Sunday 8 December 2013

Cerpen: Awak Bobok Saya!



Ponnnnnn!!!!
“Oo mak kau, ishh” Aliesya terperanjat dengan hon kereta di belakang.” Haih taulah lampu dah hijau” terus dia menekan pedal minyak meneruskan perjalananan ke tempat kerja. Keadaan pagi di sekitar Kl ni macam biasalah mesti sesak, tambah pulak bila hujan. Aliesya menumpukan perhatian pada pemanduannya, tak seperti tadi sibuk melayan perasaan. Entah sampai bila hidup dia macam ni pun dia sendiri tak tahu.

Setelah beberapa minit Aliesya memandu akhirnya sampai juga di tempat kerjanya. Selepas mengambil barang-barang kerja di but kereta dia terus berjalan ke arah pintu Butik Aliesya Bridal. Hah, nak share sikit sebenarnya Aliesya ni designer untuk baju perkahwinan, tapi sampai sekarang dia belum kahwin. Asyik duduk buat baju orang lain, diri sendiri pun tak dapat nak fikir.
“Selamat pagi Cik Aliesya” sebaris gigi ditayang oleh gadis kecil molek yang berdiri disisi meja.
Aliesya membalas dengan senyuman kepada Zara pembantu butiknya yang juga merangkap sebagai pembantu peribadi.
“Cik Aliesya ni, pagi-pagi dah macam takde semangat, chill la sikit” Zara dah mula bersyarah, mana taknya Aliesya ni jenis pendiam, paling kuat pun dia senyum je. Marah ke happy ke semua nya dia senyum je. Tak ke pelik tuuu…sampai si Zara pun tak boleh nak bezakan perasaan bos dia yang sebenarnya.
“dah habis Puan Nabila Aizara? Kalau dah habis apa kata kita mulakan kerja ” Aliesya tersenyum  senang bila Zara buat muka yang bila di translate jadi what ever!
“Ok, hari ni Cik Aliesya ada appointment dengan CiK Shasha pada pukul 2 petang, dia nak buat fitting baju yang ke berapa kali entah.” Ada sedikit rungutan dalam ayat yang keluar dari mulut Zara.
“ok, terima kasih. Sabar je la ye, kalau berurusan dengan golongan elite memang macam ni”
Mendengar kata-kata Aliesya, Zara mengangguk setuju dan terus  menyambung kerja tempahan yang masih banyak belum disiapkan.
Aliesya tekun melakukan kerjanya, dia tak nak ada kesilapan dalam memuaskan hati pelanggannya. Itu sebab kebanyakan pelanggannya adalah dari  golongan atasan. Mungkin mereka amat berpuas hati dengan servis dari Butik Aliesya Bridal.
Disebabkan terlalu fokus, Aliesya tidak perasan sudah masuk waktu tengahari. Seperti biasa kalau Zara tak belikan makan, mesti Aliesya langsung tak memikirkan soal makan. Perut jenis apelah Aliesya ni, “Cik Aliesya, makanlah dulu, kerja memang tak pernah habis”
“Sekejap lagi saya makan” Aliesya masih meneruskan kerjanya.
“Baik Cik Aliesya makan dulu, sebab pukul 2 nanti Cik  Shasha sendat nak datang” Zara cuba mengingatkan appointment Aliesya sebentar lagi . Actually nak pujuk minah ni makan aje.
“Shasha sendat??” Aliesya blur dengan nama pelik yang di sebut Zara. “kenapa awak gelar dia macam tu?”
“lo..Cik Aliesya tak perasan ke, semua pakaian yang dipakai sendat yang teramat. Macam sengaja nak nampak terjojol”
Aliesya geli hati melihat mulut dan cara Zara mengejek , memang kaki gossip staf aku sorang ni.
“awak cakap macam tu sebab setiap kali dia datang fitting mesti ada saje yang longgar dan tak kena?”
Zara mencebik dengan air muka yang dia memang dah menyampah.
“Sudahlah ye, saya makan dulu,awak siap-siapkan apa yang patut sebelum Cik Shasha sendat awak tu datang. Harap kali ni dia berpuas hati”
Zara mengangguk dan menurut sahaja arahan dari bosnya.

“sudah…cukup-cukup sudah, cukup sampai disini sahaja..lalallalalallala”
“hellooo, excuse me”
“eh, ye Cik Shasha, nak fiting baju ye”terbantut nyanyian Zara dan nak cover line punya pasal dia cuba berbahasa dengan wanita yang berdiri di depannya.
Sempat juga si Zara mencuri pandang lelaki yang dipegang erat Shasha.
“ of course la I nak try baju, dah ni kedai baju, ambik baju saya sekarang” Arah Shasha dengan lagaknya.
“baik sekejap ye” sabar la ye Zara…cool kan diri.
“eh gurl, mana your bos?”
“nanti saya panggilkan” Zara terus berlalu dari situ, haih..ikut hati ni memang angin sangat wehh.
Meluat sungguh nak berhadapan dengan pempuan macam ni.

Tok! Tok!
“ Coming”
“Cik Aliesya, Shasha sendat dah sampai”
Aliesya tersenyum “ ok, bring her now”

Tok! Tok!

“welcome Cik shasha, how your dress? Hope you like it?” Aliesya masih sibuk menyiapkan design  baju untuk next month fesyen show tanpa memandang manusia yang sudak terpacak di depan mejanya.
“as usual, sendat”
Mendengar suara garau dan ayat ‘sendat’ membuatkan Aliesya mendongakkan kepalanya dengan pantas.
Mata lelaki itu tepat memandang ke anak matanya, suasana menjadi senyap untuk 1..2..3..4..5..
“ er, sorry I ingat you regular customer I, so apa yang saya boleh tolong?”
Aliesya mengangkat kening seolah-olah nak  suruh mamat ni introduce diri.
“ Darwish”
“ok, encik Darwish..design mana ma…” belum sempat ayat tu habis suara Shasha sudah potong line.
“ bie, you tengok ok tak? Cantik?”
Aliesya hanya menjadi pemerhati, dilihat baju yang dipakai Shasha, sungguh cantik bila di pakai. Argh..memang kau berbakat Aliesya. Cewah..bangga sendiri je.
Tanpa Aliesya sedar, mata Darwish masih merenung wajahnya tanpa berkelip.
“ bie,.,you dengar tak ni???”
Aliesya memandang Darwish yang macam orang bisu. “ you look so sexy” Darwish hanya memandang sekilas pada Shasha dan kembali merenung Aliesya.
“ape hal pulak si darwish ni” Aliesya jadi tak selesa, bila sepasang mata itu asyik merenungnya.
“ ok Aliesya, I suka yang ni. You buat I jadi so sexy in my engagement day” Shasha sungguh teruja, dia pasti kelihatan elegant nanti.
“happy to hear that,  then saya akan hantar seperti yang dijanjikan?” Aliesya ingin dapatkan kepastian.
“yup, nanti I akan sms you kalau ada perubahan. Ingat ye, I tak nak ada masalah pulak”
“In sha allah” Aliesya tersenyum puas.
“Ok, terima kasih ye Cik Shasha kerana memilih butik saya” Aliesya cukup pandai menjaga hati pelanggannya. Aliesya hanya memerhati liuk lentuk Shasha berjalan, sungguh bergaya dan seksi. Supermodel la katakan, mesti mau ada gaya..
“Cik Aliesya, ape cite tuu?” Zara tak sabar hendak mendengar feedback Shasha sendat.
Aliesya melihat wajah Zara dengan senyuman yang berpuas hati “ She like it”
“hahhh?? Alhamdullilah..terlepas jugak dari bala”
Zara melepaskan ketawa kerana terlalu gembira, tapi Aliesya tersenyum bahgia kerana bajunya berjaya menambat hati pelanggannya.
“Cik Aliesya, kenapa mamat hensem tadi pandang Cik Aliesya semacam. Tengok memang tak lepas tuuu”
“entah, saya pun perasan tapi saya tak pernah pun jumpa dengan dia. Mungkin dia kenal saya kot?? Kan?”
Zara terus ketawa melihat Aliesya cuba menerangkan sesuatu yang dia sendiri tak pasti dan ada jawapan. Awak seorang yang sangat positif Aliesya.

Langkah diatur dengan perlahan memasuki rumah yang sedang dihias untuk majlis pertunangan Supermodel Shasha Mokthar. Aliesya memerhati setiap inci perhiasan yang digunakan, sungguh cantik dan menawan. Terasa macam di kayangan, ni baru tunang belum kahwin lagi. “She so lucky” getus hati Aliesya melihat persiapan di depan matanya kini.

“Excuse me? Mana bilik Cik Shasha?” Aliesya bertanya kepada seorang wanita yang sedang sibuk menghiasi meja  makan tetamu.
“Bilik nya di atas belah kanan, Cik siapa?” tanya wanita tadi.
“saya Aliesya dari butik perkahwinan. Saya nak hantar baju yang ditempah”
“oh ok, sila ikut sini ye, Saya memang suka design-design yang Cik Aliesya reka. Saya Shuhada bakal kakak ipar Shasha”
“Gembira jumpa Cik Shuhada” Aliesya menghulurkan tangan untuk bersalam.
“ Puan shuhada” disambut tangan Aliesya. Sungguh mesra wanita yang bernama Shuhada ini.
Aliesya menaiki anak tangga satu persatu, matanya liar mencari bilik yang dimasksudkan Shuhada.
Aliesya mengetuk pintu yang dirasakan bilik Shasha, Tok! Tok!
“ye cari siapa?” seorang lelaki lembut membuka pintu. Aliesya terpandang susuk tubuh yang sedang bersiap di depan cermin. Darwish! Ye memang dia..
Aliesya cepat mengalihkan pandangan bila Darwish mula sedar dia di pintu. “ saya nak cari bilik Shasha”
“oh, bilik nya di depan situ nok” balas lelaki yang tak berapa nak laki tu
Aliesya tersenyum dan cepat berlalu ke bilik di bahagian depan.
Tok! Tok! “ harap betul la bilik ni” Aliesya berdoa di dalam hati, terasa asing ditempat macam ni. Selalunya, Zara yang akan hantar baju tempahan, tapi hari ni anak dia sakit pulak. Nak tak nak Aliesya kena buat sendiri. Sesungguhnya dia memang akan sentiasa cuba mengelak dari majlis-majlis keramaian ni.
“Hai saya nak hantar baju tempahan Cik Shasha” Aliesya  terus menerangkan siapa dia apabila pintu di buka.
“masuk” seorang wanita yang sedikit berumur yang membuka pintu, Aliesya hanya mengikut langkah wanita itu.
“letak disitu ya” sungguh manis senyuman wanita ini. Wajahnya menunjukkan dia seorang yang lemah lembut. Tapi ada sesuatu yang sedang menganggu hati wanita ini.
“baik, terima kasih. Saya beredar dulu puan tak nak ganggu Cik Shasha bersiap”
“nanti”
“oh ya, semua nya sudah dibayar” entah macam mana Aliesya boleh fikir yang wanita didepannya ini ingin bertanyakan tentang bayaran.
“bukan tu, tapi..apa yang mak cik nak buat sekarang ni..” tetiba airmata mengalir dari mata wanita yang berumur ini.
“kenapa makcik?”Aliesya benar-benar tidak faham.
“She is not here..” sayu sahaja suara wanita itu kedengaran.
“Maksud makcik?”
“Shasha, dia masih belum sampai. Bila makcik call pun tak dapat. Apa yang perlu makcik buat kalau…dia tak datang?”
Hah? Aliesya terpinga mendengar apa yang diperkatakan oleh wanita yang sedang sedih didepannya ini.
“apa kata makcik sabar, mungkin dia sedang……….”
“apa yang mama cakap???” dengan tidak disangka-sangka suara itu dekat sahaja di belakang Aliesya.
“Huh..sejak bila dia ada dalam bilik ni??” jantung Aliesya tetiba berdebar-debar. Dia dapat rasakan dia  datang pada wrong timing.

“tak pelah..awak baliklah dulu. Maaf sebab kaitkan awak dengan semua ni.” Wanita itu tidak ingin Aliesya menyaksikan pertengkaran yang bakal berlaku dalam masa beberapa minit sahaja.
“er..er..saya balik dulu” Laju AIieysa setuju dan ingin beredar dari situ dengan segera.
“tengok apa yang dia buat?? Ini yang mama nak sangat kan? I’m telling you before this, but you never trust me! Dia menipu itu sebab dia tak nak buat di rumah dia, parents dia takde di sini lah. Nonsense!”
“pleaseee..this is the first and the last! Selepas ini saya tak nak ada sesiapa yang masuk campur dan atur hidup saya”
Langkah Aliesya terbantut bila mendengar kata-kata kasar yang keluar dari mulut lelaki yang boleh dikatakan hensem. Cara dia bercakap macam wanita itu mak dia. Arghh..yang aku sibuk ni kenapa.
Aliesya terperanjat bila tangannya di tarik keluar oleh Darwish.
“ eh, apa ni encik..lepas lah!”
“ikut saya”
“ apa ni main tarik-tarik. Just cakap saya boleh dengar.  Jangan tarik macam ni” Aliesya tak suka apa yang sedang berlaku. Wanita berumur tadi hanya memerhati dari pintu bilik.
“awak diam boleh?!” Darwish menengking Aliesya tanpa sebab.
“hah?? Saya takde kena mengena. So please lep..”
Makin kuat tangan Aliesya dipegang,” sakit..lepas..” mata Aliesya sudah berair.
Aliesya dibawa ke bilik yang dia singgah di awal tadi. Darwish melepaskan genggaman setiba nya dibilik itu.
“Toi, siapkan dia. Kalau dia melawan cakap dengan saya”
“Okey”
“ Meh sini cepat, dah lambat ni”
“saya? Kenapa saya nak kena siap? Eh tak boleh macam ni. Tak leh paksa-paksa, ni kerja gila”
Aliesya cuba membantah.
“ Toi, siapkan dia sekarang! Saya pergi ambik baju” Darwish terus melangkah keluar.
BUPPP!! Pintu dihempas kasar.
“ Nok, jangan susahkan kerja I ok? Please ikut je, nanti I tak dapat payment”  dengan pantas wajah Aliesya ditempek dengan bedak .
Tak berapa lama kemudian, Darwish masuk dengan baju yang direka Aliesya.
“ Pakaikan dia dengan ni”
“okey” balas Toi.
Darwish keluar semula dari bilik.
“Toi, awak kena tolong saya, saya takde kene mengena dengan semua ni. Saya datang nak hantar baju je. Saya siap-siap ni untuk apa?”
“Nok, you tak kesian ke dengan Darwish? Mak dia yang beriya nak menantukan Shasha. Darwish tu takde selera pun. Tapi tengoklah hari ni tak nampak muka terus. Pempuan yang tak cukup dengan satu lelaki“
“er.. kesian?”
“ala..anggap je you tolong dia, tolong seorang kawan” Toi masih belum habis mengerjakan wajah Aliesya.
“tolong? Macam ni ke cara dia mintak tolong?”
“aduh..confius betul la aku macam ni”
“ok, da siap. Cantik sangat nokk. Dah pergi cepat pakai baju tu. I tunggu”
Dengan rasa berat dan blur Aliesya masuk ke bilik air untuk menukar pakaian.

“Dah siap Toi?” Wajah Darwish terjojol di sebalik pintu.
Toi hanya menunjuk isyarat yang Aliesya sedang menukar pakaian.
Darwish terus mendekati Toi. “ Aku tak ada pilihan. Apa yang jadi ni dah melampau. Bermain dengan maruah aku seorang lelaki.”
“aku faham lah tak yah la kau nak terangkan sangat dekat aku ni”
“ tapi kau jangan sekali lupa pertolongan secara paksa  pempuan kat dalam tu. Kesian aku tengok.  Dah la jenis blur je” sambung Toi.
Darwish hanya mengangguk pelahan, dia juga serba salah. Tapi tak mungkin dia hendak membatalkan majlis pertunangan ini.
Krekk..bunyi pintu di buka, Aliesya keluar dengan pakaian yang direka khas untuk Shasha.
“Toi, saya tak selesa betul la, ketat sangat ni” Aliesya mengomel sendiri. Walaupun baju itu rekaan dia sendiri tapi terlalu seksi bagi diri dia yang  jenis sempoi.
Mata Darwish sudah tertacap pada tubuh Aliesya, dia yang sedang membelek diri  sebabkan tak selesa tidak sedar akan kehadiran Darwish.
“ euuu?? Awak?? Aduh” Aliesya ingin berlari semula ke bilik air bila melihat Darwish turut di situ.
Darwish dengn pantas berjalan ke arah Aliesya dan menarik tangan Aliesya mengikutnya keluar dari bilik.

“ eee..lepaslah, saya boleh jalan tanpa dipimpin” Aliesya sudah tidak boleh tahan lagi.
Darwish melepaskan tangan Aliesya, dia membiarkan Aliesya berjalan di sebelahnya dengan bebas.

Sebaik turun sahaja dari tangga, Aliesya di sambut oleh wanita berumur tadi. Sampai sekarang aku tak tahu apa nama dia.
“Ikut mama” itu sahaja yang keluar dari mulut wanita itu.
Di saat ini aku hanya mampu mengikut arahan ibarat dipukau, banyak mata yang memandang kearah aku.
“terima kasih untuk semua ni” wanita tua itu menyambung kata-katanya lagi.
Aku di bawa ketempat dimana seorang yang bakal di sarungkan cincin akan duduk disitu. Apa lagi kalau bukan pelamin.
Pelamin???
Aliesya mula gugup, sejarah hitamnya kembali menerpa diruang fikiran. Hatinya bagai disiat-siat bila keadaan itu seolah-olah sedang berlaku lagi. Bagai pita video yang dimainkan semula.
Sebaik Aliesya melabuhkan punggung di kerusi empuk itu, mata dia liar melihat kesemua tetamu yang hadir. Hatinya ingin sahaja menjerit tetapi apabila wajah Darwish kelihatan di salah satu meja tetamu. Aliesya tertunduk resah.
Sesungguhnya dia pernah ditinggalkan duduk berseorangan dipelamin angannya. Bakal suami nya langsung tak kelihatan pada hari bahgia buat dirinya. Sampai hati!

“ Papa..mama rasa bolehlah kita mulakan” Puan Hajah Mariam meminta Izin suami nya Tuan Haji Ibrahim.
Aliesya masih tertunduk resah, dia hanya mendengar bunyi orang sedang berdoa selepas perbincangan yang dia sendiri tidak boleh terima akal.
Aliesya tersedar dari lamunan bila jarinya disarungkan sebentuk cincin berbatukan berlian. Cantik, dibawah batu itu terukir bentuk sepasang love.
Kesemua tetamu menepuk tangan, tanda majlis ini berjalan dengan sempurna. Walau aku yakin, pasti ada yang tertanya-tanya apa yang sudah jadi. Sepatutnya Shasha yang berada disini, bukan aku. Lagipun siapa aku? Pelakon? Penyanyi? Tak ada yang kenal pun.
Selepas semuanya selesai, aku cepat-cepat naik keatas menukar semula pakaian asal aku. Ini pun macam nak mati aku mengelak dari semua mahkluk yang menanti untuk menyoal siasat aku. Argh benci nya aku!! Kenapalah aku perlu terjebak dalam hal ni.
Aku terasa amat lega dan bebas bila aku berjaya keluar dari rumah itu, aku terus menghidupkan enjin kereta dan tekan minyak selaju yang boleh. Aku capai tisu di kereta untuk mengelap make up di muka. Rimas nya aku dengan semua ni.

Dua hari berlalu…

Aliesya seperti biasa sibuk dengan rekaan pakaian yang ditempah, dia ingin menghabiskan semua kerja yang ada kerana dia ingin bercuti panjang.
“ sibuk sangat ke?” suara Darwish memeranjatkan  Aliesya yang tidak sedar kehadirannya.
“ err..apa yang saya boleh tolong lagi?”
“ tolong? Kau tunang aku, lupa ke?”
“apa?? Hari tu saya cuma ganti tempat Shasha sekejap. Dengar lagi sekali sekejap”
“ mana ada orang tunang main ganti-ganti”
“suka hatilah nak cakap apa, saya tak nak pening kepala” Aliesya tak suka keadaan yang merumitkan.
“ aku pun tak nak peningkan kepala, aku datang cuma nak kau bagi tahu orang tua kau. Aku nak masuk meminang. Nah ambik kertas ni tulis alamat dan nama parent kau” Darwish meletakkan sekeping kertas di meja Aliesya.
Aliesya mengelengkan kepala, dia memang tak boleh terima apa yang diperkatakan oleh Darwish.
“cepatlah Bobok tulis” Darwish geram melihat wajah Aliesya yang blur, makin comel bila dibuat begitu.
“Bobok?? Apa maksud nya tu?”
“Awak bobok saya la”
“Darwish!”
“Bobok!”
Cik Aliesya, kali pertama saya tengok awak saya dah dapat rasa sesuatu. Mata saya tak boleh nak pandang ke tempat lain. Wajah awak macam magnet yang menarik saya.
Darwish menarik tangan Aliesya supaya dia boleh melihat wajah Aliesya dengan lebih dekat.
Aliesya mula rasa geli dengan adegan ni, “awak, saya nak kentot”
“apa?” Darwish bagaikan  terkena kejutan elektrik menjauhkan diri dari Aliesya.
“Hahahha.. padan muka” Alisya terus meloloskan diri dari perangkap Darwish.
Darwish tersenyum melihat telatah Aliesya, dia semakin pasti Aliesya memang bobok dia.
Aliesya I’m in love with you! Awak bobok saya!


Wednesday 4 December 2013

Come Back!!

Salam rinduuuu...

sekian lama manggis tak update blog ni, maaf yang teramat-amat buat kepada follower ye??
Now I'm back, tunggu update terbaru dari manggis ye. Harap you all semua bersabar sedikit saja lagi.

Oh ye, sebelum terlupa, manggis baru sahaja create page di FB jangan lupe Like N follow :D

Facebook nick name : Si Manggis Manis

https://www.facebook.com/pages/Si-Manggis-Manis/182789525249778?ref=hl


-Manggis-

Monday 11 March 2013

soRY!!!

Salam u all!!

Manggis nak mintak maap sgt..sgt..sgt..dah terucap sudah.. sebab dah lame tak update blog ni.
Masalah kesihatan diri dan laptop manggis tak dapat nak di elakkan.
alhamdullillah segalanya sudah seperti sedia kala..
insyallaah lepas ni manggis akan sentiase update blog manggis manis.
dengan rasa bersalah, manggis dah update dua chapter SD untuk follower manggis.
Peace!
Doa kan manggis boleh update bab seterusnya selepas ini..

love and miss u all so much!!

-manggis-

Sekali dapat!… : Bab 21

“ hem..apa nak buat ni” Aryani sudah terasa bosan terbaring seharian didalam bilik. Dia perlu membersihkan badan, sungguh tak selesa bila semalaman dia tidak mandi. Busuk bro!
Aryani bangun mencapai tuala dan memusing tombol pintu untuk keluar ke bilik air.
“ astaghfirrullah..” terperanjat Aryani bila Karl muncul secara tiba-tiba. Digosok-gosok dada yang bergerak pantas agar tenang semula. Lalu langkahnya terus ke bilik air tanpa mempedulikan Karl di belakang.

Sekali lagi dada Aryani berdegup kencang bila Karl turut mengikut dia masuk ke bilik air. Tak sempat dia hendak menutup pintu rapat. Di dalam hati Aryani hanya tuhan yang tahu, tidak larat untuk menangis lagi. Inikah sikap Karl yang sebenar?? Tidak cukupkah dia diperlakukan seperti malam tadi.


Air menitis dari rambut Aryani yang kebasahan, dia hanya duduk membatukan diri. Sangkaannya tadi sudah meleset, bila Karl bukan berniat jahat tapi hanya membantu dia untuk bersihkan diri. Sekarang Karl sedang mengeringkan rambutnya yang kebasahan. Mungkin Karl mengerti tangannya yang masih rasa kesakitan.
Sedang asyik melayan perasaaan sendiri, Karl menghulurkan pakaian untuk dipakai Aryani.
Didongak kepala memandang Karl, seperti faham apa yang sedang bermain difikiran Aryani, Karl berlalu keluar memberi ruang Aryani bersiap.

Aryani mengigit bibirnya bila dia rasa pelik dengan sikap Karl. Apa sebenar yang dia rasakan??
Semakin tidak faham dengan percakapan yang bukan lahir dari bibir. Suara hati siapa yang tahu?


Seharian suntuk Karl sibuk mengemas rumah, keadaan Aryani yang tidak mengizinkan itu
membuatkan Karl mengambil-alih tugas Aryani. Karl juga bukan suka sangat keadaan rumah yang tidak kemas dan kotor. Sekali-sekala dia perlu juga menolong isterinya membuat kerja rumah. Sayang punya pasal, siapa tak sayang bini oooii!

Karl membuka pintu bilik perlahan, tidak mahu menganggu Aryani yang sedang berehat. Mungkin sudah tidur sebab jam sudah pun hampir masuk 12 tengah malam. Di perhatikan wajah Aryani yang sudah terlena, kasihan melihat wajah Aryani persis kanak-kanak yang tidur dalam kepenatan.

Kemudian Karl turut baring disebelah Aryani, dipeluk tubuh Aryani supaya rapat dengan tubuhnya. Tindakan Karl membuatkan Aryani tersedar dari lenanya. Tapi dia tidak berani untuk membuka mata, dibiarkan sahaja Karl memeluknya. Tipulah kalau cakap aku tak rasa apa-apa, setiap kali Mr.0ksigen mendakap aku, sebab perkara paling pasti aku rasa selesa dan selamat. Aduhai hati sabar lah dikau.

“ abang mintak maaf sangat..dan abang sayang dekat isteri abang sorang ni” Karl berbisik pada telinga Aryani.
Kata-kata yang tidak diduga itu membuatkan Aryani  membulatkan mata, biar betul Mr.0ksigen cakap macam tu. Dia mintak maaf?? Aryani kau mimpi ke apa ni?
Aku hanya mengomel di dalam hati, tidak mahu Karl tahu yang aku tidak tidur. Lagi pun aku malu nak melihat mukanya,takot tak cukup 0ksigen pulak. Huhuhu!


Karl meraba-raba tilam disebelahnya, terasa berat untuk membuka mata. Entah kenapa dia tidak rasa tubuh Aryani disebelah. Kosong??
Terus Karl membuka matanya, kemudian dia bingkas bangun mencari Aryani. Entah kenapa dia mula berfikir Aryani sudah lari. Mengelabah dia masuk ke dapur untuk mencari Aryani bila tidak melihat kelibat Aryani di ruang tamu, tapi hatinya kembali lega bila melihat Aryani sedang memotong sayur.
                                           

“ dah sihat?” Karl mendekati Aryani.
  selamat pagi..mestilah” Aryani jawab dengan semangat.
Karl tersenyum melihat Aryani yang kembali ceria seperti dahulu. Terlopong Aryani apabila satu kucupan hinggap dipipinya. Blushing!
Perjalanan selama 4 jam untuk ke KL sudah pun berlalu, kini kereta Karl sudah berhenti di depan rumah mama dan papa. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki disini, macam mana agaknya mama dan papa sekarang?

Aryani baru sahaja ingin memberi salam, pintu sudah terbuka dan wajah mama yang masih seperti dulu sudah kelihatan. Senyuman mama semakin lebar bila melihat menantu yang dirindui sudah ada di depan mata. Puan Seri Aisyah terus memeluk Aryani untuk melepaskan rindu, Papa hanya melihat dan memberi senyuman pada Karl yang turut menjadi penonton drama tak berbayar ni.

“ haih mama, anak sendiri ni pun tak peluk lama macam tu..ini buat orang sini jeles” Karl sengaja mengusik mamanya dan Aryani.
“ alah kamu Karl, mama dah lama sangat tak jumpa dengan Aryani, apa salahnya..kan sayang?” Puan Seri Aisyah menarik tangan Aryani masuk ke dalam rumah.
“ Aryani dah makan? Mama ada masak lauk sedap-sedap hari ni. Bila tahu Aryani nak balik.” Mama senyum pada Aryani.
“ kenapa susah-susah..tapi kalu dah rezki mana boleh tolak..hehe..lapar ni” Aryani sudah merengek manja.

Karl memandang Aryani tidak puas hati, dia mendekati Aryani yang sudah duduk untuk menjamu selera.
“ lupa dah ada suami ye? Tak kira nak sayang manja macam tu dengan abang jugak!” Karl berbisik pada Aryani dan turut duduk bersebelahan untuk makan bersama.

“sudah jom kita makan, dah lapar papa menunggu kamu” Tan Seri Badrol mengusik Karl yang dari tadi asyik nak berkepit dengan Aryani.

Mereka semua ketawa bila mendengar pengakuan papa yang tak disangka itu.

Selepas makan Aryani sudah naik ke bilik untuk mengemas pakaian. Dari kata-kata Karl semalam mereka akan tinggal disini selama 3 hari sebelum pulang kerumah mereka di Damansara. Aryani mengeluarkan pakaian dari bagnya, satu persatu baju dimasukan ke dalam almari.

Aryani mula mengimbas kata-kata mak semasa mereka singgah bermalam disana selama dua hari.
“ Aryani, mak harap lepas ni Aryani jagalah rumah tangga Aryani, Karl baik orang nya nak. Semasa ketiadaan Aryani, Karl lah orang yang menjaga mak dan kesemua hutang yang along dan angah pinjam pun Karl yang lunaskan. Kalau nak harap along dan angah kamu balik jenguk mak, langsung tak Nampak batang hidung. Sudah lama mereka tidak menghubungi mak semenjak kes itu.Dia betul-betul menyayangi Aryani. Mungkin apa yang terjadi sebelum ini disebabkan salah faham antara kamu berdua. Bila ada peluang kedua, jangan kita sia-siakan ya?”

Aryani menarik nafas lega, perlukah dia memilih untuk beri peluang pada Karl. Kedatangannya di Johor semata-mata untuk memperbaiki hubungan mereka dan pada masa yang sama sikap Karl seperti ingin maraih cinta dari hati ini. Mampukah aku??

*****************************************************************************
Kaki Aryani melangkah masuk kerumah yang sudah berbulan-bulan dia tinggalkan, tidak pernah terlintas difikirannya yang dia akan pulang semula ke rumah ini. Diamati setiap ruang, masih kemas seperti dulu. Aryani mengangkat bagnya dan lalu terus berjalan memasuki bilik yang pernah menjadi miliknya.

Tanpa membuang masa Aryani terus membuka bag pakaian, kerana dia perlu mandi untuk segarkan badan. Persinggahan yang tidak henti dari rumah mak sampailah kerumah mama, sungguh meletihkan dirinya.

“ sayang buat apa dalam bilik ni?” suara Karl memeranjatkan Aryani yang baru mengeluarkan tshirt dari bag.

“ ni kan bilik saya” Aryani dah mula dengan sikap blur nya.
Karl berjalan mendekati Aryani yang sedang berdiri di tepi katil, dia hanya merenung kosong wajah Aryani.
“ dah, bilik sayang dengan abang. Bukan disini lagi.” Karl bersuara lemah. Mungkin terasa dengan sikap Aryani.
“ eh, takpe. lagi pun dari dulu memang ni bilik saya.” Aryani mula gelisah bila melihat Karl membawa bagnya keluar.
“ dah lupa ke yang sayang tu isteri abang, mana suami isteri tinggal bilik asing.” Karl berkata sambil melangkah keluar.
“tapi dulu pun kita suami isteri,” geram Aryani dengan sikap Karl. kan dah kena!
Mendengar percakapan Aryani, membuatkan Karl berpatah balik masuk ke bilik. Dia memandang Aryani yang dari tadi tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

Riak wajah Aryani berubah bila melihat Karl masuk semula dan merenung tepat kepadanya.
Tapi entah kenapa kakinya tidak mampu bergerak, mungkin ketakutan sudah!
Karl terus menarik tangan Aryani supaya ikut dia naik ke bilik mereka di atas. Aryani terpaksa mengikut langkah Karl, didalam hatinya dia takut kalau Karl sudah mula marah.

“ mulai hari ni, ini bilik kita berdua. Ingat ni, sayang isteri abang.” Tegas suara Karl seperti pandangannya juga.

Aryani hanya membisu, matanya memandang ke tempat lain. Tidak ingin melihat wajah Karl, kerana baginya ini semua satu paksaan.

“ sayang nak mandi kan tadi,” Karl mendekati Aryani yang dari hanya memdiamkan diri.
 Aryani mengangguk perlahan.
“ ok, jom mandi sama” Karl sengaja mengusik Aryani.
“ ha? Tak naklah!”
“ kalau tak nak kenapa tercongok dekat situ? Tunggu abang la kan?” Karl terus mengusik Aryani, dia tidak mahu hubungan mereka selalu tegang.
 Cepat-cepat Aryani masuk ke bilik air meninggalkan Karl yang tersengih seronok memgusik Aryani.
Sudah beberapa hari Aryani tinggal bersama Karl, sikap Karl yang jauh beza dari dahulu membuatkan Aryani mula selesa. Layanan Karl yang baik, romantik dan caring membuatkan Aryani tersentuh. Sungguh dia mendambakan perhatian seperti ini dari dahulu lagi. Inikah saat bahgia yang aku idamkan? Atau ini semua mimpi? Perasaan fobia bersama Karl satu ketika dahulu masih segar di ingatan. Bila ingatkan sahaja boleh rasa hilang semua perasaan bahgia ini.

“ abang, saya rasa nak cari kerja. Bosan juga duduk aje dirumah.” Aryani menyuarakan isi hatinya setelah percaya dia harus memulakan hidup disini semula.

Karl yang dari tadi asyik melihat fail syarikat, memberhentikan bacaannya dan kini tumpuan diberi pada Aryani.

“ sayang nak kerja dekat mana?”
“ mana-mana je, asalkan kerja tu ok dengan saya”
“ kalau macam tu kerja je dengan abang macam dulu”

Mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh Karl, membuat Aryani tidak selesa. Kejadian dilobi cukup tersemat di jiwa. Kata-kata cacian dan diherdik didepan orang ramai masih tidak luput dari ingatan. Tak mungkin dia ingin melangkah disitu semula dan siapa tahu sejarah mungkin berulang.

“ saya tak nak..cukuplah apa yang jadi dahulu” luahan Aryani membuat Karl berhenti pembacaan sekali lagi. Dia ingatkan kebisuan Aryani tadi tanda setuju.

Ditutup fail ditangannya, dia mengubah posisi melihat Aryani di sebelah.
“ benda dah lepas janganlah kita sebut lagi.”
“ Tapi saya tak boleh lupa”
“ dengar sini, abang tak izinkan sayang kerja di tempat lain. Sayang hanya boleh bekerja dengan abang. Di Ukasyah Holding. Faham?” Karl tidak mahu berlembut dalam hal seperti ini.

Aryani tidak puas hati dengan sikap Karl, kenapa Karl seolah-olah tidak mahu faham dengan perasaannya. Seharusnya Karl lebih memahami apa masalah yang dia hadapi.

“ tapi..” Aryani perlu mencuba untuk yakin kan Karl.
“ I said no.” Karl bersuara tegas.
“ sekali je..kalau tak ok baru saya kerja di Ukasyah.” Aryani masih mahu mencuba.

Karl terus memandang wajah Aryani, dia cukup tidak suka dengan kedegilan Aryani sekarang.

“ I said no Aryani.” sekali lagi Karl megulangi kata-katanya, tapi bila dia menyebut ‘Aryani’ cukup menampakkan kemarahannya.

“ saya tak nak kerja dengan abang..” akhirnya Aryani meluahkan apa yang tersirat.

“ please sayang, abang tak boleh jauh dengan sayang. Cukup ok. Sayang kerja di Ukasyah, lain department pun tak apa. Tolong dengar dan jangan buat apa abang tak suka.”

“ tak boleh jauh?hahaha” kata-kata Karl tadi membuatkan Aryani ketawa kerana geli hati mendengarnya.

“ kenapa gelak?” Karl mula pelik.

“ janganlah plastik sangat sampai cakap tak boleh berjauhan.”

“ I’m serious. Don’t make it funny. Abang tak nak sayang jauh dengan abang.” Wajah Karl terus berubah menjadi tegang.

“ err..sorry.” Aryani tunduk tidak mahu keruhkan keadaan. Takut dia jadi mangsa Karl lagi.

Karl mencapai tangan Aryani dan dikucup lembut. Wajah Aryani merona malu di perlakukan seperti itu.
“ abang sayang sangat dekat Nur Aryani Fisha. Dari pertama kali abang melihatnya di bilik mesyuarat. Abang akui kesilapan yang abang lakukan, abang turut tersika bila melawan perasaan cinta pada hati abang. Dan sekarang abang takkan sia-siakan hubungan ni termasuk diri sayang. Oleh itu, abang akan jaga segala-galanya. Sayang jangan mempersoalkan apa abang buat. Ini semua untuk kebaikan kita.”

Terkedu Aryani mendengar pengakuan Karl yang tidak diduga itu. hatinya terusik dengan keikhalasn yang terbit dari wajah Karl diketika ini. Anak mata Karl cukup bercahaya bila dia meluahkan perasaan cinta nya.

“ sayang kerja dengan abang ok” Karl terus memujuk Aryani.
“ baiklah, tapi kalau boleh biarlah saya di bahagian yang lain.” Aryani mengalah. Inilah hati perempuan, sungguh sensitif dan lembut. Peace!
Karl tersenyum senang dan mengangguk faham.

Sekali dapat!… : Bab 20


Masih terbayang-bayang senyuman Aryani pada lelaki asing tadi, tidak pernah sekali Aryani senyum padanya sebegitu. Apa hubungan mereka? Segala percakapan Aryani semalam mesti ada kaitan dengan semua ni. Patut dia tak nak berpindah ke KL dan bersungguh ingin berpisah.

Karl hanya diam apabila Aryani mula menaiki kereta. Di dalam kereta Karl hanya membisu, tiada lagi kata-kata manja dan memgusik Aryani. Karl pandu kereta pun agak laju berbeza dari biasa. Selalunya santai saja cara Karl memandu kereta.
Aryani perasan seperti ada sesuatu yang lain pada Karl. Kenapa pulak Mr.0ksgien ni bad mood ni.. melihat muka Karl yang masam sepanjang perjalanan, membuatkan Aryani lebih selamat mendiamkan diri tanpa bertanya apa-apa.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Aryani segera mengambil wuduk dan menunaikan solat asar last minute! Usai solat, Aryani kedapur untuk masak makan malam, menu hari ni simple aje. Tak larat nak masak pelbagai jenis dengan keadaan penat dari pejabat belum lagi hilang.

Aryani sibuk di dapur, tapi kali ini sangat berbeza kelibat Karl langsung tak kelihatan. Entah hilang kemana, selalu ada saja batang hidungnya membantu Aryani di dapur.
bad mood betul Mr.0ksigen hari ni, tak pernah pulak aku tengok dia macam ni..apa yang jadi? Ada masalah ke?” wujud perasaan kasihan  dalam hati Aryani apabila teringat raut wajah Karl yang masam tadi.

Selesai sahaja memasak, Aryani ingin memanggil Karl untuk makan tapi niatnya terbantut apabila dia melihat Karl sedang duduk di ruang tamu dengan termenung memandang tv. Aryani meneruskan langkahnya masuk ke bilik untuk mengambil tuala, dia perlu segarkan badan selepas penat bekerja seharian.

Aryani sedang mencari-cari pakaian didalam almari, akhirnya di ambil sehelai tshirt untuk dipakai selepas mandi. Sedang Aryani ingin berpusing untuk mencapai tuala di tepi almari dia terperanjat apabila Karl sedang berdiri di belakangnya sambil merenung kosong pada dirinya. Diurut-urut dada yang bergerak laju akibat terperanjat, “ subhannallah”
Aryani mengeleng kepala “ abang lapar makan dulu, saya nak mandi”
Aryani baru hendak melangkah keluar tapi tangannya direntap Karl.
Aryani bergerak kebelakang dan tersandar di almari baju.
“ auch! Abang kenapa ni..” Aryani memandang Karl dengan pelik.
Renungannya diketika ini sudah berubah seperti harimau sedang melihat mangsanya.
Aryani yakin dia tidak selamat!

Aryani cuba menjauhkan diri dari Karl, dia pasti ada benda bakal berlaku apabila melihat pandangan Karl yang sukar ditafsir.
Tindakkan Aryani membuat Karl semakin mendekatinya, kemudian merangkul kemas Aryani. Tubuh Aryani tidak dapat bergerak apabila tubuh Karl betul-betul dihadapannya.
“abang..ke..kenapa ni..” Aryani tetap memberanikan diri untuk bersuara.
do you love me?”

Bulat mata Aryani mendengar soalan Karl.
“ kenapa ni..” bila Aryani tidak menjawab soalan yang ditanya, tubuh Karl semakin dekat dengan Aryani.
“ abang please..lepaslah..” Tangan Karl mula merayap ke tangan Aryani.
answer me, do you love me sayang?” suara Karl seakan-akan berbisik.
Aryani berasa tidak selamat, walau suara Karl kedengaran lembut tapi mata Karl seperti ada sinar api kemarahan.

I can’t…” Aryani tidak dapat menghabiskan kata-kata bila Karl semakin rapat dengannya, Aryani tidak tahu bagaimana hendak keluar dari keadaan ini.

do you love me?” soalan yang sama keluar dari mulut Karl, berkerut dahi Aryani bila memikirkan jawapan untuk soalan Karl.

Bila melihat Aryani tidak dapat memberi jawapan, Karl semakin merapatkan dirinya dengan Aryani. Matanya sikit pun tidak berkelip dari merenung Aryani,
do you love him?” kini soalan yang hampir sama ditanya Karl pulak tapi ada lain sikit dihujungnya.
“ him? Apa maksud abang ni?” Aryani masih tidak boleh faham apa yang Karl maksudkan.
“ lelaki tadi? Do you love him?” Karl semakin rapat sehingga nafas mereka bersatu.
Aryani semakin gelisah, dia tidak boleh tahan dengan situasi disaat ini “ abang salah faham, he is my boss not more than  Aryani berharap Karl akan menghentikan apa yang dibuat sekarang.

Karl menanti penjelasan lebih lanjut dari Aryani, tetapi ayat Aryani mati disitu sahaja. Karl belum berpuas hati lagi dia menunduk sedikit dan kini wajah Karl hanya seinci dari Aryani.
Terus Aryani mengalihkan pandangan ke tempat lain.

“abang tengok sayang mesra je dengan dia tadi, abang tak pernah dapat tengok muka sayang tersenyum macam tadi, tapi dengan dia boleh pulak..”

“ demi allah saya takde apa-apa dengan dia..please..percayalah..” Aryani mula merayu bila terasa tubuh Karl sudah begitu dekat denganya.

“ abang belum buta! Macam tu mesra masih cakap takde apa-apa??!” suara Karl keras kali ini.
“okey..I will only believe if you say ‘you love me’ said it now!”

Aryani terkedu, sesungguhnya dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Nak jawab? Cinta? Aku ada perasaan tu ke? Arghhh.. aku dah mula serabut!

Aryani tersedar bila tangan Karl mula membelai pipinya, ditutup mata serapat-rapat untuk menghilangkan rasa takut. Tapi semua itu sia-sia.

do you know how much I love you..U know right. I really love u. abang tak boleh tengok ada lelaki lain dengan sayang. Abang tak boleh terima. So, jangan harap abang akan lepaskan sayang..” tanganya masih membelai pipi Aryani, direnung setiap pelusuk wajah Aryani.

“ please….abang suami saya, mesti Aryani sa.sa..yang..” entah macam mana Aryani terlepas juga perkataan sayang pada Karl.

Karl tersenyum, Aryani sangka senyuman itu memberi makna yang Karl berpuas hati dan dia boleh keluar dari bilik secepat mungkin, tapi Aryani silap!

“ kalau betul sayang, buktikan.” Aryani terpana mendengar permintaan Karl.
“buktikan? Macam mana?” soalan itu hanya bermain didalam hati Aryani.
“ abang nak sayang” suara Karl berbisik ditelinga Aryani.

Dengan tenaga yang ada Aryani cuba menolak Karl, tapi makin galak Karl mencium pipinya kemudian turun pula ke bahagian leher.

Aryani cuba menepis tangan Karl yang semakin rancak menjalar di tubuhnya. Aryani merayu-rayu pada Karl untuk melepaskannya apabila dia sedar tak mungkin dia dapat larikan diri disaat ini.
Tak lama kemudian terasa tubuhnya melayang jatuh ke tilam, dalam sekelip mata tubuh Karl yang sasa itu sudah menindih tubuh Aryani.
“ abang please..jangan buat saya macam ni..saya merayuuu..” airmata Aryani mengalir jua, bila Karl semakin rakus dengan perbuatannya, pakaian yang dipakai Aryani kini semakin terdedah menampakkan tubuhnya.

Aryani masih cuba meronta, dicuba berkali-kali..dan terus mencuba tapi semuanya sia-sia. Akhirnya Aryani menyerah dalam terpaksa…


Terasa pedih biji mata bila dipaksa buka seluas yang boleh, mungkin sebab menangis malam tadi. Aryani cuba bangun perlahan-lahan, entah kenapa dia rasa tidak berapa sihat. Setelah kedudukan sudah selesa, Aryani sandar pada dinding. Airmatanya gugur sekali lagi bila teringat apa yang jadi semalam. Sayu hatinya bila Karl perlakukan sebegitu rupa, atas rasa percaya dia benarkan Karl tinggal bersama. Tapi semuanya hanya sementara sehingga lah nasi sudah menjadi bubur. Opsss! Karl cakap status aku masih isteri dia..haih entah la..yang aku tahu aku rasa dipaksa bukan rela..
Aryani meneliti dirinya, ha?? Bila aku pakai baju ni? Semalam aku masih ingat aku masih dalam pakaian dari pejabat. Tahu-tahu aku dah pakai tshirt tidur..haih..mesti kerja Karl.
Aryani bangun perlahan-lahan untuk ke bilik air..entah kenapa terasa diri ini sungguh tak bertenaga..nak demam la ni.

Di dalam bilik air, Aryani melihat wajahnya didalam cermin. Bengkak dimata cukup membuktikan bagaimana teruk dia menangis. Dilihat pula pergelangan yang sudah ada warna kebiru-biruan. Lebam la tu! Masih teringat bagaimana Karl mencengkam tangannya. Hanya airmata mampu mengalir diketika ini.


Karl tersenyum senang, awal pagi lagi dia sudah keluar mencari sarapan untuk Aryani. berpusing dia mencari nasi lemak untuk isterinnya dirumah. Kejadian malam semalam cukup membuat Karl gembira. Sememangnya Aryani hak milik kekal untuk dia sekarang dan sampai bila-bila.

Aryani baru ingin menapak masuk ke bilik, jantungnya terasa bagai nak tercabut bila melihat Karl berada di dalam bilik. Aryani perlahan-lahan baring semula, malas hendak bertembung muka dengan Karl mahupun bersoal jawab.

“ wait” apabila mendengar suara Karl membuat kan Aryani membatalkan niat untuk baring lalu dia hanya duduk dan memandang ke bawah.

“ sayang lapar? Abang ada belikan nasi lemak. Lepas makan baru rehat balik ye?” lembut sahaja suara Karl pagi ni.
Aryani sudah malas hendak layan sandiwara Karl lagi, dia hanya membatukan diri. Angguk pun tidak geleng pun tidak.

Tak lama kemudian karl masuk dengan membawa pinggan dan nasi, kemudian dihidangkan depan Aryani. Dicapai sudu untuk suap perlahan-lahan, hanya dua tiga suap sahaja yang dia lalu, kemudian terus diletak semula sudu ke dalam pinggan.
Karl hanya memerhati Aryani, dia tahu perasaan marah dan sedih sedang bermain di jiwa isteri yang disayanginya itu.

Dahi Karl berkerut apabila melihat Aryani cuba mencapai telefonnya yang berada di dalam handbag. “ nak call siapa?’ karl bertanya.
“ ofis” jawab Aryani tanpa memandang Karl.
no need, I already inform you are MC today.” Karl jawab sambil mengemas nasi lemak yang tidak habis dijamah Aryani.

Aryani yang baru hendak baring tersentak apabila Karl memegang pipinya dan melihat matanya yang bengkak. Tidak berani Aryani hendak memandang anak mata Karl disaat ini.
close your eyes” pinta Karl. Aryani hanya menurut. Beberapa minit kemudian terasa sejuk di mata Aryani. argh..selesa sangat dan diraba-raba benda yang sejuk itu. apakah ini? Timun? Lo..pandai jugak si Mr.0ksigen ni ye..erm..

Karl tersenyum melihat telatah Aryani meraba-raba timun dimatanya, dia berlalu keluar memberi ruang untuk Aryani berehat. Di dalam hati Karl ada perasaan bersalah pada Aryani bila dia mendapat tahu perkara yang sebenar semasa menelefon pejabat Aryani pagi tadi.

hello, I’m Aryani’s husband. She is not well and take MC today” suara Karl di corong telefon membuatkan Hakim terdiam kaku.
hello, do hear me? Who’s in the line?” Karl terus bertanya apabila tidak mendengar suara.
“ err.. sorry, yeah. I’m listen. You can call me Hakim. Her boss.  So you are her husband. Finally I talk with you. “ Hakim terus menjadi peramah.
finally?” Karl mula pelik. Di dalam hati dia sudah cukup panas, dia pasti inilah lelaki yang bersama Aryani semalam.
don’t get me wrong, actually Aryani always talk about you. She so happy because have a husband like you. She really respect and love you. Bro, you so lucky!”
“ Owh..I see. So kenapa you yang angkat telefon?” Karl pelik, takde setiausaha ke mamat ni.
“ haha..actually staff I yang lain belum sampai. I datang awal ambik fail projek untuk meeting diluar dengan client. Suppose I pergi dengan Aryani tapi dia tak sihat. Nampaknya terpaksa pergi sendiri la” panjang lebar Hakim bercerita walau di dalam hati ada terasa kecewa.
“ ok, thanks! Klik!” panggilan sudah terputus.

Karl mengeleng perlahan apabila sedar dia terlalu ikutkan cemburunya, tanpa menyelidik apa hubungan mereka yang sebenar. Perasaan kasihan mula lahir pada Aryani, tak pasal-pasal Aryani jadi mangsa. Tapi apa pun Aryani sudah menjadi miliknya. Titik!