Saturday 15 December 2012

Cerpen : err..bossy! bencinya!




Madam, I only ask you increase about 300, not 3000” sungguh aku tak puas hati dengan perempuan cina yang separuh abad didepan aku sekarang ni.

Madam Wong masih mengelengkan kepala, “ sorry, we only pay you RM1000. If you want more, just find another job. Not here” Aku mula menyampah tapi takpe, aku bukan jenis mudah putus asa lah!

“ ok, I will find another job” suara yang nak marah ni masih aku control sebab tak nak jadi isu lain pulak kan, tak pasal-pasal aku takde gaji langsung bulan ni.

Sakitnya hati aku! Nak tahu apa masalah aku dengan lady boss sorang ni?? Meh sini aku nak cerita,tak larat nak pendam sendiri.


Nama aku Ratna Baizura binti Megat Adnan. Umur aku baru je masuk 25 tahun dan sekarang bekerja di audit firm. Lady boss ni lah owner dia..haih..punya kedekut. Mula-mula aku masuk dalam audit firm ni sebab inilah tempat praktikal aku selama 6 bulan. Apa yang aku tak puas hatinya, bila tamat je tempoh aku praktikal, Madam Wong ni serap lah aku as audit assistant tapi gaji dia bagi RM1000 je..ade ke patut? Tu secara kasar aje..kalu dah tolak KWSP, Socso semua tu bagai? Berapa sangat lah yang aku dapat. Macam mana aku nak survive kat Kl ni? Itulah aku cuba mintak jugak naikkan RM300, tapi dia ni memang sah saudara haji bakhil! Eh..bila pulak haji ni ada saudara cina?? Memang dah salah fakta aku ni.


Sedih hati aku..kakak senior pun cakap yang fresh grade macam aku ni sepatutnya dapat RM1300. Apa punya nasib daa..

Sejak pada kes haritu, aku bertungkus lumus menghantar resume pada company yang ada kekosongan. Termasuklah semua agency pekerjaan, aku dah tak kira aku mesti buktikan yang aku boleh dapat gaji lebih bagus dari tempat ni.


Dalam tempoh sebulan ni dah banyak temuduga aku pergi, semuanya bagi keputusan yang negatif. Aku masih gigih mencuba, kali ni aku dah tak kisah position dia apa, asalkan kerja dia ok.


Aku masih menanti panggilan kerja untuk aku, hari-hari aku belek telefon bimbit. Tapi hampeh senyap je telefon ni, aku terus merenung telefon aku macam orang tengah bercinta. Tengah aku layan feeling sedih, aku boleh tersenyum lebar bila telefon aku ada vibrate. hehehe

hello, may I speak to Ratna Baizura?” suara lelaki yang tak dikenali.

yes, speaking. “ aku jawab dalam ragu-ragu.

I’m Siva from job agency, I received you resume and already submit to our client. So they interested to invite you for the interview? When you available?”

really? Tomorrow?Which area?” aku rasa teruja sangat.

Ok, tomorrow evening? This company area PJ at ss 14. This company actually quite big ye miss. So you will know much better when attend the interview.”

Klik! Aku sudah pun putuskan talian dan aku happy sangat. Kali ni aku mesti buat yang terbaik!


Keesokannya aku ambik cuti setengahari, sebab nak datang awal takut terlewat pulak. Faham aje lah kalau naik pengangkutan awam, bukan salah train or bas tapi aku. Kalau dah terlepas memang kena tunggu lagi la jawabnya. Kan bagus kalau aku ada kereta.

Aku duduk menunggu diruang lobi, mata aku memerhati staff-staff yang bekerja disyarikat ini. Semuanya sibuk kusyuk melihat skrin computer. Macam busy betol kerja kat sini.

hello, interview right? please follow me?” seorang perempuan menegur aku.

Aku mengangguk dan terus mengikot langkahnya masuk ke sebuah bilik kecil.


30 minit kemudian…..


Fuhh! Lega aku, habis jugak temuduga ni. Payah betol kalau temuduga dengan bukan orang Malaysia ni. Mula-mula aku ingat perempuan tu orang cina, tak pun mix tapi rupa-rupanya orang Philipine. Patutlah soalan dia straight semacam je dah macam physco pun ada.

Sekarang ni aku kena tunggu untuk buat quick test pulak. Mengelabah kejap bila dia bagi tahu tadi. Aku langsung tak sedia laaaa..kenapa lah agen tu tak cakap. Cop! Tapi test tu pasal apa? Kalau nak study pun buku apa aku nak refer? Ko ni Ratna blur!


Hampir setengah jam aku menunggu  baru lah seorang perempuan berbangsa India memanggil aku. Di hulur kertas kepada aku, kemudian pensil dan kalkulator. Satu persatu soalan aku jawab, bila dibuat rumusan test ni lebih kepada kiraan invoice. Haha, dah position yang aku apply pun Invoicing Department memang la soalan cam gitu.


Masa yang diberi untuk jawab adalah 40 minit, tapi aku siapkan dalam setengah jam. Lepas hantar aku terus balik. Aku memang tawakal aje, tapi 90% hati aku mengatakan aku dapat kerja tu!

Aku sedang sibuk menyiapkan kerja di pejabat, masuk hari ini 3 hari dah berlalu selepas aku datang temuduga tempoh hari. Tak dapat la tu gayanya..haih..tu la Ratna confident lebih lagi.


Handphone dipoket terasa vibrate yang tidak henti-henti, ni mesti ada incoming call.

hello, yes.”

Hello Miss Ratna, I’m Siva from job agency. That day you attend for interview right. They interested to hired you. Congrate!” suara lelaki itu sungguh bersemangat berkata-kata.

what? Serius? Alhamdullillah..by the way, how much they pay?” aku terus teringat benda paling penting dalam motif aku cari kerja haritu.

“ ok, they pay you RM2300 with allowance RM200. So the total you get is RM2500. “

Senyap…..

“ hello miss…Miss Ratna?” Lelaki itu mula pelik.

“ err..sorry, I’m here. “ cepat-cepat aku tersedar bila dia terus memanggil nama Ratna.

why miss? You macam tak happy je?Gaji banyak macam ni pun tak happy ke?”

“ eh takde lah, I happy cuma betul ke ni? I macam tak percaya” terkeluar jugak kenyataan yang kurang pandai aku.

“ haha..kelakar lah miss ni, betul la..buat apa saya nak tipu. Next Monday you boleh start and collect your offer letter sekali. Ok Miss have a nice day!

Aku tersenyum senang, akhirnya dapat jugak gaji yang berbaloi.

Aku melangkah masuk ke department yang asing buat aku pada hari ini, Oleh kerana aku ni freshie,  aku diwajibkan menjalankan latihan untuk belajar setiap system dan rules sebelum dibenarkan membuat actual work.  Mentor aku ni perempuan berbangsa India, aku panggil dia Parvi. Dalam pemerhatian aku dalam pejabat ni memang multiracial, luar dari Malaysia macam philipine, Singaporian, middle east dan lain-lain pun ada.

Parvi ni baik orangnya, dia ajar aku satu persatu dan takde pun nak garang-garang atau buli. Orangnya memang lembut dan penyabar. Hehe..kadang-kadang aku ni lembap sikit.

 

“ Ratna, better you understand everything quickly. I think you will replace me. Based on the discussion, I guest..”Parvi memandang ke arah aku yang sedang membuat kerja dengan menggunakan komputernya.

 

Really? Ok. I will.” Aku jawab ringkas.


yeap, if you handle my job you will report under Madam Merry.” Parvi bercakap dengan tanganya di dagu.

Aku hanya mengangguk faham.


But, I afraid…” Parvi merenungku seperti ada sesuatu tak kena.

why, I not good right?” Aku terus meneka.

eh..no..never mind, we will talk later. Just finish your work”

 

Aku teruskan kerja tanpa memikirkan apa maksud Parvi sebentar tadi.

 

Nak dijadikan cerita, sedang aku sibuk membuat kerja di komputer dan aku melihat ada seorang lelaki sedang bising-bising pada staff dia. Hampir 2 bulan aku disini aku tak pernah pun melihat dia. Siapa pulak mulut besar ni?

 

“ siapa yang ajar kau buat macam ni? Itu sebab masa training salin nota!”aku melihat mamat itu terus memarahi staff lelakinya.

Aku hanya melihat gelagat lelaki bongkak ni, kena kat aku taulah muka kau aku kerja kan.

“ mana si Parvi ni..dari tadi hilang..” aku mengomel sendiri dan mata liar mencari kelibat Parvi.

“ eh tu bukan Parvi ke? Apa yang dia tengah  berbincang tu?” aku terus memerhati.

‘errrr…ape kes pulak tunjuk arah aku ni…” hati aku mula tak sedap.

Mata lelaki itu terus merenungku, walau Parvi sedang bercakap denganya. Segera aku mengalih pandangan. Uishhh semangat!

 

“ Ratna, I have something to tell you. Just now I baru dapat tahu yang you tak akan gantikan tempat I tapi you akan dimasukan ke department Invoicing untuk big account. So you will report under Encik Darwish Lee

 




Melopong aku dengar apa yang diperkatakan oleh Parvi.

“ Encik Darwish Lee?? Yang lelaki tadi tu?” aku nak kan kepastian.


Belum sempat Parvi membuka mulut, kami serentak memandang suara yang kuat datang dari DARWISH LEE!!!


“ takkan ini pun kau tak boleh tahu? Malu kan aku je! Stationery siapa yang handle?!! Lepas ni aku nak semua budak baru  diberi buku nota. Dan aku nak tengok dorang salin nota. Faham!”

 

Tertelan air liur aku bila fikirkan dapat bos macam ni.

 

Aku melabuh kan diri ditilam, sungguh penat hari ini. Banyak benda aku kena buat sebab pertukaran yang secara tiba-tiba.

Aku mula risau untuk bekerja dengan Encik Wish lee tu.

 

“ you jangan risau, sebenarnya encik Darwish tu baik orangnya. Cuma mulut bising sikit tapi hati baik.Apa yang you kena tahu apa sahaja yang keluar dari mulut dia jangan simpan dalam hati. Dia memang jenis mulut bising. Biasalah tu..”

 

Aku mengelengkan kepala bila teringat apa pesanan Parvi sebelum balik tadi.

 

Hari ini aku sudah dimasukkan ke department Encik Wish lee..aku memerhati mejanya yang tak jauh dari tempat aku.  Disini aku dilatih oleh Daphne, orangnya lembut membuatkan aku jadi lebih senang untuk berkawan denganya.

“ daphne, saya tak pernah tengok pun Encik Darwish sebelum ni? Baru semalam saje saya mula nampak muka” aku menyoal Daphne ketika kami sedang makan bersama.

 

“ owh.. dia baru balik dari siapkan projek di Netherland, itu pasal you takde nampak dia sebelum ni..”

 

“ Ratna Baizura??” Encik Darwish Lee berdiri didepan ku kini.Mak aih tinggi jugak dia dari aku. Selalu tengok dari jauh ingat ok2 je..

“ yes” aku jawab perlahan.

“ besok pukul 9 you perlu datang training di tingkat 11. Don’t be late.”

 

“Uaaaappp..” masuk ni sudah lebih 5 kali aku menguap, bukan sebab tak cukup tidur tapi sebab bosan dengan topic training hari ni. Aku masih gigih membuka mata sebab trainer dia adalah Encik Darwish sendiri. Haih berani la ko nak tidur Ratna!

 

you! Ratna, new staff. What you should do if the system have a problem?” Encik Darwish terus menunjuk ke arahku kemudian berpeluk tubuh.

 

“ aaa… we do not suppose do anything. Just stop doing the job and waiting until your supervisor coming to solve it.” Aku jawab selamber..haha, dalam hati mengelabah tuhan je tahu. Mengigil lutut aku bila mata Encik Wish Lee pandang tepat ke arah aku.

 

“ good” terus dia menyambung presentation yang bila nak habis pun aku tak tahu.

 

Buku didepan sudah habis aku conteng dengan macam-macma bentuk. Bosan duduk menunggu, mana lah Encik Wish lee ni. Tadi suruh duduk dekat sini lepas tu dia hilang kemana.

 

“ itu kerja awak bila bosan? Lukis kotak?” suara garaunya membuat aku tersentak.

“ hehehe..” terpaksa aku senyum kambing. Dia merapatkan wajahnya pada aku dan mengangkat kening. Wahh..hensem pulak dia buat macam tu..adushhh..

 

“ ok, lepas ni you akan duduk di sana” tangan menunjuk meja kosong yang berada didepan mejanya.

Aku hanya mengangguk. “ saya tak nak ada sikit pun error bila menghantar report diatas meja saya. So please make sure you double check before pass it” tegas suara Encik Wish Lee memberi arahan.


“ baik Encik..”

 
Seminggu aku bekerja dengan Encik Wish Lee,tapi aku langsung tak pernah lihat dia marah atau bercakap kasar dengan aku. Last pun masa mula-mula dia panggil aku duduk di meja.

Tapi sebentar lagi aku kena hantar report mingguan kepadanya, mungkin masa itu dia akan jadi Wish Lee si mulut besar.


“Encik, ni report untuk minggu ini.” Aku menghulurkan report yang tebal di atas mejanya.

“emm.” Itu sahaja reaksinya.

Aku pun apa lagi terus angkat kaki, aduh..berdebar-debar hati aku. Takut di marah teruk macam staff sebelum ini kena. Masih seriau telinga aku dengan kata-katanya pagi tadi.

 

“ eh, kau ni dah berapa kali buat report? Dah senior pun masih bodoh??! Ambik balik report kau ni!”

 

Ha macam tu lah staff tu kena pagi tadi.. mahu tak mengigil lutut aku.

 

“Ratna!!” terus membulat mata aku bila dengar suara Encik Wish Lee.

 

“ dear..you see this..pergi betulkan balik” lembut sahaja suaranya disaat ini.

 

“ maaf encik, saya betulkan sekarang jugak” aku terus mengambil report yang dihulur kepadaku.

 

“ lain kali tengok betul-betul ya..by the way lunch nanti makan dengan siapa?” mata Encik Wish Lee merenungku lama.

“ ha? err..tak tahu lah..takde plan lagi” aku jawab tergagap-gagap.

“ good, lunch dengan saya.”

“ what?” aku betuk-betul terperanjat, dah tak boleh nak cover lagi suara ni.

“ Im your boss!”

 Aku terus mencebik, ok takpe kalau dia buat bukan-bukan aku boleh tuduh dia buat gangguan seksual.

“ keluar lunch tak boleh disabit kesalahan gangguan seksual kan?” dia tersenyum sinis.

Aku terlopong bila dia boleh baca isi hati aku yang sedang mengutuk dia kaw-kaw!

 

“ kenapa awak pandang saya macam tu?” Darwish memandang pelik Ratna yang dari tadi merenungnya tidak puas hati.

“ takde apa..selalu ke buat kerja macam ni?” aku dah tak kira lah dia boss ke apa..janji aku puas hati.

 
“ kerja apa? Invoicing? Erm..ada laa dalam 7 tahun. Why?” Darwish jawab selamba,


“ bukan tu maksud saya..kerja paksa orang lunch sama dengan Encik, ke takde orang nak makan sama?” aku tersenyum senang, ambik kau..kan dah kena dengan aku.


Darwish senyum memandang Ratna, “ awak yang pertama, dan untuk pengetahuan Miss Ratna walau saya garang dengan staff saya, mereka sebenarnya sukakan saya dan selalu bersyukur dapat bekerja dengan saya. So bila dah dapat tu kenalah ikut arahan saya.”

 

Aku mencebik, belagak gila la mamat ni, err..bossy!

 
Aku sungguh kelam kabut hari ni, mana taknya Encik Wish Lee bagi aku kerja yang setahun pun belum tentu boleh habis. Tak menang tangan aku nak buat, memang suka mendera la..asyik bagi arahan je tahu.

 

Apa yang aku tahu dari Daphne Encik Wish Lee ni kacukan Cina dan Melayu, tu pasal nama dia ada ‘lee’. Dengan rupa paras dia dah ala-ala cina tu pun orang boleh tahu. tapi kadang-kadang boleh keliru jugak bila dia boleh bercakap dalam bahasa Cina. Haih..untung la..

 

“ Dear, report tu dah siap ke? Ini lagi satu paperwork I nak you check.” Aku hanya memerhati fail yang diletak. Apa kes dia ni…ingat aku robot  ke apa??

 

Tapi tu semua kata-kata dalam hati je, dia boss takkan aku nak marah-marah pulak, mahu aku diberhentikan time tu jugak.

 

Aku menggosok mata yang mula terasa penat, kerja masih ada berlambak untuk aku siapkan. Jam pun dah hampir ke 10 malam.

 

“uaappp” aku sudah terasa penat dan mengantok sangat. Apa nak buat kerja kena habiskan jugak.

 

“ penat?” suara garau itu membuat aku terperanjat sampai rasa nak masuk bawah meja je.

“ err.. Encik..kenapa tak balik lagi?” aku pura-pura cool..

“ tunggu my dearie…” Darwish sudah duduk di bangku yang berada di depan ku.

“ owh..ofis dekat-dekat ya..senang la kan..untung la” aku jawab tanpa mempedulikan Encik Wish Lee didepan, aku terus membuat kerja. Sebenarnya aku gugup duduk berdua dengan dia dalam pejabat, lagi-lagi dah malam cam gini.

 

Darwsih tersenyum dengan kata-kata Ratna, “ dah, jom balik.”

“ sikit lagi..Encik balik dulu.”

“ Ratna, saya suruh awak balik, Im your boss!” Darwish sengaja menekan perkataan ‘BOSS’ tu kepada Ratna.

 

“ ishh..kenapa Encik suka mengarah ye?” dah hilang sabar aku dengan mulut besar ni.

 

“because Im your boss.. I repeat. Im your boss plus your future husband!” Darwish terus merapatkan wajahnya pada Ratna.

 

“ what?????Gila!”

 

“ am I?? jom balik, saya hantar” Darwish terus menarik tangan Ratna.

 

“ eee.. Encik Darwish lee.. you so bossy! Bencinya!

 

Walaupun aku cakap macam tu, tapi dalam hati aku berbunga-bunga bila tahu Encik Darwish suka dekat aku.  Pertama kali dia merenung aku semasa bercakap dengan Parvi lagi dia sudah jatuh hati. Untung la kau Ratna…sebab kau pun sudah jatuh hati dengan si mulut besar ni. Cinta tetap ada walau dia so Bossy!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

11 comments:

  1. Memang endingnya macam ni ya? Apa yang hendak dismpaikan dalam cerpen ni?

    ReplyDelete
  2. Hai Seri Ayu, terima kasih kerana sudi komen.apa yang cuba manggis sampaikan di dalam cerpen ni just a simple thing. Ianya tentang sikap bossy = seorang boss yang garang dan suka mengarah. walaupun begitu dia masih ada rasa cinta dan dia mendapatkan cintanya dengan sikap bossy bukan romantik.sekiranya ramai yang suka akan cerpen ni, manggis akan sambung kepada novel kalau tidak manggis mohon maaf. :) peace!

    ReplyDelete
  3. maaf kalo sy komen cket...jln ceritanye mndatar la...mcm straight to the point..cube masukkn konflik cket...mgkin lebih mnarik..

    ReplyDelete
  4. Seruju...cerita tergantung n xde flow..sory...

    ReplyDelete
  5. Seruju...cerita tergantung n xde flow..sory...

    ReplyDelete
  6. http://jalapoker.com/app/img/images/slider/slider01.jpg
    AGEN POKER JALAPOKER.COM
    Agen Judi Online Paling Aman dan Terpercaya
    Tersedia games Poker, Adu Q, Bandar Q, Domino, Capsa Susun, Sakong
    BONUS ROLLINGAN : 0.5%
    BONUS REFFERAL : 20% SEUMUR HIDUP
    Minimal Deposit 20rb
    Minimal Withdraw 20rb
    Proses deposit dan Withdraw SUPER CEPAT
    Pelayanan CS 24 Jam
    PIN BBM : DE2F17FA
    Line : jalapoker
    WA : +855966568952
    WeChat : jalapoker
    Pendaftaran : http://jalapoker.com/Register.aspx?ref=porteclefs1

    ReplyDelete
  7. http://jalapoker.com/app/img/images/slider/slider01.jpg
    AGEN POKER JALAPOKER.COM
    Agen Judi Online Paling Aman dan Terpercaya
    Tersedia games Poker, Adu Q, Bandar Q, Domino, Capsa Susun, Sakong
    BONUS ROLLINGAN : 0.5%
    BONUS REFFERAL : 20% SEUMUR HIDUP
    Minimal Deposit 20rb
    Minimal Withdraw 20rb
    Proses deposit dan Withdraw SUPER CEPAT
    Pelayanan CS 24 Jam
    PIN BBM : DE2F17FA
    Line : jalapoker
    WA : +855966568952
    WeChat : jalapoker
    Pendaftaran : http://jalapoker.com/Register.aspx?ref=porteclefs1

    ReplyDelete
  8. Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
    -----------------------------------------------------------------------
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
    - Bonus Cashback Sportbook 5%
    - Bonus Cashback Sabungayam 5%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    Contact Us Now :
    Livechat Casinobet77
    whatsapp : +85599495431
    PIN BBM : D6235F1C
    Wechat : casinobet77cs1
    Line : casinobet77
    skype : casinobet77
    Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/

    ReplyDelete
  9. Numpang lewat yah min...

    Hanya di OPPO POKER

    Bonus New Member....
    Deposit 15.000 - 49.999 = Bonus nya 10.000
    Deposit 50.000 - 99.999 = Bonus nya 15.000
    Deposit 100.000 Ke atas = Bonus nya 20.000

    ReplyDelete
  10. Numpang ya min ^^

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus New Member Bervariasi
    Bonus next deposit 5%
    Bonus rilingan 0,5%
    dan masik banyak yang lainnya bossku
    Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.

    ReplyDelete
  11. Hai dear, thankyou for the cerpen. By the way, English Language tu boleh diimprove lagi. Semoga terus sukses 😘

    ReplyDelete