Bab 2:
Selepas sahaja membuat pendaftaran untuk semester akhir,
Lulu duduk seorang diri di café.Menunggu Nurul yang masih belum selesai,
mungkin ini pertemuan mereka yang terakhir sebelum masing2-masing pergi membuat
latihan Industri selama 6 bulan.
Lulu menghirup milo ais yang dibelinya tadi, argh..terasa
lega sikit bila anak tekak dibasahkan. Begitu panas cuaca hari ini, pada masa
yang sama mata Lulu liar mencari seseorang.Setiap pelusuk tempat di perhatikan,
di sini banyak sejarah sudah terukir. Sayu hatinya bila teringatkan Taufiq yang
sudah missing in action!
Sedang
Lulu asyik melayan perasaan, matanya melihat susuk tubuh seseorang dari jauh.
Dia cukup kenal tapi…kenapa…??
Bulat mata Lulu melihat Taufiq dengan seorang perempuan
berjalan berpegangan tangan.Lulu bangun dari kerusi untuk melihat dengan lebih
jelas, dia pasti dan tak mungkin silap. Itu Taufiq!
Taufiq
berjalan dan berselisih dengan Lulu, tapi sikit pun dia tidak toleh kepada
Lulu. Bagai dia tak pernah kenal aku, apa maksud semua ni??
Kesedihan
Lulu tidak dapat dibendung lagi, dia terus menangis.Jiwa cukup terluka.
“ eh
lulu siapa perempuan dengan Taufiq tu?” Nurul segera mendapatkan Lulu yang
sedang duduk dimeja.
“
aa..aku tak tahu, tadi selisih pun dia macam tak kenal aku. Mata dia langsung
tak memandang aku.”Teresak-esak Lulu bercakap.Dia sedar semua orang di café
memandang ke arahnya.Mana yang menyaksikan peristiwa tadi pasti tertanya-tanya,
sudah ramai yang tahu Lulu dan Taufiq adalah pasangan bercinta.Semuanya kerja
Taufiq yang menghebohkan kepada semua orang.
Ya allah,
kuatkanlah hambamu ini. Ujian apakah yang aku sedang lalui…
Taufiq
Al-hakim, namamu sungguh indah disebut. Tapi bila mengenali dirimu yang sebenar
itulah perkara yang paling aku sesalkan.
“Sakinah kenapa awak tak beritahu saya yang BERMUDA JIWA
anak syarikat SYAF BERHAD?” Lulu rasa sedikit kecewa kerana terlalu ikutkan
marah kepada Taufiq,
“ saya pun kurang pasti tentang perkara tu, saya diamkan
aje lah. Tapi bila Encik Syed Arman datang sebagai wakil BERMUDA JIWA saya baru
tahu.”Sakinah memandang wajah Lulu yang gusar dengan kejadian semalam.
“ awak kenal Encik Syed Arman?”
“ sebenarnya saya pernah lihat dia sekali je, masa dia
menghantar dokumen persetujuan projek di Pahang.”
“macam manalah saya boleh terlepas pandang semua ni.”
Lulu merungut sendiri, Sakinah hanya memandang Lulu dengan perasaan kasihan.
“ itulah kau Lulu, ikutkan sangat marah. Tapi aku memang
patut marah dengan apa Taufiq buat dekat aku. Bila sahaja dia sebut nama dia Syed
Arman Putra Mukhris aku betul tak sangka yang aku dah biadap dengan anak big boss. Habislah aku sebab buat
perangai macam tu.” Lulu tak habis-habis memarahi dirinya sendiri.
Handphone Lulu berbunyi rancak, menganggu sedikit
fokusnya ketika kerja. Sudah lah hari ini dia rasa stress dengan apa yang berlaku. Ini kira selamat sebab Dato’ Haji
Kamarul tak tahu, kalau tahu memang macam peluru perpandu keluar dari mulutnya.
“hello..ermm, nak apa?” Lulu bersuara malas bila dengar
suara yang amat membosankan. Siapa lagi kalau bukan si Ida!
“ eh babe, esok
macam mana? Aku nak book tiket wayang
ni.” Semangat Ida sampai nak book tiket bagai.
“ ermm..kira jadilah, aku pun nak hilangkan stress ni” inilah peluang yang Lulu perlukan
untuk mengurangkan tekanan perasaan.
“ cantek! tu aku sayang kat ko, muah!” Ida dah mulakan
kegedikannya. Inilah yang Lulu meluat dengan teman serumah sorang ni. Apa punya
nasib daaa…
Fail tebal di depan mata ditatap sepi, entah mana
silapnya proposal ini dikatakan tidak
lengkap. Proof apa yang hendak
dilampirkan, pelik betul la minah tu..ape kes dia reject benda yang tak masuk
akal?
Putra mengomel sendiri, cukup tidak faham apa masalah
dengan proposal tersebut. Tapi perasaan lain mula terbit di dalam hati
lelakinya. Lulu Asmara nama pun dah cukup weird,
mungkin itu sebab dia pun dah tak center.
Bibirnya melirihkan senyuman yang penuh dengan seribu makna.Tangannya segera
mendial seseorang, dia perlukan pertolongan untuk mencari satu jawapan yang dia
sendiri pun tidak pasti.
Muka seposen Ida dah mula nampak bila dia perasan Lulu
seperti tidak puas hati dengannya.
“ Lulu, sorrylah..aku pun tak sangka”
“ apalah kau ni, dah la cerita entah apa-apa kau beli,
lepas tu sekarang kau nak gerak sebab ‘pokcik’ kau nak jumpa.” Lulu mendengus
tidak puas hati.
“ aku janji ni last,
lepas ni keluar aku teman kau sampai habis. Ye?Pls..pls” Ida buat muka monyok
untuk mintak simpati.
Lulu mengeleng lemah, kenapalah dia boleh dapat kawan
macam ni. “ yela, pergilah..aku ok je” akhirnya Lulu mengalah.
“ ok,sayang kat kau Lulu”
Ida pun dengan segera beredar, Lulu hanya memerhati susuk tubuh Ida
hilang dari pandangannya.Hati kecil Lulu memang kurang berkenan dengan boyfriend Ida, bila melihat mukanya
sahaja Lulu dapat rasa dia bukan lelaki yang baik.
Akhirnya Lulu berjalan seorang diri, dari satu kedai ke
satu kedai dia masuk untuk mencuci mata.Ini semua sebab nak buang masa di sini
sahaja, kalau nak balik rugilah sebab dah datang lagipun bukan selalu. Kalau
dapat shopping ni lagi seronok tak
ingat!
Lulu membelek-belek handphone di tangan, tahap bosan
melampau bila jalan sorang-sorang ni. Time
macam nilah handphone smartphone amat
berharga, apa lagi layan game lagi bagus!
“ auch!” terasa wajahnnya tersebam didada
seseorang.Bergegar otak sekejap bila kepala mula melayang entah kemana.
Digosok-gosok dahi yang terasa sakit.
Lulu mendongakkan kepalanya untuk lihat siapa yang sengal berdiri ditengah-tengah tempat
macam ni. Gulp! Tertelan air liur Lulu bila melihat wajah lelaki didepannya.
Mata Putra merenung tepat wajah Lulu, tidak kisah tentang
perlanggaran yang baru sahaja berlaku.
“ kenapa berdiri dekat sini?? Ishh…sorry” Lulu terus
ingin berlalu.Tak tahan lututnya hendak berdiri didepan lelaki itu.apa lagi
cabut!
“ sekejap, awak nak pergi mana?” Putra menahan Lulu yang
hendak pergi.
“ saya dah cakap sorry
kan? Walau saya rasa awak yang salah berdiri macam patung dekat sini” Lulu
semakin lemas bila Putra menahannya.
“ memang saya sengaja berdiri tadi, dari jauh saya dah
nampak Cik Lulu jalan dengan main handphone.” Putra bercakap dengan matanya
beralih kepada tangan Lulu yang memegang handphone.
“ so?”Lulu buat muka takde perasaan.
Putra tersengih, “ takde apa..nak kemana? By the way you sorang?”
“ ada nampak yang lain ke..sorang je lah”
“ boleh saya jalan sekali” putra mengangkat kening
lebatnya yang terukir semula jadi.
“saya nak balik dah..thanks
je k” Lulu terus melangkah pergi meninggalkan Putra di belakang.
“ Cik Lulu, wait!”
Putra turut berjalan pantas untuk jalan seiring dengan Lulu.
“ ishh..apa ikut orang ni?”
“ jom lah teman saya jalan, saya pun sorang je ni”
“ awak ni sakit ke? Saya kenal awak?Dah jangan ikut
saya.”Lulu dah mula panas bila dia melihat Putra seperti tak nak lepaskan dia.
“saya kenal Cik Lulu, orang yang reject proposal saya”
Putra senyum bila wajah Lulu berubah mejadi kelat.
“ we are not in the
office, so please. Kalau awak ikut saya, saya jerit!.Faham?”Lulu terus jalan
menjauhi Putra, dia rasa macam nak lari selaju mungkin.Apa punya nasib la boleh
jumpa dia dekat sini.adush!
Putra hanya mengelengkan kepala, niatnya baik je. Tapi
minah sorang ni lain pulak yang dia fikir. Muka aku ada macam penipu ke? Matanya
hanya mengekori susuk tubuh Lulu sehingga jauh dan terus hilang.
“ ishh..laki ni sama je. Pantang nampak dahi licin. Dia
dan Taufiq sama je! Tak boleh percaya!”Lulu mula maki hamun, rasa geram teramat
sangat pada dua lelaki itu kini. Kenapa aku perlu jumpa dua lelaki ni, arghh!
Putra tidak dapat melelapkan mata, kejadian petang tadi
membuatkan dia teringatkan wajah Lulu.Dia perasan yang Lulu tidak pernah
memandang tepat ke anak mata bila bercakap dengannya. Kenapa dia macam tu. Bila
dilihat dari ketrampilannya yang bertudung, dia seorang gadis yang comel.Geli
hati Putra bila memikirkan kejadian petang tadi, bukan main lagi garangnya,
siap ugut untuk menjerit. Dia sendiri pelik macam mana mereka boleh terserempak
hari ni. “Lulu Asmara, wait for my next
step..”Putra tersenyum puas.
Lulu mula tak sedap hati bila dia menunggu Ida yang belum
lagi pulang kerumah.Tambahan lagi bila dia gagal menghubungi Ida dari sejak
petang tadi. Selalunya kalau ada apa-apa dia akan sms..ini tidak langsung
senyap je.
Idalah satu-satunya kawan yang dia cukup rapat.Selepas
tamat belajar hubungan dia dan Nurul terputus begitu sahaja.Walau matanya sudah
mengantuk dia masih menanti kepulangan Ida dan akhirnya Lulu terlelap di sofa.
Keesokan pagi apabila Lulu bangun sahaja dia tercari-cari
Ida di bilik, tapi hampa.Memang semalaman Ida tidak pulang.Dicapai handphone
dan ada satu mesej belum dibaca.
Babe!
Sorry!
Aku
ada hal sikit kat kampung. So aku tak dapat balik 2-3 hari ni.
Take
care au!
~Ida~
“ kampung? Selalu je ada hal..apa pulak masalah dia ni”
Lulu merungut sendiri.Terpaksalah dia duduk dirumah sendirian hari ini.Ingatkan
mahu melepaskan geram pada Ida dengan menceritakan kejadian semalam. Tapi
terpaksa la postpone sampai next episod.
Hari sudah menjengah ke petang, terasa bosan duduk
dirumah tanpa ada aktiviti.Nak kemas rumah, semuanya dah kemas. Tak tahu apa
hendak dibuat, Lulu tergolek-golek di atas sofa, mencari idea untuk menghilangkan
rasa bosan yang melampau.
“ baik aku pergi joginglah. Sihat sikit.”Lulu segera
masuk ke bilik untuk menyalin pakaian.
Keretanya menghala ke tasik Titiwangsa, situlah tempat
yang selalu ramai je orang.Tak berani Lulu hendak joging di tempat yang sunyi
dan tidak ramai orang. Macam-macam kes sekarang ni.Semakin bersemangat dia ingin
menukar kasut sukan, bila melihat ada yang sudah berlari-lari anak.” Kan bagus
Ida ada..”
Lulu mengelap peluh dimuka, cuaca petang yang agak
kepanasan membuat mukanya nampak kemerah-merahan.“ huh..penatnya..baru je lari
satu pusingan” Lulu mengeluh sendiri.
Lulu mula berjalan perlahan mencari ruang untuk dia duduk
berehat, matanya asyik memerhati orang ramai yang sibuk beriadah bersama
keluarga. Terbit perasaan rindu pada mak dan abah,sekian lama dia tidak
berjumpa dengan kedua orang tuanya.
“uit..terbukak pulak tali kasut ni” Lulu membongkok untuk
mengikat semula tali kasutnya.
Lulu mematikan perbuatannya apabila terpandang sepasang
kaki manusia sedang berdiri didepannya.Dia mendongak ke atas dan bulat matanya
bila melihat senyuman itu.Again?!!
Wow so sweet....nak lagi
ReplyDeletetq Ayu, insyaallah manggis akan upload lg.. :D
ReplyDeleteAgen Bola Online & Casino Online Terpercaya
ReplyDelete1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
-----------------------------------------------------------------------
- Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
- Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
- Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
- Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
- Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
- Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
- Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
- Bonus Cashback Sportbook 5%
- Bonus Cashback Sabungayam 5%
- Bonus Referall 2% Semua Game
- Bonus Referall 1% dari member Togel
Contact Us Now :
Livechat Casinobet77
whatsapp : +85599495431
PIN BBM : D6235F1C
Wechat : casinobet77cs1
Line : casinobet77
skype : casinobet77
Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/
Numpang lewat yah min...
ReplyDeleteHanya di OPPO POKER
Bonus New Member....
Deposit 15.000 - 49.999 = Bonus nya 10.000
Deposit 50.000 - 99.999 = Bonus nya 15.000
Deposit 100.000 Ke atas = Bonus nya 20.000
Numpang ya min ^^
ReplyDeleteHANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
Bonus New Member Bervariasi
Bonus next deposit 5%
Bonus rilingan 0,5%
dan masik banyak yang lainnya bossku
Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny