Petang
itu, suasana agak tenang dengan angin yang berlalu menyentuh pipi seseorang.
Aryani tersenyum dia suka akan cuaca seperti ini,tidak terlalu panas dan
berangin. Apabila mendapat kesempatan seperti ini, dia akan cuba mencari
ketenangan jiwa. Hari ini sungguh terasa aman dengan ketiadaan Karl. Atas
urusan kerja di sabah, karl tidak akan balik untuk dua tiga hari. Jeng..jeng
inilah saat yang ditunggu Aryani.
Aryani
sedar masalah hidup dia kini, perkahwinan atas dasar kertas tidak pernah di
impikan selama ini. Tapi apa yang dia hanya mampu buat adalah terima dengan
redha, bukan dia tidak pernah berfikir untuk meminta cerai apabila tempoh
perkahwinan genap 6 bulan. Hasrat itu disimpan jauh didalam hati, bagai ditelan
mati mak di luah mati anak. Bila difikirkan sengsara bersama Karl dia nekad
untuk meminta cerai tapi apabila terbayangkan wajah Puan Seri Aisyah semuanya
jadi tak keruan.
Di
satu ketika Aryani mengeluh dengan keadaan dirinya,bukan tidak pernah berbincang
tapi Aryani pernah mengambil keputusan berani mati dengan meluahkan pada Karl
yang dia ingin bercerai. Reaksi Karl hanya diam membisu, bertambah-tambah sakit
hati apabila Karl hanya tersenyum sinis. Kadang-kadang takut juga memikirkan
kata-kata Karl “ tak mudah aku akan lepaskan kau!” bukan itu sahaja ni lagi
cuak “ nak aku cukupkan segala nafkah??” err…sejak itu, Aryani tidak pernah
membuka topik cerai lagi.
Lamunan
Aryani terganggu dengan bunyi handphone, dia terus mengangkat panggilan itu
apabila tertera nama ‘mak’.
“
assalammualaikum..ye mak” Aryani memberi salam.
15
minit kemudian…
Aryani
meletakkan handphone nya di meja. Dia termenung jauh,sesungguhnya dugaan
hidupnya semakin berat. Ya allah kau kuatkan lah semangat hambamu ini dan
permudahkan lah segalanya.
Panggilan
mak yang meminta pertolongan duit tidak memeranjatkan Aryani, tetapi apa yang dia
tidak boleh terima adalah jumlah yang diminta mak bukannya sedikit. Hutang
lintah darat yang dibuat oleh Along dan Angah berjumlah hampir RM100ribu bukan
sedikit. Semuanya gila!
Sayu
hatinya mendengar tangisan mak, walaupun dia tidak pernah mendapat layanan
sebaik abang-abangnya dapat, Aryani sungguh sayangkan mak. Permintaan arwah
Baba untuk menjaga mak sampai sekarang di taati. Sampai hati along dan angah
tinggalkan mak seorang diri dan menanggung segalanya. Hatinya semakin tidak
keruan apabila mak menceritakan yang lintah darat datang kerumah dan sering
menggangu mak selagi hutang mereka tidak dibayar. Aryani takut mak akan di
apa-apakan. Ya! dia perlu mencari ikhtiar untuk membayar semua hutang itu. Tapi
bagaimana??....
Sudah
dua tiga hari Aryani hanya duduk diam didalam bilik, balik sahaja dari kerja
dia terus mengunci diri dalam bilik. Hal Karl sudah tidak dipedulikan, apa yang
lebih penting adalah keselamatan mak. Aryani menanggung beban seorang diri, dia
tidak ada sesiapa untuk mengadu nasib walaupun mempunyai suami.
Sikap
Aryani yang banyak membuat hal sendiri disedari Karl, dia ingin tahu kenapa
Aryani berubah selepas dia pulang dari Sabah tempoh hari. Tak sihat ke?
Melonjak-lonjak hati Karl ingin tahu tapi apakan daya kerana ego lebih
menguasai diri dia berpura-pura tidak mengambil tahu.
Karl
sedang menonton televisyen seorang diri, fokusnya terhadap cerita hilang
apabila melihat Aryani keluar dari bilik. Diperhati Aryani yang berjalan ke
dapur, Karl turut bangun menuju ke dapur. Aryani yang sedang membancuh milo
diperhatikan tanpa berkelip. Karl terus membuka peti ais apabila Aryani
berjalan untuk masuk kebilik semula. Cover line dengan mengambil jus untuk di
minum, Karl bertambah pelik dengan sikap Aryani. Boleh Aryani buat tak tahu dan
berlalu seolah-olah dia tidak wujud?? Kalau dulu mesti ada je soalan seperti
awak nak minum? Dah makan?..
Usai
solat subuh, Aryani terus bersiap ke pejabat. Malas hendak bertembung dengan
Karl, cukuplah beban di fikirannya mengenai hal mak,tak nak ditambah dengan
masalah Karl.
Karl
tercari-cari kelibat Aryani, sungguh dia tidak puas hati dengan sikap Aryani
sekarang. Langsung tidak mempedulikan dia dan semakin cuba menjauhkan diri darinya.
Egokah
aku?? Karl bersoal jawab dengan diri sendiri. Dia akui dia memang tidak pernah
memberi layanan baik pada Aryani, tetapi apabila Aryani buat dia seperti tidak
wujud sungguh tidak boleh diterima.
Jiwa
Karl terasa kosong apabila Aryani semakin menjauhinya…itulah hakikat yang
sebenar…
Aryani
mendapat panggilan dari Puan Seri Aisyah untuk makan tengahari bersama. Semakin
hari Puan Seri Aisyah semakin selesa dan sayangkn Aryani. Bila ada masa
kelapangan pasti Aryani dihubungi untuk berjumpa.
Hari
ini Aryani berasa tidak ingin berjumpa dengan mama kerana takut keadaan dirinya
yang sedang dilanda masalah dapat dihidu mertuanya. Tapi alasan apa harus di
beri??
Apa
pula kata mama, selama ini aku tidak pernah menolak pelawaan mama. Kalau hendak
bagi alasan kerja takut mama akan bertanya pada papa. Lain pulak yang jadi
kalau kantoi. Akhirnya nak atau tidak terpaksa juga berjumpa, pandai lah dia
berselindung nanti.
“
tak sedap ke nasi ayam tu?” Puan Seri Aisyah memandang menantunya yang dari
tadi hanya menguis nasi dipinggan.
“takdela,
sedap je..” aryani cepat-cepat menyuap nasi ke mulut.
“yeke..dari
tadi mama tengok tak bergerak pun nasi tu, are you ok dear?” risau Puan Seri
Aisyah dengan tingkah laku Aryani yang pelik hari ini.
“yes!
I’m ok” aryani terpaksa memberi senyuman. Dia cuba untuk berlakon seperti
biasa, tapi hati ni tidak mampu berbuat demikian.
Puan
Seri Aisyah tidak senang melihat perangai Aryani, hati ibu yang ada pada
dirinya dapat merasakan Aryani sedang sembunyikan sesuatu. Karl buat perangai
ke??
“Aryani,
please talk to me..Karl buat Aryani ke?” tanpa berselindung Puan Seri terus
menyoal.
“eh,
takde lah..Karl layan Aryani ok je..dia sayangkan Aryani. Betul ma..takde
apa-apa”
“kalau
macam tu, Aryani tak sihat? Dah berisi ke??” soalan cepu emas!
“
err..takdelah,mama ni kesitu pulak, kalau ada mamalah orang pertama yang tahu”
Aryani cuba mengalih perhatian mertuanya.
Puan
Seri senyum, geli hati bila melihat Aryani malu dengan soalannya tadi. Kerana
masih tidak ada jawapan Puan Seri Aisyah belum berpuas hati. Dia terus mendesak
Aryani membuka cerita.
Aryani
tidak senang duduk, bila mama terus mendesak supaya dia bercerita. Airmata yang
ditahan dari tadi mengalir tanpa dipinta. Aryani terpaksa meluahkan juga, kerana
tidak mampu menanggung beban seorang diri. Dia perlu luahkan pada seseorang,
cukup tersiksa apabila dipendam sendiri.
Walaupun
mulutnya terasa berat untuk memulakan kata, dipaksa jua menyebut satu-persatu
perkataan untuk mula berbicara. Di dalam sendu yang masih ada, dia terus
meluahkan masalah yang di tanggungnya. Hampir segalanya di ceritakan, terasa
lega di dada pabila tiada lagi beban disimpan.Aryani mohon pada mama agar tidak
menceritakan pada Karl, atas alasan dia tidak mahu Karl susah hati, biarlah dia
selesaikan sendiri hal keluarganya.
Pada
awalnya Puan Seri Aisyah rasa berat untuk berjanji tidak memberitahu pada Karl
tapi kasihan melihat Aryani beriya-iya merayu dia akur dengan syarat
membenarkan dia membantu Aryani jika tidak dia akan memberitahu Karl hal ini.
Aryani
merenung kertas ditangannya, angka yang tertera pada atas cek yang ditulis oleh
mama sebelum menyerahkan kepadanya sebelum pulang tadi. Kasihan pada mak
mertuanya, terpaksa menghabiskan wang berjumlah beratus ribu untuk
abang-abangnya yang tidak bertanggungjawab itu.
Perlu
ke aku tunai kan cek tersebut dan selesaikan segala hutang secepat mungkin??
Atau hanya simpan dan mencari ikhtiar lain sebelum mengambil jalan mudah ini.
Aryani masih bingung, bukan dia tidak berterima kasih dengan pertolongan mama
tapi dia tak nak satu hari nanti Karl menganggap dia cuba mengambil kesempatan.
Sampai bila perkara ini dia boleh rahsiakan, di satu saat akan diketahui juga.
Otak
Aryani tidak boleh berfikir, dia terus mengambil keputusan untuk tunai kan cek
yang diberi mama. Lantas diselit cek kedalam diari, dan terus keluar dari
pejabat. Keluar sahaja dari lif, Aryani melangkah dengan pantas kerana takut
tidak sempat ke bank dan menyelesaikan segala-galanya.
Karl
yang sedang melangkah masuk di ruang lobi terpandang Aryani yang berselisih
denganya. Kerana jiwa nya yang sedang kacau, fikiran Aryani melayang jauh entah
kemana sehingga tidak perasan akan Karl. Mata Karl berkerut dengan sikap
Aryani, terasa hilang sabar dalam
dirinya apabila Aryani seolah-olah mencabar kelakiannya iaitu rasa hormat
sebagai suami!! Sejak bila Karl berperasaan macam ni?? Musykil..musykil…
Karl
terus merentap lengan Aryani dan kerana kelakuan Karl itu, diari Aryani jatuh
ke lantai. Aryani kaget, dia terus memandang Karl yang berdiri di hadapannya.
Matanya beralih ke bawah. Segala kertas yang diselit pada diari sudah bersepah
di lantai. Aryani segera menunduk untuk mengutip kertas yang bertaburan, Karl
turut sama apabila sedar dia penyebabnya.
“awak
nak apa sampai tarik lengan saya macam tu? Panggil nama saya pun dah cukup”
Aryani mula bersuara tidak puas hati.
Karl diam dan terus mengambil kertas di
kakinya, dia terkedu melihat cek yang tertera nama Aryani dan tanda tangan
itu….mama??
Karl
terus berdiri dan memandang Aryani tajam, dia memusingkan cek kepada Aryani
seperti nak bagi tahu. ‘apa ni???’
Aryani semakin cuak..jantungnya berdengup
kencang. Apa patut dia buat sekarang ni? Rasa macam nak lari sejauh mungkin.
Tolong!
Aryani
tunduk tidak berani memandang Karl yang dah macam singa kelaparan.
“ kenapa mama bagi kau cek ni?!” suara karl
sangat tegang.
“err..sebenarnya..”aryani
tergagap-gagap.
“eh
perempuan! Kau ni memang suka ambik kesempatankan? Apa yang kau dah kelentong
mama aku sampai banyak ni mama aku bagi kau???!!! Suara Karl bergema di setiap
ruang.
Kini
semua mata yang berada di lobi memandang mereka berdua.
“eh
jawab lah! Yang kau diam macam patung ni kenapa?!! Takut? Sebab aku dapat tahu
sebelum kau berjaya makan duit ni??” Karl berterusan melemparkan tuduhan.
Aryani
memandang orang di sekeliling, dia terdengar bisikkan yang mula bercakap buruk
tentang nya. Mukanya sungguh tebal, malu!
“kau
ni memang perempuan murahan!” karl terus menghina Aryani.
Airmata
Aryani terus mengalir,sungguh perit apa yang dilalui sekarang. Karl langsung
tidak beri peluang padanya. Perlukah Karl terus menyoal di sini? Sepatutnya
Karl tarik aku dan berbincang di satu tempat yang sesuai. Bukan begini caranya
Karl..hati Aryani meruntun sedih..
“dah
banyak kali aku pesan, kau jangan pernah cuba ambik kesempatan atas kebaikan
mama dan papa aku. Teruk nasib kau aku kerja kan nanti!” Karl melepaskan marah
tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
“aa..awak..orang
tengok kita..saya boleh terang kan..tapi bukan di depan orang macam
ni..please!” Aryani merayu pada Karl.
“kenapa
malu?? Biar semua orang tahu perangai perempuan macam kau ni, masa mintak duit
tak malu??” Karl bersuara sindir dengan rayuan Aryani.
Karl
melihat orang di sekeliling, “ dengar sini! Perempuan ni cuba tipu duit mama
aku! Bukan sikit..beratus ribu!” tanpa berfikir panjang Karl menuduh Aryani.
Aryani
terus menangis,sudah tak tertahan malu. Sampai hati Karl buat dia macam ni, aku
kan isteri dia. Dia tidak patut!
Aryani
terus mencapai bag dan lari dari situ. Cukuplah maki hamun dan hinaan yang
diterima. Hatinya kini benar-benar terluka.
Karl
menjerit nama Aryani, tapi Aryani sikit pun tidak mempedulikannya. Dia cuba
mengejar tapi Aryani lebih pantas hilang kemana.
Karl
meraup mukanya dengan tapak tangan, dia berasa bersalah dan menyesal dengan
sikapnya yang melampau. Berdosakah aku pada Aryani?
Telefon
dimeja bordering, menganggu Karl yang terasa ingin bersendirian.
“helo”
Karl bersuara lemah.
“
mama nak jumpa di rumah sekarang” suara Puan Sri tegas di corong telefon.
Trutt…talian
diputuskan.
Karl
bingung, dia pasti cerita kejadian dilobi sudah sampai ke telinga mamanya.
Puan
Sri Aisyah sedih mengenangkan nasib menantunya Aryani. Tidak sampai hati ibunya
mendengar cerita yang didengarinya. Dia perlu dengar dari mulut Karl sendiri
dan Karl perlu tahu segala-galanya. Puan Sri sempat menelefon Tan Sri dan
meceritakan segala-galanya. Tan sri turut dalam perjalanan pulang untuk bersua
muka dengan Karl.
Karl
tiba dirumah orang tuanya, dia baru ingin membuka pintu untuk masuk tapi wajah
mama yang sayu sudah kelihatan di sebalik pintu. Dia melihat papa turut ada
bersama, bukankah papa ada meeting di luar? Penting sangatkah hal Aryani sampai
papa sanggup berkorban untuknya?
“ok
listen first..Karl marah Aryani tadi sebab Karl tak suka dia tipu atau ambik
kesempatan pada mama dan papa” Karl terus menerangkan tanpa dipinta.
Papa
dan mama Karl terus memandang Karl sepi tanpa ada tindak balas.
“nanti
hilanglah merajuk dia..dia kan isteri Karl” Karl cuba menyejukkan keadaan.
“Karl
maki hamun Aryani di depan orang ramai kerana cek yang diberi mama, betul atau
tidak?” Puan Sri tiba-tiba menyoal.
Karl
angguk lemah..” Karl hilang sabar dengan sikap Aryani yang suka ambik
kesempatan, suka buat fitnah, penting kan diri…dia dan Natalie sama je”
“no!
Aryani tidak sama macam Natalie! Karl silap!” Puan Sri Aisyah meninggi suara,
sudah hilang sabar dengan sikap Karl.
“ma!
Kenapa ma menyebelahi Aryani, mama tak tahu sikap dia yang sebenar” Karl
sungguh tidak puas hati.
“Karl
Iskandar! Kenapa dengan kamu ni hah?? Papa tak pernah ajar kamu berdendam dan
layan seorang perempuan macam tu?? Lupa ke kamu yang Aryani itu isteri kamu
yang sah!” Tan Sri tidak boleh terima sikap anak laki tunggalnya yang semakin
melampau.
“
kami bukan membela Aryani, tapi kamu sudah salah sangka dengan Aryani selama
ini, itu yang kami cuba paham kan kamu sekarang” Tan Sri terus bersuara.
“Karl
patut bertanya pada mama dahulu, kenapa mama beri cek kepada Aryani, bukan
memalukan dia pada orang di pejabat” sayu suara Puan Sri.
Karl
tunduk kerana apa yang dicakap mama itu benar, dia patut bertanya pada mama
bukan terus menuduh Aryani.
Puan
Sri mengelap airmata yang mengalir dipipi, dia memandang suaminya kini.
“saya
nak abang ceritakan segala-galanya pada Karl pada hari ini”
Karl
terpinga-pinga dengan maksud mama. Ada rahsia yang tidak diketahui diri nya
selama ini.
“Karl
semua tuduhan yang kamu buat pada Aryani dan tanggapan kamu selama ini memang
salah” Puan Sri memulakan kata apabila wajah Karl seolah ada persoalan yang
tidak diluahkan.
Karl
ternanti-nanti papa memulakan bicara..Tan Sri menarik nafas sebelum memulakan
kata-kata.
yes....akhirnya kebenaran akan terlerai jugak... Karl padan muka dengan kau....... menyesal tak sudah kau selepas ini... Aryani jangan tunjuk kasih pada dia.....Karl memang melampau... suami sepatutnya menjaga maruah isteri bukannya mencemarkan maruahnya.....kalau karl ada depan saya, memang lelaki itu saya akan terajang....
ReplyDeletehai elvy :)
ReplyDeletethanks for comment and follow this novel..yup, Karl xptt macam tu..apa pun sabar ya..pls wait for next n3 :D
nak lg x sabar nak tahu ni
ReplyDeletemanggis bila akan ada next episode???? i waiting....
ReplyDeleteSalam, tak sabar nak baca next n3..
ReplyDelete