Seperti
biasa rutin harian Aryani sebelum ke pejabat adalah menyediakan sarapan untuk Karl.
Sepanjang ketiadaan Aryani dirumah, kasihan pula kalau ditinggal tanpa
menyediakan makanan. Karl tetap tetamu pada mata Aryani.
Bila
melihat susuk tubuh Karl Aryani pasti mula rasa tak tentu arah, kenapalah aku
ni..dia bukannya makan orang pun. Aryani tidak mengendahkan Karl yang duduk
untuk bersarapan, dia masih meneruskan menghidang nasi goreng di atas meja.
Malu
untuk bertemu muka dengan Karl apabila teringat kejadian malam tadi. Buat
pertama kalinya mereka tidur berpelukan sehingga bangun subuh pagi tadi. Lenguh
jugak badan Aryani kerana tidur yang terhad untuk bergerak.
Aryani
banyak membisu dan terus menyuap nasi di mulut, Karl turut tidak banyak celoteh
seperti selalu.” Kenapalah Mr.0ksigen ni bisu hari ini..selalu dah macam bapak
ayam je, rasa lain pulak bila dua-dua senyap macam ni” Aryani berbisik pada
diri sendiri.
Bila
Aryani ingin menyuap suapan terakhir nasi ke mulut, baru Karl membuka mulut
“
dear, please don’t forget to submit your
resign letter by today. No excuse”
Walaupun suara Karl masih lembut tapi ada tegasnya disitu.
“
One more thing, after this sayang you no
need using your skuter anymore..”
Mendengar
kenyataan dari Karl membuatkan Aryani terus memandangnya meminta penjelasan.
“
abang rasa tak selamat kalau isteri abang naik motor, kena debu dan hujan semua
tu” Karl terus menyambung kata-kata bila Aryani memandangnya tidak puas hati.
“
takpe, saya dah biasa. You don’t worry
too much about me” Aryani tidak boleh tahan lagi dengan sikap Karl yang
membuat keputusan untuk dirinya.
“
I said no. full stop. Bahaya untuk
seorang perempuan. Kes-kes ragut rogol semua tu sebab kedegilan macam nilah”
suara Karl mula tinggi sedikit.
“
ee..nampak je macam moden, otak dah macam orang berumur 85 tahun” Aryani
mengomel sendiri. Entah kenapa dia tak mampu nak melawan kata Karl.
“dah
tak payah nak buat muka tak puas hati..pagi-pagi macam ni abang tak nak
bertekak” Karl seakan –akan faham isi hati isteri kesayangannya.
Tinggal
bersama Aryani cukup membuat dia semakin memahami sikap dan tingkah laku Aryani,
cuma berkaitan dengan perasaan dia masih dalam mengenali Aryani dan cuba
memenangi hatinya.
Aryani
bingkas bangun ke dapur, dia pun malas nak berbalah dengan Karl kerana di
hujung cerita Aryani terpaksa akur juga apa kehendak Karl. Kalau
difikir-fikirkan balik, apa yang dipinta
Karl takdalah melampau sangat. Semuanya masih rasional cuma cara dia tak kena,
semuanya perlu dipatuhi, aku bukannya dalam kem askar. Kiri-kanan..kiri-kanan!
Baru
saja dicapai helmet untuk bergerak ke pejabat, Karl dah mula memandang Aryani
sampai berkerut dahi. Aryani blur bila Karl berkelakuan macam tu. Apa lagi yang
aku salah ni…
“
abang tunggu dalam kereta” Karl berlalu meninggalkan Aryani di depan pintu.
“ya
allah kenapa lah dengan kau ni Aryani..kan tadi dia dah pesan, yang mulai hari
ni kau tak boleh naik skuter lagi..yang kau dok
heret helmet ni buat apa…”
Aryani
menutup pintu dan berjalan memasuki kereta Karl.
Didalam
kereta wajah Aryani kelihatan gelisah, dia tidak gemar apabila Karl mahu
menghantar dan mengambilnya pulang dari pejabat. Tapi apa alasan yang paling
logik untuk diberi pada Karl Si otaknya geliga ni.
Aryani
mencuri memandang Karl yang sedang memandu disebelah. Wajahnya agak serius, Aryani
terus mengalihkan pandangnya ke luar tingkap. Sungguh aku tak boleh melihat
muka lelaki disebelah aku ni. Rasa macam
nak marah aje..tapi bila berdepan aku senyap pulak..haih…
“ada
apa sayang pandang-pandang abang macam tu? Nak cakap sesuatu cakap aje..tapi
kalau nak renung muka abang ni lama-lama tunggu lah malam karang ye” Karl
tersenyum nakal bila Aryani menarik muka masam.
Dipejabat
Aryani sudah bersedia untuk berjumpa dengan Hakim kerana dia perlu memberi
surat berhenti secepat mungkin. Aryani sudah berfikir panjang, niatnya untuk
berhenti kerja bukan atas dasar kehendak Karl tapi dia sudah berfikir untuk
pergi ke satu tempat yang baru. Dia tidak mahu terus disakit, walau sikap Karl
seperti ingin memgembalikan hubungan mereka lama . Aryani tidak sanggup terluka
lagi, sehingga sekarang dia tidak tahu apa motif Karl kembali kepadanya.
Cukuplah apa yang dialaminya sebelum ini, malahan keluarga sendiri turut boleh
berpecah hanya kerana harta.
“
Encik Hakim, sorry if I’m disturbing you,
but we need to talk” Aryani berdiri di depan meja Hakim sementara menunggu
Hakim menyudahkan kerja menyemak proposal
yang diberi Aryani pagi tadi.
“Sure, please have a
sit”
Hakim masih tidak memandang ke arah Aryani.
Dengan
perlahan Aryani meletakkan sampul di atas meja Hakim.
“
Encik Hakim, ini surat perletakan jawatan saya untuk tempoh satu bulan”
Hakim
terus memandang Aryani, apakah benar apa yang baru dia dengar dari mulut Aryani?
“
erm..may I know the reason why?”
perlahan sahaja suara Hakim menyoal Aryani.
Tangannya
mencapai surat yang berada didepannya, perlahan dibuka sampul berwarna putih
itu walau sudah diketahui isi dalamnya.
Aryani
menarik nafas, dia perlu menceritakan segala-galanya pada Hakim siapa diri dia
yang sebenarnya.
Panjang
lebar Aryani bercerita, Hakim menjadi pendengar yang baik. Sikit pun dia tidak
bersuara selagi cerita Aryani belum habis. Dia hanya merenung perempuan
didepannya, jauh disudut hatinya ada rasa kecewa bila mengetahui Aryani sudah
berkahwin selama ini.
“
saya mintak maaf sebab tidak berterus terang, kerana sebelum ini kami berdua
memang bekerja jarak jauh, tapi bila ada peluang untuk kerja bersama. Saya
terpaksa buat pilihan untuk berhenti.” Kata-kata akhir selepas penat
mereka-reka cerita tentang kebahgian dia dan Karl.
“I have no idea..but what can I say. Its your
choice. I only can wish you good luck” Hakim cuba menutup perasaannya yang
kecewa.
“
bertuah suami you dan I happy melihat kebahgiaan you Aryani” Hakim memberi senyuman yang
dipaksa bagi mengaburi perasaannya pada Aryani.
Aryani
berjabat tangan dengan Hakim tanda terima kasih kerana sudi memberi dia peluang
untuk bekerja disyarikat ini. Satu nafas lega dilepaskan Aryani, selepas ini
hanya tinggal perkara dia dan Karl sahaja.
Sejak
Karl tidak mengizinkan Aryani menunggang motosikal, dengan relanya Karl menjadi driver Aryani untuk ke pejabat.
Sekiranya Aryani lewat, Karl sanggup menunggu berjam-jam asalkan Aryani pulang
bersama dengannya. Wah..gigih Karl memenangi hati Aryani. berbaloi tak rasanya?
Aryani
melihat Karl menunggunya didalam kereta, Aryani berjalan ke arah kereta.
“Penat
sayang?” Karl memandang Aryani yang kelihatan keletihan.
“tak
adalah..biasa je”
Karl
meneruskan pemanduannya tapi bukan untuk balik kerumah. Dia ingin membawa Aryani
berjalan-jalan membeli-belah.Aryani yang asyik melayan perasaan mula rasa lain,
kerana perjalanan ini bukan menghala ke rumah. Mana pulak Karl ni nak pergi?
“
kita nak kemana..” Aryani terus meyoal.
“
jalan-jalan” hanya senyuman terukir di bibir Karl.
“
abang dah lama cuti..tak apa ke? Tak ada kerja?” Aryani berasa hairan dengan Karl.
Sudah lama dia hanya duduk rehat di sini, tak perlu masuk ke pejabat ke? Siapa
yang tolong papa handle syarikat?
Karl
hanya memberi senyuman pada Aryani, tiada niat untuk menjawab soalan Aryani.
Karl
dan Aryani memasuki mall City Plaza dan
berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Aryani hanya mengikut langkah Karl, tangannya
sudah dipegang erat oleh Karl. Diheret Aryani berjalan bersama denganya.
“
kita nak cari apa sebenarnya..” Aryani mula terasa penat.
“ sayang penat? Ok last, kita masuk kedai handphone
depan sana tu.” Aryani menangguk perlahan.
“
Give me this phone, yup. How much?” Karl
leka memilih.
Aryani
hanya memandang gelagat Karl membeli handphone
baru. Haih..asal bergaya ye tak?..
Karl
memegang tangan Aryani semula sebelum mereka berjalan keluar dan pulang
kerumah.
Sampai
dirumah, Aryani meletakkan bag didalam bilik dan ingin ke dapur untuk masak
makan malam tapi ditahan Karl “ malam ni sayang tak payah masak..kejap lagi
abang beli aje.. take your rest ok?”
Aryani
hanya diam, makin hari sikap Karl makin pelik. Kenapa Karl terlalu baik
sekarang ni? Aku tak boleh biarkan semua ni terjadi, aku perlu mintak cerai
sebelum aku menaruh harapan. Nanti kecewa sendiri, sebab aku tak tahu apa niat Karl
sebenarnya. Tak mungkin benda yang dah dibuang, akan dikutip balik.
Aryani
duduk menonton televisyen selepas mandi, hanya Karl yang belum sudah lagi
mengemas meja makan. Bila Aryani hendak tolong mengemas juga Karl bekeras tidak
mahu dibantu.
“
sayang tengoklah handphone abang beli tadi” Karl menghulurkan bag plastik pada Aryani.
Muka
Aryani terpinga-pinga,” bukan ni handphone abang ke..saya tak..” belum sempat Aryani
menghabiskan ayat Karl sudah menyampuk “ abang beli untuk sayang lah..lepas ni
senang lah kita nak whatsapp” Karl
tersenyum senang.
“nak
whatsapp apa..kita satu rumah kot.” Aryani
mengeleng kepala.
“
sekarang..lepas balik KL abang akan mula busy
dengan kerja, so abang mesti rindu dengan isteri abang ni.” Karl mengusap pipi Aryani.
“
err..abang, saya ada benda nak cakap..” Aryani memberanikan diri untuk berbincang
sementara ada peluang ini.
Karl
mengangkat kening memberi peluang Aryani bercakap.
“
sebenarnya..saya rasa abang tak perlu susah-susah untuk semua ni, lagipun saya
tak rasa nak pindah ke KL semula. Saya dah fikir panjang dan semasak-masaknya
untuk kita berpisah. Saya tak tahu apa motif abang datang dan kembali pada saya
setelah apa yang jadi di lobi dan sebelum-sebelum tu lagi. Sumpah! Saya
langsung tak faham kenapa saya terlibat dalam kehidupan abang. Saya cuma nak
cari life saya sendiri. Tu je..saya
harap sangat abang faham, saya tak kesah kalau nak diceraikan dan tak pernah
letak harapan kita akan bersatu pun” Aryani melepaskan perasaan lega kerana
berjaya meluahkan perkara yang sudah lama dipendam.
Karl
merenung Aryani, tidak ada reaksi ingin marah atau mahu membalas setiap
kata-kata Aryani. Suasana jadi senyap antara mereka kemudian Aryani tunduk
kebawah kerana takut melihat muka Karl bertukar wajah sebentar lagi.
Jangkaan
Aryani meleset apabila Karl beralih posisi memandang ke arah televisyen dan
menonton cerita seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Aryani
bingkas bangun dan masuk kebilik untuk tidur. Memberi ruang pada Karl untuk
berfikir tentang percakapannya tadi.
Keesokan
nya dipejabat, Aryani sibuk membuat
persiapan untuk call conference meeting bersama
client tengahari nanti. Encik Hakim
turut membantu kerana selepas ini tidak ada lagi khidmat dari Aryani. Tempoh
sebulan yang diberi pun sudah semakin hampir.
Karl
sedang menanti kelibat Aryani turun untuk makan tengahari, tapi kenapa sudah
hampir pukul2 petang susuk tubuh Aryani langsung tak kelihatan. Dia sabar
menanti Aryani untuk makan tengahari
bersama. Dia ingin Aryani tahu yang dirinya tidak mudah berputus asa dan
percakapan Aryani semalam langsung tidak di ambil kesah.
Dari
jauh Karl melihat Aryani berjalan berdua dengan seorang lelaki yang agak segak
orangnya. Karl memerhati kemesraan Aryani dengan lelaki itu, siapa? Marah Karl
mula meluap-luap. Kesabaran dan kasih sayang yang diberi tidak dihargai Aryani
kerana ini puncanya.Patut Aryani beriya-iya meminta cerai, Karl sudah hilang
sabar. Dia tidak akan biar maruah dan haknya sebagai suami dipijak-pijak
seperti itu.
Walau
dia pernah menyakiti Aryani, tapi Aryani tidak ada hak untuk melakukan dia
sedemikian. Selagi status dia isteri kepada Karl Iskandar Ukasyah.Karl terus
memecut keretanya laju.
“
haih.panjang pulak pertanyaan mereka tadi ya, sampai kita dah lambat untuk
lunch. lapar dah ni ” Hakim menyedut air sirap didepannya.
“
tak apa lah encik hakim, janji kita dapat semua contract tu. ” Aryani tersenyum
senang kerana kerja keras yang dilakukan selama ini membuahkan hasil.
Best sangat-2 tq nak boleh.
ReplyDeleteAgen Bola Online & Casino Online Terpercaya
ReplyDelete1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
-----------------------------------------------------------------------
- Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
- Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
- Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
- Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
- Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
- Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
- Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
- Bonus Cashback Sportbook 5%
- Bonus Cashback Sabungayam 5%
- Bonus Referall 2% Semua Game
- Bonus Referall 1% dari member Togel
Contact Us Now :
Livechat Casinobet77
whatsapp : +85599495431
PIN BBM : D6235F1C
Wechat : casinobet77cs1
Line : casinobet77
skype : casinobet77
Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny