Tuesday 21 August 2012

Sekali dapat!… : Bab 1


Alangkah indahnya kalau hidup ini seperti orang lain. Ya, aku tahu semua orang ada masalah dan tidak ada sesiapa pun boleh lari dari masalah sebab ini lah yang di panggil Kehidupan.
“hermmm…apalah aku nak buat ni ye, apa jadi pun aku kena cari kerja lain dan aku harus keluar dari rumah ni untuk hidup berdikari, mungkin untuk mencari sedikit keselesaan” keluhku sndiri. Aku bangkit dari katil dan mencapai laptop.“ baik aku update resume aku siap-siap,so lepas ni boleh aku hantar di mana-mana syarikat” aku berbasi dengan diri sndiri. Laju jari-jari aku menari supaya semua butir-butir lengkap dan tepat. Apabila segalanya sudah selesai aku baca sekali lalu dan bingkas bangun menghadap depan cermin. “ ok,Cik Nur Aryani Fisha be prepare for you next step”
Aku melangkah keluar dari bilik dan mengambil wuduk untuk solat isyak.Usai, bersolat aku menghadap semula laptop dan mulakan strategi mencari perkerjaan baru.Semua laman sesawang aku cari sampai bersawang kepala otak aku membaca latar belakang syarikat yang menawarkan perkerjaan. Yela, aku cukup takut di tipu agen perkerjaan, macam cerita-cerita di surat khabar, konon nak berdikari dengan kerja jauh dari keluarga, silap hari bulan ntah apa-apa kerja yang di buat. Lagi seram tak pasal-pasal kena jual dengan sindiket perdagangan orang. Satu persatu syarikat aku baca dan mana yang aku rasa not bad dengan citarasa aku terus aku hantar resume. Bukan dua tiga yang aku hantar lebih dari sepuluh, niat hati moga-moga salah satu tersangkut la..hehe
Setelah berjam-jam aku menghadap laptop, baru aku rasa puas sebab dah banyak syarikat aku hantar resume. Kebanyankannya aku memohon jawatan marketing, sbb aku minat dan belajar marketing dulu,nak-nak lagi aku ni memang pandai la menyakinkan orang dan senyuman aku yang ikhlas ni sentiasa buat orang sukakan aku bila bercakap walaupun aku tak putih gebu. Hehe..ni la rahsia yang ada dalam diri aku yang hanya aku seorang je tahu, eh silap! Aku dan tuhan je yang tahu. Alhamdullillah,segalanya pemberian yang dipinjamkan dari DIA..amin.
Jam handphone yang berbunyi-bunyi menggangu lenaku, segera aku capai dan off kan. Dengan payahnya aku cuba untuk membuka mata, ‘haih la aryani,sememang nya la liat untuk bangun solat subuh’ getis hati aku. Dalam keadaan macam ni, aku tetap kena bangun, sebab solat tu wajib dan tangungjawab aku sebagai seorang yang beragama islam.
Usai memberi salam, aku segera bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk mengisi perut yang rancak berdangdut lapar. Aku melihat mak sedang membuat air, “ assalammualaikum ..morning mak”  kataku sambil memberi senyuman. Mak pun balas dengan senyuman. Aku duduk dimeja untuk menyapu jem di roti tiba-tiba mak bersuara “ eh jangan guna jem tu, ni mak simpan untuk  angah. Nah makan roti dengan marjerin “seleraku terus mati. Aku letak semula sudu dan hanya senyum memandang mak.“ takpe lah, aryani da lambat ni,lupa ada meeting dengan client hari ni” lantas aku salam tangan mak dan terus ke pintu ’Duhai hati, sabar la kau dengan hidup ini’ aku tenangkan jiwa. Ini la penderitaan yang aku terima hari-hari.Segalanya mak beratkan along dan angah, anak-anak laki kesayangan mak.Aku ibarat anak angkat yang menumpang kasih walaupun aku sememangnya anak kandung mak.Satu-satu nya anak perempuan mak.Segera aku memanaskan enjin skuter dan memakai helmet. “smile aryani” aku cuba pujuk hati sebelum sampai di pejabat.

“Hai morning!!” bahuku disapa lembut, aku senyum sebab kenal sangat suara tu. “ Assalammualaikum and morning Cik A’liaa” balasku sambil mata kearah wajah wanita yang menampakkan sebaris gigi di depanku. ‘U da breakfast?” mataku jatuh pandang ke bawah sekejap dan pandang wajah manis Cik A’liaa “ belum lagi, tak sempat pagi tadi”
“Jom breakfast same, boleh kita berbual-bual..lagipun kejap lagi I ada banyak meeting dengan client” aku angguk dan mencapai purse.
“ Well Aryani, what your planning after this? Takkan selama-lamanya U nk jadi assistant marketing I?” aku memandang sepi Cik A’liaa.“ Erm, kenapa cik A’liaa cakap macam tu? Saya ada buat silap atau masalah ke?” soalku dengan hati yang cukup kerisauan.Kalau aku di berhentikan kerja, macam mana aku nak bagi mak duit tiap-tiap bulan.Pernah sekali aku lewat bagi mak duit sebab aku out station dan disana aku terlalu sibuk dengan tugasan membantu Cik A’liaa menyiapkan promosi untuk syarikat, sampai aje dirumah, terus mak ketuk bilik aku dan melenting. Semua percakapan mak cukup menyakitkan hati tapi kalau along dan angah takpe,sekali pun aku tak pernah tengok mak melenting.“ Aryani? I’m talking to you” cepat-cepat aku berhenti melamun bila Cik A’liaa melambai-lambai tangan di depan mata aku.” Yes Cik A’liaa, sorry fikiran saya terganggu dengan pertanyaan Cik A’liaa tadi, may I know the reason why you ask me like that?” berdegup jantung aku menunggu jawapan Cik A’liaa. “ Cool Aryani, sebenarnya dua tiga hari lepas I ada terima surat dari HQ kita,di sana mereka memerlukan seorang  Marketing Executive yang baru sebab yang lama sudah nak pencen. Lama jugak la Puan Hirma tu berkerja disana. Di sebabkan itu I nak tahu U punya plan, kalau u tak kesah I nak hantar nama Aryani sebagai calon” aku terlopong dengar permintaan Cik Aliaa,” U jangan risau Aryani, Tan Sri percaya dengan pilihan I, sebab selalunya pilihan I adalah yang terbaik!” aku hanya membekukan diri dan otakku masih ligat memikirkan ape jawapan yang sepatutnya aku beri. Ya, memang aku impikan kerja sebagai Marketing Executive, impikan untuk jadi wanita seperti Cik A’liaa, dah lah cantik, berkaliber, berkeyakinan tinggi dan kreatif.Paling penting aku boleh keluar dari rumah dan hidup berdikari.”Ok Aryani, I ada meeting so U pikir la masak-masak tapi I harap u tak kecewakan I” Cik A’liaa bangun dan terus berlalu.

Sampai dirumah, aku duduk tersandar dikerusi ambil merenggangkan otot. Maklumlah naik moto,memang sakit la badan-badan ni, dengan otak aku masih berfikir tentang tawaran Cik A’liaa pagi tadi.huh! sesungguhnya cukup susah aku nak buat keputusan yang tepat. Aku tak nak hampakan Cik A’liaa tapi aku takut untuk menyandang jawatan yang cukup besar bagi aku.Mampukah aku?Setelah aku berasa sedikit tenang, aku bangun untuk masuk ke bilik. Aku baru memegang tombol pintu sudah terbuka” eh kenapa tak berkunci pulak ni? Tak pernah aku lupa kunci” aku berbisik sndiri.Masuk sahaja ke dalam aku melihat keliling bilik. “what!” aku lihat laci di tepi katilku tidak di tutup rapat. Aku segera keluar mencari mak di bilik” mak, siapa masuk bilik Aryani?” mak pandang aku dan hanya mendengus kasar.“ mak masuk tadi,kan mak je yang ada kunci pedua dalam rumah ni,kenapa?” aku sedkit sakit hati sebab mak pura-pura tidak faham “ kenapa mak ambik gelang tangan emas tu? Mak nak buat ape?Kenapa mak tak mintak je kat Aryani?” Ya Allah pelihara lah hambamu ini, aku berdoa dalam hati
“Mak nak pakai duit, mak pinjam dulu gelang tu, takkan dengan mak pun Aryani nak kedekut? Sanggup Aryani seorang anak tanya mak macam tu, bukan mak mencuri”
“ Mak, Aryani bukan kedekut tapi kenapa mak tak mintak Aryani sndiri. Lagipun apa masalah mak sampai nak pakai duit macam ni, kalau terdesak pun mana semua barang kemas mak? Mak memandang aku dengan tidak puas hati.“ Aryani, barang kemas mak tu untuk mak pakai kalau keluar,nanti apa kata jiran-jiran atau keluarga mak nampak mak tak pakai emas?malu la mak.
Along dan angah pakai kereta mewah tapi mak tak mampu ada barang kemas” aku duduk di birai katil. Ya allah,ampunkan la dosa mak aku. “mak pinjam dulu,nanti mak pulangkan, sebab along kamu tak cukup duit bulan ni, kereta dia dah berapa bulan tak bayar, nanti kena tarik mak jugak malu, mak cuma nak tolong along je. Abang kamu jugak.Dalam besarkan kamu mak tak pernah berkira tapi kamu makin besar dah pandai berkira dengan mak” Aku hanya diam kan diri, mencari kekuatan untuk bercakap diketika ini.” Takpe lah..mak buat la apa mak nak buat” aku melangkah keluar dan sampai dibilik, aku menekup muka aku di katil. Aku menangis sepuas-puasnya. Ya allah, kuatkan la aku untuk tempuh dugaan mu ini….aku terlena dengan air mata membasahi pipi. Andai arwah baba ada mesti tak jadi macam ni sebab gelang tu pemberian dari baba. Baba..

“Aryani sayang..bangun dah subuh, boleh kita berjemaah” Aku membuka sedikit mata, Baba senyum melihat aku yang bangun menuju ke bilik air.” Assalammualaikum warrahmatullah…” aku salam tangan baba selepas selesai memberi salam.” Aryani, ingat pesan baba sekali pun janganlah kita tinggal kan solat, sebab solat itu tiang menentukan kutuhan iman kita sebagai manusia” aku menggangguk tanda paham.
“ dan satu lagi baba nak pesan, kalau baba di takdirkan pergi dulu, Aryani kena janji jaga mak elok-elok. Memanglah perangai mak tu nampak macam berat sebelah tapi apa pun Aryani tetap anak mak” bila aku memandang muka baba semakin lama semakin kabur dan terus hilang. “Baba..baba!” aku tersedar, rupa-rupanya aku bermimpi “ astafirrullahalazim..” aku melihat jam handphone aku menyanyi lagu Butterfly tanda sudah masuk waktu subuh.Aku bingkas bangun mencapai tuala dan masuk ke bilik air.

Usai solat subuh, aku bersiap-siap untuk ke pejabat seperti biasa. Aku hanya sapu bedak nipis di muka dan lip ice. Sesungguhnya aku ni memang tak tahu nak bermake up.Setelah berpuas hati aku mencapai kunci moto dan terus keluar untuk panaskan enjin.Hari aku memang tidak berniat untuk bersarapan dirumah, baik aku mengelak untuk jaga hati sendiri.

Sampai di pejabat aku meletakkan helmet dan mengambil purse untuk bersarapan di kedai mamak di hujung jalan.aku terus melangkah ke pintu keluar “Aryani!”Suara Cik A’liaa memanggil. Aku toleh dan senyum “ Morning Cik A’liaa”
“ Morning dear, can we go together?” aku angguk tanda setuju.
Aku menikmati sarapan dengan kebulurnya, dari smlm aku tidak menjamah apa-apa makanan. Mana tidaknya,kejadian semalam membuatkan aku tidak ada mood dan terus lena dibuai mimpi kerana melayan kesedihan hati.

“Cik A’liaa, boleh saya tahu kenapa nama saya yang di calon kan?why not Cik A’liaa sahaja yang mengisi kekosongan jawatan tu?” aku mulakan bicara tentang tawaran yang di buat semalam.

“ sebenarnya I tak boleh nak terima,sebab I bakal berkahwin dan tidak ada niat untuk berhijrah ke tempat lain. Lagipun mak I tinggal seorang disini, tak sampai hati pula nak tinggalkan” Cik A’liaa senyum dan terus menyuap mee goring yang di order tadi.
“ mak u tidak keseorangan bukan? Aryani masih ada abang dirumah, betul tak?” aku memandang mata Cik A’liaa yang bulat bercelak.
“Saya takde masalah tentang mak, Cuma saya perlu masa untuk berfikir. Kalau saya kesana saya tak kenal sesiapa pun, macam mana dengan rumah sewa,sebab saya tak biasa jalan disana dan saya kalau boleh nak rumah yang dekat dengan pejabat” akhirnya Aryani luahkn juga ape yang membuat dia berat memberi kata putus tentang tawaran Cik A’liaa.

“Don’t worry dear, everything will settle if you agree” Cik A’liaa senyum tanda paham.
Hari ni aku perlu memberitahu mak yang aku akan bertukar tempat kerja. Dan oleh itu aku akan keluar dari rumah supaya aku dekat dengan pejabat.Aryani melangkah masuk ke rumah dan mencari kelibat mak di bilik, tapi mak tiada. “Mana pulak ni “ aryani melangkah ke dapur dan melihat pintu dapur terbuka luas. “Mungkin tengah angkat kain kot” tekanya sndiri.Aryani menjengah kepala keluar dan tersenyum “mak!”

“allahu akhbar!” mak terkejut dan toleh ke arah pintu.Aku senyum dan terus jalan dekat pada mak.” Aryani ada benda nak bagi tahu ni” mak megerling aku sedikit.” Apa dia?”
“Aryani ditukarkan tempat kerja di kuala lumpur, dan aryani akan duduk disana untuk mudah ulang alik dari pejabat, dalam minggu depan dah kena datang lapor diri”. Dahi mak berkerut sedikit, diam. Dan terus masuk ke dalm rumah, aku pun ikut jejak mak masuk ke rumah.

Sampai diruang tamu, baru sahaja aku melabuhkan punggung kedengaran kereta along masuk ke pekarangan rumah.Aku hanya memerhati mak.Mak tersenyum lihat along di muka pintu.” Along da makan?mak ada masak udang petai tu”
“kenyang lagi, mak je lah makan dulu. Dah banyak kali pesan tak payah tunggu along!” sedikit kasar suara along.Aku hanya jadi pemerhati, tak kuasa untuk campur tangan. Hati aku sedikit terasa,sebab sekalipun mak tak pernah tanyakan  aku seperti mak melayan along dan angah.aku tunduk. Ya, lepas sahaja kematian arwah baba, mak makin menjadi dingin dengan aku. Sejak dari kecil hanya Baba yang lebih manja kan aku.

“ Kalau Aryani kerja disana siapa nak tanggung makan minum mak disini?” Aryani tersentak dari lamunan  dan agak terkilan, hal itu yang mak risau bukan diri aku..anak perempuan mak. “ oh itu mak jangan lah risau tiap-tiap bulan aryani akan transfer duit kat account mak” mak angguk tanda ok la tu. Aku bangun masuk ke bilik, banyak lagi persediaan yang perlu aku uruskan. Semangat! Semangat!


Keesokkan di pejabat, Cik A’liaa telah memberi keterangan sedikit tentang job scope aku disana dan berkongsi segala pengalaman dia untuk aku guna pakaikan di sana nanti. Aku pun tidak sia-siakan ilmu yang Cik A’liaa bagi, apa lagi cepat-cepat aku salin sebagai nota untuk rujukan masa akan datang.hehe…

  Banyak yang Cik A’liaa sediakan untuk aku, seperti mencari rumah sewa di kuala lumpur,map pejabat baru dan penghantaran moto kesayangan aku, walaupun perjalanan ke kuala lumpur  hanya mengambil masa 2-3jam dari Pahang tapi ni semua untuk memudahkan aku dan biar aku cepat selesa di tempat baru nanti kata Cik A’liaa kepada aku tadi. Terima kasih Cik A’liaa, sayang Cik A’liaa ketat-ketat!

2 comments: