangan lah terhegeh-hegeh ganggu kami, faham ?? dengan lagak sombong Intan bercakap dengan aku.

“aku pun tak hadap laki bodoh macam tu..sesuai sangat, fool couple!” Lulu terus melangkah jauh meninggalkan Intan yang kepanasan dengan kata-kata Lulu yang cukup pedih.

 

Tidak cukup dengan jiwa yang sudah kecewa ditinggalkan tanpa sebab, lain pula yang datang. Cerita fitnah yang disebar oleh mulut-mulut dari kawan-kawan Taufiq mengenai aku cukup buat aku tertekan dan malu. Taufiq betul-betul mencalarkan maruah aku. Cerita mengenai aku perempuan murah dan kaki kikis membuatkan hati aku luka berdarah. Tidak tahu bila akan sembuhnya..

 

Aku merana, saban malam aku terjaga dan menangis seorang diri. Perasaan sunyi dan kecewa membuat aku hidup ibarat mayat hidup. Hati aku sudah hilang rasa terhadap lelaki. Semuanya berubah jadi keras seperti bebola konkrit. Tak akan ada yang mampu menembusinya.

Lain pula dengan si Taufiq, dia kini bahgia dengan hidupnya. Sikit pun dia tidak datang meminta maaf dan memberi penjelasan. Dari risikan Nurul, semua cerita buruk tentang aku memang datang dari mulut Taufiq sendiri. Aku tidak pernah jumpa lelaki yang akan mengutuk kekasihnya sendiri. Rupa-rupanya dibelakang aku sikap Taufiq cukup lain dari apa yang aku kenal. Dia seorang yang tidak ikhlas dalam memberi cinta, dia manusia hipokrit!

 

Aku tidak salahkan sesiapa, ini semua kerana kebodohan aku sendiri yang tidak pandai menilai. Tapi siapalah aku untuk menilai hati manusia, kerana aku juga manusia biasa. selama ini aku ingat cinta Taufiq ikhlas lahir dari hatinya, dimana silapnya aku pun tak pasti, apa yang aku pasti aku bukan Lulu yang dulu lagi.

“auch!” Lulu mengerang kesakitan, entah bagaimana dia tersadung dan kakinya terseliuh. Inilah padahnya berlari dengan kepala otak dah terbang jauh dari kotak fikiran.

 

Diurut-urut kakinya dengan harapan akan kurang kesakitan yang dirasai. Lulu cuba bangkit, tapi dia gagal. Dia cuba sekali lagi, dan terjelepuk jatuh semula dan kali ini sikunya pula jadi mangsa.

Hari semakin gelap, Lulu cuba bangun perlahan-lahan. Dia perlu berjalan ke kereta kalau tidak bergelap la dia disini. Handphone semua tidak dibawa bersama,takut menjadi beban ketika berlari. Gigih Lulu bangun, dia cuba mengawal badannya supaya tidak jatuh lagi.

“ aduhhh..” Lulu menahan kesakitan bila sahaja kakinya memijak ketanah. Baru sahaja dua tapak dia berjalan Lulu sudah hilang imbangan, kini badannnya sudah melayang ingin jatuh ketanah semula.

 

Lulu berasa hairan apabila badannya tidak berasa sakit, tapi dia merasa seperti ada seseorang yang menahannya dari terjatuh. Dia memandang tangan yang memegangnya erat, bulat mata Lulu apabila terpandang wajah Putra yang kerisauan.

 

“ awak ok?” Putra terus bertanya apabila melihat Lulu yang senyap tidak bersuara.

“ err..saya ok, terseliuh sikit. Takpe saya boleh jalan.” Dengan pantas Lulu melepaskan pegangan Putra.

“ betul? Kalau macam tu, jom kita balik, hari dah gelap”

“ ok,” Lulu memaksa kakinya memijak tanah, hanya tuhan sahaja yang tahu sakit nya macam mana.

Putra memberhentikan langkahnya, dia memandang Lulu yang ketinggalan dibelakang. Perasaan kasihan mula terbit melihat gadis comel itu terpaksa jalan terhenjut-henjut. Riak mukanya nampak yang dia sedang menahan kesakitan.

Tidak sampai hati Putra untuk terus melihat sahaja Lulu seperti itu, terus dia mendekati Lulu dan mencempung tubuh gadis itu untuk dibawa ke kereta.

Kelakuan drastik Putra membuatkan Lulu tergamam, dia hilang kata-kata dan mukanya merah menahan perasaan malu yang terlampau.

Setelah sampai di kereta,Putra letak Lulu dengan berhati-hati. Jiwa lelakinya cukup mudah tersentuh dengan gadis comel didepanya ini.

“ boleh drive?” Putra mengangkat keningnya bila soalannya dibalas pandangan kosong oleh Lulu.

Lulu mengangguk. Suasana dimana wajah Putra dekat denganya membuatkan dia tidak mampu hendak bersuara.Putra memerhati gear di kereta Lulu,” auto..oklah..kalau manual awak tak boleh drive.”

“Siapa dia?yang mampu mengoyahkan perasaan aku??” Lulu  berteka teki dengan diri sendiri. Bertahun lamanya dia tidak pernah rasa begini.

“ok, drive slow..saya ikut dari belakang” Putra meninggalkan Lulu di kereta.

 

Lulu menghidupkan enjin kereta dan perlahan-lahan bergerak keluar dari tasik titiwangsa. Sepanjang perjalanan, Lulu memandang cermin pandang belakang, dia melihat kereta lamborgini Putra mengekorinya dekat. Lulu tidak mahu terhutang budi dengan Putra, haih Lulu kenapa kau lemah sangat ni??

 

Sampai sahaja didepan rumah Lulu, Putra turun dari kereta untuk dapatkan Lulu yang hendak keluar dari perut kereta.

“ awak ok? Tak nak pergi klinik? Better kita check, takut ada retak atau patah” timbul kerisauan bila melihat keadaan kaki Lulu yang kelihatan teruk.

“ takpe..kalau tak ok esok saya pergi sendiri. Anyway thanks. Awak baliklah, saya boleh jaga diri saya.” Suara Lulu tegas tidak mahu di pandang lemah oleh Putra.

Melihat kedegilan Lulu, Putra akur dan terus menaiki keretanya meninggalkan Lulu yang masih termangu di dalam kereta.

 

 

Susuk tubuh wanita didepannya direnung tajam, nafsu semakin rakus apabila tubuh itu terliuk lentok berjalan ke arahnya. Sengaja dirapatkan tubuhnya pada badan Taufiq, lelaki lemah pada godaan wanita. Bisik hati Raihana.

 

Taufiq menikmati malam bujangnya bersama Raihana, alasan atas dasar kerja yang diberi pada isterinya. Membuatkan dia tenang disini tanpa gangguan. Raihana wanita yang pandai mengiurkan lelaki, siapa yang mampu menolaknya.

 

“ sayang, do you love me?” Raihan sengaja bersuara manja.

“ mestilah..I buat ni semua untuk you dear” Taufiq membelai pipi Raihan lembut.

“kalau you sayang I, bagilah I kerja dengan you” tangan Raihana terus merayap di tubuh Taufiq.

“ you betul nak kerja dengan I?”

“betullah..boleh selalu I tengok you..” dibuka satu persatu butang baju Taufiq, dia perlu mencairkan Taufiq untuk mencapai matlamatnya.

Taufiq terasa lemah bila tangan Raihana membuka butang bajunya,” betul ke you tak boleh jauh dengan I”

“Betul sayang, I nak dekat je dengan you..macam sekarang..you suka tak I layan you hari-hari macam ni?” Raihan terus memasang perangkap.

Taufiq mula terpedaya,” baiklah..I pun tak boleh jauh dengan you..” di dakap erat tubuh Raihana.

Kesempatan yang ada, Raihana terus mencari peluang untuk Taufiq akur  dengan segala permintaannya. Dia percaya Taufiq sudah masuk perangkapnya kali ini.

“ You nak I buktikan malam ni?” Raihana bersuara mengoda, tanganya masih mengosok dada Taufiq yang sudah terbuka sedikit.

Dengan kemanjaan yang ada pada Raihana, Taufiq hanya membiarkan sahaja apa yang di buat Raihana kepadanya.

“ dengan syarat..I nak dekat dengan you” Raihan berbisik pada telinga Taufiq.

Taufiq terus hanyut dengan layanan Raihana. Dia tidak mampu menolak kehendaknya yang sudah lama disimpan untuk bersama Raihana. Selepas ini tidak ada apa pun yang dapat pisahkan mereka.

Raihana tersenyum lebar, sikit sahaja lagi dia akan memiliki apa yang sudah lama dia cita-citakan. Syed Arman tak lama lagi kau pun akan jatuh dalam genggaman aku macam Taufiq si bodoh ni!

Putra termenung sendiri, fokusnya meneliti fail-fail pejabat sudah hilang. Kejadian petang tadi sentiasa bermain difikirannya. Naluri lelakinya ingin mengenali wanita itu, tapi apa silapnya setiap kali berjumpa Lulu Asmara pasti dingin. Takkan disebabkan proposal tempoh hari sampai kesudah marahnya. Orang yang sepatut marah adalah aku bukan dia.Haih..pelik-pelik..

 Riak wajah malu Lulu memcuit hati Putra, tapi bila teringatkan kakinya yang terseliuh teruk Putra mula kerisauan. Dia pasti kecederaan yang di alami Lulu serius, ikutkan tadi ingin sahaja dia bawa Lulu ke klinik. Melihat sikap Lulu niatnya terpaksa dibatalkan, malas hendak menambah kemarahan Lulu.

 

Keesokkan paginya Lulu ingin ke klinik, semalaman dia tidak dapat tidur kerana menahan kesakitan. Lulu terpaksa menahan hingga ke pagi, ketiadaan Ida dia terpaksa melakukannya sendiri. Perlahan-lahan Lulu berjalan untuk ke pintu, sungguh perit kakinya. Kalau lah semalam dia ke klinik pasti tidak teruk begini.

 

Sampai sahaja di pintu, Lulu sudah hilang kawalan kakinya tidak boleh menahan sakit lagi. Hampir sahaja dia terjatuh mujur tangannya sempat mencapai tombol pintu,dia berpaut pada tombol untuk berdiri semula. Kemudian tidak sampai berapa saat, pinggangnya dirakul kemas oleh seseorang.

Lulu dengan pantas menoleh siapa yang membantunya, air muka Lulu berubah menjadi merah bila melihat wajah tampan Putra yang begitu dekat dengannya. Pipi mereka hampir bersentuh.

“ are you ok?” Putra bertanya bila Lulu sudah berjaya berdiri dengan bertongkatkan tombol pintu.

“ ok..terima kasih, macam mana awak masuk” berkerut dahi Lulu melihat Putra muncul secara tiba-tiba.

“ tak kun.. eh kaki awak dah teruk sangat ni?” kata-kata Putra berhenti separuh jalan bila terpandang kaki Lulu yang sudah ke biruan dan membengkak besar.

“ tak dela…” belum sempat Lulu menghabiskan ayatnya, Putra sekali lagi mencempung tubuhnya dan di bawa terus naik ke kereta.

Lulu kaku, dia tidak mampu bersuara di dalam kereta. Apa yang jadi sebentar tadi membuatkan dia seperti sedang dipukau.

 

“ kalau awak lambat kaki awak lagi teruk” Doktor mula bersuara.

Lulu hanya diam seperti patung, kehadiran Putra di dalam bilik membuatkan dia tidak selesa.

“ Your wife need rest. Dia tidak boleh banyak berjalan. Don’t worry, saya akan bagi ubat cuma elakkan untuk berjalan. Rehat sahaja dirumah. You need help her kalau hendak ke toilet” Doktor terus memberi syarahan percuma. Eh percuma ke? Kena consultant fees  la cik Lulu..

 

Putra tersenyum bila Lulu menjeling kepadanya bila doktor itu sudah tersalah anggap yang mereka adalah pasangan suami isteri.

“baiklah..terima kasih ye doktor” Putra memapah Lulu untuk berjalan ke luar dan sempat dia berbisik di telinga Lulu” jom sayang”

Panas telinga Lulu bila di sebut perkataang sayang. Argh! lelaki memang murah dengan perkataan tu!

 

Di dalam kereta Lulu sibuk bermain mesej, dia perlukan Ida diketika ini. Melihat tingkah laku Lulu itu membuatkan Putra menjadi pelik.

“ sibuk mesej siapa? Boyfriend?” sengaja diserkap jarang.

“ emmh..” sahaja dipanaskan lagi keadaan.

“ owh I see..mana dia? Kenapa tadi tak call?” Putra mula soal selidik.

“ out station” pendek sahaja jawapan Lulu.

 Suasana kembali senyap, tiada lagi soalan dari Putra. Dia kembali fokus pada pemanduannya.