Friday 24 August 2012

Sekali dapat!… : Bab 2



‘Sampai pun..’ keluh Aryani bila tiba di pintu utama bangunan HQ Ukasyah Holding. Selamat tak sesat sangat, Aryani bersyukur sebab apa yang Cik A’liaa sedia kan memang berbaloi.hehe..
Sepupu Cik A’liaa yang menjemput Aryani di pudu raya semalam dan bawa berjalan-jalan di sekitar KL.
Aryani berjalan kearah ke kaunter pertanyaan untuk berjumpa dengan Puan Hirma. Itulah nama yang di pesan Cik A’liaa ketika menyerahkan surat tawaran.
“ sebentar ye miss” kata receptionist di depan Aryani sambil tersenyum sebelum membuat call kepada seseorang. Aku hanya balas dengan senyuman. “ Baik puan..ye saya akan bawakan sekali” tup! Receptionist tu meletakkan telephone dan memandang kearah Aryani.” Miss sila ikut saya ye”. Aku hanya mengikuti langkah gadis didepan aku. Ermm..agak sexy dan menarik. Muka pun cantik dan manis. Opss! aku Cuma memuji bukan ada niat lain.hehe..

Pintu lif terbuka di tingkat 12, Gadis cantik tadi meminta Aryani duduk sebentar sementara dia memanggil Puan Hirma. Aryani melihat sekeliling bilik yang kemas sangat dengan hiasan yang betol-betol sempoi. Macam dalam apartment pun ada. Mungkin tema untuk bilik ni office feel like home kot..hehe..geli hati Aryani bila dia pulak pandai-pandai buat andaian yang tak rasmi.
Pintu dikuak,kelihatan wanita yang agak berumur masuk dan menghulurkan tangan untuk bersalam. “ Welcome to Ukasyah Holding  Nur Aryani Fisha” Aryani sambut salam “ Thank you madam, Puan Hirma is it?”Puan Hirma angguk tanda mengiyakan statement Aryani.
“ok, Miss Aryani saya akan terang serba sedikit job scope awak disini dan akan melatih awak dalam masa 3 bulan sebelum saya pencen. So kalau ada apa-apa yang awak tak paham atau musykil sila tanya saya terus ye?” aku angguk laju tanda paham. Argh! terlebih excited pulak aku ni..jerit Aryani dalam hati.
“Jom saya bawak awak jalan sekitar office sambil tunjukan bilik awak and start besok saya akan melatih awak” patutlah boleh jadi Marketing Executive, memang pandai bertutur dengan orang dan cair je setiap kali dengar suara Puan Hirma dengan senyum xpernah lekang dari bibir. Cool Aryani!

“untuk pengetahuan awak as Marketing Executive awak kena sentiasa dekat dan rapat atau lebih mudah difahami bekerjasama dengan Encik Karl Iskandar Ukusyah. He so details about marketing scope because for his marketing is important part untuk tarik perhatian customer sepenuhnya” Puan Hirma mengenyit mata supaya aku paham apa maksud SO DETAIL tadi la tu. Aku senyum dan menggangguk kepala.”
“ ok ini bilik awak Aryani dan bilik di sebelah hujung sana adalah bilik Encik Karl”  Tangan Puan Hirma memulas tombol pintu bilik yang bakal jadi milik aku. Wahh..besar bilik dia berbanding bilik tidur aku. Aku melihat sekeliling dan ada perasaan ingin tahu tentang Encik Karl. Takpe esok-esok aku masih boleh tanya,risau jugak nak kerjasama dengan orang yang details ni.

Hampir 2 bulan Aryani dilatih Puan Hirma,alhamdullillah segalanya dapat dibuat dan belajar dengan cepat. Betol kata-kata Cik A’liaa,aku mampu buat semua ni. Ah! Rindu pada Cik A’liaa.
“ hello Aryani, so I guess hampir dua bulan awak disini dan saya lihat awak sudah ada potensi,that’s good news” Puan Hirma masuk kebilik aku dan duduk dikerusi berhadapan aku.
“Puan,selama saya berada disini saya tak pernah bertembung atau melihat Encik Karl, dia sentiasa dibiliknya ke?” aku bertanya sebab pelik tak pernah tengok muka mamat isketambola tu.” Ohh..actually Encik Karl sedang outstation dan dia ambil kesempatan untuk bercuti sekali,tu sebab awak tak pernah nampak dia, lagi dua minggu he suppose end his holiday” Puan Hirma bangun dari kerusi dan melihat jam ditangan,tanda masa untuk Makang!

Aryani mematikan enjin moto dan masuk kerumah. Argh..penat sungguh hari ni dengan jem lagi. KL ni banyak betol kenderaan,sorang satu kereta pulak tu, Aryani merungut sendiri. Diselak anak rambut yang bermain di dahi,melepaskan ikatan rambut yang paras dada. Aryani cuba merehatkan diri sebelum mandi dan solat asar.


Aryani kusyuk menonton televisyen, rancangan karoot komedia kan,memang seronok.
Lagu  Somebody that I used to know ringing tone handphone aryani berbunyi, aryani bangun “ hello, wassalam ye fatin,saya tak buat apa pun..boleh. pukul berapa ye?
Ok,setengah jam dari sekarang”. Kereta myvi fatin sudah ada di depan pagar rumah. Aryani masuk ke dalam kereta. Fatin memandu kearah wangsa maju. Agenda mereka hari ini ialah menonton wayang dan window shopping di wangsa walk.
Sementara menunggu wayang mula mereka habiskan masa dengan makan dan menjelajah satu persatu kedai di wangsa walk.
“ aryani tak nak beli apa-apa ke? Asyik fatin je shopping..hehe” aryani senyum melihat telatah fatin “ belum masanya,lagipun baru je mula kerja mana nak ada duit untuk shopping lagi” fatin pura-pura menepuk dahi,” ala..walau pun baru je kenal aryani,fatin rasa macam dah bertahun lama nya” mereka berdua tergelak dek lawak fatin.
“eh, jom wayang nak mula dah ni”Fatin melihat jam di tangan. Mereka berdua melangkah laju keluar dari kedai.

Akhirnya mereke sudah sampai dirumah, “ ok fatin,terima kasih ye” aryani menutup pintu dan melambai kereta fatin yang sudah jauh berlalu.
Aryani masuk ke bilik dan terus menyalin baju sebelum ke bilik air untuk solat isyak.
Usai solat, Aryani baring di atas katil. Dia termenung kosong,sudah hampir 3 bulan dia jauh dari keluarga,” apalah cerita mak agak nya” aryani mengeluh. Setiap bulan aryani tidak pernah langsung lewat atau lupa masuk kan duit dekat mak dan di sebabkan itu mak tak pernah langsung call atau bertanya khabar. Kalau aryani telephone mak,lain pulak yang mak fikir. Bukan nak bual kata rindu tapi terus je mak sergah cakap “ kenapa call ni,bulan ni tak dapat masuk kan duit ke? Sesungguhnya aryani cukup berjauh hati dengan mak. Ya allah, ampunkan la dosa-dosa ibu ku..amin. aryani terlena sendiri.

Keesokan di pejabat, Aryani sudah bersiap sedia untuk latihan nya yang terakhir dengan Puan Hirma. Ini bermaksud selepas ini,dia perlu membuat kerja tanpa pengawasan dan nasihat dari Puan Hirma. Aryani perlu memberi focus 100% perhatian  supaya dia tidak akan terlepas sedikit pun ilmu yang disampai kan. Aryani melangkah ke bilik Puan Hirma dengan semangat. Chayok!


“ Well done aryani, this is good job and its brillian idea that I’ve never heard” Puan Hirma memuji idea yang aku sampaikan untuk presentation hari ini. Motif latihan aku hari ini ialah macam mana aku nak promote company kepada international client. Aku perlu yakin kan client yang mereka tidak akan menyesal bekerjasama dengan Ukusyah Holding.
Aku hanya senyum dan bersyukur kerana aku mampu lakukannya pada hari ini. Aku sibuk mengemas segala file dan nota pembentangan, dan Puan Hirma sudah mahu keluar dari bilik kerana aku rasa sudah masa untuk lunch. “Aryani, jangan lupa pukupl 2.30 kita ada meeting dengan Tan sri Badrol ye” aku memandang Puan Hirma menutup pintu. “ya allah aku terlupa tentang meeting tu, macam mana ni..aku tak ready apa pun. Puan Hirma pun tak beri apa detail untuk meeting bersama Tan sri”

Aku termangu di meja, hati aku cukup risau memikir meeting sebentar lagi. Tuk! Tuk! “masuk” Puan Hirma senyum menampakkan sebaris gigi kemudian duduk di kerusi hadapan aku. “ ok aryani, tanggungjawab terakhir saya hari ini ialah menerangkan serba sedikit sikap Encik Karl supaya awak mudah bekerja dengan dia” aku hanya memandang kosong Puan Hirma.
“ first thing yang awak kena tahu, encik karl tak suka sesuatu kerja yang lambat. Semuanya perlu di sediakan atleast 2-3 hari awal supaya mudah untuk recheck. Tak kira la apa-apa kerja pun. He so serius semasa kerja but selepas kerja dia seorang yang open minded dan sebenarnya dia orang yang baik hati. Sikap buruk dia yang awak perlu tahu, dia tak mudah mengalah dan segala idea yang datang dari dia biasanya adalah yang terbaik, hanya alasan yang kukuh dan logik yang boleh buat dia menyerah kalah” Puan Hirma memandang aku seolah-olah meminta aku banyak bersabar sekiranya bekerja dengan Encik Karl. “ shall we?” aku terkejut dan cepat-cepat mengganguk.


Puan Hirma memulas tombol bilik Tan sri, aku hanya mengikut langkah Puan Hirma dari belakang. Tidak berani bersemuka dengan Tan sri. Takutnya!!
“Tan sri, this is a Nur Aryani Fisha our new Marketing Executive” aku menyambut salam Tan sri. “ hello, nice to meet you, hope you will enjoy and like to work here” tan sri ucapkan kepada aku. Aku hanya mampu senyum. Lutut aku betul-betul dah mengigil. Arghh sudah!
Setelah selesai kami pun beredar dari bilik Tan sri. Rupa-rupanya ni cuma meeting suai kenal aje. Puan Hirma cuma minta aku kenal kan diri dan cerita serba sedikit tentang aku di depan tan sri. Ini semua untuk tunjukan pada tan sri kepetahan marketing executive yang baru berbicara secara empat mata dengan tan sri sendiri. Aku sempat terdengar perbualan Puan Hirma dan Tan sri sebelum tutup pintu. “ I like her” tapi untuk aku ke ayat tu..jangan perasan aryani! Ahaks!

Hari ini Aryani lewat balik, sebab perlu siapkan segala penukaran file yang diuruskan atas nama Nur Aryani Fisha. Tuan rumah sudah betukar!
Sedang aku focus membaca data client dan strategi syarikat. Pintu bilik aku dibuka dan wajah Puan Hirma kelihatan “ yes Puan, anything can i help you?” Puan Hirma senyum dan mengeleng. “ Encik Karl akan masuk ke pejabat isnin depan, be prepared dear” aku senyum dengan pesanan Puan Hirma, kunun aku memang bersedia. Dalam hati tuhan je la yang tahu. Aku bangun dan berjalan ke arah Puan Hirma, aku pelok dan salam Puan Hirma untuk ucapkan terima kasih. Hari ini hari terahir Puan Hirma di Ukusyah Holding.

Selepas solat subuh pagi tadi Aryani sambung tidur semula. Hujung minggu la masa untuk dia berehat dan bangun lambat. Setelah puas tido, Aryani bangun mandi siap-siap untuk ke tesco membeli barang dapur.
Di tesco Aryani berpusing-pusing memcari barang, yang pasti dia tidak boleh beli barang yang lebih dari list sebab skuter kesayangannya tak mampu nak tampung.

“ hai fatin, boleh..dalam pukul 2? Ok,take care” Aryani segera ke kaunter dan berlalu pulang. Fatin akan datang ke rumah untuk lepak dirumah Aryani. Hujung minggu macam ni la nak bersantai,kalau asyik keluar je memang kayap la poket.

Awal pagi Aryani sudah sampai di pejabat, untuk membuat persiapan meeting pada pukul 11pagi nanti. Meeting yang melibatkan semua pengarah syarikat dan pemegang saham di Ukusyah Holding.Aryani duduk termangu di meja, menenangkan hati yang gementar. Ya inilah kali pertama dia akan masuk ke bilik mesyuarat tanpa Puan Hirma. Hari ini dia perlu berdepan dengan semua pihak atasan seorang diri.

Aryani mengambil semua fail yang di perlukan dan terus melangkah keluar. Aryani sengaja sampai 10 minit awal,dia tidak mahu lewat apatah lagi ini mesyuarat dia yang pertama sebagai Marketing Executive.


Tuk!tuk! “masuk!”
“ encik karl, 10 minit lagi mesyuarat akan dimula kan” Karl mengangguk “thanks!”
Nazira menutup semula pintu. Nazira harus mengingatkan Encik karl sebelum dia di marah kerana hal penting ini tidak dimaklumkan lebih awal. Karl mencapai buku nota dan terus melangkah ke bilik mesyuarat.

Aryani hanya jadi pemerhati,seketika seorang demi seorang masuk ke bilik mesyuarat dan mengambil tempat duduk masing-masing. Hampir semua tempat duduk sudah berpenghuni cuma tempat duduk Tan Sri dan sebelah kanannya kosong. Selang lima minit kelihatan wajah Tan Sri mula memasuki bilik mesyuarat dan di belakang dia ade seorang lelaki yang segak. “Ini ke karl iskandar?” aryani cuba berteka teki sendiri. Wajah nya cukup serius, tegap orangnya tapi agak macam sombong la mamat ni.
Keadaan mula menjadi senyap, aryani hanya tunduk kerana sungguh dia tidak biasa keadaan yang macam tu. Perasan atau pun perasaan dia pun tidak pasti, yang pasti dia tahu encik Karl sedang memandang kearah dia.

“sebelum saya memulakan meeting ini dengan lebih terperinci dan ke agenda yang seterusnya, saya mahu kenal kan Marketing Executive yang baru untuk mengantikan Puan Hirma. Ya kita semua sedia maklum bahwa Puan Hirma akan mula pencen pada bulan ini.” Tan Sri sudah memulakan bicara. “ Saya perkenalkan Nur Aryani Fisha” Tan Sri memandang kearah aku dan memberi isyarat supaya aku bangun dan perkenalkan diri. Kaki aku sudah beku tapi aku gagah kan diri kerana semua mata memandang aku kini. “assalammualaikum, I’m Nur Aryani Fisha, can call me Aryani. Actually I have been here around 3 months, I’m still new in this office and hope can work together for Ukusyah Holding.” Aryani senyum untuk menutup gementar dihati.
“ well, welcome to Ukusyah Holding. For you information you will work close with me rather  than others” Lelaki di sebelah Tan Sri mula bersuara, aryani hanya memandang kosong. “ let me introduce myself, I’m Karl Iskandar Ukusyah your future partner” lelaki itu mula senyum tapi agak sinis. Ceh!, ingat aku takut sangat la tu..Aryani mula tidak puas hati.selepas itu Tan Sri terus ke agenda seterusnya dan kedengaran aku Tan Sri ada menyebut untuk membuat farewell party untuk Puan Hirma malam ini dan sekaligus menyambut aku sebagai Marketing Executive yang baru.


Malam itu aku bersiap-siap untuk ke hotel Royal Bintang di Times Square. Aku hanya mengenakan dress labuh berwarna putih pearl dan cardigan merah jambu. Rambut aku hanya biar lepas dan cuma menempekan sedikit bedak dan pelembap bibir. Aku lebih selesa bersederhana.” Erm..mesti orang pelik sebab pakai macam ni tapi naik moto..haha..redha je la aryani” aku berkata untuk menyedapkan hati.

Sampai di hotel royal bintang aryani parkir moto dan berjalan mencari ballroom, ya dia pasti majlis sudah pun bermula.Aryani melangkah masuk perlahan-lahan,memerhati setiap tetamu yang hadir. Aryani tercari-cari kelibat encik Karl dan Tan Sri. Kemudian kelihatan Puan Hirma melambai kan tangan memberi isyarat supaya datang kesana. Aryani melangkah laju tanpa mempedulikan orang lain, tiba-tiba tangan dia di capai seseorang. Huh! Aryani memandang kebelakang dan kaget.” Cik Aryani laju-laju ni nak kemana? Karl memandang tepat mata Aryani. Pergelangan tangan Aryani masih dalam pegangan Karl.” Errr…saya nak..” belum sempat Aryani memberi jawapan karl pantas menarik tangan Aryani “ come with me!” Aryani terpaksa mengikut langkah Karl. Aryani masih terpinga-pinga.
“ Let me introduce our new Marketing Executive, Cik Nur Aryani Fisha” Karl memperkenalkan Aryani dengan client syarikat yang hadir. Aryani hanya senyum dan berjabat tangan. Agak lama Aryani berdiri bersebelahan Karl, dia mula memandang orang di sekeliling dan memberi isyarat mata yang dia meminta diri. Aryani mula berjalan untuk pergi dari kumpulan korporat itu. Lantas dengan pantas Karl memegang tangan Aryani dan mata dia cukup memberitahu dia tidak suka apa yang Aryani cuba lakukan. “Encik saya nak pergi jumpa dengan Puan Hirma, plss” Aryani cuba menarik tangan dari karl.

Selepas tangan aryani di lepas oleh karl, aryani segera kearah Puan Hirma. Aryani berbual dengan Puan Hirma, sesungguhnya dia sudah mesra dengan menganggap Puan Hirma sebagai kakak sendiri. “ lepas akak takde ni jaga diri ye,apa-apa masalah aryani boleh cari akak,jangan segan ok? Puan Hirma berpesan. “ ok kak, terima kasih,saya tak akan lupakan akak, banyak dah akak tolong saya” aryani memandang Puan Hirma. “ yang penting kalau nak kahwin jangan lupa jemput akak” Puan Hirma mengenyit mata. Aryani ketawa” saya steady boyfriend pun takde”  sedang aryani  bergelak ketawa dia terpandang Karl yang sedang memandang kearah mereka dari jauh. Jantung Aryani mula berdegup kencang, dia tidak selesa dalam keadaan itu. Apakah maksud pandangan karl?



Minat bukan bermaksud cinta,
 bangga bukan bererti cinta,
kagum juga bukan bermaksud cinta,
 dan suka juga tidak serasi dengan cinta,
malah sayang pun bukan cinta.
 Tetapi, cinta itu adalah cinta..
 
Sebelum majlis selesai aryani meminta Puan Hirma mengambil gambar bersama untuk disimpan sebagai kenangan.  Aryani pun sibuk mencari seseorang untuk menjadi photographer yang tak bertauliah. “ Encik Karl, could you pls help us?” Puan Hirma memanggil. Aryani hanya diam dan memandang Karl yang sedang jalan ke arah mereka. Aryani melihat Karl hanya senyum setelah Puan Hirma bercakap dan memberi handphone. “ ok say cheese!” Klik!! “ terima kasih” Puan Hirma ucapkan pada Karl.
“ Madam, could you pls took photo me and aryani?” aku terus memandang kearah Karl. Puan Hirma mengangguk dan mencapai handphone dari Karl. Aku terus jadi patung yang hanya mampu memerhati. Bau haruman perfume Encik Karl menusuk hidung aku. Tapi aku tak dapat nak teka perfume yang digunakan. Mungkin sebab aku tak barapa nak familiar dengan perfume mahal ni. Encik Karl sudah pun berdiri sebelah aku.rapat.
Klik!! “ok, sweet sangat” Puan Hirma menunjuk kan gambar kepada Karl. Senyum, itu la reaksi Karl. Aku hanya senyum kambing untuk menutup rasa jantung aku yang baru lepas lari pecut.

Tuesday 21 August 2012

Sekali dapat!… : Bab 1


Alangkah indahnya kalau hidup ini seperti orang lain. Ya, aku tahu semua orang ada masalah dan tidak ada sesiapa pun boleh lari dari masalah sebab ini lah yang di panggil Kehidupan.
“hermmm…apalah aku nak buat ni ye, apa jadi pun aku kena cari kerja lain dan aku harus keluar dari rumah ni untuk hidup berdikari, mungkin untuk mencari sedikit keselesaan” keluhku sndiri. Aku bangkit dari katil dan mencapai laptop.“ baik aku update resume aku siap-siap,so lepas ni boleh aku hantar di mana-mana syarikat” aku berbasi dengan diri sndiri. Laju jari-jari aku menari supaya semua butir-butir lengkap dan tepat. Apabila segalanya sudah selesai aku baca sekali lalu dan bingkas bangun menghadap depan cermin. “ ok,Cik Nur Aryani Fisha be prepare for you next step”
Aku melangkah keluar dari bilik dan mengambil wuduk untuk solat isyak.Usai, bersolat aku menghadap semula laptop dan mulakan strategi mencari perkerjaan baru.Semua laman sesawang aku cari sampai bersawang kepala otak aku membaca latar belakang syarikat yang menawarkan perkerjaan. Yela, aku cukup takut di tipu agen perkerjaan, macam cerita-cerita di surat khabar, konon nak berdikari dengan kerja jauh dari keluarga, silap hari bulan ntah apa-apa kerja yang di buat. Lagi seram tak pasal-pasal kena jual dengan sindiket perdagangan orang. Satu persatu syarikat aku baca dan mana yang aku rasa not bad dengan citarasa aku terus aku hantar resume. Bukan dua tiga yang aku hantar lebih dari sepuluh, niat hati moga-moga salah satu tersangkut la..hehe
Setelah berjam-jam aku menghadap laptop, baru aku rasa puas sebab dah banyak syarikat aku hantar resume. Kebanyankannya aku memohon jawatan marketing, sbb aku minat dan belajar marketing dulu,nak-nak lagi aku ni memang pandai la menyakinkan orang dan senyuman aku yang ikhlas ni sentiasa buat orang sukakan aku bila bercakap walaupun aku tak putih gebu. Hehe..ni la rahsia yang ada dalam diri aku yang hanya aku seorang je tahu, eh silap! Aku dan tuhan je yang tahu. Alhamdullillah,segalanya pemberian yang dipinjamkan dari DIA..amin.
Jam handphone yang berbunyi-bunyi menggangu lenaku, segera aku capai dan off kan. Dengan payahnya aku cuba untuk membuka mata, ‘haih la aryani,sememang nya la liat untuk bangun solat subuh’ getis hati aku. Dalam keadaan macam ni, aku tetap kena bangun, sebab solat tu wajib dan tangungjawab aku sebagai seorang yang beragama islam.
Usai memberi salam, aku segera bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk mengisi perut yang rancak berdangdut lapar. Aku melihat mak sedang membuat air, “ assalammualaikum ..morning mak”  kataku sambil memberi senyuman. Mak pun balas dengan senyuman. Aku duduk dimeja untuk menyapu jem di roti tiba-tiba mak bersuara “ eh jangan guna jem tu, ni mak simpan untuk  angah. Nah makan roti dengan marjerin “seleraku terus mati. Aku letak semula sudu dan hanya senyum memandang mak.“ takpe lah, aryani da lambat ni,lupa ada meeting dengan client hari ni” lantas aku salam tangan mak dan terus ke pintu ’Duhai hati, sabar la kau dengan hidup ini’ aku tenangkan jiwa. Ini la penderitaan yang aku terima hari-hari.Segalanya mak beratkan along dan angah, anak-anak laki kesayangan mak.Aku ibarat anak angkat yang menumpang kasih walaupun aku sememangnya anak kandung mak.Satu-satu nya anak perempuan mak.Segera aku memanaskan enjin skuter dan memakai helmet. “smile aryani” aku cuba pujuk hati sebelum sampai di pejabat.

“Hai morning!!” bahuku disapa lembut, aku senyum sebab kenal sangat suara tu. “ Assalammualaikum and morning Cik A’liaa” balasku sambil mata kearah wajah wanita yang menampakkan sebaris gigi di depanku. ‘U da breakfast?” mataku jatuh pandang ke bawah sekejap dan pandang wajah manis Cik A’liaa “ belum lagi, tak sempat pagi tadi”
“Jom breakfast same, boleh kita berbual-bual..lagipun kejap lagi I ada banyak meeting dengan client” aku angguk dan mencapai purse.
“ Well Aryani, what your planning after this? Takkan selama-lamanya U nk jadi assistant marketing I?” aku memandang sepi Cik A’liaa.“ Erm, kenapa cik A’liaa cakap macam tu? Saya ada buat silap atau masalah ke?” soalku dengan hati yang cukup kerisauan.Kalau aku di berhentikan kerja, macam mana aku nak bagi mak duit tiap-tiap bulan.Pernah sekali aku lewat bagi mak duit sebab aku out station dan disana aku terlalu sibuk dengan tugasan membantu Cik A’liaa menyiapkan promosi untuk syarikat, sampai aje dirumah, terus mak ketuk bilik aku dan melenting. Semua percakapan mak cukup menyakitkan hati tapi kalau along dan angah takpe,sekali pun aku tak pernah tengok mak melenting.“ Aryani? I’m talking to you” cepat-cepat aku berhenti melamun bila Cik A’liaa melambai-lambai tangan di depan mata aku.” Yes Cik A’liaa, sorry fikiran saya terganggu dengan pertanyaan Cik A’liaa tadi, may I know the reason why you ask me like that?” berdegup jantung aku menunggu jawapan Cik A’liaa. “ Cool Aryani, sebenarnya dua tiga hari lepas I ada terima surat dari HQ kita,di sana mereka memerlukan seorang  Marketing Executive yang baru sebab yang lama sudah nak pencen. Lama jugak la Puan Hirma tu berkerja disana. Di sebabkan itu I nak tahu U punya plan, kalau u tak kesah I nak hantar nama Aryani sebagai calon” aku terlopong dengar permintaan Cik Aliaa,” U jangan risau Aryani, Tan Sri percaya dengan pilihan I, sebab selalunya pilihan I adalah yang terbaik!” aku hanya membekukan diri dan otakku masih ligat memikirkan ape jawapan yang sepatutnya aku beri. Ya, memang aku impikan kerja sebagai Marketing Executive, impikan untuk jadi wanita seperti Cik A’liaa, dah lah cantik, berkaliber, berkeyakinan tinggi dan kreatif.Paling penting aku boleh keluar dari rumah dan hidup berdikari.”Ok Aryani, I ada meeting so U pikir la masak-masak tapi I harap u tak kecewakan I” Cik A’liaa bangun dan terus berlalu.

Sampai dirumah, aku duduk tersandar dikerusi ambil merenggangkan otot. Maklumlah naik moto,memang sakit la badan-badan ni, dengan otak aku masih berfikir tentang tawaran Cik A’liaa pagi tadi.huh! sesungguhnya cukup susah aku nak buat keputusan yang tepat. Aku tak nak hampakan Cik A’liaa tapi aku takut untuk menyandang jawatan yang cukup besar bagi aku.Mampukah aku?Setelah aku berasa sedikit tenang, aku bangun untuk masuk ke bilik. Aku baru memegang tombol pintu sudah terbuka” eh kenapa tak berkunci pulak ni? Tak pernah aku lupa kunci” aku berbisik sndiri.Masuk sahaja ke dalam aku melihat keliling bilik. “what!” aku lihat laci di tepi katilku tidak di tutup rapat. Aku segera keluar mencari mak di bilik” mak, siapa masuk bilik Aryani?” mak pandang aku dan hanya mendengus kasar.“ mak masuk tadi,kan mak je yang ada kunci pedua dalam rumah ni,kenapa?” aku sedkit sakit hati sebab mak pura-pura tidak faham “ kenapa mak ambik gelang tangan emas tu? Mak nak buat ape?Kenapa mak tak mintak je kat Aryani?” Ya Allah pelihara lah hambamu ini, aku berdoa dalam hati
“Mak nak pakai duit, mak pinjam dulu gelang tu, takkan dengan mak pun Aryani nak kedekut? Sanggup Aryani seorang anak tanya mak macam tu, bukan mak mencuri”
“ Mak, Aryani bukan kedekut tapi kenapa mak tak mintak Aryani sndiri. Lagipun apa masalah mak sampai nak pakai duit macam ni, kalau terdesak pun mana semua barang kemas mak? Mak memandang aku dengan tidak puas hati.“ Aryani, barang kemas mak tu untuk mak pakai kalau keluar,nanti apa kata jiran-jiran atau keluarga mak nampak mak tak pakai emas?malu la mak.
Along dan angah pakai kereta mewah tapi mak tak mampu ada barang kemas” aku duduk di birai katil. Ya allah,ampunkan la dosa mak aku. “mak pinjam dulu,nanti mak pulangkan, sebab along kamu tak cukup duit bulan ni, kereta dia dah berapa bulan tak bayar, nanti kena tarik mak jugak malu, mak cuma nak tolong along je. Abang kamu jugak.Dalam besarkan kamu mak tak pernah berkira tapi kamu makin besar dah pandai berkira dengan mak” Aku hanya diam kan diri, mencari kekuatan untuk bercakap diketika ini.” Takpe lah..mak buat la apa mak nak buat” aku melangkah keluar dan sampai dibilik, aku menekup muka aku di katil. Aku menangis sepuas-puasnya. Ya allah, kuatkan la aku untuk tempuh dugaan mu ini….aku terlena dengan air mata membasahi pipi. Andai arwah baba ada mesti tak jadi macam ni sebab gelang tu pemberian dari baba. Baba..

“Aryani sayang..bangun dah subuh, boleh kita berjemaah” Aku membuka sedikit mata, Baba senyum melihat aku yang bangun menuju ke bilik air.” Assalammualaikum warrahmatullah…” aku salam tangan baba selepas selesai memberi salam.” Aryani, ingat pesan baba sekali pun janganlah kita tinggal kan solat, sebab solat itu tiang menentukan kutuhan iman kita sebagai manusia” aku menggangguk tanda paham.
“ dan satu lagi baba nak pesan, kalau baba di takdirkan pergi dulu, Aryani kena janji jaga mak elok-elok. Memanglah perangai mak tu nampak macam berat sebelah tapi apa pun Aryani tetap anak mak” bila aku memandang muka baba semakin lama semakin kabur dan terus hilang. “Baba..baba!” aku tersedar, rupa-rupanya aku bermimpi “ astafirrullahalazim..” aku melihat jam handphone aku menyanyi lagu Butterfly tanda sudah masuk waktu subuh.Aku bingkas bangun mencapai tuala dan masuk ke bilik air.

Usai solat subuh, aku bersiap-siap untuk ke pejabat seperti biasa. Aku hanya sapu bedak nipis di muka dan lip ice. Sesungguhnya aku ni memang tak tahu nak bermake up.Setelah berpuas hati aku mencapai kunci moto dan terus keluar untuk panaskan enjin.Hari aku memang tidak berniat untuk bersarapan dirumah, baik aku mengelak untuk jaga hati sendiri.

Sampai di pejabat aku meletakkan helmet dan mengambil purse untuk bersarapan di kedai mamak di hujung jalan.aku terus melangkah ke pintu keluar “Aryani!”Suara Cik A’liaa memanggil. Aku toleh dan senyum “ Morning Cik A’liaa”
“ Morning dear, can we go together?” aku angguk tanda setuju.
Aku menikmati sarapan dengan kebulurnya, dari smlm aku tidak menjamah apa-apa makanan. Mana tidaknya,kejadian semalam membuatkan aku tidak ada mood dan terus lena dibuai mimpi kerana melayan kesedihan hati.

“Cik A’liaa, boleh saya tahu kenapa nama saya yang di calon kan?why not Cik A’liaa sahaja yang mengisi kekosongan jawatan tu?” aku mulakan bicara tentang tawaran yang di buat semalam.

“ sebenarnya I tak boleh nak terima,sebab I bakal berkahwin dan tidak ada niat untuk berhijrah ke tempat lain. Lagipun mak I tinggal seorang disini, tak sampai hati pula nak tinggalkan” Cik A’liaa senyum dan terus menyuap mee goring yang di order tadi.
“ mak u tidak keseorangan bukan? Aryani masih ada abang dirumah, betul tak?” aku memandang mata Cik A’liaa yang bulat bercelak.
“Saya takde masalah tentang mak, Cuma saya perlu masa untuk berfikir. Kalau saya kesana saya tak kenal sesiapa pun, macam mana dengan rumah sewa,sebab saya tak biasa jalan disana dan saya kalau boleh nak rumah yang dekat dengan pejabat” akhirnya Aryani luahkn juga ape yang membuat dia berat memberi kata putus tentang tawaran Cik A’liaa.

“Don’t worry dear, everything will settle if you agree” Cik A’liaa senyum tanda paham.
Hari ni aku perlu memberitahu mak yang aku akan bertukar tempat kerja. Dan oleh itu aku akan keluar dari rumah supaya aku dekat dengan pejabat.Aryani melangkah masuk ke rumah dan mencari kelibat mak di bilik, tapi mak tiada. “Mana pulak ni “ aryani melangkah ke dapur dan melihat pintu dapur terbuka luas. “Mungkin tengah angkat kain kot” tekanya sndiri.Aryani menjengah kepala keluar dan tersenyum “mak!”

“allahu akhbar!” mak terkejut dan toleh ke arah pintu.Aku senyum dan terus jalan dekat pada mak.” Aryani ada benda nak bagi tahu ni” mak megerling aku sedikit.” Apa dia?”
“Aryani ditukarkan tempat kerja di kuala lumpur, dan aryani akan duduk disana untuk mudah ulang alik dari pejabat, dalam minggu depan dah kena datang lapor diri”. Dahi mak berkerut sedikit, diam. Dan terus masuk ke dalm rumah, aku pun ikut jejak mak masuk ke rumah.

Sampai diruang tamu, baru sahaja aku melabuhkan punggung kedengaran kereta along masuk ke pekarangan rumah.Aku hanya memerhati mak.Mak tersenyum lihat along di muka pintu.” Along da makan?mak ada masak udang petai tu”
“kenyang lagi, mak je lah makan dulu. Dah banyak kali pesan tak payah tunggu along!” sedikit kasar suara along.Aku hanya jadi pemerhati, tak kuasa untuk campur tangan. Hati aku sedikit terasa,sebab sekalipun mak tak pernah tanyakan  aku seperti mak melayan along dan angah.aku tunduk. Ya, lepas sahaja kematian arwah baba, mak makin menjadi dingin dengan aku. Sejak dari kecil hanya Baba yang lebih manja kan aku.

“ Kalau Aryani kerja disana siapa nak tanggung makan minum mak disini?” Aryani tersentak dari lamunan  dan agak terkilan, hal itu yang mak risau bukan diri aku..anak perempuan mak. “ oh itu mak jangan lah risau tiap-tiap bulan aryani akan transfer duit kat account mak” mak angguk tanda ok la tu. Aku bangun masuk ke bilik, banyak lagi persediaan yang perlu aku uruskan. Semangat! Semangat!


Keesokkan di pejabat, Cik A’liaa telah memberi keterangan sedikit tentang job scope aku disana dan berkongsi segala pengalaman dia untuk aku guna pakaikan di sana nanti. Aku pun tidak sia-siakan ilmu yang Cik A’liaa bagi, apa lagi cepat-cepat aku salin sebagai nota untuk rujukan masa akan datang.hehe…

  Banyak yang Cik A’liaa sediakan untuk aku, seperti mencari rumah sewa di kuala lumpur,map pejabat baru dan penghantaran moto kesayangan aku, walaupun perjalanan ke kuala lumpur  hanya mengambil masa 2-3jam dari Pahang tapi ni semua untuk memudahkan aku dan biar aku cepat selesa di tempat baru nanti kata Cik A’liaa kepada aku tadi. Terima kasih Cik A’liaa, sayang Cik A’liaa ketat-ketat!