Thursday 27 September 2012

Sekali Dapat!...: Bab 5



Di pejabat Aryani dan Karl sibuk dengan tugas masing-masing.Persiapan dalam berurusan dengan Gamuda Holding perlu dititik beratkan. Peluang hanya datang sekali, Karl tidak mahu ada sedikit kelemahan yang tidak sepatutnya ada dalam urusan tersebut.Dengan pantas hari berganti hari, sehingga Aryani tidak perasan yang hari ini sudah pun hari terakhir bekerja, today is Friday!Panggilan fatin mengingatkan program mandi manda membuat Aryani pantas melihat Kalendar.

 

“sekejap je dah hari jumaat, besok time untuk rest!” Aryani melepaskan perasaan lega. Hari-hari yang lepas dia betol2 jadi robot jadian.ahaks!

“mana karl ek..haritu cakap nak ikot. Tapi dia takde kat ofis.Alang-alang dia dah lupa baik aku terus buat-buat lupa gak…hehe” Aryani mula membuat tanduk di kepala.

 

Aryani baru lepas solat, dia duduk dibirai katil mengenangkan hidup jauh dari keluarga. Sesungguhnya dia rindu pada mak. Aryani mencapai handphone.

 

Trutttt..truttt…

“assalammualaikum mak…buat apa tu, dah makan?”aryani memberi salam.

 

“waalaikummussalam, tengah melipat kain. Dah tadi. Aryani ada duit?” soalan mak yang sudah boleh dijangkakan.

“kenapa mak..kan baru Aryani masuk kan” Aryani mengira-ngira dengn jari. Rasanya baru dua minggu sudah dia masuk kan,belum lagi genap sebulan.

 
“memang la baru lagi tapi mak nak pakai duit sikit, minggu depan ada kenduri dekat rumah mak ngah, mak nak beli baju sehelai dengan kasut. Takkan mak nak pakai baju yang sama je” ayat mak dah mula tak puas hati.


”oh..nanti Aryani masukkan lah, takpe la mak, Aryani ada kerja nak buat. Nanti Aryani call mak lagi. Jaga diri ye. Assalammualaikum.” Aryani sedikit hampa.


Sesungguhnya mak tak pernah berubah. Begitulah tiap-tiap kali Aryani telefon, hanya bercakap pasal duit. Sikit pun tak tanya khabar anak perempuannya disini. Niat Aryani untuk melepaskan rindu hanya disimpan jauh disudut hati.

 

Kalau nak harap mak yang call, lagi lah payah. Di saat perlukan duit saja mak akan call.

Akhirnya gugur juga airmata Aryani. Kesedihan yang ditanggung sudah tak tertahan. Dirinya sungguh mendampakan kasih sayang dan perhatian. Aryani terlena dengan pipi dibasahi mutiara jernih.

 

Tangan Aryani meraba-raba mencari handphone dan menutup alarm yang sudah bordering-dering. Sudah pukul6.00 pagi, segera dia bangun dan mencapai tuala. Selalu  je terlambat.Lari dari apa yang dia set, mana taknya alarm set pukul545 pagi tapi sedar pukul6.00 jugak. Punya lah liat nak bangun solat subuh.

 

Usai solat, Aryani terus bersiap, dia hanya berpakaian ringkas. Tshirt dan seluar pendek tiga suku. Aryani ke dapur untuk menyiapkan bahan-bahan, dia sudah bersetuju untuk membawa bekal bihun goreng dan fatin akan uruskan makanan ringan dan yang lain-lain.
 

 

Setelah bihun goreng siap, Aryani masuk kebilik mengambil bag pakaian yang sudah dikemas. Semuanya di letak satu tempat di ruang tamu, supaya tidak yang tertinggal.

Aryani melihat jam hampir pukul8.00 pagi. Aryani membuka pintu untuk menyapu halaman rumah sementara menunggu kehadiran Fatin. Terbeliak mata Aryani melihat Karl sedang keluar dari kereta. Karl senyum pada Aryani.

 

“ hai morning” karl melangkah merapati pagar.

 

“ morning..awal encik karl datang? Saya ingat encik karl dah lupa.” Aryani membuka pintu pagar.

 

“ mana boleh saya lupa, anyway kenapa awak tak call saya bagi tahu pukul berapa nak bertolak? Tu sebab saya datang awal.” Karl mula meluah rasa tidak puas hati.

 

“ err..saya takde nombor encik karl, lagipun masa balik encik karl takde dalam bilik” aryani mula rasa cuak.

 

Karl hanya memandang aryani, dia mula rasa panas. Ade ke patut Aryani tak simpan nombor handphone dia. Semalam sebelum dia keluar untuk berjumpa client, karl sudah menulis nombor handphone dan tinggalkan nota di meja Aryani.

 

“semalam saya dah tinggalkan nombor atas meja, awak tak baca ke?” tegas suara karl bertanya.

 

Aryani mula berfikir..nota yang mana ni. Semalam dia tak perasan ada nota di meja dia.

Jenuh dia berfikir. Cepat fikir aryani..fikir..fikir..hah, dah macam jimmy neutron dah.

 

Karl masih memandang tepat muka Aryani, dia betol-betol tak puas hati dengan sikap Aryani yang sambil lewa terhadap dia. Aryani dah boleh agak dengan pandang mata karl yang tajam, memang suhu Mr.0ksigen tengah naik.
 

Fatin menghon-hon kan kereta. Aryani terkejut dan memandang  kearah Fatin yang baru keluar dari kereta. Karl masih memandang tajam pada Aryani.

 

“se..se..sekejap nak amik barang..” aryani tergagap memberitahu Fatin.

 

“ hai, saya fatin” fatin mendekati karl.

 

“ Karl iskandar, call me karl.” Karl memandang fatin.

 

“ la..si Aryani ni pergi masuk pulak” fatin merungut

 

“ kenapa?” karl mengangkat kening.

 

“ ada perubahan sikit, saya kena ambik adik dekat airport. Dia sampai pagi ni. Plan hari ni terpaksa cancel” Fatin terangkan pada karl.

 

“ its ok, pergi la.. leave aryani with me.” bersahaja je Karl memberi arahan.

 

“ha ok, nanti cakap dengan Aryani ye yang saya pun tahu time nak datang sini” fatin terus berlalu.

 

Aryani yang baru menutup pintu rumah menjadi hairan. Hanya Karl yang ada bersandar di kereta,fatin sudah hilang kemana.

 

“ mana fa..” belum sempat Aryani habiskan ayat Karl dah memotong “ dia ada hal, dia pesan nanti dia call, jom!” karl terus memasuki kereta.

 

Aryani hanya diam dan berjalan perlahan membuka pintu. “ encik karl saya letak barang kat belakang ni ye” Aryani memandang karl yang hanya mengangguk

Aryani membuka pintu belakang dan meletak bag dan makanan.
 

Di dalam kereta karl hanya diam kan diri, Aryani pasti Karl tidak puas hati akan hal tadi.

Aryani tak berani nak bersuara, dia hanya duduk diam. Suasana macam ni boleh buat Aryani tak cukup 0ksigen. Mr 0ksigen please help me!!

 

Karl mula perlahankan kereta dan menyusur ketepi. Aryani mula cuak, “ dia nak tinggalkan aku kat sini ke” berdegup laju jantung Aryani. “alaa fatin..kenapa lah ko boleh tinggal kan aku sorang-sorang tadi.” Aryani mula gelisah bila Karl sudah mula berhenti di bahu jalan.

 

“bagi handphone” suara karl ada macam aura nak mara.

 

Aryani perlahan-lahan keluarkan dari bag tangan. Belum sempat Aryani hulur karl lebih pantas menyambar handphone di tangannya.

 

Aryani hanya melihat Karl sibuk memicit-micit punat nombor di handphonenya.

Karl memandang Aryani. Tajam! Aryani cepat-cepat tunduk.

 

Karl memberi handphone semula. Aryani hanya memandang handphone dia apabila terasa gegaran.

 

Kelihatan nama “Karl” di skrin.” Saya dah save nombor. So after this anything u can contact me” karl mula bersuara. Aryani hanya mengangguk.

 

Karl mula tenang meneruskan pemanduan.Aryani mula rasa kelopak mata semakin berat,akhirnya dia terlena sendiri.
 
 

Aryani merasa tangannya di pegang seseorang, dia membuka mata perlahan-lahan. Dia terkejut kerana baru sedar dia sudah tertidur ketika Karl sedang memandu tadi.

“maaf saya tertidur” Aryani berasa bersalah dan memandang karl.

Karl hanya senyum dan melepaskan pegangan tangannya.

Aryani menelan air liur “ ala..selamber je dia pegang”

 

Karl perasan Aryani tak selesa, tapi dia hanya buat bodoh dan terus memandu. Aryani jadi tak senang dan memandang keadaan di luar.” Eh, ni arah nak ke mana?” aryani mula rasa lain.

“ encik karl..kita nak kemana ni,bukan kita nak mandi dekat area Gombak je ke?” aryani memberanikan diri.

 

“ bukan, saya nak bawak awak pergi Thailand” karl jawab tanpa memandang Aryani.

 

“hah?? Nak buat apa kat sana? Jangan macam ni encik Karl” Aryani mula cuak. Ya allah lindungi  lah hamba mu ini. Aryani mula berdoa dalam hati.

 

Karl hanya senyum tapi senyuman dia terbantut bila Aryani cuba membuka pintu.

 “ Saya nak turun dekat sini, saya tak nak pergi. Tak nak ikot” Aryani mula memberontak.

 

“ duduk diam please” karl masih tenang.

 

“tak nak..saya nak balik” Aryani mula marah dan mencapai handphone untuk call fatin.

 

Karl dengan pantas merampas handphone dari tangan Aryani. Terus dia menekan butang off dan simpan di poket.Karl meraih tangan Aryani, pegangan nya sungguh kuat dan mencengkam. Aryani tersentak dan makin takut. Dia cuba melepaskan pegangan Karl.

“encik..jangan buat saya macam ni, saya tak nak ikot,please lepaskan tangan saya” aryani mula merayu.

 

“dear,please duduk diam je boleh?” karl masih tenang.Airmata Aryani mula gugur..sesungguhnya dia semakin takut.

 

Selepas beberapa jam Karl memandu, akhirnya dia berhenti di Cameron Highland.

Dia melepaskan tangan Aryani dan memberhentikan kereta berhampiran di kawasan ladang strawberi.

 

Aryani segera membuka pintu dan keluar untuk lari. Karl lebih pantas menyambar tangan dan merangkul kemas pinggang Aryani.

“nak pergi mana ni….” Karl bersuara  lembut.

“saya nak balik…”Aryani bercakap dengan airmata mengalir di pipi.

“saya main-main je tadi..saya nak bawak awak jalan dekat Cameron je, fatin terpaksa ambik adik dia dekat airport, dia tahu masa on the way nak datang rumah tadi, so saya kesian kat awak yang dah bersiap ni, so saya decide bawak awk jalan, paham?” karl menerangkan satu persatu dan mengesat airmata Aryani.

 

Aryani diam dan mengangguk paham.” Encik..lepaskan..” aryani rimas kedudukannya sekarang yang terlalu rapat.

Karl mula melepaskan Aryani dan senyum.

 

Aryani hanya mengikut langkah Karl berjalan di setiap pelusuk tempat yang ada di Cameron Highlang habis Karl pusing. Ada tu karl merengek lapar bila dalam kereta, aryani mengeluarkan bihun goreng yang di bawa. Banyak karl makan. Aryani tak sangka Karl kuat makan jugak.

“ tak sedap sory la yeh” aryani berpesan awal.

“ sedap awak masak..tolong tambah lagi” karl menghulurkan pinggan kepada Aryani.

Aryani mencebik tak percaya.

 

Kereta Karl berhenti di depan rumah Aryani, sehari suntuk mereka berjalan hari ni. Macam-macam yang di beli Karl untuk Aryani, bunga, buah-buahan, teh dan termasuk la bantal berbentuk strawberi. Walaupun Aryani berulang kali cakap tak nak, karl tetap beli dan langsung tak endahkan percakapan Aryani.

 

“ terima kasih” aryani ingin membuka pintu tapi di tahan Karl.

“ aryani, awak tahu kan saya betol-betol nak kita jadi kawan, saya tak nak awak anggap saya macam orang luar. Saya suka kawan dengan awak.lagi-lagi awak manja,cepat je nak menangis, kelakar dan lurus pulak tu. Saya tak nak ada orang ambik kesempatan pada awak.” Karl mula meluahkan rasa.

 

“ ye..kita kawan, terima kasih encik karl” aryani senyum dan mula membuka pintu.

Karl cepat memegang lengan Aryani. “ please stop call me encik” karl bertegas.

“saya nak panggil apa..encik bos saya..tak kira la diluar waktu pejabat pun, saya tetap ada rasa hormat dan saya tak nak orang fikir saya ambik kesempatan” aryani mula terangkan pada karl.

“aryani! For your information, di pejabat awak isteri saya. Awak perlu bekerja dekat dengan saya! Dan disebab kan itu awak  dan saya perlu rapat.So saya tak nak awak panggil saya encik bila masa kita berdua saje. Please call me Karl or Is. Which one u prefer” karl mula menjadi tegas.

 

Aryani hanya mengangguk, tidak kuasa melawan percakapan Karl. Dia tidak mahu karl panjang kan cerita.

‘ Saya balik dulu” Aryani terus keluar dan mencapai barang-barang di bahagian belakang.

 

Aryani meletakkan barang di dapur dan meletakkan bunga di dalam bekas yang berair.

Dia berjalan memasuki bilik dan duduk di birai katil. Tergiang-giang percakapan Karl tadi dan setiap sentuhan Karl cukup erat seperti tidak mahu melepaskannya, argh! semua tu perasan dia sahaja. Aryani sedar Karl mula ambik berat tentang dirinya. Tapi aryani sebolehnya ingin menepis semua itu, dia takut menaruh harapan. Aryani sedar siapa dia, dirinya tak layak untuk terima perhatian atau kasih sayang. Itu takdir hidupnya. Cukuplah hati terluka dengan sikap keluarga. Dia tak nak terluka sebab menaruh harapan pada orang berkedudukan seperti Karl Iskandar Ukasyah.

 

 

Selepas mandi dan bersolat, Aryani mula baring di katil. Dia rindu pada Arwah baba.

Lamunan Aryani terganggu, dia memandang handphonenya yang mula menyanyi kuat.

 

“hello dear” suara karl kedengaran di cuping telinga Aryani.

“ assalammualaikum…ye encik?” Aryani membalas.

“oh, waalaikummussalam” karl termalu tapi cepat-cepat dia cover dengan mengubah topik “ degil kan masih berencik dengan saya” suara karl macam nak naik suhu.

 

“ eh maaf karl, saya terlupa” cepat-cepat aryani menukar panggilan.

“ tak susah pun nak panggil nama, saya suruh panggil baby baru tahu, nak?” karl seolah-olah mengugut.

“maaf..saya tak sengaja” aryani akur, dia tahu karl akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak.

“tengah buat apa tu?” karl mula berlembut.

“ baru baring” balas aryani.

“ besok buat apa?” karl terus menyoal

“ duduk rumah je kot” aryani jawab bersahaja.

“ ok..duduk rumah diam-diam ye” karl mengusik.

Aryani tersenyum. Suke la tu!

 

“ Oklah,time to sleep. Dah lewat ni. Good night sayang” suara karl semakin romantik.

“err…ok..good night” aryani tersentak dengan panggilan sayang dari karl.

 

Keesokan awal pagi Aryani sudah bangun, selepas solat subuh dia tidak boleh nak tidur semula. Time hari kerja punya la liat tapi time cuti la mata ni segar je nak bangun pagi!

Aryani memanfaatkan hari minggu ni dengan kemas rumah, basuh pakaian, memasak dan menyapu halaman.

 

Setelah semuanya sudah siap Aryani duduk menonton CD di laptop. Bukan main syok dia menonton cerita English action movie sampai handphone dia berbunyi di atas kerusi pun dia tak sedar. Silent mode memang la!

 

 

Tuk! Tuk!

Pintu rumah di ketuk bertalu-talu, aryani terperanjat.siapa pulak ni, aku silentkan phone sebab tak nak di ganggu tapi ada pulak yang datang.

Aryani berjalan untuk membuka pintu. Terlopong mulut aryani melihat wajah yang berada di depannya. Mr.0ksigen??

 

Aryani cepat-cepat hendak tutup pintu sebab dia hanya berpakaian short pants dan sleeveless. Tapi tangan Karl lebih pantas menahan.

 

“encik kejap2!” aryani menjerit

 Tapi Karl terus menolak pintu sampai aryani berundur kebelakang. Mata karl memandang tubuh aryani yang sexy itu. Ya tubuh dia sungguh mengetarkan naluri lelaki karl. Jauh beza dengan Natalie.

 

“awak panggil saya encik???” mata karl memang nak makan orang.

“errr..ka..karl” aryani tunduk.

“awak betul2 degil kan…” karl terus berjalan masuk.

Aryani cuak, dari cara karl bercakap dia tahu karl nak buat sesuatu.

 

Karl menarik aryani supaya merapatinya, aryani mula gelisah.

“ err..karl,duduk la dulu, saya bu..buatkan air” aryani cari idea nak menjauhi karl.

 

“last warning!, awak panggil saya encik lagi, tahu lah nasib awak” karl betul- betul mengugut.

“ pergi siap, ikut saya” satu arahan dari karl

“ishh..main pakse-pakse pulak” aryani merungut sendiri..tak puas hati!

 

“cepat la, awak nak saya siap kan awak ke?” karl  mula berjalan mendekati aryani.
Aryani cepat-cepat berlari masuk dalam bilik.

 
Karl memandu hingga ke Genting Highland, aryani hanya mengikut langkah karl sambil matanya melihat suasana malam disana. Hati aryani seronok, dia tidak pernah sampai disini, hanya mendengar cerita dari kawan-kawan yang tempat ni menarik.

Langkah aryani menjadi berat, dia hanya berdiri kaku di depan pintu masuk. Karl sudah berjalan di depan, mungkin tak perasan yang dia sudah ketinggalan di belakang.

 
Karl memusing kiri dan kanan, dia melihat aryani hanya berdiri didepan pintu. Karl berpatah balik dan menarik tangan aryani.“come with me!”

 
“err..encik saya tak nak!” please,saya tunggu sini je” aryani keraskan badan. Tangan karl terus merangkul kemas pinggang aryani dan menarik dia masuk ke dalam Casino.

“ saya dah bagi last warning tadi kan? Tahulah nasib awak lepas ni” karl berbisik di telinga aryani.

Gulp! Aryani menelan air liur.

 

“ hello mr. karl iskandar” segur seorang lelaki berbangsa cina.

“hello mr. tan, banyak untung ka?”karl berjabat dan bertegur sapa.

“eh, miss aryani u pun ada, sila-sila” mr. tan menghulurkan tangan.

“ err..hai mr. tan, I just company my boss” aryani tersenyum kelat.

Aryani rimas, karl masih merangkul kemas pinggangnya. Mata dia liar memerhati suasana di dalam casino. Macam-macam gelagat orang. Perhatian aryani terganggu, susuk badan di meja judi itu sungguh dia kenal.Hah! Mata aryani terbeliak. Takkan la?!

6 comments:

  1. superbbbbbb story......... plz post banyak banyak lagi lepas nie........

    ReplyDelete
  2. thanks alot...yes,pls wait ya..i will :D

    ReplyDelete
  3. NAK LAGI X SABAR NAK TAHU SIAPA TU.

    ReplyDelete
  4. nak lagi nak lagi sambung please....baru jumpa blog ni so saya pun follow lah hehehe

    ReplyDelete
  5. hai kalam cinta..
    insyaallah saya akan update next entry dlm masa terdekat..anyway thank for be follower..yup,blog saya ni ssh nk jumpa..sy pun xtau napa :(

    ReplyDelete
  6. Numpang lewat yah min...

    Hanya di OPPO POKER

    Bonus New Member....
    Deposit 15.000 - 49.999 = Bonus nya 10.000
    Deposit 50.000 - 99.999 = Bonus nya 15.000
    Deposit 100.000 Ke atas = Bonus nya 20.000

    ReplyDelete