Monday 31 December 2012

Happy New Year!! Semoga  Allah s.w.t sentiasa memelihara dan melindungi kita, insyaallah DIA sentiasa membuka rezki untuk diri manggis dan rakan-akan manggis juga. apa pun peace! :D

Thursday 27 December 2012

Sekali dapat!… : Bab 18


Aryani sedang mengemas rumah, dari pagi dia sudah menyapu dan mengelap lantai dan kabinet. Masa cuti ini lah masa yang dia ada untuk membuat semua kerja ini. Esok sudah hari Isnin, dia perlu melakukan rutin hariannya iaitu bekerja.

Sedang dia mengelap cermin tingkap, dia lihat Karl sudah selesai mencuci keretanya di luar. Melihat sahaja Karl ingin berjalan masuk kerumah, Aryani mula gelisah bila dia masih teringatkan sikap Karl semalam. Sungguh benci bila Karl melayan dia sebegitu.

Ambik kesempatan sungguh!

 
Aryani meneruskan kerja rumahnya tanpa mempedulikan Karl, sakit hatinya masih ada.

Karl terus berlalu memasuki bilik dan keluar dengan tuala di bahu. Nak mandi la tuh..rumah tak ada air-cond memang panas la Mr.0ksigen.

 

“sayang…nanti tolong pindahkan barang abang dalam bilik sayang ye” Karl berdiri didepan bilik Aryani yang separuh terbuka. Dia menjenguk sedikit ke dalam bilik Aryani.

 

“kenapa nak pindah? Bilik tu kan kecik je..sekarang pun dah sempit” Aryani cuba membantah, apa lagi la hal Mr.0ksigen ni nak..

 

“tak kesah lah kecik ke apa..abang tak nak kita duduk bilik asing. Kita dah halal lah sayang..” Karl kelihatan serius dengan permintaannya.

 

Aryani diam seketika, memikirkan apa alasan yang perlu diberi pada Karl. Melihat Aryani yang hanya diam Karl mula mendekati Aryani.

 

“sayang dengar tak?” Karl sudah dekat disebelah Aryani.

“dengar..” suara Aryani takut-takut menjawab bila sedar Karl sudah dekat dengannya.

“ok..good..thank you dear” Karl berjalan menuju ke bilik air.

 

Dalam keadaan yang nak dan tak nak Aryani bergerak masuk ke bilik Karl. Di kumpul kesemua pakaian Karl untuk dilipat, kemudian diangkut masuk ke biliknya sedikit-sedikit. “banyaknya baju Mr.0ksigen ni, patutlah bag dia berat semacam..kalah pakaian yang aku ada” Aryani mengomel sendirian.

 

Sehelai demi sehelai kain dilipat Aryani, disusun rapi dalam almari yang tak berapa nak luas itu. Almari yang hanya memuatkan untuk pakaian seorang sahaja kini sudah jadi almari untuk dua orang. Sikap Karl yang jenis mendesak membuatkan Aryani pasrah je. Selagi tak diikut kehendaknya selagi itulah dia akan mendesak. Selalunya Aryani akan tewas pada permintaan Karl, ada sahaja idea diakal fikiran Karl.

Tangan Aryani masih melipat pakaian Karl dengan teliti supaya mudah dia menyusun didalam almari yang ruangnya amat terhad.Muka Aryani mula terasa kebas bila dia terpaksa melipat boxer Karl yang ada pelbagai jenis. Sungguh dia tak biasa dengan semua ni. Karl masih mengelap rambutnya yang kebasahan, dia hanya memerhati Aryani dari pintu bilik.

 

Kerana paham dengan sikap Karl yang suka mengenakannya, Aryani sedikit pun tidak menoleh pada Karl. Dia tahu pasti Karl hanya memakai boxer dan Aryani segan untuk memandang Karl dalam keadaan ala-ala model boxer tu. Bukan Karl tidak sedar yang Aryani kurang selesa bila dia berkeadaan sebegitu tapi dia sengaja mengusik Aryani. Bila lagi dia nak bermanjakan…dah kata suami isteri.

 

“ Bulan depan abang nak sayang ikut abang balik ke rumah kita ” Karl mendekati Aryani yang dari tadi asyik melipat kain.

“ rumah kita di kuala lumpur ” Karl menyambung kata-kata selepas melihat Aryani masih diam membisu.

“saayanngg..dengar ke tak..” Karl merengek manja bila Aryani masih diam tidak memberi jawapan.

“habis kerja saya macam mana?” Aryani mendongak memandang Karl, bila tersedar keadaan Karl yang seksi Aryani terus tunduk semula. Haishh..apsal la kau pergi gatal pandang dia..

“ besok bagi surat resign..24 hours notice. I will pay if they need gantirugi”Karl jawab selamba sambil mengelap rambutnya yang belum kering.

“tapi..”

“abang nak sayang ikut abang, muktamad!” Karl membangkang keras bila Aryani cuba memberi alasan.

Aryani cukup terasa dengn sikap Karl, siapa dia nak tentukan segalanya. Hanya sebab status dia sebagai suami, dia boleh menentukan segalanya? Aryani menahan sedih didalam hati.

Karl merenung Aryani yang hanya diam dari tadi dan tangannya masih melipat baju. Di perhati susuk tubuh Aryani tanpa berkelip, “ sayangg..dah la, jom tido?”

‘tido sama? Aku tak nak..macam mana ni..’ hati Aryani mula cemas. Dia pasti kalau di tolak macam tu je, mesti Karl naik angin tak tentu pasal. Macam kes tempoh hari.

 

“aa..abang tido dulu, saya nak cuci muka dan gosok gigi sebelum tidur” Aryani memberi alasan yang memang bernas.

“ ok sayang..” Karl sudah dalam posisi yang selesa untuk lena.

 

Hampir 30 minit Aryani duduk di dalam bilik air, kira-kira masa yang di jangka sudah cukup dia keluar dari bilik air dan berdiri didepan pintu. Berfikir untuk masuk atau tidak, tapi yang pasti 99% Aryani memang tak nak masuk ke bilik.

 

Aryani menolak pintu perlahan-lahan, dia memerhati Karl yang sudah lena.

yes..berjaya pun..” Aryani tersenyum suka.

 

Dia berjalan perlahan mendekati Karl, niat dihati untuk mencapai bantal dan tidur di bilik sebelah. Tangannya menarik bantal dengan seperlahan yang mungkin tidak ingin Karl tersedar.

“ nak kemana?” Karl pantas memegang tangan Aryani. Berdengup laju jantung Aryani bila Karl dapat menghidu rancangannya.

“err…” belum sempat Aryani menjawab Karl sudah memberi arahan keras “ tidur sini”

dan menarik Aryani baring disebelahnya.

Aryani terpaksa akur, sebab dah kantoilah katakan, terpaksa Aryani baring dan sengaja membelakangkan Karl, tidak mahu matanya bertemu dengan Mr.0ksigen yang sedang menghadapnya.

“ sayang..tak baik tidur belakangkan suami macam ni..” Karl berbisik perlahan.

Aryani memusingkan badannya menghadap Karl, dengan tangan Karl yang sudah merangkul kemas pinggangnya. Diketika itu Aryani terus menutup matanya serapat mungkin.

 

Aryani masih tidak boleh lena, walau matanya ditutup rapat. Entah kenapa jiwa nya terasa kacau. Mungkin kerana gugup dengan keadaan dimana Karl sedang mendakapnya. Disaat ini, Aryani mengimbas kembali kisah yang berlalu, hatinya masih belum sembuh. Kenapa dia begitu lemah pada lelaki yang berada didepanya. Kenapa dia perlu wujud dalam hidup aku semula. Aryani berfikir-fikir untuk menuntut cerai, ya dia pernah berbincang dengan Karl, dan kata-kata ugutan yang dibalas Karl. Tapi kali ini dia nekad, bila ada masa yang sesuai dia pasti akan cakap dan meluahkan sekali lagi.

 

Bau perfume Karl cukup menusuk hidung Aryani, bau ini sudah cukup sebati dengan dirinya. Aryani masih ragu-ragu dengan sikap Karl, apa tujuan sebenar Karl. Sikap prihatin dan sentuhan dari Karl adakah berdasarkan kasih sayang? Atau hanya pura-pura? Tapi tak mungkin Karl mencintai diri aku yang sungguh berbeza dengannya. Teringat kata-kata herdikan di lobi, aku cukup hina di matanya dan aku langsung tak layak untuknya. Entah lah..macam mana aku nak lari dari semua ni, perlu ke Karl kembali seperti sekarang? Atau aku perlu lari sekali lagi?

 

Puan Umi duduk dibirai katil sambil menatap sekeping gambar arwah suami dan satu-satu anak perempuannya Aryani. Gambar itu diambil ketika hari jadi Aryani berumur lima tahun. Mengenangkan kembali saat-saat dia bersama suami yang dikasihi, terlalu awal dia pergi meninggalkan dirinya, masih belum puas dia hidup bersama.

 

Kasih sayang yang diberi pada Aryani cukup sempurna, hasil didikannyalah Aryani menjadi anak yang baik kini. Tidak seperti kedua-dua anak lelakinya, kerana terlalu mengikutkan sikap iri hati dia sanggup membesarkan anak berat sebelah. Akhirnya anak yang di buang itu yang mengutip dan menjaganya semula. Walau sudah banyak perkara tidak elok dilakukan terhadap Aryani.

 

Semua ini bermula dengan ibunya sendiri iaitu nenek kepada Aryani. Perkahwinan dia dan arwah Baba Aryani cukup membawa kegembiraan sehinggalah kelahiran Aryani. Ibunya mula melebihkan cucu perempuan sulungnya, kerana kepinginan cucu perempuan segala harta dan kasih sayang diberi sepenuhnya pada Aryani.

 

Sehingga ibunya meninggal dunia, tiada satu harta pun ditinggalkan untuknya, malah kesemua harta sudah dinamakan atas nama Aryani. Selama ini arwah Baba Aryani yang menjaga Aryani bila Puan Umi mula membenci anak perempuannya.

Kini harta itu sudah habis dibelanjakan pada anak-anak lelakinya, bila genap sahaja Aryani berumur 21 tahun, Puan Umi telah memaksa Aryani menandatangani surat penyerahan harta kepadanya dan diketika itulah genap 2 bulan Baba Aryani meninggal dunia.

 

Puan Umi cukup menyesali perbuatannya yang tidak matang dan keterlaluan itu, cukup sabar arwah suaminya melayan sikapnya. Baba Aryani memang orang yang cukup baik, sikapnya kini telah tumpah pada Aryani.

Airmatanya tidak henti-henti mengalir bila terkenangkan semua itu kembali, kini dia tinggal keseorangan tanpa anak-anak disisi. Anak yang diberi sepenuh kasih sayang entah hilang kemana disaat dia kesusahan, atas simpati Aryani dia kini masih hidup dengan selesa. Bagaimana keadaan Aryani dia sendiri tidak tahu, sungguh anak perempuannya itu membawa diri selepas apa yang di laluinya.

 

“abang..saya gagal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak terutama pada Aryani, anak kandung saya yang telah saya buang kerana mengikut perasaan cemburu saya hanya kerana harta benda. Saya lupa pada ikatan ibu dan anak, saya lupa pada tuhan, saya cukup menyesal lebih-lebih lagi pada abang. Sabarnya abang hidup dengan saya selama ini, saya tidak pernah menghargai abang disaat abang disisi saya..ampunkan lah Umi abang…Umi berdosa..”

Dicium gambar itu berkali-kali, inilah satu-satunya tempat yang dia ada untuk melepaskan rindu dan perasaan kesal yang ada di dalam hati.

 

Mungkin sudah tiba masanya dia bertaubat atas segala kesilapan yang dilakukannya.

Puan Umi bergerak ke bilik air, untuk mengambil wuduk agar dia mendapat hidayah dan ketenangan selepas ini.

 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

 
 

Aryani masih belum boleh lena, walau mata di katup rapat dia masih tidak mampu tidur. Entah mengapa malam ini segala kenangan yang lalu rancak bermain di kotak fikirannya. Dari tadi tangan Karl masih melingkari pinggangnya, dia berharap Karl sudah lama lena dan ingin mengambil peluang ini untuk mengubah posisi mereka.

 

Tapi masih ada perasaan was-was bila Aryani tidak mendengar hembusan nafas seperti orang yang sedang lena tidurnya. Takkan lah Karl pun belum lena, dari yang dia rasakan Karl tidak bergerak-gerak dari tadi. Argh..mungkin dah tidur lah tu..

 

Aryani mengambil keputusan untuk membuka mata dan melihat peluang untuk lari dari keadaan sekarang ini. Perlahan-lahan Aryani membuka mata, berpinar-pinar pandangnya membuatkan pandangan Aryani kurang jelas apabila membuka mata.

Setelah beberapa saat kemudian, mata Aryani bulat melihat Karl sedang memandangnya tanpa berkelip.

 

Wajah Karl hanya menjarakkan beberapa inci dari wajah Aryani, kedengaran hembusan nafas mereka bersatu. Aryani menjadi seram bila Karl langsung tidak berkata apa-apa, dengan matanya tepat memandang anak mata Aryani.

“aa..bang..kenapa tak tidur lagi?” Aryani memberanikan diri bersuara walau dalam keadaan tergagap-gagap.

Karl masih senyap dan tidak ada jawapan yang diberikan, malah dia terus-terusan merenung Aryani.

Aryani mula rimas dan takut bila Karl berkelakuan macam tu, Mr.0ksigen ni mengigau ke atau dah kena rasuk hantu ni..choi! celuparnya mulut aku.

Aryani tidak boleh tahan lagi, dia mengambil keputusan untuk bangun tidak sanggup bertentang mata dengan Karl lebih lama lagi.

 

Aryani berkira-kira hendak bergerak dan bangun dari posisinya sekarang, tapi Karl terus mengeratkan rangkulannya dan tanganya mula memeluk Aryani agar mereka lebih dekat.

Tindakkan Karl membuatkan Aryani tersentak dan dia terus memandang Karl yang dari tadi merenungnya tanpa beralih sedikit pun.

“aabang..ok tak ni.. sakit la” Aryani mula rasa pelukan Karl terlalu erat.

 

“syhh…abang sayangkan Aryani..sayang sangat-sangat..” suara Karl kedengaran separuh berbisik pada telinga Aryani.

 

Aryani terlopong mendengar pengakuan Karl yang spontan itu. Tanpa dipinta bibir Karl sudah menyentuhi bibir Aryani, kejadian yang betul-betul tak dijangkakan itu membuatkan Aryani tidak memberi apa-apa reaksi. Dia masih tidak percaya apa yang diluahkan Karl dan dia tidak ada kekuatan untuk menolak apa yang dilakukan Karl diketika ini.

 

Malam itu Karl memeluk Aryani seperti tidak mahu melepaskannya, dia ingin hidup bersama Aryani. Dan akhirnya mereka berdua terlena dengan hadirnya mimpi yang indah.

Monday 24 December 2012

25 December,2012

hello,

Manggis nak wish Merry Xmas to all readers yang menyambutnya. Semoga you all happy disamping orang tersayang and make a wish!

Happy New Year too!!

 
2013 just around........count the days~~`

-manggis-

Hati Si bebola Konkrit!


Bab 2:

Selepas sahaja membuat pendaftaran untuk semester akhir, Lulu duduk seorang diri di café.Menunggu Nurul yang masih belum selesai, mungkin ini pertemuan mereka yang terakhir sebelum masing2-masing pergi membuat latihan Industri selama 6 bulan.


Lulu menghirup milo ais yang dibelinya tadi, argh..terasa lega sikit bila anak tekak dibasahkan. Begitu panas cuaca hari ini, pada masa yang sama mata Lulu liar mencari seseorang.Setiap pelusuk tempat di perhatikan, di sini banyak sejarah sudah terukir. Sayu hatinya bila teringatkan Taufiq yang sudah missing in action!


Sedang Lulu asyik melayan perasaan, matanya melihat susuk tubuh seseorang dari jauh. Dia cukup kenal tapi…kenapa…??

Bulat mata Lulu melihat Taufiq dengan seorang perempuan berjalan berpegangan tangan.Lulu bangun dari kerusi untuk melihat dengan lebih jelas, dia pasti dan tak mungkin silap. Itu Taufiq!


Taufiq berjalan dan berselisih dengan Lulu, tapi sikit pun dia tidak toleh kepada Lulu. Bagai dia tak pernah kenal aku, apa maksud semua ni??

Kesedihan Lulu tidak dapat dibendung lagi, dia terus menangis.Jiwa cukup terluka.

 

“ eh lulu siapa perempuan dengan Taufiq tu?” Nurul segera mendapatkan Lulu yang sedang duduk dimeja.

 

“ aa..aku tak tahu, tadi selisih pun dia macam tak kenal aku. Mata dia langsung tak memandang aku.”Teresak-esak Lulu bercakap.Dia sedar semua orang di café memandang ke arahnya.Mana yang menyaksikan peristiwa tadi pasti tertanya-tanya, sudah ramai yang tahu Lulu dan Taufiq adalah pasangan bercinta.Semuanya kerja Taufiq yang menghebohkan kepada semua orang.

 

 Ya allah, kuatkanlah hambamu ini. Ujian apakah yang aku sedang lalui…

Taufiq Al-hakim, namamu sungguh indah disebut. Tapi bila mengenali dirimu yang sebenar itulah perkara yang paling aku sesalkan.

“Sakinah kenapa awak tak beritahu saya yang BERMUDA JIWA anak syarikat SYAF BERHAD?” Lulu rasa sedikit kecewa kerana terlalu ikutkan marah kepada Taufiq,

“ saya pun kurang pasti tentang perkara tu, saya diamkan aje lah. Tapi bila Encik Syed Arman datang sebagai wakil BERMUDA JIWA saya baru tahu.”Sakinah memandang wajah Lulu yang gusar dengan kejadian semalam.

 

“ awak kenal Encik Syed Arman?”

“ sebenarnya saya pernah lihat dia sekali je, masa dia menghantar dokumen persetujuan projek di Pahang.”

“macam manalah saya boleh terlepas pandang semua ni.” Lulu merungut sendiri, Sakinah hanya memandang Lulu dengan perasaan kasihan.
 

“ itulah kau Lulu, ikutkan sangat marah. Tapi aku memang patut marah dengan apa Taufiq buat dekat aku. Bila sahaja dia sebut nama dia Syed Arman Putra Mukhris aku betul tak sangka yang aku dah biadap dengan anak big boss. Habislah aku sebab buat perangai macam tu.” Lulu tak habis-habis memarahi dirinya sendiri.


Handphone Lulu berbunyi rancak, menganggu sedikit fokusnya ketika kerja. Sudah lah hari ini dia rasa stress dengan apa yang berlaku. Ini kira selamat sebab Dato’ Haji Kamarul tak tahu, kalau tahu memang macam peluru perpandu keluar dari mulutnya.


“hello..ermm, nak apa?” Lulu bersuara malas bila dengar suara yang amat membosankan. Siapa lagi kalau bukan si Ida!

“ eh babe, esok macam mana? Aku nak book tiket wayang ni.” Semangat Ida sampai nak book tiket bagai.

“ ermm..kira jadilah, aku pun nak hilangkan stress ni” inilah peluang yang Lulu perlukan untuk mengurangkan tekanan perasaan.

“ cantek! tu aku sayang kat ko, muah!” Ida dah mulakan kegedikannya. Inilah yang Lulu meluat dengan teman serumah sorang ni. Apa punya nasib daaa…

 
Fail tebal di depan mata ditatap sepi, entah mana silapnya proposal ini dikatakan tidak lengkap. Proof apa yang hendak dilampirkan, pelik betul la minah tu..ape kes dia reject benda yang tak masuk akal?


Putra mengomel sendiri, cukup tidak faham apa masalah dengan proposal tersebut. Tapi perasaan lain mula terbit di dalam hati lelakinya. Lulu Asmara nama pun dah cukup weird, mungkin itu sebab dia pun dah tak center. Bibirnya melirihkan senyuman yang penuh dengan seribu makna.Tangannya segera mendial seseorang, dia perlukan pertolongan untuk mencari satu jawapan yang dia sendiri pun tidak pasti.


Muka seposen Ida dah mula nampak bila dia perasan Lulu seperti tidak puas hati dengannya.

“ Lulu, sorrylah..aku pun tak sangka”

“ apalah kau ni, dah la cerita entah apa-apa kau beli, lepas tu sekarang kau nak gerak sebab ‘pokcik’ kau nak jumpa.” Lulu mendengus tidak puas hati.

“ aku janji ni last, lepas ni keluar aku teman kau sampai habis. Ye?Pls..pls” Ida buat muka monyok untuk mintak simpati.

Lulu mengeleng lemah, kenapalah dia boleh dapat kawan macam ni. “ yela, pergilah..aku ok je” akhirnya Lulu mengalah.

“ ok,sayang kat kau Lulu”  Ida pun dengan segera beredar, Lulu hanya memerhati susuk tubuh Ida hilang dari pandangannya.Hati kecil Lulu memang kurang berkenan dengan boyfriend Ida, bila melihat mukanya sahaja Lulu dapat rasa dia bukan lelaki yang baik.


Akhirnya Lulu berjalan seorang diri, dari satu kedai ke satu kedai dia masuk untuk mencuci mata.Ini semua sebab nak buang masa di sini sahaja, kalau nak balik rugilah sebab dah datang lagipun bukan selalu. Kalau dapat shopping ni lagi seronok tak ingat!

Lulu membelek-belek handphone di tangan, tahap bosan melampau bila jalan sorang-sorang ni. Time macam nilah handphone smartphone amat berharga, apa lagi layan game lagi bagus!


“ auch!” terasa wajahnnya tersebam didada seseorang.Bergegar otak sekejap bila kepala mula melayang entah kemana. Digosok-gosok dahi yang terasa sakit.

Lulu mendongakkan kepalanya untuk lihat siapa yang sengal berdiri ditengah-tengah tempat macam ni. Gulp! Tertelan air liur Lulu bila melihat wajah lelaki didepannya.


Mata Putra merenung tepat wajah Lulu, tidak kisah tentang perlanggaran yang baru sahaja berlaku.

“ kenapa berdiri dekat sini?? Ishh…sorry” Lulu terus ingin berlalu.Tak tahan lututnya hendak berdiri didepan lelaki itu.apa lagi cabut!

“ sekejap, awak nak pergi mana?” Putra menahan Lulu yang hendak pergi.

“ saya dah cakap sorry kan? Walau saya rasa awak yang salah berdiri macam patung dekat sini” Lulu semakin lemas bila Putra menahannya.

“ memang saya sengaja berdiri tadi, dari jauh saya dah nampak Cik Lulu jalan dengan main handphone.” Putra bercakap dengan matanya beralih kepada tangan Lulu yang memegang handphone.

“ so?”Lulu buat muka takde perasaan.

Putra tersengih, “ takde apa..nak kemana? By the way you sorang?”

“ ada nampak yang lain ke..sorang je lah”

“ boleh saya jalan sekali” putra mengangkat kening lebatnya yang terukir semula jadi.

“saya nak balik dah..thanks je k” Lulu terus melangkah pergi meninggalkan Putra di belakang.

“ Cik Lulu, wait!” Putra turut berjalan pantas untuk jalan seiring dengan Lulu.

“ ishh..apa ikut orang ni?”

“ jom lah teman saya jalan, saya pun sorang je ni”

“ awak ni sakit ke? Saya kenal awak?Dah jangan ikut saya.”Lulu dah mula panas bila dia melihat Putra seperti tak nak lepaskan dia.

“saya kenal Cik Lulu, orang yang reject proposal saya” Putra senyum bila wajah Lulu berubah mejadi  kelat.

we are not in the office, so please. Kalau awak ikut saya, saya jerit!.Faham?”Lulu terus jalan menjauhi Putra, dia rasa macam nak lari selaju mungkin.Apa punya nasib la boleh jumpa dia dekat sini.adush!

Putra hanya mengelengkan kepala, niatnya baik je. Tapi minah sorang ni lain pulak yang dia fikir. Muka aku ada macam penipu ke? Matanya hanya mengekori susuk tubuh Lulu sehingga jauh dan terus hilang.

“ ishh..laki ni sama je. Pantang nampak dahi licin. Dia dan Taufiq sama je! Tak boleh percaya!”Lulu mula maki hamun, rasa geram teramat sangat pada dua lelaki itu kini. Kenapa aku perlu jumpa dua lelaki ni, arghh!
 

Putra tidak dapat melelapkan mata, kejadian petang tadi membuatkan dia teringatkan wajah Lulu.Dia perasan yang Lulu tidak pernah memandang tepat ke anak mata bila bercakap dengannya. Kenapa dia macam tu. Bila dilihat dari ketrampilannya yang bertudung, dia seorang gadis yang comel.Geli hati Putra bila memikirkan kejadian petang tadi, bukan main lagi garangnya, siap ugut untuk menjerit. Dia sendiri pelik macam mana mereka boleh terserempak hari ni. “Lulu Asmara, wait for my next step..”Putra tersenyum puas.


Lulu mula tak sedap hati bila dia menunggu Ida yang belum lagi pulang kerumah.Tambahan lagi bila dia gagal menghubungi Ida dari sejak petang tadi. Selalunya kalau ada apa-apa dia akan sms..ini tidak langsung senyap je.

Idalah satu-satunya kawan yang dia cukup rapat.Selepas tamat belajar hubungan dia dan Nurul terputus begitu sahaja.Walau matanya sudah mengantuk dia masih menanti kepulangan Ida dan akhirnya Lulu terlelap di sofa.

Keesokan pagi apabila Lulu bangun sahaja dia tercari-cari Ida di bilik, tapi hampa.Memang semalaman Ida tidak pulang.Dicapai handphone dan ada satu mesej belum dibaca.


Babe!

Sorry!

Aku ada hal sikit kat kampung. So aku tak dapat balik 2-3 hari ni.

Take care au!

~Ida~
 

“ kampung? Selalu je ada hal..apa pulak masalah dia ni” Lulu merungut sendiri.Terpaksalah dia duduk dirumah sendirian hari ini.Ingatkan mahu melepaskan geram pada Ida dengan menceritakan kejadian semalam. Tapi terpaksa la postpone sampai next episod.
 

Hari sudah menjengah ke petang, terasa bosan duduk dirumah tanpa ada aktiviti.Nak kemas rumah, semuanya dah kemas. Tak tahu apa hendak dibuat, Lulu tergolek-golek di atas sofa, mencari idea untuk menghilangkan rasa bosan yang melampau.

“ baik aku pergi joginglah. Sihat sikit.”Lulu segera masuk ke bilik untuk menyalin pakaian.

Keretanya menghala ke tasik Titiwangsa, situlah tempat yang selalu ramai je orang.Tak berani Lulu hendak joging di tempat yang sunyi dan tidak ramai orang. Macam-macam kes sekarang ni.Semakin bersemangat dia ingin menukar kasut sukan, bila melihat ada yang sudah berlari-lari anak.” Kan bagus Ida ada..”


Lulu mengelap peluh dimuka, cuaca petang yang agak kepanasan membuat mukanya nampak kemerah-merahan.“ huh..penatnya..baru je lari satu pusingan” Lulu mengeluh sendiri.

Lulu mula berjalan perlahan mencari ruang untuk dia duduk berehat, matanya asyik memerhati orang ramai yang sibuk beriadah bersama keluarga. Terbit perasaan rindu pada mak dan abah,sekian lama dia tidak berjumpa dengan kedua orang tuanya.

“uit..terbukak pulak tali kasut ni” Lulu membongkok untuk mengikat semula tali kasutnya.

Lulu mematikan perbuatannya apabila terpandang sepasang kaki manusia sedang berdiri didepannya.Dia mendongak ke atas dan bulat matanya bila melihat senyuman itu.Again?!!

Saturday 22 December 2012

2013 PROMOTION!




Machine Fountain for Rental
Machine only:
per/day - RM80 ( 1.5kg capacity)
per/day - RM50 ( 0.5kg capacity)

Gold Package:
For 1.5kg Capacity machine
per/day - RM130 ( free 1.5kg Milk choc/white choc/strawberry flavour and biscuits/chopped almonds)
extra chocolate:500g RM10

Silver Package:
For 0.5kg Capacity machine
per/day - RM80 ( free 0.5kg Milk choc/white choc/strawberry flavour and biscuits)
extra chocolate:for 500g RM10

***
Deposit Terms
0.5kg Capacity
- No deposit if the machine will return on the same day.
- return next day RM100
1.5kg Capacity
- Deposit needed RM150
Remarks
- Late return the machine will charge RM10/day
- Deposit will be returned if the machine is delivered in good condition.
- If anything happen to machine deposit will burn.
- Do not wash the machine
Checkpoint to pick up
- will be inform

Order Form Link:
http://simanggismanis.blogspot.com/2012/12/chocolate-stylestick-form.html

Wednesday 19 December 2012

Hati Si bebola Konkrit!


Bab 1:

Sekelip mata perhubungan aku dan Taufiq menjangkau kepada dua tahun. Dengan itu lagi setahun sahaja lagi kami akan tamat pengajian. Sungguh pantas masa berlalu, dan Taufiq ada menyatakan keinginan untuk berkahwin dengan aku bila kami sudah tamat belajar.

Aku masih tidak memberikan jawapan, mungkin bagi aku itu semua hanya rancangan awal. Masih belum ke peringkat yang lebih serius kerana aku masih belum berpeluang berjumpa dengan ibu-bapa Taufiq.

Timbul perasaan ragu-ragu pada Taufiq sebab setiap kali aku mempersoalkan isu ini, pasti ada sahaja alasan yang di beri. Taufiq cukup bijak bila menghilangkan perasaan tidak puas hati aku dengan menunjukkan gambar ibu-bapanya dan adik beradik yang lain. Entah kenapa dengan cara itu aku sudah berpuas hati.

" lulu, kemungkinan cuti pertengahan semester nanti kita akan hantar wakil untuk meminang awak ye" Taufiq tersenyum pada lulu yang kelihatan terperanjat.

" awak serius ke Taufiq? Kitakan baru aje nak mulakan hidup?" lulu meminta kepastian.

" itu semua jangan risau, kita mampu. Yang penting hujung minggu ni kita balik jumpa parents awak ok? Saya nak dorang buat persiapan, sebab kalau dihitung dengan jari cuti semester tinggal sebulan je lagi" lebar senyuman Taufiq memancarkan kegembiraannya.

Akhirnya aku bakal juga berjumpa dengan ibu-bapa Taufiq di cuti semester nanti. Kegembiraan dihati aku sungguh tak terucap, aku tidak memberitahu mak lagi. Ini kerana aku nak mak mendengar sendiri dari mulut Taufiq.

Aku mula sibuk mencari tempat untuk menjalani Latihan Industri, mungkin kerana kepayahan mencari tempat yang sesuai membuatkan aku leka sehingga tidak berjumpa dengan Taufiq lebih dari seminggu. Yang peliknya Taufiq juga tidak menelefon atau menghantar sms bertanyakan khabar. Dia senyap begitu sahaja.

Apabila aku sudah dapat beberapa jawapan yang positif dari syarikat yang aku tunggu, aku cukup merasa lega. Dan masa inilah aku terus cuba menghubungi Taufiq, tapi yang memeranjatkan nombor itu sudah dimatikan. Aku mula merasa hairan, ada sesuatu yang tidak elok terjadikah yang masih belum aku ketahui?

Masih teringat dua hari lepas, aku ada menghantar mesej untuk memberitahu yang aku sudah dapat tempat untuk praktikal kepada Taufiq. Mesej itu masih delivered, aku terus membuang semua andaian buruk aku dan menanti keesokan harinya pula.

Hasil dari perbincangan mak dan Taufiq sebulan yang lepas kini sudah pun tiba harinya. Walaupun hanya ringkas, entah kenapa Taufiq beriya-iya menguruskannya seperti ianya majlis yang besar. Ramai saudara mara dan sahabat handai mak dan abah hadir, mungkin kerana akulah satu-satunya anak perempuan tunggal yang mereka ada.

Hati aku cukup resah, kerana aku tidak dapat menghubungi Taufiq dari semalam. Selepas kes telefonnya di offkan, aku hanya menerima mesej ringkas darinya mengatakan ada hal yang perlu diuruskan. Aku masih cuba ingin memahami tapi kenapa sehingga sekarang aku tidak dapat menghubunginya.

" lulu dah call Taufiq tanya pukul berapa rombongan merisik sampai?" Mak bertanya kepada aku bila sudah ramai tetamu yang hadir.

" mungkin sekejap lagi sampai la kot" tidak sampai hati aku hendak memberitahu yang aku gagal menghubungi Taufiq.

Emak hanya tersenyum dan terus melayan tetamu yang semakin ramai. Aku berdoa kepada tuhan supaya hilangkan perasaan tidak sedap hati ini. Entah kenapa seperti ada benda tak elok akan berlaku. Mungkinkah ada sesuatu terjadi pada rombongan Taufiq?

Kegembiraan dari wajahku kian pudar, dan disaat ini hati aku bertambah sayu bila melihat tetamu yang hadir dari awal majlis sudah meminta diri. Sudah 6 jam aku menunggu rombongan dari keluarga Taufiq tapi hampa. Cubaan untuk menghubunginya pun gagal. Apa maksud semua ni. Wajah mak dan abah sudah berubah, mungkin malu dengan tetamu. Sudah ada bisikkan tidak elok tentang aku, air mata yang mula bertakung masih aku cuba tahan agar tidak menitis keluar.

" Miss Lulu, our client sudah sampai" suara Sakinah mematikan lamunan lulu. Kenangan itu masih bermain dalam ingatannya.

"ok." dicapai fail berwarna merah kemudian Lulu berjalan ke arah cermin yang sudah tersedia disitu. Sengaja diletakkan cermin agar setiap kali ingin berjumpa dengan client disitulah dia akan mencari keyakinannya terlebih dahulu.

" hello, I’m Lulu Asmara, panggil saya Lulu." Dimaniskan wajah untuk lelaki yang berdiri membelakangkannya.

Bila sahaja lelaki itu menoleh, riak wajah Lulu berubah terperanjat dengan apa yang dilihat.

"Taufiq???" nama itu hanya disebut didalam hati.

"wow, its you!" Taufiq menghulurkan tangan untuk berjabat tapi Lulu tidak menyahut. Sengaja di layan begitu. You deserved it!

"you guys dah kenal each other ke?" Dato’ Haji Kamarul mencelah apabila melihat Lulu diam membisu.

"dato’ can I talk with you personally now?" Lulu berjalan menjauhi Taufiq yang hanya memerhati sikap Lulu.

" I can’t work with him" Lulu berterus terang kepada Dato’ Haji Kamarul.

" Lulu, you cannot do like this, His our client. Please professional Lulu, one more thing, he just replaces somebody that should be come but he can’t make it. Only for today. ok" Dato’ Haji Kamarul menerangkan situasi sebenar kepada Lulu.

" baiklah" Lulu terpaksa akur.

" shall we?" Dato’ Haji Kamarul membawa Taufiq dan Lulu ke bilik mesyuarat.

" kenapa mesti kau Taufiq?!" Lulu mejerit didalam hati, marahnya pada Taufiq tidak pernah hilang.

 

Sepanjang berbincangan mereka Lulu lebih banyak mendiamkan diri, dia hanya bersuara bila Dato’ Haji Kamarul meminta meneliti akaun syarikat yang diwakili Taufiq. Dari situ hanya beberapa soalan yang ditanyakan Lulu kepada Taufiq.

Mata Lulu sikit pun tidak memandang ke arah Taufiq, menyampahnya kepada Taufiq kalau diikutkan hati mahu sahaja dia hentak atas meja ni.

" ok, thanks for coming Mr. Taufiq" Dato haji Kamarul berjabat tangan dengan Taufiq.

Lulu sudah hilang kemana, selesai sahaja perbincangan tadi dia terus meminta diri untuk keluar sebentar tapi sampai kesudah lesap.

Taufiq seperti mecari-cari Lulu, tapi disebabkan Dato’ haji Kamarul memandang ke arahnya, dia belagak seperti tidak ada apa-apa.

" ok Dato’, thanks!" Taufiq melangkah keluar dari pejabat dan mengeleng kepala. Dia turut sama sekali tidak sangka akan berjumpa Lulu hari ini. Peristiwa dia dan Lulu sudah lama berlalu. Kenapa kau muncul semula??

" apa semua ni Lulu?? Mak malu tahu tak? Mana Taufiq?!" jerkahan mak membuat aku terus menangis. Kenapa aku yang dipersalahkan ?

" awak tu sabarlah, cuba tanya lulu elok-elok" abah cuba menenangkan mak yang sudah hilang pertimbangan.

Penantian berjam-jam membuatkan mak mula hilang sabar, semua tetamu sudah pulang. Tapi kelibat rombongan Taufiq masih tidak kelihatan. Malunya muka mak dan abah tadi cukup aku faham dan betul-betul mengores perasaan aku juga.

" sh..sh..sebenarnya Lulu pun tak tahu abah, dua tiga hari lepas Taufiq cakap segalanya ok. Tapi dari semalam Lulu tidak dapat menghubungi handphone dia." Teresak-esak aku menerangkan kepada mak dan abah.

" Lulu rasa dia cuma permainkan Lulu, apa yang terjadi hari ini cukup memalukan mak dan abah, tapi lulu paling malu mak..abah" aku terus meluahkan rasa.

 

"kenapa Taufiq buat macam ni? Bukan Lulu baru kenal dia tapi dah bertahun? Apa punca dia?" mak sungguh tidak berpuas hati.

" lulu tak tahu, tapi sejak dua menjak ni memang Taufiq nampak lain, bila ditanya dia cuma cakap dia ada hal yang nak diselesaikan. Lulu ingat dia busy buat persiapan" makin mencurah-curah airmataku mengalir dipipi.

" Hati lulu hancur mak…maruah Lulu dipermainkan" tersedu-sedu aku meluahkan rasa sedih yang sungguh perit rasanya.

Melihat keadaan aku, mak terus memeluk aku erat. Aku membalas pelukan mak dan berharap akan ada kekuatan untuk aku hadapi semua ini.

 

" oit mokcik, apa yang kau menung kan tu? Jangan cakap kau ada boyfriend baru?meh cite kat aku" Ida terus mengusik teman serumahnya. Kuat menung lah minah sorang ni.

"ishh kau ni, takde benda lain ke..aku fikirkan hal pejabat. Tu je" Lulu cuba menutup perasaan sebaknya yang mengimbau kisah lepas.

" yela tu..eh, sabtu ni kau kerja ke?jom lah kita hang out, lama dah tak kuar berdua kan?" Ida membuat muka gediknya.

" lama sebab kau busy dengan ‘pokcik’ bukan salah aku." Lulu mencebik, malas nak layan kerenah si Ida ni.

"alah jom la.."

"Jumaat nanti aku confirmkan..tapi jangan mengharap sangat.." Lulu mengelengkan kepala bila Ida tersenyum lebar.

 

 

Dipejabat Lulu tidak boleh fokus membuat kerja, asal nampak sahaja nama syarikat BERMUDA JIWA hatinya mula marah. Ada sahaja silap yang hendak dicari dalam buku perakaunan syarikat ni. Tambahan pula setahu dia ini syarikat tempatan yang baru hendak mula,bertapak.

"Nak sangat kerjasama dengan syarikat aku berkerjakan, tak semudah tu akan aku luluskan. " lulu membebel pada dirinya sendiri.

" busy ke bro?" Putra berdiri di pintu bilik Taufiq.

" boleh lah, sampai datang ke bilik aku ni, kenapa?" Taufiq pelik dengan partner dia yang sorang ni.

Lain dari anak orang kaya yang pernah dia kenali. Walau datang dari keluarga yang berduit, lifestyle dia cukup simple dan paling tak boleh diterima sikap rendah diri. Bagus betul didikan parents dia. Disebabkan perangai itulah,Syed Arman Putra Mukhris sungguh dihormati dan disenangi staff-staff nya sendiri.

 

" tak adalah, aku dapat faks ni, proposal kita habis kena reject sebab tak completed. Siapa yang buat kerja macam ni?" Putra menghulurkan kertas yang dimaksudkan.

" erm..macam nilah putra, apa kata kita buat re-appointment dengan orang yang incharge ni dan kau jumpa dia sendiri. Aku pun tak boleh nak cakap apa-apa sebab kau pun dah check sebelum submitkan, suppose should be no problem"

Putra mengangguk, setuju dengan idea Taufiq. Mungkin dia perlu berjumpa sendiri untuk lebih tahu apa masalah dengan proposal yang dihantar. Untuk Taufiq projek kecil seperti ini hanyalah perkara remeh untuknya. So malas hendak beriya-iya berhempas pulas tenaga, baik dia fikir projek yang untungnya berlipat ganda.

 

 

Pagi ini Lulu masuk ke pejabat dengan wajah berseri-seri, kerana selepas ini dia tidak akan mendengar lagi tentang BERMUDA JIWA Semalaman dia memhabiskan masa memeriksa proposal yang dihantar dengan teliti. Dia tak nak terlepas pandang pada benda yang boleh membuat permohonan syarikat ini di tolak. Apa pun jadi dia perlu menunjukkan sikap professional.

"Miss Lulu, ada re-appointment dari BERMUDA JIWA Sakinah memberi pesanan yang ditinggalkan.

" hari ni? Pukul 230?" siapa dia nak tentukan masa semua?" Lulu tidak puas hati, dia yakin Taufiq memang sengaja cari pasal.

‘ ok tak pe Sakinah, kalau mereka datang mintak tunggu sampai saya panggil."

"baik Miss Lulu" Sakinah melangkah keluar meninggalkan Lulu yang sudah hilang mood di awal pagi.

 

Putra sudah mundar mandir di depan meja Sakinah. Hampir satu jam dia menunggu, hari ini dia datang seorang diri kerana Taufiq perlu bergegas ke Pahang. Ada masalah yang perlu di selesaikan disana.

" Encik, sila masuk" Sakinah tersenyum dan membukakan pintu.

" akhirnya dapat jugak saya masuk kan?" Putra senyum menampakkan sebaris gigi yang menyerlahkan ketampanannya.

"Hello, saya Putra." Dihulur tangan pada Lulu yang sedang sibuk menbaca proposal.

" saya Lulu Asmara" wajahnya di angkat sedikit untuk melihat lelaki didepannya.

Putra terus kaku melihat lulu, entah kenapa hati bergerak pantas dan segalanya rasa bagai di awangan.

Lulu menjadi pelik, dilambai-lambai tangan didepan Putra. " Encik Putra? Are you ok?"

" oh sorry," Putra tersedar, matanya masih merenung wajah Lulu.

"silakan duduk." Lulu mula sedar dia diperhatikan.

" apa saya boleh tolong" lulu teruskan misinya.

" saya nak tahu sebab proposal kami ditolak."

" incompleted" lulu jawab ringkas.

" saya kurang faham" Putra memandang lulu meminta penjelasan.

" ok, you see this. Here you should attach with the proof." Lulu harap penjelasn ini sudah cukup.

" awak cakap dengan Encik Taufiq, sebelum hantar tolong check dengan teliti. Saya akan ikut prosedur." Tegas suara Lulu.

 

" di sebabkan ini je?" Putra cukup tidak mengerti. Sejak bila ada rules macam tu?

" yup, dengan saya proof mesti ada"

" so sekarang saya kena re-submit, betul?"

" yes, tapi kena queue up, banyak lagi proposal yang perlu saya dahulukan" Lulu jawab dengan muka takde perasaan.

" apa punya perempuan ni, langsung tak senyum. Nak kata belagak pun ada, selamat lah muka tu comel. Haih..orang macam ni pun ada" Putra mengomel didalam hati, wajahnya masih memberi senyuman pada Lulu.

" Ok, encik…apa nama tadi?" lulu dah mula hilang fokus bila Putra terus merenungnya.

" Saya Syed Arman Putra Mukhris..dari BERMUDA JIWA anak syarikat kepada SYAF Berhad. Please take note ye Miss Lulu? Sebab awak akan jumpa saya lagi lepas ni." Putra berjalan keluar membiarkan Lulu yang terlopong mendengar nama yang baru disebut.

" mati aku!" Lulu memaki dirinya sendiri.