Thursday, 4 October 2012

Sekali Dapat!... : Bab 6


Mata Aryani masih meneliti susuk tubuh itu dari bahagian belakang. Bila sahaja muka orang yang diperhatikan berpaling….ya allah,Angah?? Aryani pasti..dia mesti bercakap dengan angah. Ada ke patut angah berjudi, banyak ke duit angah?
“err..karl saya nak pergi wash room please” aryani meminta izin karl. Bukan nak tunjuk sopan tapi nak lepaskan pegangan mr.0ksigen ni hah.
Karl mengangguk dan menunjuk arah wash room. Karl masih berborak dengan mr.tan tapi mata dia memerhati susuk tubuh aryani yang berjalan jauh dari nya.


Mata karl menjeling-jeling aryani keluar dari wash room. Aryani masih belum muncul-muncul. Karl tenang menanti.

Tak lama kemudian Aryani keluar dan matanya mencari seseorang. Pandangan Aryani bertembung dengan Angah. Muka angah nampak terkejut dan mula melangkah menghampirinya. Karl yang dari tadi menjadi pemerhati setia masih tenang melihat Aryani berbual dengan seorang lelaki yang baru menghampirinya.

Dia melihat aryani sedang bercakap dengan lelaki itu. Siapa dia? Aryani kenal atau dia nak pancing2 je ni? Karl sudah berteka-teki sendiri.
Karl yang sedang duduk santai terus bangun dan berjalan ke arah aryani, apabila lelaki itu cuba mencapai tangan aryani. Tapi karl lebih pantas. Dia terus menarik tangan aryani ke dalam genggamannya. Mata dia memandang wajah lelaki yang berdiri didepannya, lelaki itu kelihatan terkejut melihat karl muncul dengan tiba-tiba. “excuse me” Karl terus membawa aryani keluar dari Casino.



Di dalam kereta karl hanya mendiamkan diri., aryani tak berani bersuara. Teringat semasa karl menarik tangan untuk masuk ke kereta.

“What are you thinking you are doing?!”  anak mata dia tajam menusuk biji mata aku. Laju tangan aku di tarik masuk ke dalam kereta.

Treeetttt!!..
Bunyi tayar bergeser dek kerana  kereta karl tiba-tiba brek di bahu jalan. Aryani semakin gementar, dia hanya menunduk tidak berani untuk memandang karl. Terdengar nafas karl yang sedang mendengus kasar.
“ siapa laki tadi? Kenapa awak boleh diam je?awak tahu tak bahaya! Awak tak kenal perangai orang dalam tu! Dah tak reti nak lari dekat saya?” soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut karl.

“sa..sa..saya….” aryani tergagap nak jawab…takot ayat yang disusun menambah kan
api yang sudah menyala.

“awak datang dengan saya, so awak tanggungjawab saya! That’s so simple miss  Aryani, susah sangat ke nak paham???” suara karl sudah bergema di dalam kereta.


Aryani memberanikan diri “maaa..aff..encik” aryani paling memandang Karl, sedar dia sudah tersalah cakap. Mati la kau Aryani!
Tepat jangkaan Aryani, api kemarahan sudah semakin panas….
Karl dekat kan muka dengan aryani..rapat..seinci lagi nak bertemu. Aryani cepat-cepat mengalih pandangan. Tunduk.
“look at me!” suara karl keras dan tegas.
Aryani menahan airmata yang sudah mula mahu mengalir.
Karl terus memegang kedua-dia pipi aryani dengan sebelah tangan, “ I already warning u!”

Aryani ingin bercakap sesuatu, tapi belum sempat dia teruskan bibir Karl melekap di bibir Aryani. Di jamahnya sepuas hati seolah-olah melepaskan geram.
Airmata aryani semakin laju turun ke pipi, walau dia cuba menolak tangan karl berulang kali, tapi gagal. Kali ini kedua-dua belah tangan karl sudah memegang pipinyadengan lebih kemas.


Setelah agak lama baru Karl melepaskan Aryani sambil berpesan a.k.a amaran keras
“lepas ni dah tahu kan nak panggil saya apa?” hanya tangisan yang mampu aryani lepaskan. Sepanjang perjalanan karl hanya diam dan kedengaran sendu sisa-sisa tangisan aryani.



Di rumah, selepas mandi dan bersolat Aryani termenung jauh memikirkan kejadian tadi. Malang sungguh nasibnya, Karl sungguh tak berhati perut. Sikit pun tak beri kesempatan untuk dia menerangkan siapa lelaki tadi. Hanya salah memanggil pun dia di buat sebegitu rupa. Sudah hilang  rasa harga dirinya pada Karl barangkali.Aryani terlena dengan kesedihan yang di tanggung sendiri.
Keesokan pagi Aryani bersiap seperti biasa, terasa tawar hatinya untuk ke pejabat. Malas sungguh untuk bertembung dengan Karl. Tapi nak tak nak dia mesti jugak jumpa, kerana projek dengan Gamuda Holding sudah mula hari ini.



Aryani sampai di pejabat dan hanya duduk di dalam bilik. Sarapan pagi pun hanya di dalam bilik, tidak seperti selalu duduk di pantry bersama Nazira.
Aryani memulakan kerja seperti biasa, dia takkan campur adukkan masalah peribadi ke pejabat.

Tiitt!! Intercom aryani berbunyi.
“ aryani, please come here” suara karl.
“yes sir” aryani melangkah keluar.

Tuk! Tuk!
Setelah mendengar arahan masuk, aryani berjalan dan duduk menghadap karl tapi matanya hanya tunduk melihat buku nota yang dibawa.
Karl hanya memerhati aryani yang sedang memegang pen seolah-olah bersedia untuk menyalin nota arahan darinya.

“please put all design and idea in one file with the sample. It should ready by today.” Karl bangun dan berdiri di belakang kerusi aryani melihat nota yang disalin. “ then compile all the details too, you can get from the analysis department. That’s all”
Aryani bangun dan ingin terus keluar tapi karl memaut lengannya.

“ encik karl, we are at office, so please” aryani cuba mengingatkan Karl.
“yes, I know. Dah lupa? Only you and me right now” suara karl berbisik.
“maaf karl, ada apa-apa lagi?” malas aryani nak melayan sikap karl.
“ no..you can go. We lunch together” karl melepaskan lengan aryani.



Sebelum tengahari Aryani sudah keluar dari pejabat, sengaja dia lari dari karl. Semua appointment client di tukar pada hari ini. Biarlah Karl tertunggu-tunggu yang pasti dia tidak janji apa-apa.


Masuk tengahari…..

Aryani melihat handphonenya, ada 10 misscall dari Karl dan dua mesej.

Mesej pertama:

“ where are you, dah lupa kita lunch sama hari ni”

Mesej kedua:

“ Aryani, jangan ingat senang awak nak lari-lari macam ni”



Aryani mengeleng kepala, serabut dia dengan sikap Karl, kenapa hanya dengan dia je yang karl nak makan sama.
Selepas semua kerja luar siap, aryani pulang ke pejabat lewat petang. Dia terus masuk ke bilik untuk menyimpan fail client yang dibawa bersamanya tadi. Aryani sudah bersiap untuk pulang, tapi niatnya terbatal apabila Karl berdiri tegak di pintu.
Aryani buat-buat tak kesah, dia terus hendak berjalan keluar.
“ dah siap fail yang saya mintak tadi?” karl bersuara tenang
Aryani menepuk dahi, betul-betul dia lupa fail yang diminta karl tadi.
“ awak boleh tukar date appointment dan tak siapkan apa saya mintak??” suara karl sinis. Karl meminta Nazira memeriksa jadual Aryani pada hari ini. Apa yang Nazira pasti sepatutnya kosong tiada temujanji di luar. Tapi semuanya sudah ditukar oleh Cik Aryani sendiri.

“maaf,saya siapkan sekarang, esok pagi saya pastikan ada atas meja” aryani meletakkan semula barang dan duduk menghadap pc.

“ no..awak tak buat dekat sini” Karl terus mengambil handbag aryani dan membawa keluar dan berpaling “ I said now, so please follow me” karl masuk ke biliknya.


Karl memaksa Aryani membuat kerja di bilik Karl, alasannya supaya dia mudah memantau kesilapan Aryani. Ini semua untuk mengelak lewat menghantar kertas kerja kepada Tan Sri.
Aryani hanya mengikut kehendak Karl, otaknya hanya fokus untuk menyiapkan kerja secepat mungkin, malas hendak duduk lama dengan Karl di pejabat.
Sambil Aryani menaip memandang skrin laptop, sempat dia memandang curi wajah Karl. Tipu la kalau cakap dia tak rasa apa-apa. Dia hanya manusia biasa dan sama seperti perempuan lain, perlukan perhatian tapi sebolehnya bukan dengan Karl.  Andai ada ruang dia akan cuba mengelak dan menepis segala kemungkinan.  Dia akui Karl memang mengambil berat tentang dirinya, cuma Karl cukup tegas.
Aryani melepaskan sesak nafas di dada bila semua kerja sudah siap. Dia merengangkan otot badan, sesungguhnya dia cukup penat hari ini.


Aryani hanya mendiamkan diri ketika di dalam lif, segala pertanyaan Karl hanya di jawab dengan geleng atau angguk sahaja.
“ are u ok? Karl mula tak senang melihat keadaan Aryani.
“ yeah, ok. Mungkin penat sikit” aryani jawab acuh tak acuh.

Aryani meminta diri dan terus menaiki motor meninggalkan Karl yang terus memandang kelibat Aryani sehingga hilang dari mata.



Selepas mandi dan solat Karl duduk termenung di balkoni, memikirkan sesuatu yang dia sendiri tak pasti. “ cinta ke aku pada dia” karl mengeleng..” tak mungkin dan tak semudah tu aku jatuh cinta pada perempuan” tangannya meraup muka supaya dapat menghilangkan serabut di kepala.

Tergiang-ngiang sindiran mama tempoh hari, seperti memahami pelusuk hatinya yang sudah mencintai seseorang, tapi di luaran dia tolak mentah-mentah kerana ego yang memegang prinsip perempuan itu berbisa!


Aryani membelek-belek diari hariannya, sekeping gambar di tarik dari helaian buku. Gambar dia dan baba. Sesungguhnya itu la semangat yang dia ada. Sewaktu gambar itu di tarik sekeping gambar lain jatuh. Dia terpana, gambar dia dan Karl ketika majlis perpisahan Puan Hirma. Baru dia teringat masa Puan Hirma serahkan gambar ni, dia terus selitkan dalam diari harian. Dengan itu juga , aryani perasan ada satu nota kecik di tampal pada helaian belakang. No telephone karl! baru aryani teringat dia ada simpan nombor yang di tinggal Karl di atas meja tapi dia terus menampal disitu supaya tidak hilang. Akhirnya dia terus lupa.

“Subhanallah…” aryani mula rasa bersalah dengan Karl. Kesian pada karl kerana terpaksa berdepan dengan sikap sambil lewanya terhadap perkara kecil sebegini.

Gambar Karl diselit kan semula dalam helaian kertas, baginya biar la ia disimpan dalam dairi harian kesayangannya itu. Karl adalah laki kedua memberi perhatian padanya, yang pertama tentu lah arwah baba.

Telephone aryani bergetar dan tertera di skrin nama fatin.
“ waalaikummussalam’ Aryani menjawab salam.
“ nak tidur dah ke? Sorry ye pasal batalkan plan kita untuk berjimba tu.” Fatin rasa bersalah.
“ eh tak pe, dulukan mana yang patut, tapi next time kita boleh pergi kan? Saya nak jugak pergi berjimba kat Air terjun tu..hehe” aryani saje mengusik fatin.
“hahah..boleh-boleh, tapi dengan pelampung la ye?” sengaja menyindir aryani yang tak tahu berenang. Fatin dapat tahu pun sebab aryani mengaku awal-awal pada malam sebelum hari yang di plankan. Aryani takut Fatin akan paksa dia berenang bila sampai sana.

“haha..ok la fatin, saya dah mengantok..nanti kita chit chat lagi, bubai” klik!
Aryani meletakkan telefon di sisinya.


Karl terjaga dari tidur, aneh kerana dia  mimpikan wajah Aryani, dia melihat jam tepat pukul330 pagi.
Dia beristighfar untuk meredakan jiwa nya yang sedang berkecamuk. Di dalam mimpi itu Aryani semakin pergi jauh, Karl tidak sempat menahan kerana cukup susah dia ingin menjerit. Suaranya tidak mahu keluar dari anak tekak.
Setelah berasa tenteram, karl terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk


“ assalammualaikum warramatullah..” karl memberi salam dan duduk berteleku di atas sejadah. Dia memohon pertunjuk kepada Allah s.w.t. Karl mengharap solat istikarah pada tengah malam ini akan membantu dia membuat keputusan. Insyaallah!

3 comments: