Tuesday, 27 November 2012

Sekali dapat!… : Bab 14



Mata Karl sedikit kemerah-merahan, menahan airmata yang ingin mengalir..

“alhamdullillah.. thanks bro!” Karl tersenyum riang, apabila butir mayat tempoh hari bukan lah Aryani. Dia sungguh bersyukur dan berasa doanya di makbul tuhan.

 

“ semuaya takdir..ok lah I have to go. Apa-apa update I will inform you.” Zamir bersalaman dengan Karl sebelum berlalu pergi.

 

Karl tidak sabar pulang kerumah dan menyampaikan berita gembira ini kepada mama.

Dia yakin Aryani masih hidup dan rindunya pada Aryani semakin menebal. Dia berjanji dengan dirinya, apabila dia berjumpa dengan Aryani dia tidak akan lepaskan Aryani lagi. Dia akan menjaga dan menyayangi Aryani seperti di awal perkenalan mereka.

Sebab bila perempuan tu jd penawar..tak mungkin dia lepaskan..kalau hati sudah berkata aryani..maka Aryani lah yang pertama dan terakhir. Tegas..tak ada apa yang boleh menghalang dia selepas ini.

 

Dua minggu sudah berlalu..

 

Karl membaca mesej yang dihantar Zamir.

~bro, aku ada berita baik. Aku dah jumpa Aryani.

 

Karl tersenyum lebar, pantas jari-jarinya mendial nombor Zamir. Tidak ingin dia berbalas mesej, terasa lambat menanti mesej dibalas.

 

“hello..dia dekat mana sekarang?” meluru sahaja Karl memulakan pertanyaan tanpa memberi salam.

 

“ wo..relaks..dia sekarang ada dekat Johor Bahru. Nanti aku hantar alamat dia pada kau. Dia bekerja sebagai Marketing di sebuah syarikat kecil.” Zamir seperti memahami soalan Karl seterusnya.

 

“ok, thanks a lot. After I find her, u can collect your full paymet with my secretary.” Kini hati Karl kembali berbunga.

 

Selepas talian diputuskan, Karl membuka mesej yang di hantar Zamir. Dia tersenyum senang apabila sudah memperoleh alamat Aryani. Tanpa membuang masa Karl terus menelefon Nazira untuk menempah hotel di Johor. Dia akan bertolak pada esok pagi, argh..Karl tak boleh menunggu lagi. Sudah tidak tertahan rindu dihati.

 

Pemanduan lebih kurang 4 jam Karl sudah berakhir, selepas check in di hotel dia menunggu Zamir di lobi. Tidak lama kemudian Zamir tiba dan mereka bergerak ketempat yang di maksudkan. Dari hotel yang didiami Karl sekarang memang tidak jauh, perjalanan hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja.

 

Karl dan Zamir berhenti di satu tempat yang tidak berapa jauh dari syarikat Aryani bekerja. Karl menanti sehingga waktu tengahari dengan sabar. Dia yakin pada waktu lunch Aryani akan turun untuk makan. Penantian Karl selama 1jam lebih tidak sia-sia, dari jauh dia sudah dapat melihat susuk tubuh Aryani yang sedang berjalan keluar seorang diri. Karl tersenyum lebar, dari jauh dia memerhatikan Aryani. Terubat sedikit kerinduan yang sudah terpendam lamanya. Dia sungguh berpuas hati dengan kerja Zamir. “ thank you so much bro” itu lah kata-kata yang mampu Karl ungkapkan.

Aryani, I won’t let you go after this~~~

 

Hampir seminggu Karl memerhati aktiviti Aryani. Dari waktu Aryani tiba di pejabat sampai lah kerumah. Kini dimana Aryani tinggal pun dia sudah tahu. dia perlu masa yang sesuai untuk muncul di depan Aryani. Baginya dia perlu mengetahui tingkah laku Aryani. Selain itu persediaan dirinya juga perlu, contoh apa yang perlu dia lakukan sekiranya Aryani menolak dia dan mengatakan benci kepadanya. Tak mungkin dia hendak mengalah, oleh itu semua nya perlu lah tersusun rapi. Apa yang lebih penting adalah dia perlu mengambil hati Aryani semula. Dia perlu melahirkan bibit cinta mereka kembali. Perempuan sering kali disamakan dengan kerak nasi, walaupun keras andai disiram dengan air akhirnya akan lembut jua.

 

 

Kadang-kadang lahir perasaan risau dihati Karl, dia risau andai Aryani sudah ada penganti dirinya.  Manalah tahu Aryani sudah melupakannya tapi dia yakin Aryani mesti tidak tahu status dirinya sekarang. Masih kah isteri orang atau sudah jatuh talak. Tapi bagi Karl dia masih memberi nafkah pada Aryani dan hubungan mereka masih sah.


Setelah puas memerhatikan Aryani, di satu hari Karl nekad untuk memulakan plan nya yang pertama. Apa agaknya plan si Mr .0ksigen ni ye??


 Aryani sedang menghabiskan kerja sehinggakan ketika waktu makan tengahari dia tidak turun makan seperti staff-staff lain. Hanya dia seorang sahaja dipejabat, fokusnya terhadap kerja terganggu kerana ada seorang desptach menekan loceng di pintu utama.

 

Dia bingkas bangun dan membuka pintu “ ya ada apa?”

“ ini bunga untuk Ms. Nur Aryani. Dia ada?” budak lelaki itu menghulurkan bunga ditangannya.

“ ya saya Nur Aryani Fisha” muka Aryani hairan kerana menerima bunga.

“ boleh saya tahu dari siapa?” Aryani terus menyoal selepas menanda tangan.

“ maaf, saya tidak tahu. saya hanya ikut pesanan dari kedai sahaja” budak lelaki itu terus berlalu pergi.


Aryani membelek-belek sejambak bunga ros merah ditangannya, dia memandang sepi bunga ros itu, “siapa pulak yang bagi ni??” Aryani menyoal diri sendiri.

Bunga itu kosong, si pengirim tidak meninggal kan sekeping kad pun. Aryani meletakan bunga di atas meja dan menyambung kerjanya semula.

 

 

Selepas tamat makan tenghari, di pejabat kecoh dengan sejambak bunga diatas meja Aryani. Mulalah kawan-kawan sepejabatnya membuat gossip dan mengusik Aryani sudah ada peminat sendiri.


Aryani tidak mengendahkan segala usikan, dia cuma geli hati dengan sikap rakan sepejabatnya, pantang tengok bunga mesti fikir ada drama cinta. Haih..bunga ni memang simbolik untuk orang bercinta je ke??


Aryani masih seperti dulu menggunakan skuter kesayangannya untuk bergerak kemana sahaja. Setibanya dia di depan rumah, dia begitu terkejut dengan melihat sejambak bunga ros pink didepan pintu. Dia memandang kiri dan kanan,perasaan takut mula berawan-awan di kepalanya, mana tahu kalau-kalau orang yang menghantar bunga ini seorang physco. Mula-mula di pejabat dan sekarang depan pintu pulak??

 

Aryani terus masuk ke dalam dan mengunci pintu. Dia sudah rasa tidak selamat. Apa maksud bunga yang diterima.

 

Sejak dari itu, Aryani sentiasa berhati-hati, dia takut orang yang menghantar bunga itu seorang yang gila dan mempunyai niat tidak baik.

 

Karl tersenyum apabila teringat akan gelagat Aryani menerima bunga, pasti dia menoleh kiri dan kanan. Sungguh lucu. Dia pasti Aryani sedang takut dan hairan kerana menerima bunga setiap hari. Haha..dia senang melihat Aryani menerima bunga darinya.

Jam sudah menunjukan pukul4.00 pagi, mata Karl masih lagi segar memandang televisyen didepannya. Kalu di lihat dari gaya macam la kusyuk menonton tapi yang sebenarnya fikiran Karl sedang melayang memikirkan tentang Aryani.

 

Kesal! Itu la yang boleh diungkapkan apa perasaan Karl apabila mengingatkan sikap layanan dia pada Aryani.

 

Aku tahu aku tak boleh membetulkan perkara yang lepas, tapi aku tahu yang aku mampu membetulkan apa yang akan datang. Mata ditutup rapat..untuk menenangkan jiwa yang sedang menahan rindu..chupp-chupp!....dan bercampur dengan perasaan bersalah yang teramat sangat.

 

Selepas Aryani menghilangkan diri, hidup Karl terasa kosong. Macam ada satu ayat ni

‘bila ada depan mata, ada aku kesah?? Tapi bila da tak de, masa tu la kita akan mula menghargai..Ya, perempuan sangat suka dihargai. Betul tak? Sangat sesuai untuk Mr.0ksigen sorang ni. Penyesalan diri membuatkan Karl lebih matang dalam perhubungan. Segala hutang yang Aryani tanggung semuanya sudah dilangsaikan oleh Karl. Bukan tu aje, Karl mula mengambil alih tugas Aryani dengan menjaga Mak Aryani di kampung. Walaupun Puan Umi sering menerima duit belanja dari Aryani Karl tetap menjaga segala keperluannya.

 

Akhirnya Karl terlena sendiri..

 
Tidur Karl diganggu dengan panggilan telefon, dia mendengus kasar, siapa lah yang ganggu dia seawal ini.

 

“assalamulaikum, anak mama tidur lagi?” suara Puan Sri Aisyah lembut di telinga Karl.

“hmmm..kenapa ma?”

“ tak solat subuh lah ni??” rasa tak puas hati Puan Sri dengan sikap Karl. Sebelum ni dirumah bukan main perubahan yang ditunjukkan.

“apa ni ma..Karl solat la,lepas solat tidur balik” paham benar dengan sikap Mamanya, pasti dalam hati dah mua mengomel.

“alhamdullillah..mama sebenarnya nak tanya ni, bila nak bawak Aryani balik? Mama pun rindu jugak bukan kamu sorang aje”

 

Karl tersenyum dengan kata-kata mama, sungguh sayang dia pada Aryani.

 

“Karl pasti bawak balik, bagi Karl sedikit lagi masa ya?” suara Karl yang bersemangat membuatkan harapan Puan Sri untuk bertemu menantunya akan termakbul. Bukan dia tak risau, tapi Puan Sri Aisyah selalu berdoa agar jodoh Karl dan Aryani kekal hingga akhir hayat.

 


Aryani membelokkan moto untuk masuk ke Pasaraya Tesco, dia perlu membeli barang dapur yang sudah kehabisan stok. Dunia sekarang ni semuanya mahal! So berjimat itu sangat la penting ya kengkawan.

 

Baru selangkah dia berjalan, dia mula tidak rasa sedap hati. Dari perjalanan pulang dari pejabat lagi, Aryani perasan seperti ada orang mengekori dan memerhatikannya dari jauh.. Tapi siapa??

Langkahnya semakin pantas memasuki pintu utama Pasaraya, di tempat yang ramai orang lebih selamat dari dia berjalan seorang diri diluar.

 

Pantas sahaja tangan Aryani mencapai troli dan berjalan masuk untuk membeli barang. Aryani berlakon macam tak de apa-apa, buat-buat tenang je…dalam hati hanya tuhan saja yang tahu,terkumat-kamit tidak henti-henti berdoa.

 

Sementara tangannya sibuk membelek-belek memilih sayur, otak Aryani masih berfikir siapa yang mengekorinya, takkan la perasaan dia ajekan? Target utama dia adalah orang yang saban hari menghantar bunga kepadanya. Gila tak gila la kan, Si Aryani dah siap hafal la jenis bunga. Dari langsung tak tahu jadi tahu terus. Kalau exam teori ni pasti dah score A++ lah!

 

Selesai melihat senarai dikertas, Aryani sudah yakin kesemua barang keperluan sudah siap di beli, next destinasi adalah window shopping ke kedai lingerie..hehehe..perempuan lah katakan, pasti lah wajib kan..kan??

 

Keghairahan melihat perkataan ‘ SALES 50%/70%’ membuatkan Aryani lupa perasaan tidak sedap hatinya tadi.Fokusnya sudah beralih kepada kedai didepan mata, masa ni

lah nak rembat apa yang patut.

 

 

Dari jauh, ada sepasang mata yang redup sedang melihat gelagat Aryani yang sedang mengira sesuatu menggunakan jari. Bibirnya mengukir senyuman, sungguh mencuit hatinya tambahan melihat telatah gadis itu memilih pakaian ‘wajib wanita’ dengan kusyuk tanpa mempedulikan orang disekeliling nya. Dah nama pun perempuan…tak boleh lari dengan  papan tanda Discount!.

 

Selesai membeli-belah Aryani berjalan keluar, digendong bag plastik yang berduyun-duyun ke arah skuternya. Seperti biasa bila lepas aje shopping skuter Aryani dah macam motor jual roti. Penuh sahaja bag plastik digantung, kalau bakul di bahagian depan dah fully utilize.

 

 

Sampai sahaja dirumah, Aryani mengemas semua barang dapur yang di belinya tadi. Kalau tak disusun sekarang entah bila dia nak buat. Nama pun manusia ada masa jiwa malas tu ada..termasuk lah aku!  Dicapai susu tin yang berada dalam plastik kemudian diletak dalam rak simpanan, senyuman puas dari bibir nipis nya kelihatan bila semua barang sudah siap dikemas.

done!..next plan Aryani??Apa lagi mandi lah…” bersoal jawab dengan diri sendiri.

 

 

“ hmm..lega nya..” Aryani terasa sedikit segar selepas mandi, maklumlah bila aje waktu bendera merah mesti perasaan penat tu akan lebih-lebih.

Dicapai remote tv dan menekan butang on..jari-jarinya menekan punat untuk menukar channel tv . Rumah tak de astro, macam ni lah..tak banyak pilihan. Yang hado

 

 

Fikiran Aryani jauh melayang, cerita di tv bukan lagi tumpuannya. Entah kenapa dia teringat akan Karl. Sudah lama dia tidak mendengar khabar Mr.0ksigen. mungkinkah dia sudah ada penganti?? Rajuk di hati masih tidak surut, luka yang berdarah tak pernah sembuh. Kini hidup aku lebih baik walaupun terpaksa bersendirian, tanpa keluarga atau pun sesiapa. Andai ini yang terbaik, aku hanya mampu terima dengan hati yang terbuka. Aku juga rindu pada mak, tapi aku masih belum bersedia untuk bersemuka dengan mereka. Biar lah masa yang menentukan segalanya.

 

Dicapai diari tersayang, di belek beberapa helai kertas di bahagian belakang. Sekeping gambar dia dan Karl terselit disitu, sayu matanya melihat gambar yang meninggalkan seribu kenangan. Siapa sangka perkenalan yang singkat itu meninggalkan kepahitan seumur hidup. Aku tak pernah sangka Karl Iskandar Ukasyah akan jadi suamiku, tapi sehingga hari ini aku tak tahu apa status ku kini. Sudah jatuh talak kah dia pada aku atau aku dibiar gantung tak bertali?

 

Aryani beristighar mencari kekuatan apabila mengingatkan perkara yang lepas pasti jiwanya kembali lemah.

 

Tuk! Tuk!

Perhatiannya kini beralih kepada bunyi pintu rumah yang diketuk berkali-kali tanpa mendengar orang memberi salam.

“siapa pulak yang datang malam-malam macam ni?” berkerut dahi Aryani.

 

Tuk!tuk!tuk!

 

Semakin kuat pintunya diketuk. Bila teringat beberapa minggu yang lepas dia kerap menerima kiriman bunga. Jantungnya berdengup laju, perasaan takut mebuak-buak di dalam diri. Aryani menelan air liur bila tangannya mencapai tombol pintu untuk melihat siapa diluar.

 

Hah! Muka Aryani pucat, dia benar-benar terperanjat beruk melihat susuk tubuh manusia didepannya. Sikit sahaja lagi dia hampir pengsan bila jantung bergerak lebih pantas dari biasa. Dah macam lumba lari yang nak hampir dengan garisan tamat..3,2, saa..tu…prittt!!

2 comments:

  1. tada......mesti karl kan..... Manggis thaks a lot for double entry.....

    ReplyDelete