Monday, 11 March 2013

Sekali dapat!… : Bab 21

“ hem..apa nak buat ni” Aryani sudah terasa bosan terbaring seharian didalam bilik. Dia perlu membersihkan badan, sungguh tak selesa bila semalaman dia tidak mandi. Busuk bro!
Aryani bangun mencapai tuala dan memusing tombol pintu untuk keluar ke bilik air.
“ astaghfirrullah..” terperanjat Aryani bila Karl muncul secara tiba-tiba. Digosok-gosok dada yang bergerak pantas agar tenang semula. Lalu langkahnya terus ke bilik air tanpa mempedulikan Karl di belakang.

Sekali lagi dada Aryani berdegup kencang bila Karl turut mengikut dia masuk ke bilik air. Tak sempat dia hendak menutup pintu rapat. Di dalam hati Aryani hanya tuhan yang tahu, tidak larat untuk menangis lagi. Inikah sikap Karl yang sebenar?? Tidak cukupkah dia diperlakukan seperti malam tadi.


Air menitis dari rambut Aryani yang kebasahan, dia hanya duduk membatukan diri. Sangkaannya tadi sudah meleset, bila Karl bukan berniat jahat tapi hanya membantu dia untuk bersihkan diri. Sekarang Karl sedang mengeringkan rambutnya yang kebasahan. Mungkin Karl mengerti tangannya yang masih rasa kesakitan.
Sedang asyik melayan perasaaan sendiri, Karl menghulurkan pakaian untuk dipakai Aryani.
Didongak kepala memandang Karl, seperti faham apa yang sedang bermain difikiran Aryani, Karl berlalu keluar memberi ruang Aryani bersiap.

Aryani mengigit bibirnya bila dia rasa pelik dengan sikap Karl. Apa sebenar yang dia rasakan??
Semakin tidak faham dengan percakapan yang bukan lahir dari bibir. Suara hati siapa yang tahu?


Seharian suntuk Karl sibuk mengemas rumah, keadaan Aryani yang tidak mengizinkan itu
membuatkan Karl mengambil-alih tugas Aryani. Karl juga bukan suka sangat keadaan rumah yang tidak kemas dan kotor. Sekali-sekala dia perlu juga menolong isterinya membuat kerja rumah. Sayang punya pasal, siapa tak sayang bini oooii!

Karl membuka pintu bilik perlahan, tidak mahu menganggu Aryani yang sedang berehat. Mungkin sudah tidur sebab jam sudah pun hampir masuk 12 tengah malam. Di perhatikan wajah Aryani yang sudah terlena, kasihan melihat wajah Aryani persis kanak-kanak yang tidur dalam kepenatan.

Kemudian Karl turut baring disebelah Aryani, dipeluk tubuh Aryani supaya rapat dengan tubuhnya. Tindakan Karl membuatkan Aryani tersedar dari lenanya. Tapi dia tidak berani untuk membuka mata, dibiarkan sahaja Karl memeluknya. Tipulah kalau cakap aku tak rasa apa-apa, setiap kali Mr.0ksigen mendakap aku, sebab perkara paling pasti aku rasa selesa dan selamat. Aduhai hati sabar lah dikau.

“ abang mintak maaf sangat..dan abang sayang dekat isteri abang sorang ni” Karl berbisik pada telinga Aryani.
Kata-kata yang tidak diduga itu membuatkan Aryani  membulatkan mata, biar betul Mr.0ksigen cakap macam tu. Dia mintak maaf?? Aryani kau mimpi ke apa ni?
Aku hanya mengomel di dalam hati, tidak mahu Karl tahu yang aku tidak tidur. Lagi pun aku malu nak melihat mukanya,takot tak cukup 0ksigen pulak. Huhuhu!


Karl meraba-raba tilam disebelahnya, terasa berat untuk membuka mata. Entah kenapa dia tidak rasa tubuh Aryani disebelah. Kosong??
Terus Karl membuka matanya, kemudian dia bingkas bangun mencari Aryani. Entah kenapa dia mula berfikir Aryani sudah lari. Mengelabah dia masuk ke dapur untuk mencari Aryani bila tidak melihat kelibat Aryani di ruang tamu, tapi hatinya kembali lega bila melihat Aryani sedang memotong sayur.
                                           

“ dah sihat?” Karl mendekati Aryani.
  selamat pagi..mestilah” Aryani jawab dengan semangat.
Karl tersenyum melihat Aryani yang kembali ceria seperti dahulu. Terlopong Aryani apabila satu kucupan hinggap dipipinya. Blushing!
Perjalanan selama 4 jam untuk ke KL sudah pun berlalu, kini kereta Karl sudah berhenti di depan rumah mama dan papa. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki disini, macam mana agaknya mama dan papa sekarang?

Aryani baru sahaja ingin memberi salam, pintu sudah terbuka dan wajah mama yang masih seperti dulu sudah kelihatan. Senyuman mama semakin lebar bila melihat menantu yang dirindui sudah ada di depan mata. Puan Seri Aisyah terus memeluk Aryani untuk melepaskan rindu, Papa hanya melihat dan memberi senyuman pada Karl yang turut menjadi penonton drama tak berbayar ni.

“ haih mama, anak sendiri ni pun tak peluk lama macam tu..ini buat orang sini jeles” Karl sengaja mengusik mamanya dan Aryani.
“ alah kamu Karl, mama dah lama sangat tak jumpa dengan Aryani, apa salahnya..kan sayang?” Puan Seri Aisyah menarik tangan Aryani masuk ke dalam rumah.
“ Aryani dah makan? Mama ada masak lauk sedap-sedap hari ni. Bila tahu Aryani nak balik.” Mama senyum pada Aryani.
“ kenapa susah-susah..tapi kalu dah rezki mana boleh tolak..hehe..lapar ni” Aryani sudah merengek manja.

Karl memandang Aryani tidak puas hati, dia mendekati Aryani yang sudah duduk untuk menjamu selera.
“ lupa dah ada suami ye? Tak kira nak sayang manja macam tu dengan abang jugak!” Karl berbisik pada Aryani dan turut duduk bersebelahan untuk makan bersama.

“sudah jom kita makan, dah lapar papa menunggu kamu” Tan Seri Badrol mengusik Karl yang dari tadi asyik nak berkepit dengan Aryani.

Mereka semua ketawa bila mendengar pengakuan papa yang tak disangka itu.

Selepas makan Aryani sudah naik ke bilik untuk mengemas pakaian. Dari kata-kata Karl semalam mereka akan tinggal disini selama 3 hari sebelum pulang kerumah mereka di Damansara. Aryani mengeluarkan pakaian dari bagnya, satu persatu baju dimasukan ke dalam almari.

Aryani mula mengimbas kata-kata mak semasa mereka singgah bermalam disana selama dua hari.
“ Aryani, mak harap lepas ni Aryani jagalah rumah tangga Aryani, Karl baik orang nya nak. Semasa ketiadaan Aryani, Karl lah orang yang menjaga mak dan kesemua hutang yang along dan angah pinjam pun Karl yang lunaskan. Kalau nak harap along dan angah kamu balik jenguk mak, langsung tak Nampak batang hidung. Sudah lama mereka tidak menghubungi mak semenjak kes itu.Dia betul-betul menyayangi Aryani. Mungkin apa yang terjadi sebelum ini disebabkan salah faham antara kamu berdua. Bila ada peluang kedua, jangan kita sia-siakan ya?”

Aryani menarik nafas lega, perlukah dia memilih untuk beri peluang pada Karl. Kedatangannya di Johor semata-mata untuk memperbaiki hubungan mereka dan pada masa yang sama sikap Karl seperti ingin maraih cinta dari hati ini. Mampukah aku??

*****************************************************************************
Kaki Aryani melangkah masuk kerumah yang sudah berbulan-bulan dia tinggalkan, tidak pernah terlintas difikirannya yang dia akan pulang semula ke rumah ini. Diamati setiap ruang, masih kemas seperti dulu. Aryani mengangkat bagnya dan lalu terus berjalan memasuki bilik yang pernah menjadi miliknya.

Tanpa membuang masa Aryani terus membuka bag pakaian, kerana dia perlu mandi untuk segarkan badan. Persinggahan yang tidak henti dari rumah mak sampailah kerumah mama, sungguh meletihkan dirinya.

“ sayang buat apa dalam bilik ni?” suara Karl memeranjatkan Aryani yang baru mengeluarkan tshirt dari bag.

“ ni kan bilik saya” Aryani dah mula dengan sikap blur nya.
Karl berjalan mendekati Aryani yang sedang berdiri di tepi katil, dia hanya merenung kosong wajah Aryani.
“ dah, bilik sayang dengan abang. Bukan disini lagi.” Karl bersuara lemah. Mungkin terasa dengan sikap Aryani.
“ eh, takpe. lagi pun dari dulu memang ni bilik saya.” Aryani mula gelisah bila melihat Karl membawa bagnya keluar.
“ dah lupa ke yang sayang tu isteri abang, mana suami isteri tinggal bilik asing.” Karl berkata sambil melangkah keluar.
“tapi dulu pun kita suami isteri,” geram Aryani dengan sikap Karl. kan dah kena!
Mendengar percakapan Aryani, membuatkan Karl berpatah balik masuk ke bilik. Dia memandang Aryani yang dari tadi tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

Riak wajah Aryani berubah bila melihat Karl masuk semula dan merenung tepat kepadanya.
Tapi entah kenapa kakinya tidak mampu bergerak, mungkin ketakutan sudah!
Karl terus menarik tangan Aryani supaya ikut dia naik ke bilik mereka di atas. Aryani terpaksa mengikut langkah Karl, didalam hatinya dia takut kalau Karl sudah mula marah.

“ mulai hari ni, ini bilik kita berdua. Ingat ni, sayang isteri abang.” Tegas suara Karl seperti pandangannya juga.

Aryani hanya membisu, matanya memandang ke tempat lain. Tidak ingin melihat wajah Karl, kerana baginya ini semua satu paksaan.

“ sayang nak mandi kan tadi,” Karl mendekati Aryani yang dari hanya memdiamkan diri.
 Aryani mengangguk perlahan.
“ ok, jom mandi sama” Karl sengaja mengusik Aryani.
“ ha? Tak naklah!”
“ kalau tak nak kenapa tercongok dekat situ? Tunggu abang la kan?” Karl terus mengusik Aryani, dia tidak mahu hubungan mereka selalu tegang.
 Cepat-cepat Aryani masuk ke bilik air meninggalkan Karl yang tersengih seronok memgusik Aryani.
Sudah beberapa hari Aryani tinggal bersama Karl, sikap Karl yang jauh beza dari dahulu membuatkan Aryani mula selesa. Layanan Karl yang baik, romantik dan caring membuatkan Aryani tersentuh. Sungguh dia mendambakan perhatian seperti ini dari dahulu lagi. Inikah saat bahgia yang aku idamkan? Atau ini semua mimpi? Perasaan fobia bersama Karl satu ketika dahulu masih segar di ingatan. Bila ingatkan sahaja boleh rasa hilang semua perasaan bahgia ini.

“ abang, saya rasa nak cari kerja. Bosan juga duduk aje dirumah.” Aryani menyuarakan isi hatinya setelah percaya dia harus memulakan hidup disini semula.

Karl yang dari tadi asyik melihat fail syarikat, memberhentikan bacaannya dan kini tumpuan diberi pada Aryani.

“ sayang nak kerja dekat mana?”
“ mana-mana je, asalkan kerja tu ok dengan saya”
“ kalau macam tu kerja je dengan abang macam dulu”

Mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh Karl, membuat Aryani tidak selesa. Kejadian dilobi cukup tersemat di jiwa. Kata-kata cacian dan diherdik didepan orang ramai masih tidak luput dari ingatan. Tak mungkin dia ingin melangkah disitu semula dan siapa tahu sejarah mungkin berulang.

“ saya tak nak..cukuplah apa yang jadi dahulu” luahan Aryani membuat Karl berhenti pembacaan sekali lagi. Dia ingatkan kebisuan Aryani tadi tanda setuju.

Ditutup fail ditangannya, dia mengubah posisi melihat Aryani di sebelah.
“ benda dah lepas janganlah kita sebut lagi.”
“ Tapi saya tak boleh lupa”
“ dengar sini, abang tak izinkan sayang kerja di tempat lain. Sayang hanya boleh bekerja dengan abang. Di Ukasyah Holding. Faham?” Karl tidak mahu berlembut dalam hal seperti ini.

Aryani tidak puas hati dengan sikap Karl, kenapa Karl seolah-olah tidak mahu faham dengan perasaannya. Seharusnya Karl lebih memahami apa masalah yang dia hadapi.

“ tapi..” Aryani perlu mencuba untuk yakin kan Karl.
“ I said no.” Karl bersuara tegas.
“ sekali je..kalau tak ok baru saya kerja di Ukasyah.” Aryani masih mahu mencuba.

Karl terus memandang wajah Aryani, dia cukup tidak suka dengan kedegilan Aryani sekarang.

“ I said no Aryani.” sekali lagi Karl megulangi kata-katanya, tapi bila dia menyebut ‘Aryani’ cukup menampakkan kemarahannya.

“ saya tak nak kerja dengan abang..” akhirnya Aryani meluahkan apa yang tersirat.

“ please sayang, abang tak boleh jauh dengan sayang. Cukup ok. Sayang kerja di Ukasyah, lain department pun tak apa. Tolong dengar dan jangan buat apa abang tak suka.”

“ tak boleh jauh?hahaha” kata-kata Karl tadi membuatkan Aryani ketawa kerana geli hati mendengarnya.

“ kenapa gelak?” Karl mula pelik.

“ janganlah plastik sangat sampai cakap tak boleh berjauhan.”

“ I’m serious. Don’t make it funny. Abang tak nak sayang jauh dengan abang.” Wajah Karl terus berubah menjadi tegang.

“ err..sorry.” Aryani tunduk tidak mahu keruhkan keadaan. Takut dia jadi mangsa Karl lagi.

Karl mencapai tangan Aryani dan dikucup lembut. Wajah Aryani merona malu di perlakukan seperti itu.
“ abang sayang sangat dekat Nur Aryani Fisha. Dari pertama kali abang melihatnya di bilik mesyuarat. Abang akui kesilapan yang abang lakukan, abang turut tersika bila melawan perasaan cinta pada hati abang. Dan sekarang abang takkan sia-siakan hubungan ni termasuk diri sayang. Oleh itu, abang akan jaga segala-galanya. Sayang jangan mempersoalkan apa abang buat. Ini semua untuk kebaikan kita.”

Terkedu Aryani mendengar pengakuan Karl yang tidak diduga itu. hatinya terusik dengan keikhalasn yang terbit dari wajah Karl diketika ini. Anak mata Karl cukup bercahaya bila dia meluahkan perasaan cinta nya.

“ sayang kerja dengan abang ok” Karl terus memujuk Aryani.
“ baiklah, tapi kalau boleh biarlah saya di bahagian yang lain.” Aryani mengalah. Inilah hati perempuan, sungguh sensitif dan lembut. Peace!
Karl tersenyum senang dan mengangguk faham.

6 comments:

  1. In Sya Allah..dlm mase terdekat manggis update lg :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. almost 3 years.. takda update pon cite ni..

    ReplyDelete