Sunday 18 November 2012

Sekali dapat!… : Bab 13


Setelah pulang dari rumah Puan Umi, Karl terus mencari Aryani di semua tempat. Termasuk menghubungi Fatin, satu-satunya kawan Aryani di kuala lumpur. Cik A’liaa yang memberi nombor Fatin pada Karl dengan  harapan mungkin Aryani ada menghubunginya.


“maaf sebab menyusahkan awak hari ini” Karl memandang Fatin yang baru melabuh kan punggung di depan nya.

“tak pe..apa yang saya boleh bantu ye?”Fatin terus menyoal seperti tahu niat Karl hendak berjumpa dengannya.

“ Aryani ada contact you?” soal Karl straight to the point.

“tak de..last dia contact saya untuk mintak tolong hantar surat di Ukasyah Holding” Fatin menghirup air jus didepan nya.

“so awaklah yang hantar surat resign tu??”

“sayalah..boleh saya tahu apa masalah sebenarnya?”Fatin semakin pelik kerana dia tidak mengerti apa-apa.

“Aryani takde beritahu awak?” Karl kehairanan.

“dia cuma cakap tempat ini bukan untuk dia lagi”
 

Diam..itu reaksi Karl bila mendengar kata-kata Fatin..
 

“err..saya nak tanya sesuatu..boleh?” fatin mula bersuara apabila sekian lama mereka mendiamkan diri.
 

Karl angguk..”En. Karl sayang kan Aryani?” ayat itu terpacul keluar dari mulut Fatin.
 

“saya bukan sayang aje..tapi I love her so much!”
 

Fatin tersenyum senang, dia yakin Karl adalah untuk Aryani. 
  

Itulah pertemuan terakhir Karl dan Fatin, selepas itu Karl tidak berputus asa mencari Aryani,sehinggakan dia tidak lagi masuk ke pejabat. Hanya sekali dua Karl akan masuk itu pun sekiranya melibatkan hal-hal penting. Tan Sri cukup mengerti oleh itu dia tidak pernah mempersoalkan tindakkan Karl.

 
Ketiadaan Aryani dalam hidup Karl cukup dirasai dan dapat dilihat. Karl lebih jadi seorang pendiam dan tidak seperti dahulu. Sifat marahnya sudah hilang kemana dan lebih menjadi seorang yang matang.


Tiga bulan sudah berlalu… 

Karl duduk termenung di buaian rumah Puan Umi, dia kerap datang kesini untuk menjenguk mertunya yang hanya tinggal seorang diri. Tentang hutang dengan lintah darat Karl sudah langsaikan. Abang-abang Aryani sudah tidak dengar khabar, mereka hilang entah kemana. Sungguh selfish!.

 
Dirumah inilah Karl akan melepaskan rindunya pada Aryani, akan di belek-belek gambar Aryani dan semua barang Aryani seperti bantal,selimut dan tuala akan diguna Karl. Baginya dengan cara ini dia dapat merasakan Aryani berada disisinya.

 
“ makanlah karipap mak buat ni..” Puan Umi menghidangkan air dan kuih pada Karl.

“ terima kasih..” lemah saja Karl menjawab.

“ banyakkan sabar dan berdoa..mudah-mudahan Karl berjumpa jugak dengannya” Puan Umi seperti mengerti kepiluan hati Karl.

“entah lah mak..hampir tiga bulan dah..langsung tak de cerita..saya mula fikir bukan-bukan..”

“janji nak telefon mak, tak di telefeon pulak..dia pun tak beri nombor pada mak”

“itulah buat saya semakin risau,saya rasa…saya nak upah penyiasat.” Karl sudah buat keputusan . “ saya tak boleh tunggu lagi..”

 
Puan Umi hanya mampu mengikut keputusan Karl, dia tahu Karl cukup tersiksa dengan kehilangan Aryani yang diam begitu sahaja.


Hari ini Karl sudah mula mencari seseorang yang boleh mencari Aryani. Karl tidak kisah upah yang perlu di bayar asalkan dapat tahu di mana Aryani berada.
 

“ I nak u cari isteri I, Nur Aryani Fisha. This is her picture.” Karl memulakan bicara.

“ ok, I think this is not complicated case because she don’t have the passport. I’am really confident she around here. I mean she still in Malaysia.” Itulah reaksi pertama Zamir apabila selesai membaca maklumat Aryani yang di mana sebelum ini dia telah meminta Karl menyediakan terlebih dahulu sebelum mereka berjumpa.
 

Karl mengangguk faham, mungkin lega dengan kenyataan dari Zamir.

 
“ ok, I tak kisah untuk tanggung berapa pun kos kes siasatan ni, as long u can find her. That’s it.”Zamir mengangguk paham dengan kata-kata Karl.

Hari demi hari berlalu, tapi Zamir masih belum dapat menjejaki Aryani. Mendengar berita jauh sekali, Karl semakin tidak duduk senang apabila hampir setiap hari dia bertanya tentang perkembangan Aryani, jawapannya masih hampa.


Karl tidak menyalahkan Zamir kerana dia tahu Zamir turut bekerja keras dalam pencarian Aryani. Hampir di setiap negeri Zamir sudah pergi untuk dapatkan maklumat dan sudah ramai kenalannya di persiapkan bagi memudahkan pencarian Aryani.
 

Disatu malam, Karl tidak boleh melelapkan mata. Mungkin kerana terlalu rindukan Aryani. Dia bingkas bangun dari katil, kerisauan di hati hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa kesalnya perlakuan dia terhadap Aryani sebelum ini.

Akhirnya Karl mengambil keputusan untuk bersolat, agar jiwanya lebih tenang.

Di lewat malam ini, Karl telah mendirikan solat taubat atas penyesalan perbuatannya terhadap Aryani, kemudian dia bersolat hajat agar di ketemukan dengan Aryani dan moga jodohnya masih panjang. Di akhir solat Karl, di panjatkan doa semoga Aryani sentiasa selamat dan dilindungi walau di mana dia berada.

Apabila menghitung hari, pemergian Aryani sudah memakan berbulan-bulan. Karl banyak berubah, dia lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
 

Puan Sri Aisyah perasan akan perubahan anak tunggalnya, dia amat bersyukur kehadrat illahi. Segala yang berlaku penuh dengan hikmah walaupun dia tahu amat pahit untuk diterima anaknya itu.

Selama ketiadaan Aryani, Karl sudah duduk semula dengan orang tuanya. Atas alasan dia tidak mampu duduk dirumah mereka sendiri kerana perasaan rindu akan terbit bila mengenangkan kenangan Aryani dirumah itu.

 
Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah


berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu



aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati


meski telah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu


aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…


 

Puan Sri  Aisyah sedang sibuk membelek-belek majalah yang baru di belinya. Hampir setiap bulan akan dipesan, ini semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk dirumah. Konsentrasinya terganggu apabila handphone Karl yang terletak di atas meja bordering-dering.

 
“assalammualaikum..” Puan Sri mengangkat telefon Karl yang dari tadi tidak henti-henti berbunyi.


Puan Sri mencari – cari kelibat Karl,’ kemana pulak budak ni’ getus hatinya.


“sebentar ya,” Puan Sri mencari Karl di bilik.


Karl yang baru sudah solat memandang Puan Sri di pintu bilik. Dengan pantas dia bangun apabila Puan Sri Aisyah menghulurkan telefon kepadanya.


“ya saya, apa??!”muka Karl berkerut seribu, melihat reaksi Karl sebegitu Puan Sri Aisyah jadi tak sedap hati. Mereka berpandangan sesama sendiri.


Langkah Karl laju memasuki kawasan hospital  KPJ Damansara, dia tercari-cari kelibat Zamir. Puan Sri Aisyah hanya mengekori langkah Karl. Sehingga kini dia tidak tahu apa yang terjadi. Selepas meletakkan telefon tadi, Karl segera meminta dia bersiap kerana ada hal mustahak. Di dalam kereta Karl yang diam dan mukanya sunggguh  serius. Puan Sri Aisyah cukup memahami anak lelakinya itu. Mesti ada sesuatu yang buruk telah terjadi. Tapi melibatkan siapa??

 
Dari jauh Zamir melambai-lambaikan tangan pada Karl. Puan Sri Aisyah sudah berasa tidak enak apabila mereka sudah mula masuk keruang bilik mayat. Karl yang seperti mengerti memegang tangan mamanya. Mereka berjalan mengikut Zamir mendekati sekujur tubuh yang sedang terbaring di bilik mayat.

 
Langkah Karl menjadi perlahan, dia tidak kuat untuk terima andai itu mayat Aryani.

Panggilan dari Zamir tadi adalah untuk kawat cam mayat seorang wanita yang di temui mati. Mengikut siasatan mayat itu sudah lama mati kerana sudah reput. Motif kematian masih disiasat. Zamir meminta Karl datang ke hospital untuk melihat andai ada persamaan barang atau pakaian yang boleh dikaitkan dengan Aryani. Identity mayat gagal dijumpai di tempat kejadian.
 

Zamir menyelak kain putih yang menutupi mayat, dan Karl melihat dengan teliti. Diperhatikan mayat itu walau dia mula rasa hendak pengsan. Puan Sri Aisyah sudah menekup mulut kerana tidak biasa melihat mayat sebegitu.

 
Setelah puas mengamati mayat tersebut, Karl memandang Zamir dan mengelengkan kepala. Sungguh dia tidak dapat mengecam mayat tersebut, dari sudut bentuk mayat sizenya lebih kurang dengan Aryani. Tapi dia masih berasa sangsi.

 
Mereka bertiga keluar dari bilik mayat. Masing-masing diam membisu ketika sedang berjalan ke arah kafe. Zamir memilih tempat duduk dan membeli air untuk Karl dan Puan Sri Aisyah, dia pasti mereka tidak biasa dengan perkara tadi.


“bila result DNA boleh dapat?” Karl menyoal Zamir setelah beberapa lama mendiamkan diri.

 
“ paling lama seminggu, apapun I advise you should be prepared for any possibility” Zamir tidak mahu Karl meletakkan harapan tinggi yang mayat itu bukan Aryani. Segala kemungkinan boleh terjadi.

 
Sudah dua hari Karl hanya mengurungkan diri. Tidak bercakap dan makan. Puan Sri Aisyah sungguh risau akan Karl. Dia tahu Karl tersiksa menunggu result DNA tersebut.

 
“ Karl..jom makan sayang..” Puan Sri memandang Karl yang duduk dibirai katil.

“ takpe lah ma..Karl tak rasa lapar ”

“ tak baik sayang..kita perlu redha dalam apa jua keadaan. Walaupun mama tahu  amat payah.” Puan Sri Aisyah cuba memujuk hati Karl.

“ Karl tahu..kejap lagi Karl makan,”

 
Ya allah ya tuhan ku, kau berilah aku kekuatan untuk terima apa sahaja kemungkinan keputusan DNA itu,
Aku berharap Aryani isteriku masih hidup, sesungguhnya aku dapat merasakan nya,
Kau ampunkanlah aku,beri lah aku peluang untuk tebus kesilapan aku dengan memberi aku satu peluang untuk membahgiakan nya semula,
Aku benar-benar memerlukan pertolonganmu Ya Allah…
Aku sungguh rindukan isteri aku Ya Allah..
Andai Kau pulangkan Aryani kepangkuan ku semula aku berjanji…
Yang aku takkan lepaskan dia lagi..akan ku pegang dia sehingga nafas terakhirku..
Amin..

 
Karl  melipat sejadahnya, dia memadang jam didinding yang menunjukkan sudah pukul230 pagi. Esok adalah hari penentu untuk keputusan DNA yang ditungu-tunggu.

Hanya tinggal berapa jam sahaja lagi, Karl tidak berfikir untuk tidur. Dia akan tunggu sampai matahari terbit.
 

Zamir membuka sampul surat ditangannya, dia belum sempat membaca keputusan itu. Setelah dapat dari doktor dia terus bawa kepada Karl. Dia pasti Karl tidak boleh menunggu lagi.

Karl hanya memandang Zamir yang sedang meneliti kertas didepan nya, dia mengigit jarinya untuk menutup gelora dijiwa.

“ I think better you baca sendiri” Zamir menghulurkan kertas itu kepada Karl.
 
Berat sungguh tangan Karl hendak bergerak tapi nak  atau tidak dia perlu menghadapinya. Di baca satu persatu ayat yang tertulis di kertas itu secara perlahan. Dia tak nak terlepas satu pun perkara penting dalam kertas itu. Habis dia meneliti kertas tersebut, tapi dia sedikit  hairan kerana masih belum jumpa apa yang dicari. Dia meneruskan ayat seterusnya kemudian anak mata Karl memandang Zamir yang berada di depannya.

 

5 comments:

  1. manggis sayang please,
    tolong sambung secepat mungkin.... tiap - tiap hari saya buka blog awak, hati saya berdebar - debar....... hope nothing never happen to aryani

    ReplyDelete
  2. Salam, tak sabar tak tunggu kesudahan citer ni...

    ReplyDelete
  3. Numpang ya min ^^

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus New Member Bervariasi
    Bonus next deposit 5%
    Bonus rilingan 0,5%
    dan masik banyak yang lainnya bossku
    Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.

    ReplyDelete