Tuesday 1 January 2013

Hati Si bebola Konkrit!


Bab 3:

Putra melemparkan senyuman kepada gadis yang sedang terkebil-kebil memandangnya. Entah kenapa dia sering terserempak dengan gadis ini sekarang. Inikah yang dinamakan takdir??

“kita jumpa lagi, kuat jodoh kita” Putra berkata sambil menghulurkan tangan pada Lulu yang memandangnya seperti tidak percaya.

“jodoh?? Wow so sweet your word Encik Putra. Ke awak ikut saya? Dah takde kerja ke?” Lulu segera ingin mahu beredar dari situ. Mood berlari untuk pusingan kali kedua sudah hilang.

Sepantas yang boleh dia berjalan meninggalkan Putra di belakang, tidak mahu melihat wajah itu. Melihat gelagat Lulu yang berjalan seperti masuk pertandingan walkaton membuatkan Putra berlari perlahan untuk mendekatinya.

“kenapa awak marah sangat dengan saya ni? Saya masih waras nak ikut awak tanpa sebab.” Putra cuba untuk menenangkan keadaan dia dan Lulu.

“ apa-apa je lah. Jangan ikut saya. Dah pergi jauh boleh tak” Lulu masih tidak mempedulikan Putra di sebelah.

as your wish!’ Putra terus berlari meninggalkan Lulu, hatinya cukup terasa dengan sikap Lulu.

 

Lulu rasa puas bila melihat Putra pergi dengan muka yang bengang. Memang dia sengaja membangkitkan kemarahan Putra, dia tidak mahu berbaik-baik dengan lelaki yang bersekutu dengan Taufiq!

 

Sebut sahaja namanya, membuatkan hati ini rasa bagai dihiris semula. Lulu mula berlari-lari anak, sementara ingatannya masih teringatkan peristiwa yang takkan mampu dia lupakan.

 

Dua bulan Taufiq tidak menghubungi aku, jika terserempak di fakulti dia seolah-olah tidak kenal lagi pada aku. Semuanya jadi asing buat aku,lebih-lebih lagi melihat perempuan itu berpegangan tangan dengan Taufiq. Jelingan Intan cukup aku faham, kemenangan berpihak kepada dia sekarang.

 

Tapi apa motif Intan benci kepada aku? Apa yang sudah aku buat? Taufiq sampai hati kau buat aku macam ni. Ibarat digantung tak bertali.

“Kau Lulu? Aku Intan buah hati Taufiq. Kau dah putus dengan dia so aku harap kau jangan lah terhegeh-hegeh ganggu kami, faham ?? dengan lagak sombong Intan bercakap dengan aku.

“aku pun tak hadap laki bodoh macam tu..sesuai sangat, fool couple!” Lulu terus melangkah jauh meninggalkan Intan yang kepanasan dengan kata-kata Lulu yang cukup pedih.

 

Tidak cukup dengan jiwa yang sudah kecewa ditinggalkan tanpa sebab, lain pula yang datang. Cerita fitnah yang disebar oleh mulut-mulut dari kawan-kawan Taufiq mengenai aku cukup buat aku tertekan dan malu. Taufiq betul-betul mencalarkan maruah aku. Cerita mengenai aku perempuan murah dan kaki kikis membuatkan hati aku luka berdarah. Tidak tahu bila akan sembuhnya..

 

Aku merana, saban malam aku terjaga dan menangis seorang diri. Perasaan sunyi dan kecewa membuat aku hidup ibarat mayat hidup. Hati aku sudah hilang rasa terhadap lelaki. Semuanya berubah jadi keras seperti bebola konkrit. Tak akan ada yang mampu menembusinya.

Lain pula dengan si Taufiq, dia kini bahgia dengan hidupnya. Sikit pun dia tidak datang meminta maaf dan memberi penjelasan. Dari risikan Nurul, semua cerita buruk tentang aku memang datang dari mulut Taufiq sendiri. Aku tidak pernah jumpa lelaki yang akan mengutuk kekasihnya sendiri. Rupa-rupanya dibelakang aku sikap Taufiq cukup lain dari apa yang aku kenal. Dia seorang yang tidak ikhlas dalam memberi cinta, dia manusia hipokrit!

 

Aku tidak salahkan sesiapa, ini semua kerana kebodohan aku sendiri yang tidak pandai menilai. Tapi siapalah aku untuk menilai hati manusia, kerana aku juga manusia biasa. selama ini aku ingat cinta Taufiq ikhlas lahir dari hatinya, dimana silapnya aku pun tak pasti, apa yang aku pasti aku bukan Lulu yang dulu lagi.

“auch!” Lulu mengerang kesakitan, entah bagaimana dia tersadung dan kakinya terseliuh. Inilah padahnya berlari dengan kepala otak dah terbang jauh dari kotak fikiran.

 

Diurut-urut kakinya dengan harapan akan kurang kesakitan yang dirasai. Lulu cuba bangkit, tapi dia gagal. Dia cuba sekali lagi, dan terjelepuk jatuh semula dan kali ini sikunya pula jadi mangsa.

Hari semakin gelap, Lulu cuba bangun perlahan-lahan. Dia perlu berjalan ke kereta kalau tidak bergelap la dia disini. Handphone semua tidak dibawa bersama,takut menjadi beban ketika berlari. Gigih Lulu bangun, dia cuba mengawal badannya supaya tidak jatuh lagi.

“ aduhhh..” Lulu menahan kesakitan bila sahaja kakinya memijak ketanah. Baru sahaja dua tapak dia berjalan Lulu sudah hilang imbangan, kini badannnya sudah melayang ingin jatuh ketanah semula.

 

Lulu berasa hairan apabila badannya tidak berasa sakit, tapi dia merasa seperti ada seseorang yang menahannya dari terjatuh. Dia memandang tangan yang memegangnya erat, bulat mata Lulu apabila terpandang wajah Putra yang kerisauan.

 

“ awak ok?” Putra terus bertanya apabila melihat Lulu yang senyap tidak bersuara.

“ err..saya ok, terseliuh sikit. Takpe saya boleh jalan.” Dengan pantas Lulu melepaskan pegangan Putra.

“ betul? Kalau macam tu, jom kita balik, hari dah gelap”

“ ok,” Lulu memaksa kakinya memijak tanah, hanya tuhan sahaja yang tahu sakit nya macam mana.

Putra memberhentikan langkahnya, dia memandang Lulu yang ketinggalan dibelakang. Perasaan kasihan mula terbit melihat gadis comel itu terpaksa jalan terhenjut-henjut. Riak mukanya nampak yang dia sedang menahan kesakitan.

Tidak sampai hati Putra untuk terus melihat sahaja Lulu seperti itu, terus dia mendekati Lulu dan mencempung tubuh gadis itu untuk dibawa ke kereta.

Kelakuan drastik Putra membuatkan Lulu tergamam, dia hilang kata-kata dan mukanya merah menahan perasaan malu yang terlampau.

Setelah sampai di kereta,Putra letak Lulu dengan berhati-hati. Jiwa lelakinya cukup mudah tersentuh dengan gadis comel didepanya ini.

“ boleh drive?” Putra mengangkat keningnya bila soalannya dibalas pandangan kosong oleh Lulu.

Lulu mengangguk. Suasana dimana wajah Putra dekat denganya membuatkan dia tidak mampu hendak bersuara.Putra memerhati gear di kereta Lulu,” auto..oklah..kalau manual awak tak boleh drive.”

“Siapa dia?yang mampu mengoyahkan perasaan aku??” Lulu  berteka teki dengan diri sendiri. Bertahun lamanya dia tidak pernah rasa begini.

“ok, drive slow..saya ikut dari belakang” Putra meninggalkan Lulu di kereta.

 

Lulu menghidupkan enjin kereta dan perlahan-lahan bergerak keluar dari tasik titiwangsa. Sepanjang perjalanan, Lulu memandang cermin pandang belakang, dia melihat kereta lamborgini Putra mengekorinya dekat. Lulu tidak mahu terhutang budi dengan Putra, haih Lulu kenapa kau lemah sangat ni??

 

Sampai sahaja didepan rumah Lulu, Putra turun dari kereta untuk dapatkan Lulu yang hendak keluar dari perut kereta.

“ awak ok? Tak nak pergi klinik? Better kita check, takut ada retak atau patah” timbul kerisauan bila melihat keadaan kaki Lulu yang kelihatan teruk.

“ takpe..kalau tak ok esok saya pergi sendiri. Anyway thanks. Awak baliklah, saya boleh jaga diri saya.” Suara Lulu tegas tidak mahu di pandang lemah oleh Putra.

Melihat kedegilan Lulu, Putra akur dan terus menaiki keretanya meninggalkan Lulu yang masih termangu di dalam kereta.

 

 

Susuk tubuh wanita didepannya direnung tajam, nafsu semakin rakus apabila tubuh itu terliuk lentok berjalan ke arahnya. Sengaja dirapatkan tubuhnya pada badan Taufiq, lelaki lemah pada godaan wanita. Bisik hati Raihana.

 

Taufiq menikmati malam bujangnya bersama Raihana, alasan atas dasar kerja yang diberi pada isterinya. Membuatkan dia tenang disini tanpa gangguan. Raihana wanita yang pandai mengiurkan lelaki, siapa yang mampu menolaknya.

 

“ sayang, do you love me?” Raihan sengaja bersuara manja.

“ mestilah..I buat ni semua untuk you dear” Taufiq membelai pipi Raihan lembut.

“kalau you sayang I, bagilah I kerja dengan you” tangan Raihana terus merayap di tubuh Taufiq.

“ you betul nak kerja dengan I?”

“betullah..boleh selalu I tengok you..” dibuka satu persatu butang baju Taufiq, dia perlu mencairkan Taufiq untuk mencapai matlamatnya.

Taufiq terasa lemah bila tangan Raihana membuka butang bajunya,” betul ke you tak boleh jauh dengan I”

“Betul sayang, I nak dekat je dengan you..macam sekarang..you suka tak I layan you hari-hari macam ni?” Raihan terus memasang perangkap.

Taufiq mula terpedaya,” baiklah..I pun tak boleh jauh dengan you..” di dakap erat tubuh Raihana.

Kesempatan yang ada, Raihana terus mencari peluang untuk Taufiq akur  dengan segala permintaannya. Dia percaya Taufiq sudah masuk perangkapnya kali ini.

“ You nak I buktikan malam ni?” Raihana bersuara mengoda, tanganya masih mengosok dada Taufiq yang sudah terbuka sedikit.

Dengan kemanjaan yang ada pada Raihana, Taufiq hanya membiarkan sahaja apa yang di buat Raihana kepadanya.

“ dengan syarat..I nak dekat dengan you” Raihan berbisik pada telinga Taufiq.

Taufiq terus hanyut dengan layanan Raihana. Dia tidak mampu menolak kehendaknya yang sudah lama disimpan untuk bersama Raihana. Selepas ini tidak ada apa pun yang dapat pisahkan mereka.

Raihana tersenyum lebar, sikit sahaja lagi dia akan memiliki apa yang sudah lama dia cita-citakan. Syed Arman tak lama lagi kau pun akan jatuh dalam genggaman aku macam Taufiq si bodoh ni!

Putra termenung sendiri, fokusnya meneliti fail-fail pejabat sudah hilang. Kejadian petang tadi sentiasa bermain difikirannya. Naluri lelakinya ingin mengenali wanita itu, tapi apa silapnya setiap kali berjumpa Lulu Asmara pasti dingin. Takkan disebabkan proposal tempoh hari sampai kesudah marahnya. Orang yang sepatut marah adalah aku bukan dia.Haih..pelik-pelik..

 Riak wajah malu Lulu memcuit hati Putra, tapi bila teringatkan kakinya yang terseliuh teruk Putra mula kerisauan. Dia pasti kecederaan yang di alami Lulu serius, ikutkan tadi ingin sahaja dia bawa Lulu ke klinik. Melihat sikap Lulu niatnya terpaksa dibatalkan, malas hendak menambah kemarahan Lulu.

 

Keesokkan paginya Lulu ingin ke klinik, semalaman dia tidak dapat tidur kerana menahan kesakitan. Lulu terpaksa menahan hingga ke pagi, ketiadaan Ida dia terpaksa melakukannya sendiri. Perlahan-lahan Lulu berjalan untuk ke pintu, sungguh perit kakinya. Kalau lah semalam dia ke klinik pasti tidak teruk begini.

 

Sampai sahaja di pintu, Lulu sudah hilang kawalan kakinya tidak boleh menahan sakit lagi. Hampir sahaja dia terjatuh mujur tangannya sempat mencapai tombol pintu,dia berpaut pada tombol untuk berdiri semula. Kemudian tidak sampai berapa saat, pinggangnya dirakul kemas oleh seseorang.

Lulu dengan pantas menoleh siapa yang membantunya, air muka Lulu berubah menjadi merah bila melihat wajah tampan Putra yang begitu dekat dengannya. Pipi mereka hampir bersentuh.

“ are you ok?” Putra bertanya bila Lulu sudah berjaya berdiri dengan bertongkatkan tombol pintu.

“ ok..terima kasih, macam mana awak masuk” berkerut dahi Lulu melihat Putra muncul secara tiba-tiba.

“ tak kun.. eh kaki awak dah teruk sangat ni?” kata-kata Putra berhenti separuh jalan bila terpandang kaki Lulu yang sudah ke biruan dan membengkak besar.

“ tak dela…” belum sempat Lulu menghabiskan ayatnya, Putra sekali lagi mencempung tubuhnya dan di bawa terus naik ke kereta.

Lulu kaku, dia tidak mampu bersuara di dalam kereta. Apa yang jadi sebentar tadi membuatkan dia seperti sedang dipukau.

 

“ kalau awak lambat kaki awak lagi teruk” Doktor mula bersuara.

Lulu hanya diam seperti patung, kehadiran Putra di dalam bilik membuatkan dia tidak selesa.

“ Your wife need rest. Dia tidak boleh banyak berjalan. Don’t worry, saya akan bagi ubat cuma elakkan untuk berjalan. Rehat sahaja dirumah. You need help her kalau hendak ke toilet” Doktor terus memberi syarahan percuma. Eh percuma ke? Kena consultant fees  la cik Lulu..

 

Putra tersenyum bila Lulu menjeling kepadanya bila doktor itu sudah tersalah anggap yang mereka adalah pasangan suami isteri.

“baiklah..terima kasih ye doktor” Putra memapah Lulu untuk berjalan ke luar dan sempat dia berbisik di telinga Lulu” jom sayang”

Panas telinga Lulu bila di sebut perkataang sayang. Argh! lelaki memang murah dengan perkataan tu!

 

Di dalam kereta Lulu sibuk bermain mesej, dia perlukan Ida diketika ini. Melihat tingkah laku Lulu itu membuatkan Putra menjadi pelik.

“ sibuk mesej siapa? Boyfriend?” sengaja diserkap jarang.

“ emmh..” sahaja dipanaskan lagi keadaan.

“ owh I see..mana dia? Kenapa tadi tak call?” Putra mula soal selidik.

“ out station” pendek sahaja jawapan Lulu.

 Suasana kembali senyap, tiada lagi soalan dari Putra. Dia kembali fokus pada pemanduannya.
 
 

7 comments:

  1. Jahatlah taufiq ,tq selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  2. Salam dan Selamat Tahun Baru. Tak sangka plak si Taufiq tu playboy ingatkan Putra. Makna memang benarlah tuduhan dan fitnah yang dilemparkan pada Lulu sebelum ini adalah angkara Taufik.

    Nampaknya Taufiq bertemu buku dengan ruas. Raihan bukan hendakkannya tapi Putra.

    Harap Raihan tak berjaya menggoda Putra. Biarlah terpujuk hati batu Lulu tu. Putra sangat sesuai dengannya.

    ReplyDelete
  3. hai semua, thank sebab beri komen. apa pun teruskan memberi komen pada tulisan manggis ya..selamat tahun baru juga!

    ReplyDelete
  4. Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
    -----------------------------------------------------------------------
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
    - Bonus Cashback Sportbook 5%
    - Bonus Cashback Sabungayam 5%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    Contact Us Now :
    Livechat Casinobet77
    whatsapp : +85599495431
    PIN BBM : D6235F1C
    Wechat : casinobet77cs1
    Line : casinobet77
    skype : casinobet77
    Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/

    ReplyDelete
  5. Numpang ya min ^^

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus New Member Bervariasi
    Bonus next deposit 5%
    Bonus rilingan 0,5%
    dan masik banyak yang lainnya bossku
    Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.

    ReplyDelete
  6. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete