Tuesday 27 November 2012

Sekali dapat!… : Bab 15


*manggis akan break for a few weeks..untuk itu manggis dah upload dua chapter untuk peminat manggis..I will back soon as possible :)


........................................................................................................................
Mata Aryani terkelip-kelip melihat wajah yang berada didepannya, tertelan air liur di anak tekak. Mr.0ksigen?? Oh my god..Oh my god…kata-kata yang lahir dari hati Aryani. Dengan secara tiba-tiba satu bayangan awan keluar dari kepala Aryani..




Disitu lah terkumpulnya kata-kata herdikan yang pernah di lafaz Karl kepada dirinya.

Apabila tersedar dari semua flashback, tangan Aryani ringan sahaja ingin menutup pintu. Karl dengan pantas menahan pintu dari tertutup, ditolak sedikit agar terbuka ruang untuk dia memboloskan diri masuk ke rumah Aryani.


Aryani cuba bertahan, dia tak nak melihat wajah Karl. Malam ini memang mimpi ngeri!

Kakinya sudah tidak mampu bertahan melawan kudrat lelaki yang ada pada Karl. Akhirnya Aryani tewas bila Karl sudah berjaya masuk dan menutup pintu rapat.Bila sedar Karl berada didepannya, kaki Aryani laju melangkah untuk lari dari bersua muka.


Baru dua langkah dia bergerak, tangannya direntap dan di tarik ke belakang. Kini tubuhnya dalam pelukan Karl, rapat!

Aryani terkaku,mula merasa tangan Karl kemas menglingkari pinggangnya. Dengan tenaga yang ada dia berjaya melepaskan diri dari pelukan Karl kecuali tangannya yang sempat dicapai Karl. Aryani cuba melepaskan pegangan tapi semakin erat jadinya. Bila Karl mengenggam kuat.


“encik nak apa ni..lepas lah..” suara Aryani merayu. Dia tahu hidupnya bakal tersiksa dalam 10 saat lagi.


Aryani cuak bila Karl mula mendekatinya, dia melangkah kebelakang. Karl merenungnya tanpa berkelip, Aryani mula tak sedap hati. Dia mahu lari sejauh yang mungkin. Tapi bagaimana??


Sedang Aryani memikirkan cara untuk lari, Karl sekali lagi menarik Aryani kedalam dakapannya. Aryani tersentak bila wajahnya kini tersembam didada Karl!


Pelukan Karl membuat Aryani hampir lemas, bau aroma perfume yang dipakai Karl kuat menusuk hidungnya. Karl tidak mempedulikan Aryani yang sedang meronta,dia menggunakan peluang yang ada ini dengan memeluk Aryani seerat mungkin bagai melepaskan rindu yang sudah sebati dihatinya.


Hampir 10 minit mereka berkeadaan begitu, barulah Karl meleraikan pelukannya perlahan-lahan. Tangan Aryani masih dipegang erat.


Aryani sedikit pun tidak memandang Karl, sengaja dialih wajahnya melihat ketempat lain bila Karl tidak henti merenung nya tepat.


“ encik nak apa ni, cakap lah cepat. Nak cerai kan saya? Tak perlu susah-susah datang kesini, hantar aje surat cerai. Saya dengan rela tandatangan. Tak perlu paksa-paksa macam dulu” Aryani melepaskan rasa tak puas hati. Dia tidak akan tunduk pada Karl lagi.


“sayang..” nada suara Karl sunguh romantis.

Aryani terus berpaling melihat Karl. Betul ke apa yang baru didengarinya, sayang??


Karl tersenyum melihat wajah Aryani yang berkerut, jantung Aryani bagai nak tercabut melihat senyuman yang mampu mencairkan semua wanita..

Cepat-cepat Aryani mengalih pandangannya.

“ abang takkan lepaskan sayang lagi..” kata-kata dari bibir Karl itu membuatkan Aryani semakin terkejut dan hairan..abang?? tadi sayang?? Issshh..boleh mati bangun hidup balik dibuatnya Mr.0ksigen ni.


Geli hati Karl melihat muka Aryani yang macam asam kecut, dia sengaja bermain kata dengan Aryani. Hint pertama buat Aryani dari Karl, dengan panggilan sebegitu dia berharap Aryani akan faham perubahan yang Karl cuba sampaikan.


“sayang tengok abang macam tu kenapa? Dari tercegat baik pergi ambik bag pakaian abang dekat kereta. Nah kunci” di letakkan kunci kereta dalam tangan Aryani dan Karl terus duduk menonton televisyen tanpa di jemput.


Terpinga-pinga Aryani melihat gelagat Karl, angkat bag??untuk apa? Tinggal dalam rumah ni? Oh my god!


Aryani memandang Karl tidak puas hati, dia terus berdiri di depan Karl yang sedang menonton tv. Aryani mencekak pinggang “ kenapa saya nak kena ambik bag encik masuk ke dalam? Ini rumah saya sorang..” sengaja ditekan perkataan SORANG..


Karl mengeleng kepala” sayang..tak baik layan suami macam ni..”

Terbeliak mata Aryani dengan ayat yang terkeluar dari mulut Karl.


“apa?? Suami? Encik dah lupa ke yang…” belum sempat Aryani menghabiskan ayat Karl pantas menarik tangan Aryani, tubuhnya mula hilang kawalan sehingga  jatuh di atas riba Karl.


Mereka saling bertentang mata, wajah mereka yang cuma jarak seinci membuat kan Aryani jadi malu, dan cepat-cepat bangun untuk menamatkan situasi seperti ini.


“nak pergi mana…?” Karl menyoal.


“angkat bag!” Aryani jawab tanpa menoleh Karl dan terus berlalu keluar.


Karl tersenyum puas..inikah yang dinamakan cintaaaaa…(ala-ala lagu akim daaa)


“ishh berat nya bag dia ni, baju ke batu dalam ni” Aryani merungut bila dia terpaksa mengheret bag pakaian Karl yang berat masuk ke rumah.


Karl menanti didepan pintu, bibirnya tak lekang dengan senyuman apabila melihat telatah Aryani.

“ kesian isteri abang ni kan…meh abang tolong” Karl mengangkat bag dengan sebelah tangan sahaja.

Aryani mula terlopong” tak berat ke?”

“ sayang pun abang larat angkat..nak cuba?” senyuman nakal Karl membuat Aryani mula meluat.


“mana bilik sayang?” Karl menyoal bila melihat ada dua bilik di sebelah kanannya.

“err..kenapa? encik duduk bilik yang hujung sekali..bilik tu kosong” arah Aryani.

Karl berpaling memandang Aryani, lalu dia melangkah ke bilik yang berada dibahagian hadapan dan mencapai tombol pintu.


Aryani berlari dan menghalang Karl meneruskan niatnya “please…bilik encik kat sebelah sana”

“kenapa takut, ada siapa dalam bilik tu?” Karl mula curiga melihat sikap Aryani.

“hah? Mana ada siapa..saya tak suka orang tengok bilik saya. It’s privasi” Aryani berterus-terang.


“okey…as your wish” Karl beralah, dia perlu mengambil hati Aryani semula bukan menyakitkan lagi.


Karl mengangkat bag untuk masuk ke bilik… “encik..” suara Aryani memanggilnya dengan lembut…langkah dia terhenti dan memandang Aryani sepi.


“sekejap lagi saya hantar kan bantal dan selimut ya” Aryani tersenyum kelat.


Karl mengangguk lemah..


Aryani buntu, mana dia nak cari tilam malam-malam buta ni. Dia pasti Karl tidak selesa tidur tanpa menggunakan tilam. Sudah puas Aryani mundar mandir di bilik akhirnya atas dasar kasihan Aryani memgambil tilamnya untuk Karl. Aku boley je tidur beralaskan simen, tapi Karl tak..


Tuk!tuk!


“encik..encik..” Aryani menanti sahutan Karl.

“yes dear..” pintu di buka luas, Karl selamber memakai boxer tanpa baju.

Aryani terkedu..” err..ni tilam, bantal dan selimut”

Thanks sayang..” Karl senyum memandang Aryani, dia sedar Aryani segan melihat keadaannya yang sexy.

Aryani terus berlalu masuk ke biliknya semula.


Karl megosok-gosok matanya, dia melihat jam tangannya sudah pukul8.00 pagi.

“ya allah..aku terlepas solat subuh. Ke Aryani ketuk pintu aku tak sedar??”

Bingkas dia bangun dari tilam dan keluar dari bilik. Diperhati ruang tamu yang sudah terhidang dengan sarapan pagi. Karl menguap dan mendekati pintu bilik Aryani yang sedikit terbuka.


Karl melihat Aryani sedang menanggalkan baju yang sudah kering dari hanger,mungkin kain semalam yang tak sempat di angkat. Matanya melihat ruang bilik Aryani yang sangat ringkas, cuma mempunyai almari baju bersize kecil, cermin bujang, meja kecil dan tempat tidur yang beralas kan kain batik??


Tilam semalam?? Subhannallah..sanggup dia beri aku yang memakai tilam dan dia rela tidur beralaskan kain batik sahaja di simen? Karl sedikit kesal bila dia lambat terfikir akan hal ini. Makin terusik hati lelakinya bila mengenangkan keikhlasan wanita yang berada di depannya kini. Sungguh baik hati mu sayang..


Aryani sudah selesai dengan kerjanya, dia bangun untuk menyidai kain yang baru di basuh pagi tadi. Dia teperanjat apabila melihat Karl di pintu

 “ astaghfirrullah..” Aryani mengosok-gosok dadanya yang macam nak tercabut tu.


“maaf kalau abang buat sayang terperanjat”

‘”tak apa..pergilah gosok gigi..saya dah siapkan sarapan” Aryani mula bergerak ingin keluar dari bilik bila jantungnya mula berdengup seperti biasa.



Selesai sahaja kerja menyidai kain dan menyapu sampah, Aryani masuk kerumah dan melihat Karl sudah pun siap mandi. Matanya terpandang sarapan yang belum berusik.

“kenapa tak makan? Tak sedap?” Aryani terus bersuara.

“abang tunggu sayang..makan sama” Karl jawab bersahaja.


Aryani menyenduk nasi goreng kedalam pinggan kemudian dihulurkan pada Karl.

Tanpa banyak cakap, Karl terus meyuap nasi ke mulutnya dan mata dia masih memandang televisyen.


“ encik nak duduk sini berapa lama? Kenapa tak sewa hotel? Mana encik tahu saya duduk sini?” bertubi-tubi soalan Aryani tanyakan.


Karl masih tenang, dan caranya seperti tidak mahu memjawab setiap soalan.

Aryani mula fed up, makin malas nak melayan perangai Karl. Aryani terus masuk dalam bilik dan mengunci diri.


Karl tersenyum sendiri, dia tahu Aryani marahkan sikapnya. Tapi dia bukan sengaja cuma dia tidak ada jawapan bagi setiap soalan Aryani. Perlukah dia berterus terang pada Aryani sememangnya dia mencari Aryani selama ini dan kedatangannya adalah untuk menyambung semula hubungan yang terputus dahulu.


Dibilik Aryani duduk memikirkan motif kehadiran Karl, lebih-lebih lagi sikap yang dilihatnya bukan sikap Karl yang dahulu dia kenali. Apa maksud semua ni??

Arghh..tak kesah lah semua tu, yang penting sekarang sampai bila Mr.0ksigen tu nak duduk dekat sini. Mati tak bernafaslah aku, walau pun aku gelar dia Mr.0ksigen tapi bila dia berada depan mata, aku seperti kekurangan 0ksigen untuk bernafas!


Aryani masih buntu, dia tidak tahu nak buat apa lagi. Tengok lah tadi di tanya banyak soalan, tapi si Karl tu buat dun noe je.. dihati Aryani tak berhenti-henti ingin tahu status dia dan Karl sekarang, hampir 4 bulan dia melarikan diri, dalam sekelip mata Karl hadir semula.


Lama Aryani bertapa di dalam bilik, dia tidak mahu melihat wajah Karl dan yang paling penting di dalam bilik dia rasa selamat! Fikir punya fikir Aryani sudah di buai mimpi.


Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan, kemudian digosok-gosok dengan tangan persis seperti anak kecil. Aryani masih terasa mamai, inilah sindrom malas bila datang penyakit perempuan.


“maaakkkk!!” Aryani menjerit bila melihat Karl duduk di sebelah dan sedang merenungnya.


Karl terperanjat dan terus menekup mulut Aryani. Wajah Karl rapat dengannya kini, dalam posisi dia yang masih terbaring membuatkan Aryani ketakutan. Macam mana Mr.0ksigen boleh masuk ni….aduhh..aku tak kunci bilik..uwaaa..bodohnya aku!


“syhhhh..” Karl meletakkan jari telunjuknya pada bibir Aryani.

Aryani mengangguk..

“err..encik…sa…” kata-kata Aryani tersekat bila jari Karl membelai pipinya lembut.

“abang suka tengok sayang tidur tadi, tu sebab abang tak nak bangunkan..” lembut sahaja suara Karl di telinga Aryani.

“enncikk..jangan macam ni..saya merayu sangat jangan buat apa-apa..” Aryani semakin takut.

“ abang berhak buat apa sahaja pada isteri abang…” Karl terus berkata-kata tanpa mempedulikan Aryani yang sudah hendak mengalir air mata.

Dengan kekuatan yang ada, Aryani bangun dari posisi sekarang, dia duduk dan bersandar di dinding. Kedua-dua belah tangan di silang pada dadanya.


Karl tersenyum melihat Aryani yang kelam kabut tak tentu pasal. “ abang bukan jenis memaksa la sayang..” bingkas Karl bangun dan keluar dari bilik.

Aryani melepaskan nafas lega bila tubuh Karl sudah hilang dari penglihatannya.

Aryani masih terkejut dengan kejadian tadi, lepas ni dia perlu lebih berhati-hati. Bilik sentiasa perlu dikunci, selamatlah hari siang kalau malam…Ya Allah lindungi lah hamba mu ini..


“sayang cepat lah teman abang tengok cerita ni..” Karl sudah memanggil-manggil dari luar.

Aryani masih keras seperti patung, malas betul hendak melihat wajah Karl.

“ kalau sayang tak keluar abang masuk..jangan harap abang nak keluar nanti!” kali ini suara Karl lebih keras dari tadi.

Aryani cepat-cepat bangun dan keluar dari bilik. Karl tersenyum melihat Aryani keluar dalam keadaan berpeluk tubuh tanda protes! Ahaks…

3 comments:

  1. sooo sweet,
    manggis jangan ambil masa yang lame ye.... nanti orang akan rindu dengan karl dan aryani... thanks for the sweet entry...

    ReplyDelete
  2. Numpang ya min ^^

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus New Member Bervariasi
    Bonus next deposit 5%
    Bonus rilingan 0,5%
    dan masik banyak yang lainnya bossku
    Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.

    ReplyDelete