Tuesday, 11 December 2012

Sekali dapat!…: Bab 16


Baru masuk sehari setengah Karl duduk bersama Aryani, banyak perkara buat Aryani tak selesa dan rimas. Mana tidaknya, bila Aryani kedapur, Karl kedapur..bila dia hendak ambil angin diluar Karl pun tergedik nak ikut sama. Bila Aryani ingin masuk ke bilik, awal-awal Karl dah mengugut…haih..entahlah..nak tahu apa Mr.0ksigen cakap?? Dengar ek……..
“ ha..masuk lah bilik, kalau abang dah masuk kejap lagi jangan harap dapat keluar dari bilik tu sampai esok pagi”
Benci nya aku!..kenapalah dia boleh tahu aku ada dekat sini. Aku ingat kan dah jauh aku lari..uwaaa!!!

Aryani mula letih dan membuat keputusan untuk duduk sahaja di depan tv. Lantak lah dengan Mr.0ksigen tu, nak melingkup ke apa ke..aku tak ambik port.
Sesekali mata Aryani menjeling pada Karl yang dari tadi fokus menonton tv, entah apa yang sedap sangat aku pun tak tahu. lain lah kalau ada astro kan? Bukan aku tak perasan, sikap Karl sangat jauh beza dari dulu. Karl didepan aku sekarang lebih romantik, lemah lembut dan caring sangat.
Kejadian di dapur tadi menjadikan aku bertambah yakin yang Karl memang lain. Aku nak salin beras kedalam tong simpanan,dia tak bagi pun aku angkat, kononnya berat. Tapi aku dah biasa, lepas tu bila aku nak mop lantai tadi pun dia tak bagi..semuanya dia yang buatlah. Pelik lah aku dengan Karl ni..apa yang buat dia berubah?? Kalau nak cerai cakap aje..tak perlu nak bodek-bodek ni.

Selain perangai, yang aku perhatikan Karl asyik nak berkepit aje dengan aku. Mana dia bagi aku jauh dari dia. Contoh sekarang ni la..aku terpaksa duduk di sebelah dia, tangan aku lah jadi mangsa. Dipegangnya tangan aku tak nak lepaskan, aku dah penat nak memberontak,makin aku lawan, makin kuat dia pegang…merah-merah dah..sakit auu…

Tengah Aryani leka memikirkan akan sikap Karl, spontan aje Karl meletakkan kepalanya pada bahu Aryani. Aryani tersentak dengan perbuatan Karl, dia cuba nak bermanja dengan aku ke?
Aryani mulaterasa bahunya sudah lenguh, Mr.0ksigen ni tak ada hati perasaan ke...cuba lah tengok, Aryani ni kecil molek aje..yang Karl agak gagah dan sasa. Manalah Aryani mampu nak tampung..

Terkebil-kebil Aryani mencari idea untuk lari dari Karl, tak larat dah nak duduk macam ni lagi 15 minit..10 minit .atau berminit-minit akan datang.

Idea!

“encik..saya dah ngantuk, esok nak kerja. Saya nak masuk tidur dulu” perlahan sahaja Aryani bersuara.
“sayang nak tidur? Ok jom..” Karl bangun menutup tv dan menarik Aryani masuk ke bilik.
“eh..eh..nak ke mana  ni?” Aryani panik dengan tindakkan Karl.
“loh..tadi cakap nak tidur..jom lah” muka Karl macam tak ada perasaan.
“bilik saya sini..sane encik punya” jari Aryani menunjuk bilik yang di maksudkan.
“sayang…tilam ada satu je kan? Semalam abang tak tahu yang sayang abang tidur atas simen, hari ni jangan harap lah abang bagi.”

Aryani mengaru-ngaru kepala yang tidak gatal. Dia pun lupa nak ke kedai siang tadi, kan dah jadi alasan untuk Mr.0ksigen ni.
“dah..dah..jom” ditarik tangan Aryani ke bilik Karl, Aryani terpaksa melangkah. Berat sangat dirasakan untuk masuk ke bilik Karl.

Dalam tak sedar, dia sudah pun berada di dalam bilik. Tegak sahaja dia berdiri melihat Karl yang menepuk-nepuk bantal sebelum baring. Aryani berpusing untuk keluar dari bilik, dia tak nak tidur dengan Karl!!

“ nak kemana tu??” suara Karl agak tinggi. Mati langkah Aryani bila ditegur macam tu.
Lantas Karl bangun dan menarik Aryani baring di sebelahnya.
Aryani duduk memandang Karl..”encik..saya ni isteri encik lagi ke..saya tak nak tidur sama” Aryani bercakap dalam takut-takut.
Karl memandang Aryani, senyap….
Aryani memberanikan diri memandang Karl didepannya..
“sayang..kita masih suami isteri yang sah..awak milik saya sampai bila-bila. One more thing, stop call me encik.”

Aryani hanya membisu, hendak atau tidak dia terpaksa baring di sebelah Karl.

Cuaca malam itu menjadi sejuk apabila hujan turun selebat-lebatnya, bunyi bising air hujan ditingkap membuatkan Aryani terjaga dari tidur. Dalam keadaan mata yang masih mengantuk Aryani  melihat tubuh seseorang disebelah. Matanya jadi bulat bila terpandang Karl, macam mana dia boleh tak ingat lepas tu bukan main lena aku tidur.
Selamatlah Karl tak ambik kesempatan, walau aku baring sebelah dia langsung tak sentuh atau pegang bukan-bukan. Ish! Apa aku meroyan fikir sampai kesitu??

“sayang..” melompat Aryani mendengar Karl memanggilnya.
“buat apa ni..dah lewat tidur..” serak-serak suara Karl.
“ err..terjaga,bunyi hujan”
“ dah..tidur..”Karl sudah lena dibuai mimpi.
Aryani kembali baring dan turut terlena..

 Keesokan pagi Aryani bersiap untuk ke pejabat, dia asyik membelek mukanya dicermin. Bila dah puas hati barulah dia keluar dari bilik dan mencapai helmet, dipintu Aryani bertembung dengan Karl yang kebetulan ingin masuk ke bilik.

“ dah nak pergi kerja?”Karl tanya soalan yang orang melayu menyampah!
“ tak lah nak mandi” Aryani menyindir.
“ okey..take care” satu ciuman melekat didahi. Aryani terpana!

Bila tersedar cepat-cepat dia angkat kaki dan kemudian berpaling memandang Karl
“ encik, kalau encik nak balik kunci aje pintu, saya ada kunci”

Karl hanya memandang sepi susuk tubuh Aryani hingga hilang dari pandangannya.


Dipejabat Aryani sememangnya sentiasa sibuk, maklumlah syarikat kecil kena buat marketing lebih sikit…kalau tak mana nak untung.
Aryani tergesa-gesa menyiapkan kertas pembentangan untuk Encik Hakim, 15 minit lagi ada meeting dengan client syarikat. So Aryani gunakan kuasa veto anda!

“Aryani, ready?” disebalik pintu wajah segak Encik Hakim kelihatan.
“ 5 minit!” Aryani mencapai kesemua dokumen yang perlu.

Masuk sahaja bilik mesyuarat, Aryani melihat Encik Hakim sedang berbual dengan wakil client yang datang pada hari ini. Aryani mengambil tempat dan bersalaman dengan mereka sebelum memulakan perbincangan.
Didalam perbincangan kali ini, Aryani lebih banyak berinteraksi dengan client kerana Encik Hakim telah menyerahkan segala-galanya pada Aryani. Setelah berbulan-bulan Aryani bekerja di syarikatnya, dia yakin Aryani mampu melakukan tugas dengan baik.
Sepanjang mesyuarat di jalankan, Encik Hakim hanya menjadi pendengar dan pemerhati pada Aryani. Keyakinan Aryani berkata-kata membuatkan Encik Hakim terpegun setiap kali melihatnya.

you are good Aryani” Hakim senyum pada Aryani apabila perbincangan mereka sudah selesai.
thank you, ini semua pun sebab Encik Hakim banyak membantu.”Aryani berbalas senyum.

Mereka berdua keluar beriringan dari bilik mesyuarat dan masih berbincang untuk rancangan seterusnya, walaupun mereka berjaya mendapat contract tersebut tapi masih banyk perkara perlu dilakukan.

“Aryani are you free to night?” Hakim bersuara sebelum Aryani mengemas ingin pulang.
why?” Aryani menyoal pelik, sejak bila pulak Encik Hakim pandai ajak aku keluar ni?
actually if you are free, we can dinner together and talk about our project..” Hakim berharap yang Aryani akan bersetuju.
dinner??” Aryani mengangkat kening..

Hakim mengangguk perlahan, dan berharap dia dapat memancing Aryani untuk keluar bersama malam nanti.

“I will message you later, boleh?”
Sekali lagi Hakim mengangguk perlahan menandakan setuju.

Aryani baru sahaja menghidupkan enjin skuternya, dia ingin cepat sampai kerumah. Hari ini dia sungguh terasa letih, tapi dalam masa yang sama Aryani baru teringat yang Karl ada dirumah.

“harap sangat dia dah balik..” Aryani mengomel sendiri.


Sementara itu, Hakim masih lagi dipejabat. Dia masih tidak terasa ingin pulang kerumah, dia masih berfikir tentang Aryani. Gadis itu sungguh misteri baginya, dari awal kemasukan Aryani di syarikat ini dia dapat merasakan gadis itu ada tersimpan seribu rahsia. Tapi apakah??
Hakim termenung jauh, walaupun gadis itu misteri baginya entah mengapa hatinya beriya-iya ingin mengenali Aryani lebih dekat. Bila ada sahaja peluang Hakim tak pernah membuang masa. Tapi Aryani sahaja yang cuba menjarakkan diri dengannya.


1 NEW MESSAGE~~~

Encik Hakim, sorry malam ni I can’t make it. Maybe next time J peace!

Aryani..

Hakim  merenung mesej yang baru diterima dari Aryani.
Hakim sendiri masih bingung dengan perasaan nya sendiri…

Tanpa disedari hampir seminggu Karl sudah menjadi penduduk tetap dirumah Aryani, dia semakin selesa dan bahgia bila Aryani berada disisi. Cuma Aryani masih kurang selesa, saban hari dia mesti bertanya bila Karl akan pulang. Pada awalnya Karl terasa dengan soalan Aryani, tetapi hatinya cukup keras dan mula merasa lali dengan soalan seperti itu.

Awal pagi Aryani sudah bersiap untuk ke highpermarket, biasa lah bila ada kerajinan baru dia akan membeli barang-barang dapur yang hampir habis. Kali ini banyak barang perlu ditambah, sebab dulu seorang aje sekarang dah berdua. Dari apa yang aku lihat Mr.0ksigen ni boleh tahan jugak kuat makan. Cepat aje stok makanan aku habis.

Aryani sedang bersarapan dan diketika itu Karl keluar dari bilik. Baru lepas mandi la tu kot..Karl baru melabuhkan punggung Aryani segera bangun ke dapur. Karl hanya memerhati tingkah laku Aryani. Kadang-kadang geram jugak Karl dengan sikap Aryani.
Selesai aje membasuh, Aryani masuk ke bilik sementara Karl masih setia memerhati Aryani.

Aryani sudah hampir ke pintu, dia hampir memulas tombol untuk keluar tanpa mempedulikan Karl.

“nak kemana?” suara Karl membuatkan Aryani berpaling.
“keluar jap” Aryani jawab acuh tak acuh je.

Geram dengan sikap Aryani, Karl segera bangun dan mendapatkan Aryani.
Tertelan air liur di anak tekak Aryani bila melihat Karl sedang menghampirinya.
“err..nak ke market beli barang..” terpaksa jugak Aryani memberitahu, takut dengan sikap Karl yang suka buat sesuka hati.
“ok..wait for me” Karl terus berpatah untuk masuk ke bilik.

Aryani mengangkat bahu dan ingin keluar untuk memanaskan enjin motonya. Tiba-tiba tangannya di rentap oleh Karl.

“ abang cakap tunggu abang..” keras sedikit suara Karl ditelinga Aryani.
“ye..dengar lah..” Aryani sudah rimas dengan sikap Karl.
Lantas di tarik Aryani untuk masuk ke bilik bersama. Bagi Karl Aryani tidak boleh di percaya, nanti terus je pecut naik moto tinggal kan dia dirumah.

“ishh..apa ni main tarik-tarik..” Aryani merungut bila Karl menarik tanganya untuk masuk ke bilik.

Aryani gugup bila Karl merenungnya tajam, “ abang cakap tunggu..kenapa degil sangat??”
 Aryani melangkah lemah mengikut Karl masuk ke bilik. Pasrah melihat tangannya dalam genggamam Karl.


Dalam kereta Aryani hanya membisu, tidak ada mood nak layan Karl yang cuba berborak dengannya.

“kita nak ke supermarket mana satu sayang..”
“ depan sana tu je”

Aryani menolak troli dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Banyak benda yang nak kena refill balik. Tapi bila berbelanja kita haruslah jimat cermat kan?huhu bajet itu perlu.
Karl hanya mengikut Aryani dari belakang,sesekali dia pun turut mengambil barang untuknya. Karl langsung tidak menganggu Aryani memilih barang. He so cool untuk dijadikan teman shopping..

Kini troli sudah bertukar tangan. Aryani sedang meneliti resit selepas membuat bayaran, kemudian tangannya di tarik Karl untuk ke kedai lain.Aryani hanya mengikut langkah Karl dan bila mereka berhenti di Lingerie Shop Aryani memandang Karl dengan seribu satu pertanyaan.

“enjoy your shopping..” Karl tersenyum pada Aryani.
Aryani mengeleng kepala “ tak de dalam list, jom lah..”
“Hey..I will pay for you dear..” lembut sahaja suara Karl
“ tak nak..jom la..”Aryani masih menolak.
“ hari tu abang tengok  sayang nak beli tapi sebab tak cukup duit, sayang tak jadi beli apa yang sayang nak kan? So hari ni ambik aje apa sayang nak..” Karl terpaksa berterus terang.
“encik nampak?? Stalker saya??” jari telunjuk Aryani menunjuk pada dirinya sendiri.

hurry up!” Karl sudah malas nak layan soalan Aryani.
Ditarik terus tangan Aryani masuk ke kedai, dan juru jual wanita itu melayan Aryani apabila Karl memanggilnya.
Aryani pun memilih dalam keadaan segan bila Karl sentiasa memerhatinya. Tapi apa yang syoknya ialah shopping!!

Karl masih teringat kata-kata Aryani bila Karl bertanya padanya apa erti cinta dalam diri Aryani.

“Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta..”
Karl tersenyum apabila jawapan itu yang diberi Aryani……


2 comments:

  1. Lamanya cuti rindu tau dng karl&aryani.

    ReplyDelete
  2. hola baby mio, thanks sbb rindu kan Karl dan Aryani :)
    manggis pergi mencari ilham yang merajuk..hehehe hope u will follow this story until end :)

    ReplyDelete