Lulu duduk sendirian di ruang tamu, cuti sakit yang
diberi doktor selama 1 minggu membuatkan dia mula terasa bosan yang amat.
Selama dia berehat dirumah, Ida yang menjaga makan dan minumnya, kelibat Putra
langsung tidak kelihatan selepas menghantar dia tempoh hari.
Lulu membelek-belek kakinya yang sudah beransur sembuh,
dia sudah boleh berjalan cuma masih ada sisa-sisa sakit yang dirasakan. Esok
dia sudah boleh masuk ke pejabat, dan sudah pasti bertimbun kerja diatas mejanya.
“ Taufiq…” Airmata Lulu masih deras mengalir, dengan
sabar dia menanti jawapan dari lelaki didepannya.
“ nah barang awak.”sikit pun Taufiq tidak memandang ke
arah Lulu.
“ Terima kasih untuk segalanya..terima kasih sangat..”
dengan langkah yang berat Lulu berjalan meninggalkan Taufiq. Airmatanya gugur
sekali lagi..hatinya hancur berderai dengan perpisahan ini. Hatinya bagai
diragut dengan kasar.
Lulu berjalan keseorangan di dalam hujan, ke mana arahnya
dia pun tidak pasti. Apa yang dia perlukan diketika ini ketenangan dan mengubat
hatinya yang cukup terluka. Pedihnya bagai disiat-siat. Ya allah, berikan aku
kekuatan!
Tangisan dalam mimpinya tadi membuatkan Lulu tersedar
dari tidur. Matanya basah dengan airmata. Mungkin dia terbawak-bawak dengan
mimpi. Lulu beristighar beberapa kali, kenangan itu sering menganggu jiwanya.
Sampai bila dia pun tak pasti, sakit di hati tidak sekali pun pernah hilang.
Lulu melihat sekeliling, dia terlelap selepas asyik
berfikir tentang kerja tadi. Inilah padahnya kalau tidur siang,mimpi yang
bukan-bukan.
Kemudian dia bingkas bangun masuk ke bilik, dari tidak
berbuat apa-apa baik dia menyiapkan pakaian untuk ke pejabat esok. Dia tidak
boleh duduk sendirian tanpa berbuat apa-apa, pasti otaknya berfikir tentang
sejarah yang lepas. Dia perlu menyibukkan dirinya untuk mengelak terus berfikir
benda yang tak mendatangkan faedah.
Dengan perasaan yang teruja Lulu melangkah masuk ke pejabat,
rindunya kepada kerja membuak-buak. Langkahnya di atur perlahan-lahan, kakinya
masih belum baik sepenuhnya.
“morning Sakinah” Lulu tersenyum bila melihat wajah
Sakinah.
“Cik Lulu dah sihat?” Sakinah memandang kaki Lulu yang
tidak boleh berdiri seperti biasa.
“ almost..dont worry”
“ Cik Lulu, apa-apa just panggil saya” timbul perasaan
kasihan melihat keadaan Lulu.
Lulu tersenyum puas bila duduk dikerusi yang sudah
ditinggal selama seminggu. Dia melihat fail-fail yang masih belum di periksa.
“dah agak..mesti bertimbun” Lulu mengomel sendiri.
Sudah beberapa hari Lulu mula bekerja seperti biasa,
kakinya juga sudah sembuh sepenuhnya. Lulu kembali melakukan rutin hariannya,
dan Lulu mula perasan dia masih belum berjumpa dengan Dato’ Haji Kamarul. Dia menghampiri
pintu bilik sebelum memasang niat untuk mengetuk pintu. Entah kenapa hatinya
berdebar-debar, perasaan aneh mula timbul.
Dengan tidak disangka-sangka bahunya disentuh oleh
seseorang.
“aa!” Lulu menjerit kerana terperanjat.
“ eh sorry!” suara garau lelaki itu berbunyi
serba salah.
“ awak??” Lulu benar-benar tak percaya dengan
apa yang dilihatnya sekarang.
Putra hanya balas dengan senyuman. Lulu
mendengus kasar,segera hendak berlalu dari situ. Tapi langkahnya terbantut bila
Dato’Haji Kamarul muncul secara tiba-tiba.
“ Lulu, long time I not see you. How your
leg?”Dato Haji Kamarul mendekati Lulu yang sudah keras disebelah Putra.
“ I’m fine Dato’” Lulu memaniskan muka untuk
menutup marahnya pada Putra tadi.
“ come, we need to talk” Lulu hanya mengekori
Dato’ Haji Kamarul memasuki biliknya. Putra turut mengikut langkah Lulu.
“ Lulu, after this I will not handle this
company anymore. Someone will take this responsibility. Dah sampai masa saya
berehat,tapi jangan risau saya masih akan pantau sekali sekala.”
Lulu hanya mengangguk,walaupun berat hendak
terima tapi apa yang dia mampu buat. Dia hanya kuli bukan siapa-siapa pun, so
redha je la..
“ Arman akan mengambil alih tugas saya.”
Terdengar sahaja nama itu, Lulu terus
memandang Putra yang duduk di sebelahnya. Bibir Putra mengukir senyuman,jauh di
dalam hatinya dia sedang menahan gelak melihat reaksi Lulu.
“ saya perkenalkan Syed Arman Putra anak kepada Tan Sri Haji
Mukhris.” Dato Haji Kamarul memberi isyarat kepada Putra untuk berjabat tangan.
“ er..nice
to meet you” nak tak nak Lulu terpaksa jua menyambut salam yang dihulur.
“Arman, please jaga business pak ngah ye. Dah
masa pak ngah kena rehat macam papa kamu sekarang.”
Putra mengangguk tanda faham tanggungjawab
yang bakal disandang.
“Pak Ngah??” Lulu bermain kata sendiri, “
Dato’ ni pakcik dia??”
Sudu ditangan laju mengacau air milo yang
baru di bancuh dengan air panas. Lulu belum habis berfikir bagaimana die hendak
bekerja di bawah Putra. Mungkin selepas ini dia akan lebih kerap bertembung
dengan Taufiq. Mampukah aku untuk berdepan dengannya??
“Cik Lulu, Encik Arman cari” suara Sakinah
mematikan lamunan Lulu sebentar tadi.
“ er..ok2. ish..asyik cari aku je” Lulu
merungut sendiri. Entah kenapa dia rasa kadang-kadang Putra macam sengaja
mencari alasan untuk bersua muka dengannya. Sebelum ni dengan Dato Haji Kamarul
tak ada pun asyik nak berjumpa, cukup seminggu sekali aku perlu update apa-apa
yang perlu.
“ Encik Arman cari saya?” sengaja di sebut
nama Putra seperti itu biar nampak formal sikit.
“yup, sila duduk”
“Cik Asmara…saya..” belum sempat Putra
meneruskan kata-kata Lulu segera menyampuk.
“ call me Lulu.”
“ oh..kalau macam tu panggil saya Putra”
“ encik Arman bos saya,tak manis orang dengar.”
“ So tak salah saya panggil Asmara.”
“ Lulu is my office name..please”
“ as your wish. Ok berbalik dengan niat saya
awal tadi. Saya nak awak ikut saya out station minggu depan. Kita tengok projek
di Pahang. Remember the proposal yang awak reject? That’s project” Putra
sengaja membangkitkan isu itu semula.
“ out station? Sebelum ni Dato tak ada pun
buat macam tu? Lagi pun itu bukan skop kerja saya. I’m not your PA.”
“ just now you said I’m your boss, now why
you refuse to follow my instruction?ok, let me explain. Bukan saya nak sangat
awak ikut pun, tapi client nak berjumpa disana dan I need your expertise untuk
analisis kewangan syarikat mereka disana”
Lulu kehilangkan kata-kata, apa yang Putra
cakap memang benar. Mungkin selama ini segala perbincangan akan di buat disini.
Tapi berkemungkinan juga cara Putra menguruskan business dengan caranya
tersendiri.
“ can you accept?” Putra menanti jawapan dari
Lulu yang diam membisu.
“ baik lah..bila bertolak dan berapa hari
kita disana?” akhirnya Lulu akur dengan permintaan Putra.
“ good, tiga hari dan hari isnin pagi kita
bertolak”
“ baik, ada apa-apa lagi?”
Putra mengelengkan kepala. Lulu bingkas
bangun apabila itu reaksi Putra.
“ Cik Lulu Asmara, I will pick up you
later..ok?thanks. you can go” Putra meneruskan kerjanya di laptop.
“memang poyolah mamat ni” Lulu melepaskan
geram dengan perangai Putra sebentar tadi. Dia dapat merasa Putra seperti
sengaja tapi alasan yang diberi cukup kukuh. Membuatkan Lulu terpaksa akur
walau dia rasa berat hati untuk bekerja dekat dengan Putra.
Pandangan Putra apabila memandangnya cukup
lain, dia tidak tahu apa maksud pandangan itu. Mungkinlah Taufiq sudah
bercerita bukan-bukan tentang dirinya. Ah! masih aku ingat bagaimana rakan
sekelas Taufiq memandang aku di kampus bila cerita fitnah tentang aku mula
tersebar.
Pandangan yang hina itu cukup membuat aku
malu untuk bertembung dengn mereka, apabila berselisih sahaja mereka akan
pandang aku sebelah mata aje, atas bawah di belek diri aku. Betapa peritnya
keadaan ketika itu, aku mula hilang kawan dan orang mula kurang percaya dengan
diri aku. Betapa bodohnya mereka mempercayai kata-kata Taufiq tanpa bukti dan
kenal diri aku.
Oleh disebabkan cerita itulah, mak dan abah
malu dengan jiran tetangga. Aku tak pasti bagaimana cerita aku boleh sampai ke
telinga mereka. Aku kasihan melihat mak dan abah tak pasal-pasal dituduh tidak
pandai menjaga anak perempuan. Mereka dicemuh dan dipandang hina oleh makcik
dan pakcik aku sendiri.
Ada yang mengatakan aku ni memang perempuan
tidak baik, kerana keputusan Taufiq membatalkan kedatangan rombongan meminang
dulu kerana mengetahui perangai aku yang sebenar. Pada awalnya aku tidak boleh
terima dengan semua ni, tapi setelah lama kelamaan aku harungi aku sudah lali
dengan segala hinaan orang.
Di sebabkan ini jugalah aku dan keluarga
terpaksa berjauhan. Mak dan abah tak sanggup hendak menanggung malu, mereka
mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain. Kini mereka menetap di
Brunei mengikut nenek acu,satu-satunya nenek yang aku ada.Disebabkan itu,aku terpaksa
membawa haluan sendiri kerana tidak mahu menyusahkan mereka lagi. Cukuplah apa
yang mereka terpaksa tanggung. Semenjak itu, aku dan mak semakin renggang.
Hubungan kami tidak mesra seperti dulu lagi. Rindunya aku pada mak, tapi aku tidak
boleh membetulkan perkara yang dah berlaku. Tapi aku masih boleh membetulkan
apa yang akan berlaku. Aku menutup pintu hati untuk lelaki, Insan bernama
lelaki cukup sukar untuk dipercaya.
Perubahan aku bertudung bukan untuk
menunjukkan aku seorang perempuan yang baik semata-mata. Tapi semakin aku
dekatkan diri dengan Allah s.w.t hati aku memanggil-manggil untuk bertudung.
Mungkin dengan cara ini aku boleh melindungi diri aku dengan lebih baik lagi.
Telefon Lulu bergegar di poket, membantutkan
lamunannya yang sudah terbang jauh.
Babe,
Aku ada
hal kena balik kampung. Dalam minggu depan aku balik sana..
Kau
jaga diri elok-elok..jangan sakit-sakit lagi.
Muahaha…
~Ida~
Lulu mengeleng kepala, pelik kerana Ida
sering pulang ke kampung. Apa masalah yang sedang terjadi kepada family Ida.
Tak pernah pun dia ceritakan, mana tahu aku boleh bantu. Kampung dia bukannya
dekat jauh nun..kat Kedah sana. Sanggup dia ulang alik sekerap macam ni.
Selamatlah aku kena out station, tak adalah
aku boring duduk sorang-sorang kat rumah. Bagus jugaklah Ida kat kampung tak da
aku dengar suara dia berleter sebab kena tinggal sorang. Minah ni lagi satu,
kalau dia nak kena tinggal mula la mulut itik dia keluar tapi masa dia
tinggalkan aku, aku cool je..haih..
Tanpa disedari Putra sedang asyik memerhati
Lulu yang termenung didepan skrin komputer. Dari awal mengenali Lulu, dia sudah
dapat merasakan ada sesuatu yang menarik perhatiannya dalam diri Lulu. Dia
senang setiap kali memandang wajah Lulu, walau layanan agak dingin tapi dia
masih tidak serik.Tidak pernah sekali pun pintu hatinya terbuka untuk seorang
wanita, perasaan yang dirasai kini sangat aneh.
Putra tersenyum sendiri bila sedar dirinya
yang ibarat orang gila bayang. Dia meninggalkan Lulu yang sedang melayan
perasaan. Dia tidak boleh lama-lama disitu takut Lulu akan perasan
kehadirannya.
Mampukah hati Lulu menerima kehadiran seorang
lelaki didalam hidupnya semula?? Segala yang baik datang dari Nya…subhanallah..
Salam Cik Manggis Manis. Nampaknya Putra dan jatuh cinta pandang pertama dengan Lulu. Tapi Lulu merasakan sebaliknya. Risau plak Taufik dan Raihana memperdayakan Lulu dengan menghasut Putra. Harap dapatlah Cik Maggis Manis update entri selalu ya.
ReplyDeletewslm,
ReplyDeletehai seri ayu n baby mio..
maaf sebab selalu lambat updated entry,
anyway thanks for comment..i will update soon
:D
Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
ReplyDelete1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
-----------------------------------------------------------------------
- Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
- Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
- Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
- Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
- Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
- Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
- Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
- Bonus Cashback Sportbook 5%
- Bonus Cashback Sabungayam 5%
- Bonus Referall 2% Semua Game
- Bonus Referall 1% dari member Togel
Contact Us Now :
Livechat Casinobet77
whatsapp : +85599495431
PIN BBM : D6235F1C
Wechat : casinobet77cs1
Line : casinobet77
skype : casinobet77
Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/
Numpang ya min ^^
ReplyDeleteHANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
Bonus New Member Bervariasi
Bonus next deposit 5%
Bonus rilingan 0,5%
dan masik banyak yang lainnya bossku
Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny