Friday 26 October 2012

Sekali dapat!… : Bab 10


Aryani menunggang skuter menghala ke Pavillion dengan selaju yang mungkin. Di tempat yang popular macam ni tak kira masa sentiasa banyak kenderaan. Selamat la expert di cilok-cilok setiap celah kereta supaya cepat sampai. Panggilan mama Karl untuk makan tengahari bersama tadi buat Aryani sedikit gelisah. Mana taknya kalau Karl tahu yang dia begitu rapat dengan mama mesti dia naik hantu.


Aryani sudah memasuki pusat membeli belah, dia berjalan mencari kedai yang seperti yang di pesan oleh mama. Dia kehulu hilir sebab tak biasa dengan pusat membeli belah yang mewah sebegini. Aryani tersenyum bila sudah jumpa dengan kedai makan yang di maksudkan  dia kemudian masuk dan tercari-cari Puan Sri Aisyah.


“ assalammmualaikum mama” aryani mencium tangan mak mertuanya. “ dah lama sampai? Maaf, Aryani tak biasa kawasan sini”

“ eh, takpe..mama pun baru je duduk ni” Puan Sri Aisyah senang melihat Aryani kini didepan matanya.

“lepas teman mama makan, kita pergi beli barang sikit ye?” Puan Sri Aisyah memandang wajah menantu yang disayanginya. Dimatanya Aryani seorang perempuan yang baik, hormat pada orang tua dan penuh dengan kasih sayang.

“ tapi Aryani ada satu jam or maximum pun satu jam setengah je mama” Aryani rasa bersalah.


Puan Sri Aisyah tersenyum melihat sikap jujur anak menantunya, “ takpa..teman je mama, tadi mama dah bagi tahu papa. Cuma Aryani kena bagi tahu Karl nanti”

 
Semasa makan Puan Sri bercerita yang Karl selalu memberitahu dia bahgia dengan perkahwinannya dengan Aryani. Karl mula menyayangi dan menyintai Aryani sepenuh hati. Wajah mama nampk sangat gembira dan berharap dapat menimang cucu secepat mungkin. Soalan demi soalan dia tuju pada Aryani, bila hendak pergi berbulan madu, berapa tempoh family planning yang di rancangkan dan berapa bakal orang anak yang mereka inginkan.


Di dalam hati Aryani tuhan saja tahu bagaiman perasaan pilu bila melihat kegembiraan terpancar di wajah Puan Sri. Dia dapat rasakan harapan tinggi diletak pada perkahwinan dia dan Karl. Paling membuat Aryani tidak sampai hati apabila mengetahui Karl berbohong tentang kebahagiaan mereka. Aryani benar-benar tidak boleh terima bila Puan Sri memberitahu yang Karl ingin mendapat kan lebih dari dua orang anak. Macam mana nak anak kalau dalam hati sudah ada benci, tidur pun berasingan.
 
 
Sekian lama hubungan Aryani dan Puan Sri semakin akrab. Dia mula menyayangi Puan Sri seperti mamanya sendiri. Perhatian dan kasih sayang yang di beri betul-betul yang di idam Aryani sejak dari dulu lagi. Dia mendambakan kasih sayang seorang ibu.

Puan Sri cukup mengambil berat tentang Aryani, di sebabkan kebaikan itu Aryani tidak sanggup melukakan hati mak mertuanya itu.


Jika ada masa lapang, Puan Sri Aisyah kerap meminta Aryani datang kerumah. Ada sahaja menu yang ingin di kongsi dengan Aryani. Aryani turut berasa gembira apabila dia dapat belajar pelbagai menu masakan. Takde reti masak lauk yang sama je kan?

Walaupun hubungan mereka akrab, Aryani tetap berhati-hati supaya dia tidak terlepas cakap mengenai hubungan dia dan Karl atau pun menampakkan lakonan mereka selama ini. Karl memang pandai bersandiwara di depan mama dan papa.


Masih teringat  amaran dari Karl tempoh hari, apabila tahu mama mengajak Aryani datang ke rumah hujung minggu “ kau ingat ye, jangan terlalu rapat. Aku tak nak mama letak harapan tinggi dan rahsia kita pecah. Paham?!”


Di pejabat Aryani sedang sibuk menyiapkan kertas kerja untuk projek yang akan datang. Kini dia semakin berpegalaman dalam menguruskan tender-tender besar. Dengan itu semakin susahlah kerja Aryani perlu buat, sedang Aryani menaip kertas kerja dia terdengar bunyi pintu biliknya di tutup seseorang. Dialih pandangan ke arah pintu, dia melihat Karl sedang berdiri merenung tepat padanya. Aryani kembali menyambung menaip, suasana senyap dan hanya kedengaran bunyi jari-jari Aryani menari menekan keyboard.

Aryani pelik kenapa Karl masih senyap tanpa berkata apa-apa. Keadaan ini membuat Aryani semakin gelisah.


“nak apa ye? Saya banya kerja” mendatar sahaja suara Aryani.

 
Senyap…..

 
“ada apa yang penting ke?” aryani masih terus menyoal tanpa memandang Karl.

 
Geram bila soalan yang di tanya tidak berbalas, Aryani terus berpaling memandang ke arah Karl. Masing-masing saling berpandangan. Aryani melihat Karl sudah berdiri didepan mejanya dan Karl merenungnya tanpa berkelip. Apa yang Karl rasa sebenarnya?

 
“err..awak nak cakap apa ni?” suara Aryani agak tegas.


Karl yang tersedar terus mengalih pandangan nya. “ malam ni ada ulang tahun perkahwinan papa dan mama. Pukul 8 aku datang ambik”  selesai berkata Karl terus keluar dari bilik Aryani.

 

Muka Aryani blur melihat gelagat Karl seperti orang yang kena pukau. Dia meneruskan kerja untuk siapkan dengan segera, hari ini dia perlu pulang awal.


Aryani mundar mandir menunggu kehadiran Karl, janji pukul8.00  tapi dah pukul 8.30 masih tak nampak kelibat dia. Kalau dulu menepati masa tapi sekarang..haih…

Bunyi hon kereta membuatkan Aryani segera mencapai clutch bag dan hadiah yang di beli sebelum pulang dari pejabat tadi.


Aryani hanya memakai kebaya moden bewarna unggu pada malam itu, dia berjalan memasuki kereta. Selepas pintu ditutup, Aryani hanya memandang ke depan, malas untuk melihat wajah Karl. Dahi Aryani berkerut bila kereta masih belum bergerak,nak tak nak dia terus memandang Karl. Opocot!


Aryani terlopong melihat baju dia sama warna dengan Karl. unggu! Karl pula terpana dengan kecantikkan Aryani pada malam itu. Warna unggu betul-betul sesuai dengan Aryani.

“err…awak kita dah lambat” aryani melihat jam di radio.

Karl terus mengalihkan pandangan, malu dengan tindakkan dia merenung Aryani tadi. Dia terus menekan minyak memulakan pemanduan.


Aryani berdiri didepan TAR VILLA milik Tan Sri Badrul dan Puan Sri Aisyah, kelihatan ramai tetamu sudah tiba. Aryani rasa gemuruh untuk bergaul dengan orang kenamaan yang hadir pada malam itu. Tiba- tiba terasa pinggangnya dirangkul kemas, laju matanya memandang Karl, tapi wajah Karl tenang seperti tidak ada apa yang berlaku.

 

Mereka berjalan beriringan mendekati papa dan mama. Dari jauh mama sudah tersenyum melihat kemesraan anak dan menantunya.

“ selamat ulang tahun mama dan papa” Aryani bersalaman dengan mertuanya.

“terima kasih sayang” mama menyambut dengan pelukan erat.

“pergi makan dulu, papa dan mama nak kena layan tetamu ni” Tan Sri senyum pada Aryani.

Aryani menggangguk tanda paham, dia terus ke meja yang sudah sedia dengan makanan. Diperhatikan lauk yang menjadi pilihan selera dia pada hari ini. Sedang dia asyik memilih makanan, sekali lagi pinggangnya dirangkul oleh Karl.

Aryani mula rimas dengan lakonan Karl.


“ awak..tak perlu nak berlakon sangat. Parents awak tak nampak kita.cukup-cukup la lakonan tadi” aryni berbisik pada Karl.


Pegangankan sikit pun tak beralih, dia terus menarik Aryani ke meja untuk makan. Setelah aryani duduk, Karl terus pergi untuk mengambil makanan lagi.

Aryani cepat-cepat makan apabila Karl sudah duduk bersebelahan, malas nak duduk berdua dengan Karl. Apabila sudah selesai makan, aryani terus bangun tanpa menghiraukan Karl yang masih belum selesai.

 

Niat Aryani untuk berjalan tanpa rasa gangguan, lagi-lagi gangguan lakonan Karl yang asyik berkepit dengannya. Aryani melihat setiap tetamu yang hadir, semuanya orang berada, tengok sahaja pakaian dan style mereka pun sudah cukup kenal.

Panjang sahaja leher Aryani mecari mama untuk berbual, terasa bosan kerana dia tidak berapa mesra dengan tetamu yang hadir. Mungkin kerana tidak ramai yang dikenalinya.


Sedang dia asyik mencari mama, tangannya di sambar Karl. Pegangan cukup erat!

“jom” karl bersuara. Aryani terpakse mengikut langkah Karl.

 

“hello Mr. Karl, dah lama tak jumpa” sapa seorang lelaki yang kelihatan sama baya dengan Karl.

“ hello..biasa la sibuk sikit kan, lagi-lagi dah kahwin” karl senyum dan megerling aryani di sebelah.“perkenalkan isteri aku, Aryani”


“Hai, saya Zafran kawan zaman belajar dulu” lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat.

Aryani menyambut salaman itu sambil berbalas senyuman. Zafran memandang Aryani dari atas ke bawah.


“ jangan nak gedik sangat dengan lelaki ni” Karl sempat berbisik di telinga Aryani.


Gedik??bila aku yang gedik, Mr.0ksigen ni tak nampak ke mamat depan ni yang hulur tangan dulu. Aryani berkata dalam hati, sambil menjeling Karl.

“saya minta diri sekejap ye” aryani terus berlalu, malas nak jadi mangsa antara mereka berdua.


Aryani mendekati mama yang sedang duduk di meja, baik dia lepak dengan mak mertua dia dari jadi mangsa Karl.


“hai menantu mama ni monyok je” suara Puan Sri Aisyah menegur Aryani yang baru duduk di sebelahnya.


“tak lah mama, penat kot..lagipun dah lewat.Aryani dah biasa tidur awal” aryani melentokkan kepala di bahu Puan Sri Aisyah.

Puan Sri Aisyah senang dengan sikap manja Aryani. Di usap kepala menantu kesayangannya. “ tidur dekat sini aje lah”


Aryani tergelak kecil “ takut abang tak bagi” Puan Sri Aisyah mengangguk senyum.

Dari jauh Karl melihat kemesraan mama dan Aryani. Dia mula tidak sedap hati takut mama tahu rahsia yang disimpan. Dia mula berjalan menghampiri mereka.

“ sayang jom balik” suara Karl menganggu konsentrasi Aryani.


“okey..” aryani menjawab malas.


Di salam tangan Puan Sri dan bergerak keluar dari TAR VILLA.


Kurang dari 10 minit kereta Karl bergerak laju keluar dari kawasan perumahan papa dan mama aryani perasan wajah Karl yang sudah mula berang. Sebab apa pulak ni?


“ dengar sini. Kau jangan cuba tipu mama aku dengan kepalsuan baik kau tu! Aku tak suka. Jangan kau terpikir kau boleh ambik kesempatan!” keras suara Karl berkata-kata.


Aryani tersentak, sungguh dia tak paham apa yang Karl fikir tentang dirinya. Kenapa sampai begitu teruk Karl menganggap dirinya. Namun Aryani hanya mampu berdiam diri, dia terima jika itulah pandangan Karl terhadapnya. Walaupun pahit!.


Sampai sahaja dirumah, Aryani terus masuk ke bilik tanpa mempedulikan Karl, sudah tak tertahan airmatanya yang sudah pun mengalir deras. Karl duduk di ruang tamu, sesekali di pandang pintu bilik Aryani. dia akui bila bersentuhan dengan Aryani tadi sungguh bergetar jiwa lelakinya. Ingin sahaja di belai manja Aryani dalam dakapannya.

Tapi di tahan sahaja keinginan itu. Hakikatnya dia rindu pada Aryani!


Aryani terjaga dari tidur, malam ini dia terasa panasnya bahang sehinggakan dia berasa haus. Aryani keluar untuk ke dapur tetapi dia terpandang Karl yang sedang tidur disofa. Pada mulanya Aryani malas hendak ambil tahu tapi bila terpandang keadaan Karl yang tidur tanpa bantal itu timbul rasa kasihan.

“awak..awak..bangun, tidur la dalam bilik” aryani cuba mengejut Karl.

Tiada respon..


Aryani memberanikan diri untuk menyentuh bahu Karl berharap moga-moga Karl akan sedar.


Di ulang beberapa kali, tiba-tiba mata Karl terbuka dan memandang Aryani sepi.

Aryani yang melihat Karl sudah sedar, segera ingin berlalu tapi Karl cepat memegang tangan Aryani. Aryani terperanjat, dipandang Karl sambil cuba melepaskan pegangan.

 

Mata Karl meratah tubuh aryani yang hanya memakai dress tidur. Aryani baru sedar yang dia memakai dress tidur yang agak seksi. Aryani masih cuba melepaskan tangannya dari Karl. Sungguh dia segan berpakaian seperti itu didepan Karl tambah lagi matanya yang asyik melihat tanpa berkelip.


Pegangan Karl semakin erat, di tarik Aryani jatuh ke atasnya. Aryani terpana bila dia sudah di atas Karl, dia cuba untuk bangun bila sedar bibir Karl cuba merapati pipinya. Sepantas yang boleh Aryani bangun dan lari ke bilik.


Karl sedikit hampa, dia sendiri tidak tahu apa yang dia cuba lakukan tadi. Sungguh dia tidak mampu menahan gelora di jiwa setiap kali berdepan dengan Aryani bersendirian.

Karl memandang bilik Aryani sebelum naik ke atas. Dia mengeleng kepala, pasti malu untuk bersemuka dengan Aryani esok. Mana dia nak letak egonya, dia harus membenci Aryani.


Bagai ada satu bisikkan di telinga Karl…


-“kau suaminya, dia halal untuk kau”

-“tak salah kau menyentuh dia..”

-“ kau cinta kan dia tapi kau terlalu ego”

-“kau ikot kan dendam lama kau pada Natalie!”

-“sudah lupakah kau pernah menyayanginya??”

-“ sekarang kau dah dapat, kenapa kau sia-sia kn?”

-“ sekali dapat..tak mungkin akan jadi yang kedua kalinya…”

Karl terus buntu..dia sendiri tidak tahu apa perasaannya kini pada Aryani…

 

4 comments:

  1. padan dengan muka hang KARL ISKANDAR UKUSYAH.... cintakan aryani tapi kerana terlalu ego, agungx2kanlah ego kau itu..... aryani jangan tunduk or bagi muka pada mamat gatal nie.... Hope aryani dapat kasih sayang dan sokongan seorang ibu yang tidak dapat diberikan oleh ibu kandungannya melalui Puan Sri.... Harap puan sri akan sokongan aryani sehingga akhir....

    ReplyDelete
  2. tq ya untuk n3 ni best sangat2

    ReplyDelete
  3. welcome baby..thanks pada awak juga sudi follow cite ni :)

    ReplyDelete
  4. TERBARU DAN TERBAIK, NONTON DRAMA KOREA, DOWNLOAD SEKARANG JUGA APLIKASI MYDRAKOR, Terbaru dan kekinian, sekarang nonton drama korea bisa di smartphone. Download sekarang juga aplikasi MYDRAKOR di googleplay gratis, film dan drama terbaru.

    https://play.google.com/store/apps/details?id=id.mydrakor.main&hl=in

    https://www.inflixer.com/

    ReplyDelete