Wednesday, 7 November 2012

Sekali dapat!..: Bab 12

 “ Perkahwinan kamu dan Aryani adalah kehendak papa, bukan fitnah atau rekaan cerita dari Aryani. Dia tidak pernah pentingkan diri atau suka ambik kesempatan. Kalau kamu hendak tahu, ketika papa terserempak dengan dia depan lif, papa perasan yang dia sedang menangis. Bila papa bertanya dia cuma cakap dia cuai ketika di bilik fail. Papa bawak dia duduk ke lobi bila perasan dahinya yang bengkak. Waktu di lobi tu dia hanya cakap yang dia cuai..itu sahaja yang dia ulangi. Tapi papa fikir mesti ini punca dari Karl yang lebih-lebih menyuruh Aryani.” Tan Sri diam seketika.

Suasana sepi antara mereka anak beranak. Tan Sri bangun berjalan mencari ayat yang sesuai untuk disambung.
“ketika dalam perjalanan pulang, papa teringat yang ada sekeping gambar kamu dan Aryani jatuh ketika kami berlanggar. Pada saat itu, Papa dapat rasa yang kamu berdua ada sesuatu, papa bertanya pada Nazira tentang kamu berdua. Dari segala cerita Nazira papa tahu kamu mencintai dia. Justeru itu papa ambik peluang untuk kamu berdua berkahwin. Lagi-lagi Nazira beritahu pada hari itu Natalie ada datang ke pejabat. Papa tak nak kisah yang lalu berulang lagi. Papa yakin Aryani yang terbaik untuk kamu.”
Kedengaran Tan Sri menarik nafas untuk menyambung kata-katanya…
“ papa yang silap, walau Aryani berkeras mengatakan dia yang cuai sehingga cedera didahi tapi papa yang fikir Karl mungkin cuba berbuat sesuatu yang tak elok. Lagi-lagi Natalie ada datang pada hari yang sama. Mesti kamu menggunakan Aryani demi kepentingan kamu apabila berdepan dengan Natalie. Keyakinan papa makin bertambah apabila papa lihat kamu seperti mengejar Aryani hingga ke lobi. Ini pasti semua angkara kamu.”

Puan Sri mula membuka mulut “kami silap kerana tidak menceritakan segala-galanya. Kami cuma nak yang terbaik. Selepas perkahwinan kamu juga turut mengatakan kamu sayang kan Aryani dan bahgia. Disitu papa dan mama rasa tindakkan kami betul. Kali pertama papa bercerita tentang Aryani, mama dah mula suka padanya. Apabila mengenali nya, mama tahu kami tak silap mengahwinkan kamu”

Karl mula bingung, apa yang difikir tentang Aryani selama ini semuanya jauh tersasar. Perasaan  serba salah mula menyelubungi dirinya.
“kenapa mama beri Aryani cek yang jumlahnya besar?” Karl terus menyoal untuk dapat kepastian.
Puan Sri mengelap airmata yang masih bersisa. “ mama yang beriya hendak tolong masalah keluarga dia. Kalau kamu nak tahu mak Aryani dikampung sedang diganggu lintah darat sebab abang-abangnya berhutang. Mama kasihan melihat dia tanggung seorang diri. Dia merayu pada mama tidak beritahu kamu kerana ini masalah keluarga. Mungkin dia malu. Aryani tidak mahu bercerita semua hal ini, dia simpan segala beban seorang diri. Mama yang mendesak dia supaya bercerita.”

Karl mengeleng kepala…betapa daif dirinya mengenali hati Aryani. Mata Karl mula kemerah-merahan menahan airmata.
Teringat ketika dia mengutip kertas yang bertaburan dilantai apabila dia merentap lengan Aryani. Karl perasan sekeping gambar dia dan Aryani ketika majlis perpisahan Puan Hirma. Hatinya tersentuh tapi untuk sekejap sahaja apabila dia terlihat cek atas nama Aryani dari mama marahnya mula membakar diri. Bila fikirkan sikap abang-abang Aryani, karl tidak menolak mereka memang tidak berguna. Semasa dia mengenali Emer, dia tahu Emer yang mengambil kesempatan. Ya allah, ampun kan aku kerana menyiksa isteri aku sendiri. Kasihan Aryani. Patut dia berubah sejak beberapa hari lepas, rupa-rupanya masalah ini yang membebankan dia.

“Karl cari la Aryani..pujuk dia. Mama kesian pada dia.. Aryani perempuan nak..dia tidak boleh harungi hidup tanpa suami disisi. Dia perlukan Karl untuk lindung dan menjaga dia. Itulah guna seorang suami Karl” Puan Sri memberi nasihat pada anak tunggalnya.

‘pergilah Karl sebelum terlambat..sekali dapat tak mungkin akan ada kedua kalinya” Tan Sri juga bersuara setelah lama mendiamkan diri.


Karl segera keluar dari kawasan TARVILLA, dia memecut kereta kearah Damansara. Karl pasti Aryani pulang kerumah selepas kejadian tadi. Semasa perjalanan Karl cuba menelefon Aryani tetapi gagal. Mungkin Aryani sudah off kan telefon bimbitnya.


Aryani termenung di luar rumah, sesungguhnya hati dia amat pedih bila mengenangkan akan hal yang terjadi hari ini. Sampai hati Karl memperlakukan dia sebegitu di depan orang ramai. Apa salah dirinya sehingga Karl benar-benar membenci dirinya. Dari awal lagi dia sudah cuba jauhkan diri tapi Karl yang semakin mendekatinya.

“Aryani,mak sudah siap berkemas. Pukul berapa nak bertolak?” suara mak membuatkan Aryani tersedar dari lamunannya. Hari ini dia nekad untuk bawa mak berpindah. Dia perlu mulakan hidup baru dan melupakan segala-galanya.

“ kejap lagi teksi sampai mak pergi ke station bas dulu ya. kita jumpa dekat rumah atok. Aryani akan naik moto kesana.” Aryani sudah siap berkemas hanya menanti maknya dari tadi. Mak hanya mengangguk perlahan.


“hello mama, pasal hutang Aryani tu macam mana? Mama tahu dia hutang dengan lintah darat mana?” Karl menelefon mama apabila gagal menghubungi Aryani sendiri.

“mama pun tak tahu. tapi mama dan papa cuba usahakan.” Talian antara Puan Sri dan Karl di putuskan. Karl keluar dari perut kereta dan terkocoh-kocoh masuk ke rumah. Dia perlu berjumpa dengan Aryani.

Karl mengetuk pintu bilik Aryani, tapi tiada jawapan. Diketuk berkali-kali masih sama dan tanpa buang masa Karl memusingkan tombol pintu. Tak kunci??
Di perhatikan bilik Aryani, kosong? Di buka almari baju pulak..kosong jugak??

Aryani!!! Karl mula hilang arah. Dia pasti Aryani sudah pergi meninggalkan dirinya.

“Hello ma..ma kena tolong Karl. Aryani da hilang ma..dia dah pergi tinggalkan Karl” Karl bagai sudah tak tentu arah.
“sabar..Karl datang kesini, kita bincang dan ikhtiar.” Puan Sri cuba menenangkan Karl.



Sebelum begerak kerumah arwah atok, Aryani melihat rumah yang penuh dengan kenangan arwah baba. Berat sungguh untuk meninggal rumah itu tapi apakan daya dia perlu lakukan untuk menjaga keselamatan mak.

Motor Aryani begerak meninggalkan perkarangan rumah. Dia perlu lupakan segala-galanya. Selepas ini dia perlu mulakan hidup baru tanpa menoleh kebelakang. Itu janji Aryani!



“ mama rasa kita kena cuba cari mak Aryani, mungkin dia tahu kepada siapa kita perlu bayar segala hutang dan di mana kita nak cari Aryani” Puan Sri memberi idea kepada Karl yang tengah buntu.

“betul tapi Karl tak ada simpan nombor  telefon mak dia pun. Mama ada simpan?? Kampung Aryani pun Karl dah tak ingat..” Karl soal tanpa berfikir kebodohan ini akan membongkar rahsia yang disimpan selama ini.

“Karl tak ada simpan nombor mak Aryani?? Macam mana Karl hidup dengan Aryani selama ini? Karl cakap perkahwinan Karl bahgia dan mula menyayangi Aryani. Tapi mama tengok semua tu macam cakap kosong aje? Sampai kampung yang pernah kita pergi sebelum ni pun Karl dah tak ingat?” Puan Sri mula pelik cara Karl yang seperti tidak mengetahui apa-apa tentang Aryani.


Muka Karl mula berubah,dia sedar rahsia yang disimpan rapi kini sudah pecah dari mulutnya sendiri. Dia mula tunduk dan hanya mematungkan diri. Puan Sri mengerut dahi melihat sikap Karl. Apa yang terjadi sebenarnya antara mereka? Satu persoalan di hati Puan Sri.

“sebenarnya Karl tidak pernah layan Aryani sebagai isteri. Karl buat dia seperti tidak wujud. Sentuh dia pun jauh sekali..Karl hanya berlakon bila didepan orang termasuk papa dan mama. Karl bersalah pa..mama..banyak kali Karl marah maki hamun dia sebelum ni. Bukan saje di lobi tapi sebelum tu pun dah banyak kali.” Akhirnya semua dicerita oleh Karl.

“ya allah Karl..mama betol-betol tak sangka. Selama ini Aryani selalu bercakap yang kamu layan dia dengan baik..kesian Aryani. Kenapa lah dia menerima nasib macam ni.” Puan Sri memandang suaminya.

“papa tak sangka Karl, papa ingat kamu mencintai Aryani…” suara Tan Sri kecewa mendengar pengakuan Karl.

“memang Karl mencintainya pa..Karl sayangkan Aryani..tapi Karl ikutkan ego dan marah Karl terhadap wanita yang suka ambik kesempatan dan suka menabur fitnah seperti Natalie..Karl samakan dia bila papa mula paksa Karl berkahwin. Karl sangka dia sama macam Natalie..tapi sekarang Karl dah menyesal..Karl nak isteri Karl ma..pa..please tolong Karl”


Tan Sri Badrul dan Puan Sri Aisyah hanya diam membisu, mungkin kehilangan kata-kata selepas mendengar cerita dari Karl.


“ dah siap kemas sayang?”
Aryani menoleh memandang mak di pintu bilik.
“sudah” pendek sahaja aryani jawab. Mungkin terkejut dengan panggilan sayang dari mak.

Aryani hanya memerhati mak yang duduk di hadapannya.
“betul Aryani nak pergi?” mak memulakan bicara apabila melihat bag pakaian di atas katil.
Satu anggukan dari aryani tanda dia benar-benar akan pergi.
“tak pelah..mak izin kan..mak nak mintak maaf sebab banyak susahkan Aryani. Walau sebelum ni mak berat sebelah melayan Aryani tapi bila masa macam ni Aryani masih sanggup menolong mak”

“eh..apa mak cakap ni. Mak kan mak Aryani.”
“herm..boleh mak tahu Aryani nak ke mana?”
“aryani belum ready nak bagi tahu,tapi Aryani janji aryani sentiasa akan call mak,ok?”


Hati Aryani kini lebih tenang, mak mula melayan Aryani baik. Andai ini rintangan yang perlu di tempuhi untuk dapat kasih sayang dari mak. Dia sanggup hadapi biar berkali-kali asal mak disisinya.



Keesokan pagi Karl dikejutkan dengan surat perletakan jawatan Aryani yang diletakkan di atas mejanya. Karl menganggap Aryani hanya akan merajuk sementara tapi dengan kehadiran surat ini dia pasti Aryani tidak akan pulang ke sisinya semula.

“ nazira kamu nampak siapa letak kan surat ini?” Karl bertanya kepada Nazira.
“awal pagi lagi ada seorang perempuan datang menghantar surat itu.” Jawab Nazira.

 Siapa?? Takkan Aryani? Karl mula musykil. Dia terus menuju ke bilik papa.
“pa..i need you help” Karl terus meluru masuk
“ apa dia? Tak sempat-sempat kamu ni” Tan Sri terkejut dengan tindakkan Karl masuk sebegitu..
“ mana Karl patut mula cari Aryani..Karl buntu. Karl dah tak boleh lengah lagi”
Sekian lama Tan Sri Badrul memerah otak akhirnya dia bersuara“ papa rasa Karl cuba hubungi Cik A’liaa. Kamu tanya pada dia sebab dia cukup rapat dengan Aryani  dan sekaligus, kamu boleh terus ke rumah Aryani di kampung.”

Dengan pantas Karl keluar dari pejabat. Bagaimana dia boleh tidak fikir tentang semua ni. Selepas bercakap dengan Cik A’liaa melalui telefon dia terus ke Pahang. Perjalanan 2jam dirasakan sekejap sahaja, mana tidaknya Karl speed keretanya bukan main lagi.
Ketika Karl memasuki pintu utama cawangan Ukasyah Holding kelihatan seorang wanita sedang berdiri menanti ketibaan Karl.

“Hai Mr.Karl” satu senyuman dari wanita itu.
“ Ms. A’liaa??” Karl menduga.
 Wanita itu mengangguk. Mereka berdua berbalas senyum. Tapi senyuman Karl hambar.

“saya tahu jalan kerumahnya, jangan risau saya boleh bantu.” Ms. A’liaa memandang Karl yang kelihatan gelisah.
“thank you so much. Can we go now? Sorry I must find her” Karl tidak boleh tunggu lama.

Ms. A’liaa hanya tersenyum melihat Karl. Semasa perkahwinan Karl dan Aryani, dia tidak dapat hadir kerana mengerjakan umrah bersama keluarga. Berita itu pun didengari secara mendadak, walaupun ada terasa pelik tapi dia hanya mampu berdoa kebahgiaan Aryani dan suami.


Apabila tiba dirumah Aryani, Karl melihat rumah itu seperti kosong dan tidak berpenghuni. Sudah banyak kali di beri salam tapi tiada siapa yang menyahut. Pintu dan pagar yang bermangga memang menguatkan lagi perasaan Karl rumah itu tidak ada sesiapa.

Setelah penat memberi salam, seorang lelaki tua keluar dari rumah bersebelahan.
“cari siapa?” tegur lelaki itu.
“ saya cari Aryani dan maknya Puan Umi, mana mereka ye?” Karl mula bersuara.
“oh..mereka dah pindah dua hari lepas..” balas lelaki tua itu.
“pindah? Kemana? Pakcik tahu?” karl terus menyoal.
“tak silap ke kampung arwah ayahnya..tapi anak ni siapa?” lelaki itu menyoal Karl.
“saya suami Aryani..” Karl jawab dalam berat hati. Dia pasti orang tua ini akan fikir bukan-bukan.
“oh..pakcik dah lupa rupa kamu. Ingat-ingat lupa dah pakcik. Pakcik ada simpan alamat mereka..kejap pakcik ambikkan” lelaki itu masuk ke dalam rumah.

Karl berasa lega, akhirnya pencarian dia akan tamat sebentar sahaja lagi.

“ ni alamatnya..dia pesan jangan bagi kepada sebarangan orang” lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kepada Karl.
“terima kasih pakcik” Karl menyambut kertas yang dihulurkan oleh lelaki itu.



“assalammualaikum..”Karl menanti salamnya di jawab.
“waalaikummmussalam” wajah mak Aryani kelihatan. “eh Karl??”


Karl sungguh kecewa, dia fikir dia kan berjumpa dengan Aryani di sini tetapi tidak.  Mak Aryani memberitahu yang Aryani sudah pergi membawa diri. Sesungguhnya dia sedang terluka. Dan tiada siapa tahu dia kemana. Karl berasa kesal dengan kelakuannya pada Aryani selama ini.

Puan Umi terus menceritakan segala-galanya pada Karl. Dia turut meluahkan rasa kesal dengan sikapnya pada Aryani sebelum ini. Karl kasihan pada Aryani, sungguh dia tidak tahu kehidupan Aryani selama ini. Sungguh tabah diri mu Aryani. Karl mengambil keputusan untuk bermalam disitu dan sepanjang malam Puan Umi  menceritakan kisah Aryani pada Karl.

Semakin banyak Karl memgetahui tentang Aryani, baru kini dia sedar Aryani seorang wanita yang sungguh mulia hatinya. Perasaan benci mula hilang dalam diri Karl dan sekarang hanya perasaan rindu dan cinta yang mula membuak-buak.


p/s: sila beri komen ya :D maaf sebab lambat upload. Elvy thanks! sebab sudi tunggu..

2 comments:

  1. padan muka dengan hang karl.... Berlagak sangatkan, sekarang dah terbeliak bijik mata selepas tahu kebenarannya..... Aryani jangan bagi peluang kepada Karl dengan mudah... biar dia berusaha untuk dapatkan balik cinta yang disingkirkannya sendiri

    ReplyDelete