Tuesday, 11 September 2012

Cerpen : Cinta Si Giler








Pandangan Qis jauh melayang mengingatkan kisah silam yang sudah hampir 2 tahun berlalu. Setiap kali Qis menaiki bas dari kampus ke rumah,saat ini dia akan mengait kembali kisah bahagia dan duka dia bersama Irham. Argh! tak kan dia sebut nama tu lagi, so lepas ni setiap kali nak bercerita aku sebut Si Polan je. Hehe..kerana perasaan benci yang teramat sangat.
Qis turun dari bas dan terus berjalan kaki untuk sampai dirumah. Perjalanan kira-kira 15 minit untuk sampai, tapi sebabkan dah biasa dan jalan ala-ala walkaton dalam masa 10 minit Qis dah sampai. “ hai cayang, dah makan ke?” suara Diyan menegur Qis. Si Diyan ni roommate aku, dah bertahun la aku duduk sebilik dengan dia. Kira semua nya la sebantal, sepinggan, seselimut..ha boleh? Tu sebab Diyan ni macam teman tapi mesra. Segala yang terjadi dalam hidup aku dengan Si Polan semuanya la Diyan tahu.
“ erm, dah sebelum aku balik tadi. Awal ko habis kelas harini?” Qis memandang Diyan yang tengah syok main game kat PC. Qis mengambil tuala untuk mandi dan terus berjalan keluar untuk mengangkat kain yang disidai dari malam semalam. Mata Qis memandang budak lelaki berskuter yang duduk betol-betol menghadap rumah bujang mereka. Uikk! Senyum? Qis bercakap sendiri dan membalas senyuman mamat tadi. “ amboi..mana boleh dia senyum kat awak tapi kat kita tak..” ntah saat bila si Diyan ada kat belakang Qis. Satu persatu kain di angkat,malas Qis nak layan Diyan dengan soalan dia tadi. “ esok awak balik tak? Pukul berapa?” Diyan mucungkan bibir.
“ balik..pagi rasanya” Qis pandang sekilas. Ha..kalau nak tahu setiap minggu aku balik rumah mak. Tak sanggup aku nak duduk kat sini melainkan minggu exam..baru lah aku stay sampai hujung minggu. “ ok! Kita balik sama..hehe” Diyan tersengih-sengih.
Esok awal pagi Diyan dan Qis berjalan ke arah perhentian bas. “ ni lah aku benci, awak nampak tak catdog kat depan tu” diyan da mula membebel. Catdog tu maksud dia anjing,tapi si Diyan ni memang suka main cakap je apa dia nak cakap. “ kawasan ni kan memang banyak,kita seberang jalan,ikut sebelah sana” Qis bagi idea. Sape yang tak takot anjing, lagi-lagi anjing yang duk menyalak tu.
Di dalam bas Diyan dah bantai berdengkur, yang aku pelik tu betol-betol dia lena. Haish, kalau aku takde makne nya nak tido dengan bas yang sesak ni. Seperti biasa Qis akan duduk termenung memandang arah luar. Mencari kedamaian untuk mengubat sudut hati yang masih terluka..Sampai di Pudu Raya, Diyan dan Qis berpecah mengikot haluan masing2. Qis menaiki tren untuk sampai kerumah. Perjalanan yang panjang ini Qis mengambil kesempatan untuk menenangkan jiwanya yang kacau. Rindu…ya, hakikatnya dia rindu pada Irham..
Tepat pukul 2 petang, Qis menunggu Diyan di perhentian bas seperti yang dijanji kan. Qis melihat jam di handphone “mana la minah sorang ni..” Qis da mula bosan menunggu. Dari jauh Nampak Si Diyan berlari-lari anak. “ Sorry awak..saya lambat,kakak saya nak hantar naik kereta,so paham la jem nak kesini”  Qis mengeleng. Mereka terus naik bas yang baru sampai.
“ Hujung minggu awak buat apa je?” Diyan dah mula kan sesi soal jawab. “ saya habiskan masa dengan mak saya je..berborak pastu adalah jalan-jalan dengan dia” Diyan mengangguk. Qis seperti biasa hanya habiskan masa dengan termenung. Lamunan Qis terbantut, Handphone di poket terase ada vibrate. Qis menyeluk poket “ miss call? Nombor sape pulak ni?” Qis membebel sorang. Tengah Qis melihat nombor itu dengan teliti, nombor yang sama buat miss call lagi. Qis hanya diam dan memandang handphone. Pelik,sape??
Qis menaip mesej
“ sape ni?”
Klik butang send..
Tuit-tuit..mesej baru masuk.
“nak berkenalan boleh”
Qis bertambah pelik, siapa pulak yang nak mainkan dia. Setahu Qis, selama dua tahun dia putus dengan Irham, dia tak pernah bagi nombor atau kenal sesiapa. Qis betol-betol bawak haluan dia sendiri.
“sorry, wrong number” klik! Send..
Vibrate!!!
Mesej baru..” nope, saya nak berkenalan dengan awak”
Terbeliak mata Qis, hish…laki ke pempuan ni.. argh, Qis sudah malas nak layan. Dia biarkan ke mesej tadi tak berbalas.
5 minit! Handphone Qis vibrate lagi..miss call?? Hati Qis dah mula panas.
“nak apa ni? I’m not interested. Kalu dah tak kenal tak payah kenal” butang send..
Tuit-tuit… mesej baru masuk lagi.
“ saya kenal awak..Qistina kan? Hehe..”
Qis mula ligat berfikir..baru-baru ni dia ada tak jumpa mana-mana lelaki. Ha..baru dia teringat,minggu lepas,masa dia makan ramai-ramai dengan group menari ada satu mamat ni mintak no handphone dia. Tapi yang pelik dia tak bagi pun. Siapa lak yang berani bagi ni..
“ din ke ni?? Send~~
“din beramboi? Hahaha”
Hish!!..main2 pulak..Qis da mula berapi.
“GILERR!” send~~
Tuit-tuit…” gile kan awak”
Qis malas nak layan. Miss call pun Qis buat tak kesah je. Dia terus sambung lamunannya yang terbantut tadi.
Diyan sedang mengosok baju, fidza dengan flo tengah syok tengok tv. Qis menunggu giliran untuk gosok,mata dia asyik melihat handphone dia yang dari tadi berkelip2. Mesti Si GILER petang tadi.
Qis mula fed up, dia mula menaip sesuatu..
“ awak ni pempuan ke laki?? Dah tak de keje?jangan kacau saya boleh tak?
Send~~
“saya ni lelaki la..kalau pempuan buat apa nak kenal dengan awak. Saya takde kerja la saya kaco awak and 1 more thing, saya memang tak boleh kalau tak kaco awak.”
Sabar je la Qis..memujuk hati sendiri yang tengah panas.
“ok, let’s talk seriously. Saya pun tak nak buang masa mesej dengan orang giler macam awak. Apa awak nak sebenarnya?”
Send~~~
Mesej baru..
“ok, saya nak berkawan dengan awak dan untuk pengetahuan awak,saya bukan orang gila ek”
Hehe..Qis tersengih..”padan muka” cakap dalam hati je.
“ok, u start 1st. intro ur self.”
10 minit berlalu…”ha,tau pun tak reply” Qis cakap depan handphone dia sendiri.
Tuit-tuit!!
“ok,nama saya adam. Bekerja as engineer di johor bahru. Student engineer di kampus awak dulu. Actually I’m ur senior. Dah lama saya simpan nombor awak. Time tu awak ada bf lagi. So saya simpan je tak nak kaco awek orang.now turn awk.”
Qis pelik,senior???
“ ok,thanks for explanation. But saya tak pernah campur senior and nape da lama simpan nombor baru sekarang nak contact? Macam tak logik”
Send~~
“ saya rasa setakat ni dulu saya cerita ye..good nite J “
Ciss..main tarik2 tali pulak..Qis sudah baring. Pening kepala kalau dia fikir kan hal Si Giler tu. Lama-lama Qis terlena sendiri.
Qis semakin kerap bermesej dengan dengan Si Giler, setiap pagi ada je mesej selamat pagi dari adam a.k.a Giler. Senang cerita setiap saat dan ketika la Qis bermesej dengan dia. Qis mula selesa berkawan dengan Adam. Walaupun tak pernah melihat wajah nya, Qis suka dengan cara adam yang matang dan cool. Dari selalu bermesej, adam kerap jugak call Qis setiap malam. Kadang2 sampai 2-3 jam mereka berbual. Adam cukup mengambil berat tentang Qis.
“eh Qis macam mana si adam tu boleh jumpa ko? Bukan ke senior engineering kat kampus lagi satu, jauh kot dengan kita..” flo bertanya sedang mereka makan bersama. Qis memandang fidza yang sedang menantikan jawapan.
“ Erm..macam ni, dia Nampak aku kat café time dia datang sini untuk lepak-lepak. Biasa la senior melawat kampus baru. Tiap-tiap malam dia lepak dengan kawan-kawan dia. Nak jadi kan cerita, satu hari dia ternampak la aku tengah borak dengan ex-gf dia. Dia pandang je la aku ni sampai terlanggar kerusi kat café. Si ex-gf dia pulak perasan dia pandang. Esok-esok tu dia jumpa la ex dia tanya yang aku ni siapa. Ex-gf dia pun pau la dia..kalu nak tau aku sape kena la belanja makan bagai. Lebih kurang macam tu la ceritanya” panjang lebar aku terang kan.
“owh kira ni cinta pandang pertama la ek? Fidza buat kesimpulan.  Qis gelengkan kepala “ bukan la.aku dengan dia tak bercinta pun” statement Qis tu membuatkan mata si Diyan, flo and fidza memandang dia dengan pandangan was-was.’Eh sape Ex-gf mamat tu?” Diyan da mulakan sesi soal jawab lg.
Qis angkat bahu, tanda dia pun tak tahu siapa ex-gf dia. Sebab mana Qis ni nak ingat semua kawan pempuan yang dia pernah lepak sekali. Banyak kot.
Pejam celik hampir 4 bulan Qis berkawan dengan Adam a.k.a Giler dalam handphone. Dalam perbualan mereka Adam ada juga meluahkan perasaan yang dia makin suka + sayang dengan Qis. Tapi Qis tak boleh terima, tanpa bersua muka cukup susah Qis nak percaya. Adam perlu jumpa dia untuk memastikan perasaan dia dan Qis sendiri.
“hello sayang..buat apa tu” adam mula berbicara.
“hai..Qis,call me Qis..tak buat apa,baru lepas solat”  terdengar suara adam ketawa kecil.
“ awak ni garangkan, takpela..bagus jugak,ada gak la perasaan takot nak main-main kan awak.hehe”adam terus mengusik.
“Berani la awak” suara Qis mula keras.
“hahaha..tak la, saya gurau je. Erm sayang, saya nak pos sesuatu untuk awak. Boleh bagi saya address awak tak?suara adam seakan berbisik.
Bergetar jantung Qis mendengar suara adam yang berbisik halus di telinga “ ni la yang aku lemah nak berborak dengan dia ni” Qis menghentam diri dalam hati.
“ nak hantar apa tu? Kalau saya bagi alamat rumah sewa pun ok kan?” Qis belum ready nak bagi alamat rumah  keluarga  dia dengan adam.
“yes dear..boleh.” Qis tersenyum. Adam a.k.a Giler ko memang giler!
Qis baru sampai didepan pagar rumah. Hari ni dia terasa amat letih, kelas yang non-stop dari pagi tadi. Mata Qis terpandang satu sampul yang size dia lebih kurang kad raya. Dia membelek sampul dan membaca “ to.. Qistina Malik,eh nama aku”
Letak je bag di bilik, Qis terus membuka sampul tadi. Mata Qis terkejut melihat isi dalamnya. Satu kad yang di buat sendiri. Di atas kad ada kata-kata cinta untuk dia sempena hari kekasih dua hari lagi.
Qis tersentuh dan terus mencapai handphone untuk call adam. Tut..tut..tut..
“ hello sayang..” suara adam kedengaran.
“ hello..awak,barang awak pos dah sampai.thanks ye.” Qis senyum memandang kad di tangan.
“hah! Dah sampai? Awal nya..ingat nak on time that day” suara adam ada sedikit kecewe.
“lor..takpela..tapikan awak..bukan ke kita tak digalakkan sambut benda ni?” Qis cakap satu persatu takot adam terasa. Dah la susah2 dia buat kad ni.
“ ye, saya tahu. Kan dalam kad tu ada saya cakap. Tapi bagi saya,saya cuma menghargai orang yang saya sayang dan cinta. Awak anggap la hadiah dari saya khas untuk awak” suara adam sangat romantik.
“ ok, thanks again. Rajin awak buat semua ni” Qis suka kan hasil kerja adam. So sweet!
Tuit..tuit..sms!
Qis membuka inbox..
“hai sayang..buat apa tu? Dah nak tido?”
Qis menaip..” baru sudah gosok baju..yep,baru nak baring..why?” send~~
“oh..tak de apa..boleh saya call?borak sekejap. Tak boleh la tak dengar suara satu hari…” mesej adam seakan merengek.
Qis tergelak..” boleh jer..” send~~
1saat! Mesej send..handphone Qis da berbunyi. “amboi cepat nya..” Qis berbisik sendiri.
“ hello sayang..”
“ er..hai..” Qis malu!
“nape ni..macam lain je?segan saya panggil sayang?” adam meneka.
“ err..tu la,saya rasa lain la..panggil Qis je la” Qis cuba bagi alasan untuk tutup rasa gementar di hati.
“hahaha..saya rasa awak kena biasakan..i can’t stop call u sayang” suara adam semakin romantik.
Senyap..Qis blur nak cakap apa lagi.
“ sayang, boleh saya tanya something?”
“yes, apa dia?” Qis dengar nafas adam seolah2 mengeluh.
“ may I know, why u break off with your bf?”
Qis paham..kenapa adam mengeluh. “ sorry because I never talk about this. Senang cerita saya di tinggal gantung tak bertali, masuk je cuti sem dia langsung tak contact saya then bila jumpa dia buat2 tak kenal” suara Qis sayu..”he has somebody now..”
“oh..kesian awak” adam mula rasa simpati pada Qis.
“tak pe..dah takde jodoh.” Qis cuba menutupi rasa sedih yang disimpan.
“yup, jodoh awak dengan saya je. You are mine!” suara adam cukup tegas. Qis hanya mengeleng kepala.
“ selagi kita tak jumpa jangan letak harapan. Takot masing2 rasa menyesal.’ Qis mengingat kan adam.
 
Minggu ni Qis tak pulang kerumah, sebab ada kerja yang perlu disiap kan. Pagi sabtu dia sudah pergi ke kampus untuk tengok rehearsal majlis amal yang akan diadakan oleh fakulti. Seharian suntuk Qis membuat kerja untuk persiapan majlis. Kawan-kawan yang lain semua balik,tinggal Qis sorang aje dirumah. Qis habiskan masa di hujung minggu dengan mengemas rumah, masak dan membasuh baju.
Qis sedang menyidai kain di ampaian. Banyak kain yang dibasuh, sebab mana nak sempat buat, lagipun minggu ni dia busy dan masa habis di kampus sahaja. Sedang Qis asyik menyidai, sebuah kereta putih Toyota camry berhenti didepan pagar rumah. Qis memerhati kereta tersebut, tapi tak boleh nampak orang di dalam kereta. Cermin dia gelap.tinted ler..
Seorang lelaki keluar dari perut kereta. Segak. Tinggi orangnya. Qis hanya memerhati tapi dia langsung tak kenal lelaki tersebut. “ nak tanya jalan kot” Qis menyedapkan hati.
“ hai” lelaki tadi menegur Qis.
“ hai..” Qis menjawab.
“ Qistina kan?” Qis pelik dan mengangguk.
“ hello sayang..its me adam” bibir merah lelaki itu tersengih.
“hah?!!” Qis terlopong. Mana tidaknya,dia terkejut dengan kehadiran adam. Dah la dia selekeh sebab baru lepas buat kerja rumah. Paling ngeri mandi pun belum lagi..uwaaa!
“sayang..nape buruk sangat muka tu?” adam sengaja mengusik Qis yang kelihatan terkejut beruk tu.
 Adam a.k.a giler awak memang buat saya giler!!!

 

13 comments: