Aryani
menunggang skuter menghala ke Pavillion dengan selaju yang mungkin. Di tempat
yang popular macam ni tak kira masa sentiasa banyak kenderaan. Selamat la
expert di cilok-cilok setiap celah
kereta supaya cepat sampai. Panggilan mama Karl untuk makan tengahari bersama
tadi buat Aryani sedikit gelisah. Mana taknya kalau Karl tahu yang dia begitu
rapat dengan mama mesti dia naik hantu.
Aryani
sudah memasuki pusat membeli belah, dia berjalan mencari kedai yang seperti
yang di pesan oleh mama. Dia kehulu hilir sebab tak biasa dengan pusat membeli
belah yang mewah sebegini. Aryani tersenyum bila sudah jumpa dengan kedai makan
yang di maksudkan dia kemudian masuk dan
tercari-cari Puan Sri Aisyah.
“
assalammmualaikum mama” aryani mencium tangan mak mertuanya. “ dah lama sampai?
Maaf, Aryani tak biasa kawasan sini”
“
eh, takpe..mama pun baru je duduk ni” Puan Sri Aisyah senang melihat Aryani
kini didepan matanya.
“lepas
teman mama makan, kita pergi beli barang sikit ye?” Puan Sri Aisyah memandang
wajah menantu yang disayanginya. Dimatanya Aryani seorang perempuan yang baik,
hormat pada orang tua dan penuh dengan kasih sayang.
“
tapi Aryani ada satu jam or maximum pun satu jam setengah je mama” Aryani rasa
bersalah.
Puan
Sri Aisyah tersenyum melihat sikap jujur anak menantunya, “ takpa..teman je
mama, tadi mama dah bagi tahu papa. Cuma Aryani kena bagi tahu Karl nanti”
Semasa
makan Puan Sri bercerita yang Karl selalu memberitahu dia bahgia dengan
perkahwinannya dengan Aryani. Karl mula menyayangi dan menyintai Aryani sepenuh
hati. Wajah mama nampk sangat gembira dan berharap dapat menimang cucu secepat
mungkin. Soalan demi soalan dia tuju pada Aryani, bila hendak pergi berbulan
madu, berapa tempoh family planning yang di rancangkan dan berapa bakal orang
anak yang mereka inginkan.
Di
dalam hati Aryani tuhan saja tahu bagaiman perasaan pilu bila melihat
kegembiraan terpancar di wajah Puan Sri. Dia dapat rasakan harapan tinggi
diletak pada perkahwinan dia dan Karl. Paling membuat Aryani tidak sampai hati
apabila mengetahui Karl berbohong tentang kebahagiaan mereka. Aryani
benar-benar tidak boleh terima bila Puan Sri memberitahu yang Karl ingin
mendapat kan lebih dari dua orang anak. Macam mana nak anak kalau dalam hati
sudah ada benci, tidur pun berasingan.
Sekian
lama hubungan Aryani dan Puan Sri semakin akrab. Dia mula menyayangi Puan Sri
seperti mamanya sendiri. Perhatian dan kasih sayang yang di beri betul-betul
yang di idam Aryani sejak dari dulu lagi. Dia mendambakan kasih sayang seorang
ibu.
Puan
Sri cukup mengambil berat tentang Aryani, di sebabkan kebaikan itu Aryani tidak
sanggup melukakan hati mak mertuanya itu.
Jika
ada masa lapang, Puan Sri Aisyah kerap meminta Aryani datang kerumah. Ada
sahaja menu yang ingin di kongsi dengan Aryani. Aryani turut berasa gembira
apabila dia dapat belajar pelbagai menu masakan. Takde reti masak lauk yang
sama je kan?
Walaupun
hubungan mereka akrab, Aryani tetap berhati-hati supaya dia tidak terlepas
cakap mengenai hubungan dia dan Karl atau pun menampakkan lakonan mereka selama
ini. Karl memang pandai bersandiwara di depan mama dan papa.
Masih
teringat amaran dari Karl tempoh hari,
apabila tahu mama mengajak Aryani datang ke rumah hujung minggu “ kau ingat ye,
jangan terlalu rapat. Aku tak nak mama letak harapan tinggi dan rahsia kita
pecah. Paham?!”
Di
pejabat Aryani sedang sibuk menyiapkan kertas kerja untuk projek yang akan
datang. Kini dia semakin berpegalaman dalam menguruskan tender-tender besar.
Dengan itu semakin susahlah kerja Aryani perlu buat, sedang Aryani menaip kertas
kerja dia terdengar bunyi pintu biliknya di tutup seseorang. Dialih pandangan
ke arah pintu, dia melihat Karl sedang berdiri merenung tepat padanya. Aryani
kembali menyambung menaip, suasana senyap dan hanya kedengaran bunyi jari-jari
Aryani menari menekan keyboard.
Aryani
pelik kenapa Karl masih senyap tanpa berkata apa-apa. Keadaan ini membuat
Aryani semakin gelisah.
“nak
apa ye? Saya banya kerja” mendatar sahaja suara Aryani.
Senyap…..
“ada
apa yang penting ke?” aryani masih terus menyoal tanpa memandang Karl.
Geram
bila soalan yang di tanya tidak berbalas, Aryani terus berpaling memandang ke
arah Karl. Masing-masing saling berpandangan. Aryani melihat Karl sudah berdiri
didepan mejanya dan Karl merenungnya tanpa berkelip. Apa yang Karl rasa
sebenarnya?
“err..awak
nak cakap apa ni?” suara Aryani agak tegas.
Karl
yang tersedar terus mengalih pandangan nya. “ malam ni ada ulang tahun
perkahwinan papa dan mama. Pukul 8 aku datang ambik” selesai berkata Karl terus keluar dari bilik
Aryani.
Muka
Aryani blur melihat gelagat Karl seperti orang yang kena pukau. Dia meneruskan
kerja untuk siapkan dengan segera, hari ini dia perlu pulang awal.
Aryani
mundar mandir menunggu kehadiran Karl, janji pukul8.00 tapi dah pukul 8.30 masih tak nampak kelibat
dia. Kalau dulu menepati masa tapi sekarang..haih…
Bunyi
hon kereta membuatkan Aryani segera mencapai clutch bag dan hadiah yang di beli
sebelum pulang dari pejabat tadi.
Aryani
hanya memakai kebaya moden bewarna unggu pada malam itu, dia berjalan memasuki
kereta. Selepas pintu ditutup, Aryani hanya memandang ke depan, malas untuk
melihat wajah Karl. Dahi Aryani berkerut bila kereta masih belum bergerak,nak
tak nak dia terus memandang Karl. Opocot!
Aryani
terlopong melihat baju dia sama warna dengan Karl. unggu! Karl pula terpana
dengan kecantikkan Aryani pada malam itu. Warna unggu betul-betul sesuai dengan
Aryani.
“err…awak
kita dah lambat” aryani melihat jam di radio.
Karl
terus mengalihkan pandangan, malu dengan tindakkan dia merenung Aryani tadi.
Dia terus menekan minyak memulakan pemanduan.
Aryani
berdiri didepan TAR VILLA milik Tan
Sri Badrul dan Puan Sri Aisyah, kelihatan ramai tetamu sudah tiba. Aryani rasa
gemuruh untuk bergaul dengan orang kenamaan yang hadir pada malam itu. Tiba-
tiba terasa pinggangnya dirangkul kemas, laju matanya memandang Karl, tapi
wajah Karl tenang seperti tidak ada apa yang berlaku.
Mereka
berjalan beriringan mendekati papa dan mama. Dari jauh mama sudah tersenyum
melihat kemesraan anak dan menantunya.
“ selamat
ulang tahun mama dan papa” Aryani bersalaman dengan mertuanya.
“terima
kasih sayang” mama menyambut dengan pelukan erat.
“pergi
makan dulu, papa dan mama nak kena layan tetamu ni” Tan Sri senyum pada Aryani.
Aryani
menggangguk tanda paham, dia terus ke meja yang sudah sedia dengan makanan.
Diperhatikan lauk yang menjadi pilihan selera dia pada hari ini. Sedang dia
asyik memilih makanan, sekali lagi pinggangnya dirangkul oleh Karl.
Aryani
mula rimas dengan lakonan Karl.
“
awak..tak perlu nak berlakon sangat. Parents awak tak nampak kita.cukup-cukup
la lakonan tadi” aryni berbisik pada Karl.
Pegangankan
sikit pun tak beralih, dia terus menarik Aryani ke meja untuk makan. Setelah
aryani duduk, Karl terus pergi untuk mengambil makanan lagi.
Aryani
cepat-cepat makan apabila Karl sudah duduk bersebelahan, malas nak duduk berdua
dengan Karl. Apabila sudah selesai makan, aryani terus bangun tanpa
menghiraukan Karl yang masih belum selesai.
Niat
Aryani untuk berjalan tanpa rasa gangguan, lagi-lagi gangguan lakonan Karl yang
asyik berkepit dengannya. Aryani melihat setiap tetamu yang hadir, semuanya
orang berada, tengok sahaja pakaian dan style mereka pun sudah cukup kenal.
Panjang
sahaja leher Aryani mecari mama untuk berbual, terasa bosan kerana dia tidak berapa
mesra dengan tetamu yang hadir. Mungkin kerana tidak ramai yang dikenalinya.
Sedang
dia asyik mencari mama, tangannya di sambar Karl. Pegangan cukup erat!
“jom”
karl bersuara. Aryani terpakse mengikut langkah Karl.
“hello
Mr. Karl, dah lama tak jumpa” sapa seorang lelaki yang kelihatan sama baya
dengan Karl.
“
hello..biasa la sibuk sikit kan, lagi-lagi dah kahwin” karl senyum dan
megerling aryani di sebelah.“perkenalkan isteri aku, Aryani”
“Hai,
saya Zafran kawan zaman belajar dulu” lelaki itu menghulurkan tangan untuk
berjabat.
Aryani
menyambut salaman itu sambil berbalas senyuman. Zafran memandang Aryani dari
atas ke bawah.
“
jangan nak gedik sangat dengan lelaki ni” Karl sempat berbisik di telinga
Aryani.
Gedik??bila
aku yang gedik, Mr.0ksigen ni tak nampak ke mamat depan ni yang hulur tangan
dulu. Aryani berkata dalam hati, sambil menjeling Karl.
“saya
minta diri sekejap ye” aryani terus berlalu, malas nak jadi mangsa antara
mereka berdua.
Aryani
mendekati mama yang sedang duduk di meja, baik dia lepak dengan mak mertua dia
dari jadi mangsa Karl.
“hai
menantu mama ni monyok je” suara Puan Sri Aisyah menegur Aryani yang baru duduk
di sebelahnya.
“tak
lah mama, penat kot..lagipun dah lewat.Aryani dah biasa tidur awal” aryani
melentokkan kepala di bahu Puan Sri Aisyah.
Puan
Sri Aisyah senang dengan sikap manja Aryani. Di usap kepala menantu
kesayangannya. “ tidur dekat sini aje lah”
Aryani
tergelak kecil “ takut abang tak bagi” Puan Sri Aisyah mengangguk senyum.
Dari
jauh Karl melihat kemesraan mama dan Aryani. Dia mula tidak sedap hati takut
mama tahu rahsia yang disimpan. Dia mula berjalan menghampiri mereka.
“
sayang jom balik” suara Karl menganggu konsentrasi Aryani.
“okey..”
aryani menjawab malas.
Di
salam tangan Puan Sri dan bergerak keluar dari TAR VILLA.
Kurang
dari 10 minit kereta Karl bergerak laju keluar dari kawasan perumahan papa dan
mama aryani perasan wajah Karl yang sudah mula berang. Sebab apa pulak ni?
“
dengar sini. Kau jangan cuba tipu mama aku dengan kepalsuan baik kau tu! Aku
tak suka. Jangan kau terpikir kau boleh ambik kesempatan!” keras suara Karl
berkata-kata.
Aryani
tersentak, sungguh dia tak paham apa yang Karl fikir tentang dirinya. Kenapa sampai
begitu teruk Karl menganggap dirinya. Namun Aryani hanya mampu berdiam diri,
dia terima jika itulah pandangan Karl terhadapnya. Walaupun pahit!.
Sampai
sahaja dirumah, Aryani terus masuk ke bilik tanpa mempedulikan Karl, sudah tak
tertahan airmatanya yang sudah pun mengalir deras. Karl duduk di ruang tamu,
sesekali di pandang pintu bilik Aryani. dia akui bila bersentuhan dengan Aryani
tadi sungguh bergetar jiwa lelakinya. Ingin sahaja di belai manja Aryani dalam
dakapannya.
Tapi
di tahan sahaja keinginan itu. Hakikatnya dia rindu pada Aryani!
Aryani
terjaga dari tidur, malam ini dia terasa panasnya bahang sehinggakan dia berasa
haus. Aryani keluar untuk ke dapur tetapi dia terpandang Karl yang sedang tidur
disofa. Pada mulanya Aryani malas hendak ambil tahu tapi bila terpandang
keadaan Karl yang tidur tanpa bantal itu timbul rasa kasihan.
“awak..awak..bangun,
tidur la dalam bilik” aryani cuba mengejut Karl.
Tiada
respon..
Aryani
memberanikan diri untuk menyentuh bahu Karl berharap moga-moga Karl akan sedar.
Di
ulang beberapa kali, tiba-tiba mata Karl terbuka dan memandang Aryani sepi.
Aryani
yang melihat Karl sudah sedar, segera ingin berlalu tapi Karl cepat memegang
tangan Aryani. Aryani terperanjat, dipandang Karl sambil cuba melepaskan
pegangan.
Mata
Karl meratah tubuh aryani yang hanya memakai dress tidur. Aryani baru sedar
yang dia memakai dress tidur yang agak seksi. Aryani masih cuba melepaskan
tangannya dari Karl. Sungguh dia segan berpakaian seperti itu didepan Karl tambah
lagi matanya yang asyik melihat tanpa berkelip.
Pegangan
Karl semakin erat, di tarik Aryani jatuh ke atasnya. Aryani terpana bila dia
sudah di atas Karl, dia cuba untuk bangun bila sedar bibir Karl cuba merapati
pipinya. Sepantas yang boleh Aryani bangun dan lari ke bilik.
Karl
sedikit hampa, dia sendiri tidak tahu apa yang dia cuba lakukan tadi. Sungguh
dia tidak mampu menahan gelora di jiwa setiap kali berdepan dengan Aryani
bersendirian.
Karl
memandang bilik Aryani sebelum naik ke atas. Dia mengeleng kepala, pasti malu
untuk bersemuka dengan Aryani esok. Mana dia nak letak egonya, dia harus
membenci Aryani.
Bagai
ada satu bisikkan di telinga Karl…
-“kau
suaminya, dia halal untuk kau”
-“tak
salah kau menyentuh dia..”
-“
kau cinta kan dia tapi kau terlalu ego”
-“kau
ikot kan dendam lama kau pada Natalie!”
-“sudah
lupakah kau pernah menyayanginya??”
-“
sekarang kau dah dapat, kenapa kau sia-sia kn?”
-“
sekali dapat..tak mungkin akan jadi yang kedua kalinya…”
Karl
terus buntu..dia sendiri tidak tahu apa perasaannya kini pada Aryani…
padan dengan muka hang KARL ISKANDAR UKUSYAH.... cintakan aryani tapi kerana terlalu ego, agungx2kanlah ego kau itu..... aryani jangan tunduk or bagi muka pada mamat gatal nie.... Hope aryani dapat kasih sayang dan sokongan seorang ibu yang tidak dapat diberikan oleh ibu kandungannya melalui Puan Sri.... Harap puan sri akan sokongan aryani sehingga akhir....
ReplyDeletetq ya untuk n3 ni best sangat2
ReplyDeletewelcome baby..thanks pada awak juga sudi follow cite ni :)
ReplyDeleteTERBARU DAN TERBAIK, NONTON DRAMA KOREA, DOWNLOAD SEKARANG JUGA APLIKASI MYDRAKOR, Terbaru dan kekinian, sekarang nonton drama korea bisa di smartphone. Download sekarang juga aplikasi MYDRAKOR di googleplay gratis, film dan drama terbaru.
ReplyDeletehttps://play.google.com/store/apps/details?id=id.mydrakor.main&hl=in
https://www.inflixer.com/