Wednesday, 31 October 2012

Cerpen : Nak kahwin punya pasal!


“Macam mana ni? Gaji saya bukannya besar awak” keluh Bazli selepas mendengar permintaan ibu Suhaila. Mereka  berdua  saling  berpandangan. “15ribu bukan sikit tau, tu baru hantaran. Lepas tu ibu  awak boleh buat tambahan nak duit mas kahwin 5 ribu, gila? Mana nak kaut? Dekat situ je dah habis 20ribu tau tak?Kunun nak berkat tu sebab mas kahwin 5ribu, patut hantaran tu janganlah banyak sangat, takdelah beban saya nak simpan untuk mas kahwin tu.Kita lebihkan yang wajib je la.”Bazli da mula bosan dengan sikap ibu Su + bakal mak mertuanya.

Wajah Suhaila sudah monyok, maka terserlah kecomelan di wajahnya lagi.Hidung yang mancung kecik molek, bibir yang lembap kemerah-merahan. Bazli tahu Suhaila susah hati. Dia memandang redup wajah insan yang di sayangi.” Takpe la insyallah kita cuba ok? But promise awak pun mesti lah bantu saya jugak, boleh sayang?” Bazli mula memujuk  Su. ”saya janji” Su mengukir senyuman walau dalam hati dia sungguh bercelaru.

“ Su dah cakap dengan Bazli?” Ibu mula menyoal.“ dah bu, insyaallah ada rezki nanti.” Ibu mengangguk.“ harap Su paham kenapa ibu buat semua ni, ibu tak nak kita di hina saudara-mara. Cukuplah dulu masa arwah ayah hidup kita pernah dihina sekali. Ibu akan bantu mana ibu boleh ye?” Suhaila hanya mendiamkan diri. Hakikatnya dia tahu ibu tak tegar buat semua ni kalau bukan paksaan pak long. Satu-satunya wali yang aku ada.

Keesokannya Su mula berfikir cara dia nak membantu Bazli mengumpulkan duit perkahwinannya. Dia tak sanggup melepaskan beban pada Bazli seorang, kasih dia terhadap Bazli yang selama ini banyak berkorban untuk dia membuat dia tak sampai hati.

Su mula surf di internet mencari pekerjaan secara sambilan. Mana tahu dia boleh bekerja pada waktu malam atau setiap hujung minggu.Setiap hari semasa waktu lunch di pejabat Su gigih surf peluang-peluang pekerjaan dan sudah hampir seminggu dia membuat call pada semua iklan yang tersiar di internet untuk memohon pekerjaan dan mencuba nasib.

Akhirnya pencarian Su berjaya, dia sudah dapat pekerjaan part time di sebuah tuisyen untuk kanak-kanak bersekolah rendah.“ alhamdullillah..dapat jugak” Su tersenyum ceria sebijik macam iklan kanak-kanak ribena.

“ hai sayang, macam mana kerja hari ni” Bazli menegur Su yang baru hendak menaiki kereta. Setiap hari Bazli akan menghantar dan menjemput Su dari pejabat. “ ok je,macam biasa. Awak..saya ada benda nak cakap ni” Su mengerling sedikit pada Bazli yang sedang memandu. Bazli mengangguk tanda sila mulakan cerita anda.hehe

“saya dapat kerja part time di pusat tuisyen untuk kelas malam, next week start. Awak tak kisah kan?” Su menyoal. Bazli diam, takde reaction!

Senyap~~ Su memandang Bazli yang hanya diam dari tadi.” Awak..”Su bersuara dalam takot-takot. “ sayang larat ke..tak penat? macam mana nak ke sana lagi. Sayang bukan pandai drive or naik moto pun” Bazli mula risau.

“ saya cuma perlu naik tren je, dekat je dari sini. Bila malam Bazli ambik la Su ye?” wajah Su meminta simpati. Bazli angguk pelahan. Tak sampai hati dia melihat muka Su macam tu. Kasihnya pada Su kalah la Romeo and Juliet. Klasik sangat!

Sudah sebulan Su memulakan rutin harian bekerja di dua tempat. Bazli sentiasa memantau kekasih hatinya bila dia berkesempatan berbuat demikian.

“ tengok, bulan ni kita dua dah dapat kumpul dalam 1ribu sorang. Yeah!!” su tersenyum riang. Bazli hanya senyum, bahgia tengok Su happy macam tu.

“Su..kena ingat bukan setiap bulan kita boleh dapat amount yang sama. Kerja part time tu kan depends pada musim cuti sekolah jugak” Bazli mengingatkan buah hatinya.

“ a’ah la..betul tu, kalau macam tu Su nak buat something la setiap hujung minggu. Dari duduk rumah aje” Su mula keluarkan idea yang membuat muka bazli jadi kelat.

“nak buat apa lagi…awak kena rehat jugak la” Su mula monyok bila Bazli merungut tentang idea yang disuarakan.

“awak kan tolong perniagaan ayah awak, so masa awak flexible. Boleh la, please Bazli” Su merayu.

“ ok2..kita buat sama-sama.Nanti kita fikir apa kita nak buat setiap hujung minggu ok?” Bazli memujuk Su yang dah macam budak-budak tak dapat coklat.

Mereka berdua setuju ingin menjual kuih pada setiap hujung minggu. Ibu Su menolong mereka dengan membuat dua tiga jenis kuih, kalau harap kan Su memang tak dapat laa…yang dia tahu buat karipap-karipap cinta jer..Su gigih bekerja tanpa sikit pun mengeluh penat. Bazli cukup kagum, walau sikap Su ada sedikit kebudak-budakan tapi Su seorang perempuan yang kental.

Su sungguh bersemangat menjual kuih pada setiap hujung minggu. Bazli sentiasa berada disisi Su dan kerap datang membantu setiap kali dia sudah menyelesaikan kerja dengan ayahnya. Tugas Bazli adalah menguruskan penghantaran buah-buahan di sekitar lembah klang. Disebabkan kerja Bazli yang hanya perlu check stok penghantaran dan memastikan barangan sampai kepada tempat penerima, dia mempunyai banyak masa untuk berada dekat dengan Su.

“ Macam mana ni awak..takde orang beli kuih kita pun..” Su merengek.

“Haha..sabar la..orang tak tahu lagi ada jual kuih dekat sini, sedap ke tak pun orang tak pernah rasa lagi” Bazli geli hati dengan sikap Su.

Lama kelamaan orang mula ramai datang membeli kuih di tempat Su berniaga. Lagi bersemangat la Su, excited je melayan semua orang yang datang singgah beli kuih tak kira laki mahupun perempuan.

Bazli mula cemburu setiap kali tengok telatah Su yang mesra alam tu. “ sayang jangan la layan lebih-lebih” baur cemburu kata-kata Bazli dapat dihidu Su.

“ ala..saya layan biasa je..” Su jawab acuh tak acuh malas nak besarkan isu.

Bazli sengaja pulang paku buah keras.Setiap kali perempuan cantik datang membeli Bazli sengaja melayan mesra. Actually Bazli ni ada pakej laki-laki idaman Malaya..jeng..jeng.. tinggi,muka sweet-sweet je..tapi simple dress up.

“ awak…kenapa sengih lebih-lebih pulak tu siap lambai-lambai bagai” Su mencebik.

“eh, jeles ke?” Bazli sengaja mengusik.

 “ awak jangan over sangat boleh tak? Saya merajuk tak nak kahwin kang” Su pancing dengan mengugut.

“hahaha..I love u so much dear” Bazli tak nak muncung Su makin panjang sampai ke seberang jalan. Bibir tu dah boleh buat sangkut hanger dah cik su oii!

Pejam celik hampir setahun lebih mereka berdua bekerja keras mencari duit untuk tampung perbelanjaan perkahwinan yang akan berlansung 6 bulan lagi. Hari ini Su dan Bazli keluar mencari barang-barang tambahan untuk hantaran dan mencari butik perkahwinan di sekitar jalan pudu.” Bazli, pihak awak apa lagi yang tak cukup? Tinggal kasut je kan?” Su mengingatkan balik barang yang sudah di beli secara ansur dua tiga bulan lepas. ” Ye, tinggal kasut je. Saya rasa side sayang yang banyak lagi. Jom pusing cari barang tu dulu then kita pergi tengok butik sebelah sana pulak”  Bazli mula berjalan ke arah kedai yang dimaksudkan.

Bazli perasan muka Su berseri-seri setiap kali mereka membeli barang persiapan untuk hari bahgia mereka. Mungkin Su happy sangat, hari yang dinanti hampir tiba. Ya Allah! permudahkan la majlis kami! Amin..

Di bilik Su sibuk memeriksa senarai perkara yang perlu dia lakukan. Mata dia membaca satu persatu senarai di kertas.“ alamak!! Macam mana boleh lupa hal penting ni” Su berlari keluar mendapatkan Ibu di dapur. “ Ibu, Su lupa nak tempah kad kahwin and cari photographer, macam mana ni? Su mula gelabah.

“ ya allah, Su macam mana boleh lupa hal penting macm ni? Cepat call Bazli!” satu arahan sudah keluar dari mulut Ibu.

“hello awak!” Su terus terjah bila Bazli mengangkat phone.

“ asslammmualaikum, golojohnya bakal isteri saya ni” Bazli sengaja mengusik.

“ awak takde masa la nak gedik-gedik ni..kita dah lupa tempah kad dan cari photographer” semangat su memberitahu Bazli

“ allahu akhbar!” Bazli seakan-akan nak menjerit.

Esok awal pagi mereka keluar berjalan mencari kedai yang boleh siapkan dengan cepat tempahan kad dan photographer yang masih menerima booking. Satu persatu kedai mereka masuk dan keluar. Belum ada satu kedai pun sanggup menerima tempahan kad. Su tetap bersemangat mencari  sehingga dah nak masuk petang, barulah mereka berjaya dapatkan tempah kad yang boleh siap dalam tempoh terdekat. Selepas puas memilih Bazli membuat bayaran dan mengajak Su pulang. Cukup seharian suntuk mereka berjalan dan Bazli pasti Su perlukan rehat.

“sekarang tinggal photopgrapher je, tapi takpe Su boleh cari di internet” Su senyum dengan muka yang agak penat. Bazli senyum dan membawa Su ke kedai makan, dari pagi mereka berjalan dengan perut kosong.

Su sudah jumpa satu website yang boleh menjadi photographer di hari perkahwinan mereka. Su membuat temujanji dari panggilan telefon sahaja dan membuat pindahan bayaran separuh dahulu. Alhamdullillah..setel pun!

Majlis perkahwinan mereka hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi.Segala keperluan sudah siap dan kad jemputan juga sudah di edar kepada kawan-kawan dan saudara mara kedua belah pihak.” Su dah call remind photographer kita book hari tu? Bagi tahu kalau boleh dia datang awal sikit la” Bazli mengingat kan Su semasa call tadi.

Selasai sahaja bercakap dengan Bazli, Su mendial nombor  photographer tersebut.

The number you have dial, is not in service” Su cuak, dia mencuba beberapa kali lagi. Tetapi masih tidak boleh dapat. Dia mula gelisah.

“ hello awak, saya tak boleh contact la juru gambar tu. Nombor tu macam dah takde dalam talian lagi” Su mula merengek dengan Bazli.

“hah! Sudah..takkan la dia tipu kita?” Bazli mula berasa marah

Di ruang tamu, ibu dan Bazli hanya duduk diam seribu bahasa. Memikirkan bagaimana cara nak selesaikan hal ni. Muka Su dah monyok macam tikus mondok dah.

“ Assalammualaikum..” suara Lia memberi salam.” Waalaikummussalam..masuk la Lia” Su menjemput kawan karibnya masuk.

“kenapa ni?” Lia perasan muka ibu dan Bazli yang muram. Su menarik Lia masuk ke bilik dan menceritakan masalah yang mereka hadapi sekarang. Duit RM1500 sudah lesap macam tu aje.

Lia mengeleng kepala, kesian dengan nasib kawan dia sorang ni. Lia keluar dari bilik dan cuba menelefon seseorang. Lama mereka berbual. Su hanya memerhati dan memandang wajah Bazli.

Hari ini majlis akad nikah dan bersanding di buat serentak atas permintaan Su.Awal pagi akad nikah di rumah dan terus bersanding. Ni semua gara nak budget, kan senang macam tu! Kelihatan pihak lelaki sudah sampai sementara Su menunggu di dalam bilik dahulu. ” Lia..thanks ye sebab tolong aku” Su memandang Lia yang menjadi pengapitnya.

“ala, takpe..aku ikhlas..tu pun selamat adik suami aku tu nak tolong “ Lia tersenyum. Adik ipar Lia yang menjadi juru-gambar untuk majlis Su dan Bazli. Selepas Lia menceritakan hal Su di tipu, Adik iparnya sudi menolong dan tidak mengenakan upah yang mahal.

Pengantin lelaki sudah duduk menghadap tok kadi. Ibu membawa pengantin  perempuan duduk di tempat yang disediakan. Su duduk bersimpuh, hari ini terserlah keayuan dan kecomelan wajahnya dengan mengenakan baju berwarna putih + pink lembut.Bazli jugak turut segak mengenakan baju melayu yang serba lengkap. Menyerlahkan kelakian melayu asli nya!

“Mohd Bazli bin Abdul razak, aku nikah kan dikau dengan Nur Suhaila binti Hamzah dengan mas kawin 5ribu tunai” tok kadi sudah memulakan acara majlis.

“ aku terima nikah Nur Suhaila binti Hamzah dengan mas kahwin 5ribu tunai..” Suara Bazli nampak tenang melafazkan akad nikah. Setelah semua mengatakan sah tiba-tiba Lia menjerit “ Su!!” Bazli menoleh kebelakang dan melihat Su sudah terbaring disisi Lia.

10 minit kemudian,Su mula membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat wajah Bazli, Sesungguhnya dia risau apa-apa terjadi pada Su.

“awak..kita dah sah ke?” Su bersuara lemah.

Bazli senyum “ ye sayang, awak sekarang ni isteri saya yang sah” satu kucupan singgah di dahi Su. Kepenatan dan masalah yang berlaku membuatkan Su agak tertekan. Semua nya kerana nak kahwin punya pasal!

Andai allah mahukan sesuatu itu untuk kita, insyaallah dengan cara macam mana pun Dia akan makbulkan.amin..

1 comment:

  1. Hi sis.. nice blog, visit our blog kay raidzil and website www.mahligaiimpiann9.com

    ReplyDelete