Aryani sedang mengemas
rumah, dari pagi dia sudah menyapu dan mengelap lantai dan kabinet. Masa cuti
ini lah masa yang dia ada untuk membuat semua kerja ini. Esok sudah hari Isnin,
dia perlu melakukan rutin hariannya iaitu bekerja.
Sedang
dia mengelap cermin tingkap, dia lihat Karl sudah selesai mencuci keretanya di
luar. Melihat sahaja Karl ingin berjalan masuk kerumah, Aryani mula gelisah
bila dia masih teringatkan sikap Karl semalam. Sungguh benci bila Karl melayan
dia sebegitu.
Ambik
kesempatan sungguh!
Aryani
meneruskan kerja rumahnya tanpa mempedulikan Karl, sakit hatinya masih ada.
Karl
terus berlalu memasuki bilik dan keluar dengan tuala di bahu. Nak mandi la
tuh..rumah tak ada air-cond memang panas la Mr.0ksigen.
“sayang…nanti
tolong pindahkan barang abang dalam bilik sayang ye” Karl berdiri didepan bilik
Aryani yang separuh terbuka. Dia menjenguk sedikit ke dalam bilik Aryani.
“kenapa
nak pindah? Bilik tu kan kecik je..sekarang pun dah sempit” Aryani cuba membantah,
apa lagi la hal Mr.0ksigen ni nak..
“tak
kesah lah kecik ke apa..abang tak nak kita duduk bilik asing. Kita dah halal
lah sayang..” Karl kelihatan serius dengan permintaannya.
Aryani
diam seketika, memikirkan apa alasan yang perlu diberi pada Karl. Melihat Aryani
yang hanya diam Karl mula mendekati Aryani.
“sayang
dengar tak?” Karl sudah dekat disebelah Aryani.
“dengar..”
suara Aryani takut-takut menjawab bila sedar Karl sudah dekat dengannya.
“ok..good..thank
you dear” Karl berjalan menuju ke bilik air.
Dalam
keadaan yang nak dan tak nak Aryani bergerak masuk ke bilik Karl. Di kumpul
kesemua pakaian Karl untuk dilipat, kemudian diangkut masuk ke biliknya
sedikit-sedikit. “banyaknya baju Mr.0ksigen ni, patutlah bag dia berat
semacam..kalah pakaian yang aku ada” Aryani mengomel sendirian.
Sehelai demi sehelai
kain dilipat Aryani, disusun rapi dalam almari yang tak berapa nak luas itu.
Almari yang hanya memuatkan untuk pakaian seorang sahaja kini sudah jadi almari
untuk dua orang. Sikap Karl yang jenis mendesak membuatkan Aryani pasrah je.
Selagi tak diikut kehendaknya selagi itulah dia akan mendesak. Selalunya Aryani
akan tewas pada permintaan Karl, ada sahaja idea diakal fikiran Karl.
Tangan Aryani masih
melipat pakaian Karl dengan teliti supaya mudah dia menyusun didalam almari
yang ruangnya amat terhad.Muka Aryani mula terasa kebas bila dia terpaksa
melipat boxer Karl yang ada pelbagai jenis. Sungguh dia tak biasa dengan semua
ni. Karl masih mengelap rambutnya yang kebasahan, dia hanya memerhati Aryani
dari pintu bilik.
Kerana paham dengan
sikap Karl yang suka mengenakannya, Aryani sedikit pun tidak menoleh pada Karl.
Dia tahu pasti Karl hanya memakai boxer dan Aryani segan untuk memandang Karl
dalam keadaan ala-ala model boxer tu. Bukan Karl tidak sedar yang Aryani kurang
selesa bila dia berkeadaan sebegitu tapi dia sengaja mengusik Aryani. Bila lagi
dia nak bermanjakan…dah kata suami isteri.
“ Bulan depan abang nak
sayang ikut abang balik ke rumah kita ” Karl mendekati Aryani yang dari tadi
asyik melipat kain.
“ rumah kita di kuala
lumpur ” Karl menyambung kata-kata selepas melihat Aryani masih diam membisu.
“saayanngg..dengar ke
tak..” Karl merengek manja bila Aryani masih diam tidak memberi jawapan.
“habis kerja saya macam
mana?” Aryani mendongak memandang Karl, bila tersedar keadaan Karl yang seksi Aryani
terus tunduk semula. Haishh..apsal la kau pergi gatal pandang dia..
“ besok bagi surat resign..24 hours notice. I will pay if they
need gantirugi”Karl jawab selamba sambil mengelap rambutnya yang belum
kering.
“tapi..”
“abang nak sayang ikut
abang, muktamad!” Karl membangkang keras bila Aryani cuba memberi alasan.
Aryani cukup terasa
dengn sikap Karl, siapa dia nak tentukan segalanya. Hanya sebab status dia
sebagai suami, dia boleh menentukan segalanya? Aryani menahan sedih didalam
hati.
Karl merenung Aryani
yang hanya diam dari tadi dan tangannya masih melipat baju. Di perhati susuk
tubuh Aryani tanpa berkelip, “ sayangg..dah la, jom tido?”
‘tido sama? Aku tak
nak..macam mana ni..’ hati Aryani mula cemas. Dia pasti kalau di tolak macam tu
je, mesti Karl naik angin tak tentu pasal. Macam kes tempoh hari.
“aa..abang
tido dulu, saya nak cuci muka dan gosok gigi sebelum tidur” Aryani memberi alasan
yang memang bernas.
“
ok sayang..” Karl sudah dalam posisi yang selesa untuk lena.
Hampir
30 minit Aryani duduk di dalam bilik air, kira-kira masa yang di jangka sudah
cukup dia keluar dari bilik air dan berdiri didepan pintu. Berfikir untuk masuk
atau tidak, tapi yang pasti 99% Aryani memang tak nak masuk ke bilik.
Aryani
menolak pintu perlahan-lahan, dia memerhati Karl yang sudah lena.
“yes..berjaya pun..” Aryani tersenyum
suka.
Dia
berjalan perlahan mendekati Karl, niat dihati untuk mencapai bantal dan tidur
di bilik sebelah. Tangannya menarik bantal dengan seperlahan yang mungkin tidak
ingin Karl tersedar.
“
nak kemana?” Karl pantas memegang tangan Aryani. Berdengup laju jantung Aryani
bila Karl dapat menghidu rancangannya.
“err…”
belum sempat Aryani menjawab Karl sudah memberi arahan keras “ tidur sini”
dan
menarik Aryani baring disebelahnya.
Aryani
terpaksa akur, sebab dah kantoilah katakan, terpaksa Aryani baring dan sengaja
membelakangkan Karl, tidak mahu matanya bertemu dengan Mr.0ksigen yang sedang
menghadapnya.
“
sayang..tak baik tidur belakangkan suami macam ni..” Karl berbisik perlahan.
Aryani
memusingkan badannya menghadap Karl, dengan tangan Karl yang sudah merangkul
kemas pinggangnya. Diketika itu Aryani terus menutup matanya serapat mungkin.
Aryani
masih tidak boleh lena, walau matanya ditutup rapat. Entah kenapa jiwa nya
terasa kacau. Mungkin kerana gugup dengan keadaan dimana Karl sedang
mendakapnya. Disaat ini, Aryani mengimbas kembali kisah yang berlalu, hatinya
masih belum sembuh. Kenapa dia begitu lemah pada lelaki yang berada didepanya.
Kenapa dia perlu wujud dalam hidup aku semula. Aryani berfikir-fikir untuk
menuntut cerai, ya dia pernah berbincang dengan Karl, dan kata-kata ugutan yang
dibalas Karl. Tapi kali ini dia nekad, bila ada masa yang sesuai dia pasti akan
cakap dan meluahkan sekali lagi.
Bau
perfume Karl cukup menusuk hidung Aryani,
bau ini sudah cukup sebati dengan dirinya. Aryani masih ragu-ragu dengan sikap Karl,
apa tujuan sebenar Karl. Sikap prihatin dan sentuhan dari Karl adakah
berdasarkan kasih sayang? Atau hanya pura-pura? Tapi tak mungkin Karl mencintai
diri aku yang sungguh berbeza dengannya. Teringat kata-kata herdikan di lobi,
aku cukup hina di matanya dan aku langsung tak layak untuknya. Entah lah..macam
mana aku nak lari dari semua ni, perlu ke Karl kembali seperti sekarang? Atau
aku perlu lari sekali lagi?
Puan
Umi duduk dibirai katil sambil menatap sekeping gambar arwah suami dan
satu-satu anak perempuannya Aryani. Gambar itu diambil ketika hari jadi Aryani
berumur lima tahun. Mengenangkan kembali saat-saat dia bersama suami yang
dikasihi, terlalu awal dia pergi meninggalkan dirinya, masih belum puas dia
hidup bersama.
Kasih
sayang yang diberi pada Aryani cukup sempurna, hasil didikannyalah Aryani
menjadi anak yang baik kini. Tidak seperti kedua-dua anak lelakinya, kerana
terlalu mengikutkan sikap iri hati dia sanggup membesarkan anak berat sebelah.
Akhirnya anak yang di buang itu yang mengutip dan menjaganya semula. Walau
sudah banyak perkara tidak elok dilakukan terhadap Aryani.
Semua
ini bermula dengan ibunya sendiri iaitu nenek kepada Aryani. Perkahwinan dia
dan arwah Baba Aryani cukup membawa kegembiraan sehinggalah kelahiran Aryani.
Ibunya mula melebihkan cucu perempuan sulungnya, kerana kepinginan cucu
perempuan segala harta dan kasih sayang diberi sepenuhnya pada Aryani.
Sehingga
ibunya meninggal dunia, tiada satu harta pun ditinggalkan untuknya, malah
kesemua harta sudah dinamakan atas nama Aryani. Selama ini arwah Baba Aryani
yang menjaga Aryani bila Puan Umi mula membenci anak perempuannya.
Kini
harta itu sudah habis dibelanjakan pada anak-anak lelakinya, bila genap sahaja Aryani
berumur 21 tahun, Puan Umi telah memaksa Aryani menandatangani surat penyerahan
harta kepadanya dan diketika itulah genap 2 bulan Baba Aryani meninggal dunia.
Puan
Umi cukup menyesali perbuatannya yang tidak matang dan keterlaluan itu, cukup
sabar arwah suaminya melayan sikapnya. Baba Aryani memang orang yang cukup
baik, sikapnya kini telah tumpah pada Aryani.
Airmatanya
tidak henti-henti mengalir bila terkenangkan semua itu kembali, kini dia
tinggal keseorangan tanpa anak-anak disisi. Anak yang diberi sepenuh kasih
sayang entah hilang kemana disaat dia kesusahan, atas simpati Aryani dia kini
masih hidup dengan selesa. Bagaimana keadaan Aryani dia sendiri tidak tahu, sungguh
anak perempuannya itu membawa diri selepas apa yang di laluinya.
“abang..saya
gagal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak terutama pada Aryani, anak kandung
saya yang telah saya buang kerana mengikut perasaan cemburu saya hanya kerana
harta benda. Saya lupa pada ikatan ibu dan anak, saya lupa pada tuhan, saya
cukup menyesal lebih-lebih lagi pada abang. Sabarnya abang hidup dengan saya
selama ini, saya tidak pernah menghargai abang disaat abang disisi
saya..ampunkan lah Umi abang…Umi berdosa..”
Dicium
gambar itu berkali-kali, inilah satu-satunya tempat yang dia ada untuk
melepaskan rindu dan perasaan kesal yang ada di dalam hati.
Mungkin
sudah tiba masanya dia bertaubat atas segala kesilapan yang dilakukannya.
Puan
Umi bergerak ke bilik air, untuk mengambil wuduk agar dia mendapat hidayah dan
ketenangan selepas ini.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah
kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah
At Tahrim: 8)
Aryani
masih belum boleh lena, walau mata di katup rapat dia masih tidak mampu tidur.
Entah mengapa malam ini segala kenangan yang lalu rancak bermain di kotak
fikirannya. Dari tadi tangan Karl masih melingkari pinggangnya, dia berharap Karl
sudah lama lena dan ingin mengambil peluang ini untuk mengubah posisi mereka.
Tapi
masih ada perasaan was-was bila Aryani tidak mendengar hembusan nafas seperti
orang yang sedang lena tidurnya. Takkan lah Karl pun belum lena, dari yang dia
rasakan Karl tidak bergerak-gerak dari tadi. Argh..mungkin dah tidur lah tu..
Aryani
mengambil keputusan untuk membuka mata dan melihat peluang untuk lari dari
keadaan sekarang ini. Perlahan-lahan Aryani membuka mata, berpinar-pinar
pandangnya membuatkan pandangan Aryani kurang jelas apabila membuka mata.
Setelah
beberapa saat kemudian, mata Aryani bulat melihat Karl sedang memandangnya
tanpa berkelip.
Wajah
Karl hanya menjarakkan beberapa inci dari wajah Aryani, kedengaran hembusan
nafas mereka bersatu. Aryani menjadi seram bila Karl langsung tidak berkata
apa-apa, dengan matanya tepat memandang anak mata Aryani.
“aa..bang..kenapa
tak tidur lagi?” Aryani memberanikan diri bersuara walau dalam keadaan
tergagap-gagap.
Karl
masih senyap dan tidak ada jawapan yang diberikan, malah dia terus-terusan
merenung Aryani.
Aryani
mula rimas dan takut bila Karl berkelakuan macam tu, Mr.0ksigen ni mengigau ke
atau dah kena rasuk hantu ni..choi! celuparnya mulut aku.
Aryani
tidak boleh tahan lagi, dia mengambil keputusan untuk bangun tidak sanggup
bertentang mata dengan Karl lebih lama lagi.
Aryani
berkira-kira hendak bergerak dan bangun dari posisinya sekarang, tapi Karl
terus mengeratkan rangkulannya dan tanganya mula memeluk Aryani agar mereka
lebih dekat.
Tindakkan
Karl membuatkan Aryani tersentak dan dia terus memandang Karl yang dari tadi
merenungnya tanpa beralih sedikit pun.
“aabang..ok
tak ni.. sakit la” Aryani mula rasa pelukan Karl terlalu erat.
“syhh…abang
sayangkan Aryani..sayang sangat-sangat..” suara Karl kedengaran separuh
berbisik pada telinga Aryani.
Aryani
terlopong mendengar pengakuan Karl yang spontan itu. Tanpa dipinta bibir Karl
sudah menyentuhi bibir Aryani, kejadian yang betul-betul tak dijangkakan itu
membuatkan Aryani tidak memberi apa-apa reaksi. Dia masih tidak percaya apa
yang diluahkan Karl dan dia tidak ada kekuatan untuk menolak apa yang dilakukan
Karl diketika ini.
Malam
itu Karl memeluk Aryani seperti tidak mahu melepaskannya, dia ingin hidup
bersama Aryani. Dan akhirnya mereka berdua terlena dengan hadirnya mimpi yang
indah.
t.kasih,selamat tahun baru semoga murah rezeki amin.
ReplyDeleteNumpang ya min ^^
ReplyDeleteHANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
Bonus New Member Bervariasi
Bonus next deposit 5%
Bonus rilingan 0,5%
dan masik banyak yang lainnya bossku
Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.
JUMPAPOKER MEMBERIKAN BONUS NEW MEMBER TERBESAR !!!
ReplyDeleteKami Tawarkan Kepada Anda "JUMPAPOKER"
Hanya Di "JUMPAPOKER"
> BONUS NEWMEMBER UP TO 50%
> BONUS HARIAN 10%
> BONUS TURN OVER MINGGUAN MENCAPAI 0.5%
> BONUS REFERRAL MINGGUAN MENCAPAI 0.15%
> Layanan Customer Service Friendly & Welcome
> Transaksi Semua bank BCA , BNI , BRI , CIMB , Permata , Mandiri
> Bisa Menggunakan OVO , GOPAY & DANA
> MEGA BONUS BULANAN DENGAN GRANDPRIZE UANG TUNAI 30JT
> BONUS TOURNAMENT
> BONUS SAMSUNG NOTE9 7 EMAS MURNI 30gr
Mau tau penawaran terbaik lainnya dari JUMPAPOKER ?
Yuk, Kunjungi Situs kami atau hubungi Customer Service kami di
> Line : jumpa.official
> WA : +6282124313996
> FB : JUMPAPOKER
> Twitter : JUMPA.OFFICIAL
> WeChat : JUMPA.OFFICIAL
BONUS POKER TERBESAR
AMBIL MOBILNYA DISINI
BACA BERITA DISINI
BERITA DEWASA
TOGELNYA PARA JUARA
TEBAK SCORE BERHADIAH
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny