Monday, 15 October 2012

Sekali dapat!… : Bab 8


Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 pagi, Karl masih tidak boleh melelapkan mata. Fikirannya masih memikirkan masalah dia dan Aryani. Sungguh tidak dia percaya yang Aryani sanggup menabur fitnah. Kenapa Aryani sanggup lakukan semua ini, sedangkan dia memang benar ikhlas ingin melamar Aryani dengan cara yang lebih baik bukan paksaan.Hati Karl benar-benar kecewa dan mula membenci Aryani. Masih adakah secebis cinta buat Aryani?

Karl masuk lewat ke pejabat dan meneruskan kerja yang masih belum siap. Karl tidak dapat memberi perhatian selagi dia tidak bercakap dengan Aryani. Bingkas Karl bangun dan berjalan ke bilik Aryani, tetapi Aryani tidak ada di biliknya. Karl segera mendapat Nazira untuk bertanykan jadual Aryani.

 “ Nazira, tolong periksa jadual Cik Aryani untuk hari ini”  karl hanya memerhati Nazira yang berada di depan nya.
Dengan secepat yang mungkin Nazira memeriksa jadual Aryani, takut dia pula di marahi Karl. Muka Karl seperti harimau yang sedang menanti mangsanya untuk di terkam.

“hari ini Cik Aryani tidak ada tugas di luar”
“so, mana dia sekarang?” karl memandang tepat wajah Nazira.
“Cik Aryani MC hari ni Mr.Karl, sekiranya ada temujanji dia minta saya ambik pesanan” satu persatu perkataan keluar dari mulut Nazira.

Karl terus beredar masuk ke bilik dan mencapai kunci kereta. Dia tidak kira hari ini dia harus selesaikan juga masalah antara dia dan Aryani.

Karl memasuki kawasan rumah Aryani, di ketuk pintu berkali-kali tapi tiada respon.
Di kuatkan lagi ketukan dan akhirnya pintu rumah dibuka, wajah Aryani yang bertampal di dahi kelihatan.

“masuk la..’ Aryani mempelawa karl.
“ kita perlu berbincang” karl masih tenang.
Aryani hanya mengangguk. “ apa yang kau cakap dengan papa hah? Suara karl cukup kasar.
Muka aryani terperanjat dengan perkataan “kau’ yang keluar dari mulut Karl.
“ papa nak kita kahwin secepat mungkin, dalam minggu ni papa akan datang merisik dan terus ikat tali pertunangan” karl memandang tajam Aryani.
‘ingat! Aku nak kau setuju, aku tak nak luka kan hati papa dan mama aku. Kau nak sangat kahwin kan? Aku boleh tunaikan tapi tunggu nasib yang akan kau dapat!” suara karl makin meninggi.
“ apa awak cakap ni? Kahwin? Kenapa saya kena kahwin pulak? Saya tak nak, semua ni mengarut!” aryani tak suka dengan permintaan Karl yang melampau.
“ hey! Dengar sini, aku tak kira kau nak ke tak nak, yang aku tahu kau kena terima lamaran papa dan mama aku. Kalau kau berani malukan dorang, siap kau aku kerjakan!”

“ bagi saya bercakap dengan papa dan mama awak, ni mesti ada salah paham” aryani cuba yakin kan Karl ni.
“ aku tak kira, hujung minggu ni aku nak tahu lamaran di terima” karl terus berlalu pergi meninggalkan Aryani.
Aryani berlari ke pintu dan menjerit “ saya takkan terima lamaran awak! Saya tak nak kahwin!!” 

Karl terus memecut kereta mencari tempat untuk dia menenangkan diri. Otaknya berfikir apa nasib yang akan menimpa papa dan mama sekiranya mereka di malukan bila lamaran mereka di tolak oleh Aryani.
Karl memasuki Club Zouk, sudah lama dia tidak datang tempat sebegini. Bila otak mula tidak berfikir secara waras, syaitan mula manghasut kita ketempat yang tidak sepatutnya.

Karl duduk memerhatikan minuman keras yang berada di depannya. Dia serba salah untuk meneguk minuman itu, setelah sekian lama dia tinggalkan semua ini. Di tenung minuman di atas meja sementara fikirannya melayang memikirkan masalah yang melibat maruah keluarganya buat kali kedua.

“bro, boleh aku duduk?” sapaan seseorang membuat Karl berhenti dari lamunannya.
Karl mendongak memandang lelaki yang menegurnya, wajah Karl berubah kerana lelaki inilah yang cuba memegang tangan Aryani di Casino tempoh hari.
Karl memberi isyarat tangan untuk lelaki itu duduk bersamanya.
“ perempuan hari tu girlfriend kau ke? Lelaki itu mula menyoal.
“kau ni siapa, terus tanya soalan macam tu” karl mula rasa panas.
“ ok, sorry bro. aku Emer. Aku dah kenal lama Aryani tu” lelaki itu tersengih memandang Karl.
“so?’ karl terus menyoal.
“ kalau kau berminat sangat dengan dia aku boleh tolong, tapi kena dengan upahnya” Emer terus memancing Karl.

“ kalau itu aku tak minat, aku boleh settle sendiri” karl menolak dengan sombong. Dia tahu laki seperti Emer hanya nak kan duit.
“betol? Aku tak kisah. Tapi Aryani tu susah nak dapat kalau tak kena cara dia, perempuan.. macam-macam taktik dorang boleh game kita. Bila semuanya dah dapat dorang blah” Emer sengaja membakar Karl supaya Karl terpedaya dengan percakapannya.
“anyway, kalau berminat boleh contact aku” Emer meletakkan kertas yang tertulis nombor telefon di atas meja dan terus beredar.

Karl hanya memandang nombor yang di tinggal Emer. Dia mencapai dan menyimpannya di poket dan berlalu keluar.

Karl tidak boleh melelapkan mata, dia masih berfikir bagaimana hendak paksa Aryani menerima lamaran papa pada hujung minggu ini. Dia teringat tawaran yang di buat oleh Emer kepadanya. Setelah berfikir semasak-masaknya, karl sudah membuat keputusan.

“kalau kau dapat buat Aryani terima lamaran aku minggu ni, aku akan bagi kau 50ribu” Karl memandang Emer yang terkejut dengan tawaran Karl.
“baik, aku akan bantu tapi aku nak separuh bayaran dahulu, deal?” mata Emer sudah dapat membayangkan wang yang bakal di miliki.

Karl menghulurkan cek kepada Emer dan senyuman Emer semakin lebar. Di dalam hati Emer cukup gembira kerana dengan mudah dia mendapat RM25ribu.

Keesokan pagi Aryani mendapat panggilan dari emak meminta dia pulang ke kampung pada hari itu juga. Aryani tergesa-gesa pulang dengan menaiki bas dan terpaksa mengambil cuti kecemasan. Di dalam perjalanan Aryani tidak boleh berhenti berfikir  seperti ada sesuatu perkara buruk terjadi di kampung. Hatinya cukup resah, tidak sabar untuk sampai di rumah.

Perjalanan lebih kurang 2-3 jam berakhir juga, kini Aryani sudah sampai didepan rumahnya. Dia berjalan memasuki kawasan rumah, kelihatan tiada kereta along dan angah. Hati nya cukup hairan, sekiranya ini hal penting mengapa along dan angah tidak balik sekali.

Aryani memberi salam, beberapa minit kemudian emak membuka pintu. Emak memberi senyuman dan menyambut baik kepulangannya. Semakin hairan aryani terhadap dengan sikap mak, apabila dia melangkah masuk dia agak terperanjat melihat along dan angah ada di ruang tamu seperti mereka sedang tertunggu-tunggu kepulangannya. Walaupun dari luar dia sangkakan abang-abangnya tiada dirumah.
“Apa???” aryani tidak bersetuju dengan permintaan mak.
“Kami semua dah setuju, Aryani mesti kahwin dengan anak Tan Sri tu!” mak mula bertempik.
“tapi mak kami bukan bercinta, apa yang angah nampak tempoh hari tu semua atas dasar kerja” Aryani cuba mempertahankan hak nya.
“mak tak kira, mak nak Aryani berkahwin juga! Jangan degil!” turun naik dada mak melepaskan geram.
“ hey! Dengar sini. Kau dah ke hulu-hilir dengan jantan tu kau cakap kau takde apa-apa hubungan?? Kau ingat kami ni bodoh?? Sebelum kau mengandungkan anak luar nikah. Baik kau kahwin sementara jantan kaya tu nak kan kau.” Along mula mencelah.
“ cuba kau pakai sikit otak kau tu, lepas kahwin kau kikis lah harta dia. Kau senang kami pun menumpang senang, itu pun tak boleh nak fikir??” percakapan angah lagi membakar situasi ketika itu.

Aryani tunduk diam mematung kan diri. Sungguh serabut otaknya bila di paksa berkahwin. Teringat kejadian Karl datang kerumah, keputusan perkahwinan ini bukan kehendak Karl sendiri tapi Tan Sri, selepas ada berlakunya salah paham. Aryani masih buntu apa punca semua ni terjadi.

“mak bagi la Aryani buat keputusan sendiri…” suara aryani merayu mengharap mak memahami keadaan dia.

“tak boleh!! Mak nak Aryani kahwin jugak. Bila lamaran datang nanti mak akan tetapkan wang hantaran dan mak tak nak Aryani membantah. Jangan ikut sangat jiwa muda kamu. Berkahwin dengan anak orang kaya, apa lagi yang kamu nak??”

Di bilik aryani duduk di tepi tingkap, menikmati suasana malam agar ringan beban di kepala, Aryani berfikir akan masalah yang dihadapinya sekarang. Siapalah yang mampu untuk menolongnya. Andai arwah baba ada tak mungkin dia dilayan sebegini. Aryani berjalan masuk ke bilik air  dan mengambil wuduk. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang dia ada untuk meminta pertolongan.

Hari yang dinantikan kini hanya tinggal sedetik, diluar kedengaran emak menyambut kedatangan keluarga Tan Sri. Hati Aryani masih belum dapat membuat keputusan. Patutkah dia melarikan diri atau hanya berterus terang yang dia tidak bersetuju dengan lamaran ini. Tidak! Dia harus menempuh dugaan ini dengan rasional. Masih teringat ugutan Karl sekiranya dia menolak lamaran Tan Sri, Karl sanggup lakukan apa sahaja supaya tidak memalukan maruah papa dan mamanya. Ya allah! Apa yang perlu aku lakukan. Bukan ini perkahwinan yang aku impikan…

Pintu bilik Aryani di kuak, tersembul wajah emak di pintu. “ mari, dah masanya” mak mencapai tangan aku dan membawa aku keluar dari bilik.
Aku perhatikan setiap wajah yang hadir, tetapi aku tunduk bila mata aku bertembung dengan mata Karl yang berada di luar rumah. Mata yang memberi maksud seribu ugutan. Aku duduk bersimpuh mendengar Tan sri memulakan acara merisik mengikut adat orang melayu. Fikiran aku terus melayang memikirkan ini semua adalah mimpi atau nyata.

Aku tersedar bila emak mencuit peha kanan, aku memandang ke arah Tan Sri yang sedang menanti kan sesuatu dari aku. Aku terpinga-pinga, melihat keadaan aku seperti itu, Tan Sri mengulangi soalannya “ kami datang nak merisik Aryani sebagai menantu, sudi ke Aryani menerima lamaran kami?”

Aku menjadi serba salah bila memandang wajah Tan Sri yang penuh mengharap, aku alih pula pada Puan Sri, senyuman seolah-olah dia menantikan aku berkata ‘ya’.
Akhirnya aku hanya mengangguk tanda setuju, semua yang hadir mengucapkan tanda syukur. Puan Sri terus menghampiri aku untuk menyarungkan cincin pertunangan tanda aku sudah di miliki.


“rupa-rupanya kau ni abang Aryani??” Karl mula soal pada Emer bila melihat kelibat Emer di rumah Aryani.
Emer hanya senyum sinis” yup,memang aku abang dia, tapi tu semua tak kisah la. Yang penting kau nak Aryani kan? Aku dah tolong so janji tetap janji”
Di hati Karl dia cukup tercabar, berani Emer menipu dia. Argh! Sama la adik dan abang, hanya pandai ambik kesempatan. Tapi takpa, kali ini aku lepaskan sebab hal ini telah selamatkan maruah keluarga aku.

Dalam masa dua minggu sahaja majlis perkahwinan Karl dan Aryani akan berlansung. Puan Sri Aisyah sibuk menyiapkan keperluan bagi kedua belah pihak. Pertama kali dia melihat Aryani, dia sudah cukup suka pada Aryani. Segala berkaitan dengan persiapan majlis Aryani Puan Sri turut membantu, dari memilih pakaian, tema dan juru make up. Karl pula langsung tidak berminat untuk campur tangan, semuanya di serah pada papa dan mamanya.

Aryani kurang senang dengan sikap Karl, yang hanya berpura-pura melayannya dengan baik bila di depan Tan Sri dan Puan Sri. Ketika Karl terpaksa membawa Aryani ke butik pengantin untuk mencuba size baju, sengaja  di tinggalkan Aryani seorang diri. Karl hilang kemana, terpaksa la Aryani membuat seorang diri. Selepas semuanya selesai, Aryani menghantar mesej pada Karl supaya mengambilnya semula tapi Karl suruh dia pulang sendiri. Siap cakap “ ingat aku driver kau ke??”
Sayu hati Aryani di layan begitu, ini semua bukan kehendaknya. Dia juga rasa terpaksa dan tidak tahu apa kesalahannya sampai Karl membenci dirinya. Ketika menunggu teksi di perhentian bas, Aryani terkenangkan kemesraan dia dan Karl dahulu. Dia rindukan saat-saat itu. Karl kini sudah berubah, hanya perasaan benci yang ada tiada lagi sikap ambik berat dan penyayang.

Natalie mendapat berita tentang perkahwinan Karl, dia semakin berdendam dengan Aryani. Natalie mula berfikir cara untuk membunuh Aryani. Dia berpusing –pusing memikirkan sesuatu.
“ini tak boleh jadi, aku mesti bunuh perempuan tu, biar majlis yang gilang gemilang itu jadi majlis kematian. Hahaha!!” Natalie sudah mula mendapat idea jahat untuk mengenakan Karl dan Aryani.
Dia terus mencapai kunci kereta dan keluar dari apartment. Dia berjalan dengan pantas untuk ke kereta. Dia ingin ke rumah Tan Sri dan membuat huru-hara dengan mengatakan dia mengandungkan anak Karl. Pasti cerita ini makin jadi hangat.

Bunyi handphone Natalie mennyanyi kuat, tangannya meraba-raba mencari di dalam handbag. Dia terus memandu dengan pantas, dia tidak boleh buang masa nanti dia yang rugi. Masa ini lah yang paling sesuai untuk dia mendapatkan Karl semula.
Tanpa disedari sebuah kereta dari arah bertentangan yang ingin memotong telah bertembung dengan kereta Natalie. Kereta Natalie remuk teruk kerana tidak sempat mengelak, sudah jatuh di timpa tangga. Bahagian belakang kereta Natalie dilanggar lori yang tidak sempat brek.  Setengah jam kemudian, pihak Bomba dan Polis datang untuk memberi bantuan dan menyelamatkan Natalie yang sudah tersepit di dalam kereta. Setelah berjaya mengeluarkan Natalie, mereka segera membawa Natalie ke hospital.
Di dalam van hospital Natalie sudah tidak boleh bertahan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bayi yang dikandung turut tidak dapat di selamatkan.

Karl mendapat berita kematian Natalie apabila dia membaca surat khabar, dia kasihan pada Natalie tapi apa boleh buat itu suratan hidupnya. Kita perlu menerima qada’ dan qadar kehidupan seperti nasibnnya sekarang.

Malam majlis akad nikah di penuhi sanak saudara dan sahabat handai. Ketika ucapan sah di ucap, Aryani tunduk menerima dengan redha yang kini dia isteri kepada Karl Iskandar Ukasyah. Ketika acara pembatalan air sembahyang, Aryani tidak berani memandang Karl. Sesi bergambar juga Karl menunjukkkan dia tidak berminat untuk bergambar dengan Aryani.

Kini sesi majlis persandingan yang dibuat besar-besaran di hotel Shangri-la di hadiri ramai jemputan dari semua golongan. Ramai yang memuji kecantikan Aryani pada hari itu dan mereka pasangan yang secocok. Bagai pinang di belah dua.

Selesai semua atur acara majlis, Aryani duduk di dalam bilik hotel. Dia takut untuk tempuh hidup dengan Karl yang sudah membenci akan dirinya. Bagaimana harus dia menjalani kehidupan rumah tangga tanpa rasa cinta dan kasih sayang.
Sedang Aryani termenung memikirkan semua itu, pintu bilik di buka seseorang.
Aryani tidak berani memandang ke arah pintu dan hatinya kian berdebar-debar. Di genggam erat kedua-dua belah tangannya. Susuk tubuh itu semakin dekat..semakin menghampirinya….

5 comments:

  1. Nak lg please tq

    ReplyDelete
  2. Apa yang menyebabkan Tan Sri paksa Karl bernikah dengan Aryani erk...

    ReplyDelete
  3. hai dan salam pada pembaca novel sekali dapat,

    manggis mintak maaf kalu ada persoalan yang manggis tak dpt nak jwb disini, apa yang manggis boleh cakap, pls tggu sehingga bab seterusnya..insyaallah manggis akan cuba upload next entry secepat mungkin.
    peace! :)

    ReplyDelete