Sunday, 16 December 2012

Sekali dapat!… : Bab 17


Sampai sahaja dirumah Aryani terus menyiapkan bahan-bahan untuk masak tengahari, dia pasti Karl akan merengek kelaparan. Dah faham sangat Mr.0ksigen tu!
Ketika Aryani sibuk memasak Karl tidak menganggu Aryani, dia hilang entah kemana. Mungkin cuci kereta atau menonton tv. Aryani perasan jugak ada jiran-jiran yang mula memandang curiga pada mereka berdua. Dulu setahu mereka aku tinggal seorang, dan sekarang Karl wujud entah dari mana. Mesti lah fikiran bukan-bukan ye tak?

Selamatlah Karl memahami perasaan tidak selesa aku, pernahlah sekali ada jiran usya semacam je dekat dia. Mr.0ksigen ni perasan, nak tahu apa gimik dia buat??

“she is my wife, boleh check dekat Jabatan Agama, nak surat nikah?? Pun ada..” melihat gelagat Karl yang mencari sesuatu di dompet membuat kan jiran aku terus masuk ke rumah.


Aryani sudah selesai masak, di hidang lauk siap-siap untuk Karl makan kerana dia perlu solat Zuhur dahulu sebelum kehabisan waktu.


Usai solat, Aryani keluar dari bilik dan melihat Karl sedang menonton tv. Dialih pandangan ke meja dan seperti lauk-pauk yang dihidang masih belum disentuh. Pasti Mr.0ksigen tak makan lagi. Ape kes pulak ni…

“kenapa tak makan? Saya dah siap hidangkan” pertanyaan Aryani tidak disahut. Tumpuan Karl masih pada televisyen.
“ tak nak makan sudahlah..”Aryani mula bosan.
“ abang tunggu sayang lah..takkan nak makan sorang..” akhirnya Karl bersuara dan memberi senyuman yang sukar ditafsirkan.

Argh..Mr.0ksigen ni suka sangat buat aku tak cukup nafas! Kerana malu Aryani terus ke meja tanpa mempedulikan Karl.
Ketika makan Aryani langsung tidak berani mengangkat muka, terasa seleranya hilang bila berdua dengan Karl. Sungguh dia tidak biasa dan terasa bacaan darahnya mendadak jatuh. Fuhh!
Sepantas yang boleh Aryani menghabiskan nasi dipinggan. Lain pula dengan Karl, bukan main lagi seleranya.

“ alhamdullillah..sedap sayang masak” Karl sudah pun selesai makan, Aryani mengutip pinggan kotor dan di bawa ke dapur untuk dicuci.
Pujian Karl tadi langsung tidak buat Aryani perasan. Selalu orang lain mesti dah kembang kan? Tapi Aryani langsung tidak termakan kata-kata masin Karl tu..puii!
Habis sahaja kerja disinki, Aryani melihat Karl sedang menonton tv, dia mula gelisah apabila tidak tahu apa perlu dibuat. Aryani cukup malas hendak duduk bersama Karl, mula la jantungnya berdegup tak tentu hala, satu hal lagi..mula lah aku jadi wanita melayu asli,punya lah jadi pendiam. Semuanya serba tak kena lah nanti.

Setelah perah otak sekering-keringnya, Aryani memutuskan untuk duduk di bilik sahaja. Buat aje lah aktiviti membaca ke atau apa sahaja asalkan dia selesa.

Tak sampai 10 minit Aryani melepak dalam bilik, pintunya diketuk bertalu-talu. Pasti Mr.0ksigen!
Aryani berjalan malas, apa lah dia ni nak lagi…
“ ye ada apa?” Aryani memandang wajah Karl yang tersenyum manis.
“sayang buat apa dalam bilik..” soalan Aryani langsung tidak dijawab. Dengan selamber Karl masuk ke bilik Aryani tanpa dijemput. Aryani mula rasa bengang!

“ Tak ada apa..Cuma siapkan kerja sikit..” dipandang Karl yang sedang elok baring di tilamnya. Tahu lah dia yang belikan, jangan lah sesuka hati aje baring kan..
Aryani terus menghadap laptopnya, cukup malas nak berdepan dengan Karl. Bosan..bosan!


“abang rasa nanti kita beli katil..lepas tu barang-barang keperluan lain pulak..ok tak?” Karl sengaja mencari peluang untuk berborak.
“emm..” reaksi Aryani seperti tidak mahu berbual.
“ kawasan rumah ni strategik kan..kedai pun tak jauh, public transport pun senang je dapat.” Karl masih mencuba menarik perhatian Aryani.
“emm..”
“sayang tak rindu pada mama dan papa?” tak terfikir nak balik semula ke KL?” kali ini soalan Karl membuat Aryani tersentak.
“ saya tak pernah lupa mereka.. tapi hidup saya di sini. Tempat saya cari rezki dan hidup saya tenang disini.”
can you stop call me sayang. Its sound weird.” Aryani meluahkan apa yang sudah tersirat di hati.
do I care?” Karl sengaja membalas dengan memek muka yang memang cari pasal.

Aryani mendengus, sudah tak terlayan dengan sikap Karl.

Tiada lagi kata-kata yang keluar dari mulut Karl, barangkali faham perasaan Aryani yang pernah terluka dan tersiksa suatu ketika dahulu.
Masing-masing mendiamkan diri dan melayan perasan yang tidak ada siapa pun yang tahu apa mereka sedang rasakan di antara satu sama lain. Bersatukah mereka disatu saat nanti?



Hakim sedang duduk bersantai dirumah, entah mengapa ingatannya sering berfikir tentang Aryani. Ada sesuatu yang istimewa pada gadis itu, tapi dia masih belum berpeluang berkenalan sepenuhnya. Sikap Aryani seperti menjarakkan diri apabila dia cuba mendekatinya agak menyukarkan keadaan.


“kenapa ibu tengok anak ibu ni kerap termenung..fikirkan siapa?” wajah lembut perempuan yang berusia didepannya ditatap sepi.
“tak ada apa, fikirkan hal pejabat Kim aje..” Hakim cuba menutupi rahsia sebelum Ibu angkatnya mengetahui perkara sebenar.

“Tak ape lah macam tu..janganlah dikenang sangat kisah yang lepas. Takut memakan diri. Itu semua datang dari Nya..Allah s.w.t.” kata-kata nasihat diberi kepada satu-satu anak yang dia ada kini.


Kisah yang tersemat di jiwa Hakim, cukup dapat dirasai Puan Juana juga. Kecelakaan orang tua dan tunangnya, amat memberi kesan yang dalam. Diketika itu, hidupnya cukup menderita, Puan Juana adalah Ibu kepada arwah tunang Hakim. Kehilangan sekali serentak cukup dirasai kedua-dua mereka. Sejak dari itu Puan Juana nekad untuk menjaga Hakim seperti anak sendiri.


“awak..andai jodoh kita tak panjang..apa awk akan buat?” soalan yang tidak disangka keluar dari mulut Mia.
“hey..apa sayang merepek ni..lagi dua minggu sahaja kita akan di ijab kabulkan. Kedua orang tua kita sudah pun restu. Melihat muka mereka pun kita tahu mereka turut gembira” Hakim sungguh tidak boleh terima soalan dari bibir Mia.
Mia hanya mampu tersenyum melihat telatah Hakim yang betul-betul over excited mengenai perkahwinan mereka.

Sebutir mutiara jernih jatuh di pipi Hakim tiap kali dia teringatkan Mia Aryana. Ya namanya hampir sama dengan Nur Aryani Fisha, tapi mereka hanya sama pada nama.
Cinta dan kasih sayangnya pada Mia Aryana tidak pernah luput dari hatinya. Hampir lapan tahun kisah itu sudah berlalu, kemalangana Ibu bapa dan Mia sewaktu pulang dari membeli persiapan perkahwinan mereka. Pada hari itu Hakim tidak dapat menemani mereka kerana perlu menyiapkan kerja sebelum mengambil cuti yang panjang. Tapi memang benar, selepas kejadian itu cukup lama Hakim bercuti untuk mnegubat kesedihan hatinya. Sehingga sekarang Hakim masih setia kepada cinta hatinya Mia Aryana.


Aryani mula merasa tidak selesa bila berduaan dengan Karl, tambahan pula dengan suasana senyap antara mereka. Mata Aryani masih menghadap skrin laptop, lain pula dengan Karl. Sesaat pun dia tidak sia-siakan masa yang ada, matanya redup merenung Aryani tanpa berkelip. Dari rambut yang diikat, jatuh pula pada mata yang cukup menawan yang di miliki Aryani. Lantas pandangannya beralih pula pada hidung mancung kecil molek Aryani. Bibir Aryani yang nipis dan kemerah-merahan ditatap lama. Sungguh dia sudah jatuh cinta pada wanita didepannya ini.


“encik tengok apa ni??” teguran Aryani membuatkan Karl tersedar dari lamunannya. Kemudian mata Karl memandang Aryani tepat seolah-olah ada api kemarahan yang ingin menyala.
stop call me encik Aryani..” keras suara Karl di cuping telinga Aryani.

Aryani malas hendak layan sikap Karl, dia masih meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Karl yang dari tadi memandangnya tidak henti-henti.

Karl masih terus-terusan merenung Aryani tanpa sedikit pun beralih,
do you hear me??” sedikit tinggi nada suara Karl kali ini.

Aryani mula bosan dengan sikap Karl, sudah lah dari tadi dia memandang Aryani seperti nak ditelan, sekarang percakapan Karl seperti mendesak-desak. Argh!..Aryani mula rasa serabut dengan semua ni. Dia mula bangun dan berjalan keluar, sungguh malas dia nak melihat muka Karl. Nama je Mr.0ksigen..rasa sesak didada mcm Karbon dioksida…


Melihat reaksi Aryani yang hendak keluar dari bilik, membuatkan Karl pantas bangun dan mencapai tangan Aryani.
Terperanjat apabila terasa tangannya di pegang erat, Aryani segera memandang Karl dengan terpinga-pinga.

“Kenapa ni?.. saya nak ke dapur..takkan itu pun encik nak tahan..isshh lepas la..!”
Karl semakin rapat dengan Aryani, dengupan jantung semakin bergerak pantas. Mata Karl nampak seperti manusia sedang menahan kemarahan…Ya, Allah tolonglah hambamu ini..Aryani pasti dia yang menjadi sasaran Karl. Dah terang-terang aku sorang je dekat sini..haishhh..

“kenapa encik ni?” terus dialih pandangan ke tempat lain. Aryani masih mencuba menarik tangannya dari genggaman Karl.

why you keep calling me ‘Encik’..?”You know I really don’t like it! Call me abang, I’m your husband.” Suara Karl cukup menaikkan bulu roma Aryani. Cukup keras dan tegas, sah memang dia tengah berapi macam meggie kari berapi! Uishh..ni lagi pedas!

Aryani menelan air liur membasahkan anak tekak, terus diam membisu langsung tidak ada tanda-tanda ingin menjawab soalan Karl. Karl bagai bercakap dengan patung. Hakikatnya Aryani cukup takut bila dia tahu Karl sedang marah. Melihat sikap Aryani yang hanya diam, hati Karl semakin marah, meluap rasa nak meletup. Betul-betul rasa tercabar!

Karl mula hilang sabar, dan dia terus merangkul kemas pinggang Aryani rapat dengannya. Dipeluk tanpa ada sikit pun ruang udara antara mereka. Aryani cuba melepaskan diri, sungguh dia tak sanggup membiarkan Karl melakukan perkara bukan-bukan, walaupun mereka suami isteri. Kedatangannya tanpa diundang pasti ada motif yang tersendiri. Siapa yang tahu kan?


“lepaslah..apa ni!!” Aryani mula meronta-ronta supaya dia dapat lepas dari pelukan Karl, disebabkan tubuh Karl yang sasa segala perbuatan Aryani langsung tak mendatangkan hasil.

“apa awak nak dari saya…” tersekat-sekat suara Aryani kerana perasaan takut semakin menebal. Dia tahu tiada satu manusia pun yang akan menolongnya diketika ini.
Terasa bibir Karl mencium bahunya, nafas Karl cukup jelas kedengaran ditelinga.

Karl cukup merasa selesa bila Aryani berada dalam dakapannya. Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada, perasaan kasihnya tidak boleh dibendung lagi.
Ditarik tubuh kecil Aryani ke atas tilam, dada Aryani sebak menahan airmata ketakutan dari mengalir.

Tubuh Karl sudah menindih Aryani dan kini airmata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir jua.
Karl merapatkan wajahnya, Aryani menutup mata serapat yang mungkin. Tidak ingin melihat wajah Karl disaat ini.
call me abang” suara Karl berbisik ditelinga Aryani.
Dalam sedu sedan Aryani menyebut “aaa..bang..”
“kan senang.. lepas ni tak ada lagi perkataan encik. Ingat abang akan dapatkan hak abang tapi sekali abang dapat abang takkan sekali-kali lepaskan tapi sekali abang lepas abang takkan patah balik" pipi Aryani dicium lembut sebelum Karl bangun keluar dari bilik.

Aryani terus menangis, melepaskan kesedihan di hati….

Sementara di luar.. Karl duduk termenung, tersentuh hati lelakinya melihat Aryani yang ketakutan tadi. Memang kalau diikutkan nafsunya yang membuak-buak bila setiap kali dekat dengan Aryani, tidak mahu dilepaskan peluang yang ada. Ingin sahaja dibelai dan mencumbu Aryani sepuas-puasnya. Tapi apabila melihat airmata Aryani gugur dipipi, perasaan kasihan mula terbit dan tidak sanggup dia lakukan sesuatu yang akan menguriskan lagi perasaan wanita yang disayanginya.

Tapi Karl mengharap dengan perbuatannya tadi Aryani mula faham yang Karl boleh melakukan apa sahaja asal kehendaknya dituruti, lebih-lebih lagi haknya sebagai suami.

4 comments:

  1. welcome baby mio and thanks to you too :)

    ReplyDelete
  2. Menarik, Aryani ni patah hati sebab perbuatan Karl yang melampau sebelum ni, so kalau nak pujuk janganlah kasar-kasar nanti sentap susah...Karl kenalah usaha lebih...nak ok jemputlah mama dan papa datang sana...hehehe

    Hakim plak nak masuk line, nampak ada persaingan tapi Ariyani masih sah isteri Karl.

    ReplyDelete
  3. hi tq manggis... memang terbaik.... next entry plz....

    ReplyDelete