Monday, 17 December 2012
sPecial tHanks for My Reader and Frens!
Assalammualaikum dan Salam sejahtera :)
Manggis nak ucapkan terima kasih sesangat pada pembaca2 blog manggis terutama my frens blog!
Baby mio, elvythia and Seri Ayu thanks for all your comment. I really appreciated! sebabkan korang manggis sentiasa semangat untuk menulis. hope korang akan sudi follow cerita manggis until end a.k.a selamanya..hehehe :D nice to know you all!
Peace!
-manggis-
Sunday, 16 December 2012
Sekali dapat!… : Bab 17
Sampai sahaja dirumah Aryani terus menyiapkan bahan-bahan untuk masak tengahari, dia pasti Karl akan merengek kelaparan. Dah faham sangat Mr.0ksigen tu!
Ketika Aryani sibuk memasak Karl tidak menganggu Aryani, dia hilang entah kemana. Mungkin cuci kereta atau menonton tv. Aryani perasan jugak ada jiran-jiran yang mula memandang curiga pada mereka berdua. Dulu setahu mereka aku tinggal seorang, dan sekarang Karl wujud entah dari mana. Mesti lah fikiran bukan-bukan ye tak?
Selamatlah Karl memahami perasaan tidak selesa aku, pernahlah sekali ada jiran usya semacam je dekat dia. Mr.0ksigen ni perasan, nak tahu apa gimik dia buat??
“she is my wife, boleh check dekat Jabatan Agama, nak surat nikah?? Pun ada..” melihat gelagat Karl yang mencari sesuatu di dompet membuat kan jiran aku terus masuk ke rumah.
Aryani sudah selesai masak, di hidang lauk siap-siap untuk Karl makan kerana dia perlu solat Zuhur dahulu sebelum kehabisan waktu.
Usai solat, Aryani keluar dari bilik dan melihat Karl sedang menonton tv. Dialih pandangan ke meja dan seperti lauk-pauk yang dihidang masih belum disentuh. Pasti Mr.0ksigen tak makan lagi. Ape kes pulak ni…
“kenapa tak makan? Saya dah siap hidangkan” pertanyaan Aryani tidak disahut. Tumpuan Karl masih pada televisyen.
“ tak nak makan sudahlah..”Aryani mula bosan.
“ abang tunggu sayang lah..takkan nak makan sorang..” akhirnya Karl bersuara dan memberi senyuman yang sukar ditafsirkan.
Argh..Mr.0ksigen ni suka sangat buat aku tak cukup nafas! Kerana malu Aryani terus ke meja tanpa mempedulikan Karl.
Ketika makan Aryani langsung tidak berani mengangkat muka, terasa seleranya hilang bila berdua dengan Karl. Sungguh dia tidak biasa dan terasa bacaan darahnya mendadak jatuh. Fuhh!
Sepantas yang boleh Aryani menghabiskan nasi dipinggan. Lain pula dengan Karl, bukan main lagi seleranya.
“ alhamdullillah..sedap sayang masak” Karl sudah pun selesai makan, Aryani mengutip pinggan kotor dan di bawa ke dapur untuk dicuci.
Pujian Karl tadi langsung tidak buat Aryani perasan. Selalu orang lain mesti dah kembang kan? Tapi Aryani langsung tidak termakan kata-kata masin Karl tu..puii!
Habis sahaja kerja disinki, Aryani melihat Karl sedang menonton tv, dia mula gelisah apabila tidak tahu apa perlu dibuat. Aryani cukup malas hendak duduk bersama Karl, mula la jantungnya berdegup tak tentu hala, satu hal lagi..mula lah aku jadi wanita melayu asli,punya lah jadi pendiam. Semuanya serba tak kena lah nanti.
Setelah perah otak sekering-keringnya, Aryani memutuskan untuk duduk di bilik sahaja. Buat aje lah aktiviti membaca ke atau apa sahaja asalkan dia selesa.
Tak sampai 10 minit Aryani melepak dalam bilik, pintunya diketuk bertalu-talu. Pasti Mr.0ksigen!
Aryani berjalan malas, apa lah dia ni nak lagi…
“ ye ada apa?” Aryani memandang wajah Karl yang tersenyum manis.
“sayang buat apa dalam bilik..” soalan Aryani langsung tidak dijawab. Dengan selamber Karl masuk ke bilik Aryani tanpa dijemput. Aryani mula rasa bengang!
“ Tak ada apa..Cuma siapkan kerja sikit..” dipandang Karl yang sedang elok baring di tilamnya. Tahu lah dia yang belikan, jangan lah sesuka hati aje baring kan..
Aryani terus menghadap laptopnya, cukup malas nak berdepan dengan Karl. Bosan..bosan!
“abang rasa nanti kita beli katil..lepas tu barang-barang keperluan lain pulak..ok tak?” Karl sengaja mencari peluang untuk berborak.
“emm..” reaksi Aryani seperti tidak mahu berbual.
“ kawasan rumah ni strategik kan..kedai pun tak jauh, public transport pun senang je dapat.” Karl masih mencuba menarik perhatian Aryani.
“emm..”
“sayang tak rindu pada mama dan papa?” tak terfikir nak balik semula ke KL?” kali ini soalan Karl membuat Aryani tersentak.
“ saya tak pernah lupa mereka.. tapi hidup saya di sini. Tempat saya cari rezki dan hidup saya tenang disini.”
“can you stop call me sayang. Its sound weird.” Aryani meluahkan apa yang sudah tersirat di hati.
“ do I care?” Karl sengaja membalas dengan memek muka yang memang cari pasal.
Aryani mendengus, sudah tak terlayan dengan sikap Karl.
Tiada lagi kata-kata yang keluar dari mulut Karl, barangkali faham perasaan Aryani yang pernah terluka dan tersiksa suatu ketika dahulu.
Masing-masing mendiamkan diri dan melayan perasan yang tidak ada siapa pun yang tahu apa mereka sedang rasakan di antara satu sama lain. Bersatukah mereka disatu saat nanti?
Hakim sedang duduk bersantai dirumah, entah mengapa ingatannya sering berfikir tentang Aryani. Ada sesuatu yang istimewa pada gadis itu, tapi dia masih belum berpeluang berkenalan sepenuhnya. Sikap Aryani seperti menjarakkan diri apabila dia cuba mendekatinya agak menyukarkan keadaan.
“kenapa ibu tengok anak ibu ni kerap termenung..fikirkan siapa?” wajah lembut perempuan yang berusia didepannya ditatap sepi.
“tak ada apa, fikirkan hal pejabat Kim aje..” Hakim cuba menutupi rahsia sebelum Ibu angkatnya mengetahui perkara sebenar.
“Tak ape lah macam tu..janganlah dikenang sangat kisah yang lepas. Takut memakan diri. Itu semua datang dari Nya..Allah s.w.t.” kata-kata nasihat diberi kepada satu-satu anak yang dia ada kini.
Kisah yang tersemat di jiwa Hakim, cukup dapat dirasai Puan Juana juga. Kecelakaan orang tua dan tunangnya, amat memberi kesan yang dalam. Diketika itu, hidupnya cukup menderita, Puan Juana adalah Ibu kepada arwah tunang Hakim. Kehilangan sekali serentak cukup dirasai kedua-dua mereka. Sejak dari itu Puan Juana nekad untuk menjaga Hakim seperti anak sendiri.
“awak..andai jodoh kita tak panjang..apa awk akan buat?” soalan yang tidak disangka keluar dari mulut Mia.
“hey..apa sayang merepek ni..lagi dua minggu sahaja kita akan di ijab kabulkan. Kedua orang tua kita sudah pun restu. Melihat muka mereka pun kita tahu mereka turut gembira” Hakim sungguh tidak boleh terima soalan dari bibir Mia.
Mia hanya mampu tersenyum melihat telatah Hakim yang betul-betul over excited mengenai perkahwinan mereka.
Sebutir mutiara jernih jatuh di pipi Hakim tiap kali dia teringatkan Mia Aryana. Ya namanya hampir sama dengan Nur Aryani Fisha, tapi mereka hanya sama pada nama.
Cinta dan kasih sayangnya pada Mia Aryana tidak pernah luput dari hatinya. Hampir lapan tahun kisah itu sudah berlalu, kemalangana Ibu bapa dan Mia sewaktu pulang dari membeli persiapan perkahwinan mereka. Pada hari itu Hakim tidak dapat menemani mereka kerana perlu menyiapkan kerja sebelum mengambil cuti yang panjang. Tapi memang benar, selepas kejadian itu cukup lama Hakim bercuti untuk mnegubat kesedihan hatinya. Sehingga sekarang Hakim masih setia kepada cinta hatinya Mia Aryana.
Aryani mula merasa tidak selesa bila berduaan dengan Karl, tambahan pula dengan suasana senyap antara mereka. Mata Aryani masih menghadap skrin laptop, lain pula dengan Karl. Sesaat pun dia tidak sia-siakan masa yang ada, matanya redup merenung Aryani tanpa berkelip. Dari rambut yang diikat, jatuh pula pada mata yang cukup menawan yang di miliki Aryani. Lantas pandangannya beralih pula pada hidung mancung kecil molek Aryani. Bibir Aryani yang nipis dan kemerah-merahan ditatap lama. Sungguh dia sudah jatuh cinta pada wanita didepannya ini.
“encik tengok apa ni??” teguran Aryani membuatkan Karl tersedar dari lamunannya. Kemudian mata Karl memandang Aryani tepat seolah-olah ada api kemarahan yang ingin menyala.
“ stop call me encik Aryani..” keras suara Karl di cuping telinga Aryani.
Aryani malas hendak layan sikap Karl, dia masih meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Karl yang dari tadi memandangnya tidak henti-henti.
Karl masih terus-terusan merenung Aryani tanpa sedikit pun beralih,
“ do you hear me??” sedikit tinggi nada suara Karl kali ini.
Aryani mula bosan dengan sikap Karl, sudah lah dari tadi dia memandang Aryani seperti nak ditelan, sekarang percakapan Karl seperti mendesak-desak. Argh!..Aryani mula rasa serabut dengan semua ni. Dia mula bangun dan berjalan keluar, sungguh malas dia nak melihat muka Karl. Nama je Mr.0ksigen..rasa sesak didada mcm Karbon dioksida…
Melihat reaksi Aryani yang hendak keluar dari bilik, membuatkan Karl pantas bangun dan mencapai tangan Aryani.
Terperanjat apabila terasa tangannya di pegang erat, Aryani segera memandang Karl dengan terpinga-pinga.
“Kenapa ni?.. saya nak ke dapur..takkan itu pun encik nak tahan..isshh lepas la..!”
Karl semakin rapat dengan Aryani, dengupan jantung semakin bergerak pantas. Mata Karl nampak seperti manusia sedang menahan kemarahan…Ya, Allah tolonglah hambamu ini..Aryani pasti dia yang menjadi sasaran Karl. Dah terang-terang aku sorang je dekat sini..haishhh..
“kenapa encik ni?” terus dialih pandangan ke tempat lain. Aryani masih mencuba menarik tangannya dari genggaman Karl.
“why you keep calling me ‘Encik’..?”You know I really don’t like it! Call me abang, I’m your husband.” Suara Karl cukup menaikkan bulu roma Aryani. Cukup keras dan tegas, sah memang dia tengah berapi macam meggie kari berapi! Uishh..ni lagi pedas!
Aryani menelan air liur membasahkan anak tekak, terus diam membisu langsung tidak ada tanda-tanda ingin menjawab soalan Karl. Karl bagai bercakap dengan patung. Hakikatnya Aryani cukup takut bila dia tahu Karl sedang marah. Melihat sikap Aryani yang hanya diam, hati Karl semakin marah, meluap rasa nak meletup. Betul-betul rasa tercabar!
Karl mula hilang sabar, dan dia terus merangkul kemas pinggang Aryani rapat dengannya. Dipeluk tanpa ada sikit pun ruang udara antara mereka. Aryani cuba melepaskan diri, sungguh dia tak sanggup membiarkan Karl melakukan perkara bukan-bukan, walaupun mereka suami isteri. Kedatangannya tanpa diundang pasti ada motif yang tersendiri. Siapa yang tahu kan?
“lepaslah..apa ni!!” Aryani mula meronta-ronta supaya dia dapat lepas dari pelukan Karl, disebabkan tubuh Karl yang sasa segala perbuatan Aryani langsung tak mendatangkan hasil.
“apa awak nak dari saya…” tersekat-sekat suara Aryani kerana perasaan takut semakin menebal. Dia tahu tiada satu manusia pun yang akan menolongnya diketika ini.
Terasa bibir Karl mencium bahunya, nafas Karl cukup jelas kedengaran ditelinga.
Karl cukup merasa selesa bila Aryani berada dalam dakapannya. Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada, perasaan kasihnya tidak boleh dibendung lagi.
Ditarik tubuh kecil Aryani ke atas tilam, dada Aryani sebak menahan airmata ketakutan dari mengalir.
Tubuh Karl sudah menindih Aryani dan kini airmata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir jua.
Karl merapatkan wajahnya, Aryani menutup mata serapat yang mungkin. Tidak ingin melihat wajah Karl disaat ini.
“call me abang” suara Karl berbisik ditelinga Aryani.
Dalam sedu sedan Aryani menyebut “aaa..bang..”
“kan senang.. lepas ni tak ada lagi perkataan encik. Ingat abang akan dapatkan hak abang tapi sekali abang dapat abang takkan sekali-kali lepaskan tapi sekali abang lepas abang takkan patah balik" pipi Aryani dicium lembut sebelum Karl bangun keluar dari bilik.
Aryani terus menangis, melepaskan kesedihan di hati….
Sementara di luar.. Karl duduk termenung, tersentuh hati lelakinya melihat Aryani yang ketakutan tadi. Memang kalau diikutkan nafsunya yang membuak-buak bila setiap kali dekat dengan Aryani, tidak mahu dilepaskan peluang yang ada. Ingin sahaja dibelai dan mencumbu Aryani sepuas-puasnya. Tapi apabila melihat airmata Aryani gugur dipipi, perasaan kasihan mula terbit dan tidak sanggup dia lakukan sesuatu yang akan menguriskan lagi perasaan wanita yang disayanginya.
Tapi Karl mengharap dengan perbuatannya tadi Aryani mula faham yang Karl boleh melakukan apa sahaja asal kehendaknya dituruti, lebih-lebih lagi haknya sebagai suami.
Saturday, 15 December 2012
Cerpen : err..bossy! bencinya!
“Madam,
I only ask you increase about 300, not 3000” sungguh aku tak puas hati
dengan perempuan cina yang separuh abad didepan aku sekarang ni.
Madam Wong masih mengelengkan kepala, “ sorry, we only pay you RM1000. If you want
more, just find another job. Not here” Aku mula menyampah tapi takpe, aku
bukan jenis mudah putus asa lah!
“
ok, I will find another job” suara yang
nak marah ni masih aku control sebab
tak nak jadi isu lain pulak kan, tak pasal-pasal aku takde gaji langsung bulan
ni.
Sakitnya hati aku! Nak tahu apa masalah aku
dengan lady boss sorang ni?? Meh sini
aku nak cerita,tak larat nak pendam sendiri.
Nama aku Ratna Baizura binti Megat Adnan. Umur
aku baru je masuk 25 tahun dan sekarang bekerja di audit firm. Lady boss ni lah
owner dia..haih..punya kedekut.
Mula-mula aku masuk dalam audit firm ni sebab inilah tempat praktikal aku
selama 6 bulan. Apa yang aku tak puas hatinya, bila tamat je tempoh aku
praktikal, Madam Wong ni serap lah aku as
audit assistant tapi gaji dia bagi RM1000 je..ade ke patut? Tu secara kasar
aje..kalu dah tolak KWSP, Socso semua tu bagai? Berapa sangat lah yang aku
dapat. Macam mana aku nak survive kat
Kl ni? Itulah aku cuba mintak jugak naikkan RM300, tapi dia ni memang sah
saudara haji bakhil! Eh..bila pulak haji ni ada saudara cina?? Memang dah salah
fakta aku ni.
Sedih hati aku..kakak senior pun cakap yang fresh
grade macam aku ni sepatutnya dapat RM1300. Apa punya nasib daa..
Sejak pada kes haritu, aku bertungkus lumus
menghantar resume pada company yang ada kekosongan. Termasuklah
semua agency pekerjaan, aku dah tak
kira aku mesti buktikan yang aku boleh dapat gaji lebih bagus dari tempat ni.
Dalam tempoh sebulan ni dah banyak temuduga
aku pergi, semuanya bagi keputusan yang negatif. Aku masih gigih mencuba, kali
ni aku dah tak kisah position dia
apa, asalkan kerja dia ok.
Aku masih menanti panggilan kerja untuk aku,
hari-hari aku belek telefon bimbit. Tapi hampeh senyap je telefon ni, aku terus
merenung telefon aku macam orang tengah bercinta. Tengah aku layan feeling sedih, aku boleh tersenyum
lebar bila telefon aku ada vibrate. hehehe
“ hello,
may I speak to Ratna Baizura?” suara lelaki yang tak dikenali.
“ yes,
speaking. “ aku jawab dalam ragu-ragu.
“ I’m
Siva from job agency, I received you resume and already submit to our client. So
they interested to invite you for the interview? When you available?”
“ really?
Tomorrow?Which area?” aku rasa teruja sangat.
“ Ok,
tomorrow evening? This company area PJ at ss 14. This company actually quite
big ye miss. So you will know much
better when attend the interview.”
Klik! Aku sudah pun putuskan talian dan aku happy sangat. Kali ni aku mesti buat
yang terbaik!
Keesokannya aku ambik cuti setengahari, sebab
nak datang awal takut terlewat pulak. Faham aje lah kalau naik pengangkutan
awam, bukan salah train or bas tapi aku. Kalau dah terlepas memang kena tunggu
lagi la jawabnya. Kan bagus kalau aku ada kereta.
Aku duduk menunggu diruang lobi, mata aku
memerhati staff-staff yang bekerja
disyarikat ini. Semuanya sibuk kusyuk melihat skrin computer. Macam busy betol
kerja kat sini.
“ hello,
interview right? please follow me?” seorang perempuan menegur aku.
Aku mengangguk dan terus mengikot langkahnya
masuk ke sebuah bilik kecil.
30 minit kemudian…..
Fuhh! Lega aku, habis jugak temuduga ni.
Payah betol kalau temuduga dengan bukan orang Malaysia ni. Mula-mula aku ingat
perempuan tu orang cina, tak pun mix tapi rupa-rupanya orang Philipine. Patutlah soalan dia straight semacam je dah macam physco pun ada.
Sekarang ni aku kena tunggu untuk buat quick test pulak. Mengelabah kejap bila
dia bagi tahu tadi. Aku langsung tak sedia laaaa..kenapa lah agen tu tak cakap.
Cop! Tapi test tu pasal apa? Kalau
nak study pun buku apa aku nak refer? Ko ni Ratna blur!
Hampir setengah jam aku menunggu baru lah seorang perempuan berbangsa India
memanggil aku. Di hulur kertas kepada aku, kemudian pensil dan kalkulator. Satu
persatu soalan aku jawab, bila dibuat rumusan test ni lebih kepada kiraan invoice.
Haha, dah position yang aku apply pun Invoicing Department memang la soalan cam gitu.
Masa yang diberi untuk jawab adalah 40 minit,
tapi aku siapkan dalam setengah jam. Lepas hantar aku terus balik. Aku memang
tawakal aje, tapi 90% hati aku mengatakan aku dapat kerja tu!
Aku sedang sibuk menyiapkan kerja di pejabat,
masuk hari ini 3 hari dah berlalu selepas aku datang temuduga tempoh hari. Tak
dapat la tu gayanya..haih..tu la Ratna confident
lebih lagi.
Handphone
dipoket terasa vibrate yang tidak
henti-henti, ni mesti ada incoming call.
“ hello,
yes.”
“ Hello
Miss Ratna, I’m Siva from job agency. That day you attend for interview right.
They interested to hired you. Congrate!” suara lelaki itu sungguh
bersemangat berkata-kata.
“ what?
Serius? Alhamdullillah..by the way, how
much they pay?” aku terus teringat benda paling penting dalam motif aku
cari kerja haritu.
“ ok, they
pay you RM2300 with allowance RM200. So the total you get is RM2500. “
Senyap…..
“ hello miss…Miss Ratna?” Lelaki itu mula
pelik.
“ err..sorry,
I’m here. “ cepat-cepat aku tersedar bila dia terus memanggil nama Ratna.
“ why
miss? You macam tak happy je?Gaji banyak macam ni pun tak happy ke?”
“ eh takde lah, I happy cuma betul ke ni? I macam tak percaya” terkeluar jugak
kenyataan yang kurang pandai aku.
“ haha..kelakar lah miss ni, betul la..buat
apa saya nak tipu. Next Monday you boleh
start and collect your offer letter sekali. Ok Miss have a nice day!”
Aku tersenyum senang, akhirnya dapat jugak
gaji yang berbaloi.
Aku melangkah masuk ke department yang asing buat aku pada hari ini, Oleh kerana aku ni freshie,
aku diwajibkan menjalankan latihan untuk belajar setiap system dan rules sebelum dibenarkan membuat actual work. Mentor aku ni
perempuan berbangsa India, aku panggil dia Parvi. Dalam pemerhatian aku dalam
pejabat ni memang multiracial, luar
dari Malaysia macam philipine, Singaporian, middle east dan lain-lain pun ada.
Parvi
ni baik orangnya, dia ajar aku satu persatu dan takde pun nak garang-garang
atau buli. Orangnya memang lembut dan penyabar. Hehe..kadang-kadang aku ni
lembap sikit.
“
Ratna, better you understand everything
quickly. I think you will replace me. Based on the discussion, I guest..”Parvi
memandang ke arah aku yang sedang membuat kerja dengan menggunakan komputernya.
“Really? Ok. I will.” Aku jawab ringkas.
“
yeap, if you handle my job you will
report under Madam Merry.” Parvi bercakap dengan tanganya di dagu.
Aku
hanya mengangguk faham.
“
But, I afraid…” Parvi merenungku
seperti ada sesuatu tak kena.
“
why, I not good right?” Aku terus
meneka.
“
eh..no..never mind, we will talk later.
Just finish your work”
Aku
teruskan kerja tanpa memikirkan apa maksud Parvi sebentar tadi.
Nak
dijadikan cerita, sedang aku sibuk membuat kerja di komputer dan aku melihat
ada seorang lelaki sedang bising-bising pada staff dia. Hampir 2 bulan aku
disini aku tak pernah pun melihat dia. Siapa pulak mulut besar ni?
“
siapa yang ajar kau buat macam ni? Itu sebab masa training salin nota!”aku
melihat mamat itu terus memarahi staff lelakinya.
Aku
hanya melihat gelagat lelaki bongkak ni, kena kat aku taulah muka kau aku kerja
kan.
“
mana si Parvi ni..dari tadi hilang..” aku mengomel sendiri dan mata liar
mencari kelibat Parvi.
“
eh tu bukan Parvi ke? Apa yang dia tengah berbincang tu?” aku terus memerhati.
‘errrr…ape
kes pulak tunjuk arah aku ni…” hati aku mula tak sedap.
Mata
lelaki itu terus merenungku, walau Parvi sedang bercakap denganya. Segera aku
mengalih pandangan. Uishhh semangat!
“
Ratna, I have something to tell you. Just
now I baru dapat tahu yang you tak akan gantikan tempat I tapi you akan
dimasukan ke department Invoicing untuk
big account. So you will report under Encik Darwish Lee”

Melopong
aku dengar apa yang diperkatakan oleh Parvi.
“
Encik Darwish Lee?? Yang lelaki tadi tu?” aku nak kan kepastian.
Belum
sempat Parvi membuka mulut, kami serentak memandang suara yang kuat datang dari
DARWISH LEE!!!
“
takkan ini pun kau tak boleh tahu? Malu kan aku je! Stationery siapa yang handle?!!
Lepas ni aku nak semua budak baru diberi
buku nota. Dan aku nak tengok dorang salin nota. Faham!”
Tertelan
air liur aku bila fikirkan dapat bos macam ni.
Aku
melabuh kan diri ditilam, sungguh penat hari ini. Banyak benda aku kena buat
sebab pertukaran yang secara tiba-tiba.
Aku
mula risau untuk bekerja dengan Encik Wish lee tu.
“
you jangan risau, sebenarnya encik Darwish tu baik orangnya. Cuma mulut bising
sikit tapi hati baik.Apa yang you kena tahu apa sahaja yang keluar dari mulut
dia jangan simpan dalam hati. Dia memang jenis mulut bising. Biasalah tu..”
Aku
mengelengkan kepala bila teringat apa pesanan Parvi sebelum balik tadi.
Hari
ini aku sudah dimasukkan ke department Encik Wish lee..aku memerhati mejanya
yang tak jauh dari tempat aku. Disini
aku dilatih oleh Daphne, orangnya lembut membuatkan aku jadi lebih senang untuk
berkawan denganya.
“
daphne, saya tak pernah tengok pun Encik Darwish sebelum ni? Baru semalam saje
saya mula nampak muka” aku menyoal Daphne ketika kami sedang makan bersama.
“
owh.. dia baru balik dari siapkan projek di Netherland, itu pasal you takde
nampak dia sebelum ni..”
“
Ratna Baizura??” Encik Darwish Lee berdiri didepan ku kini.Mak aih tinggi jugak
dia dari aku. Selalu tengok dari jauh ingat ok2 je..
“
yes” aku jawab perlahan.
“
besok pukul 9 you perlu datang training di tingkat 11. Don’t be late.”
“Uaaaappp..”
masuk ni sudah lebih 5 kali aku menguap, bukan sebab tak cukup tidur tapi sebab
bosan dengan topic training hari ni.
Aku masih gigih membuka mata sebab trainer
dia adalah Encik Darwish sendiri. Haih berani la ko nak tidur Ratna!
“
you! Ratna, new staff. What you should do
if the system have a problem?” Encik Darwish terus menunjuk ke arahku
kemudian berpeluk tubuh.
“
aaa… we do not suppose do anything. Just
stop doing the job and waiting until your supervisor coming to solve it.”
Aku jawab selamber..haha, dalam hati mengelabah tuhan je tahu. Mengigil lutut
aku bila mata Encik Wish Lee pandang tepat ke arah aku.
“
good” terus dia menyambung presentation
yang bila nak habis pun aku tak tahu.
Buku
didepan sudah habis aku conteng dengan macam-macma bentuk. Bosan duduk
menunggu, mana lah Encik Wish lee ni. Tadi suruh duduk dekat sini lepas tu dia
hilang kemana.
“
itu kerja awak bila bosan? Lukis kotak?” suara garaunya membuat aku tersentak.
“
hehehe..” terpaksa aku senyum kambing. Dia merapatkan wajahnya pada aku dan
mengangkat kening. Wahh..hensem pulak dia buat macam tu..adushhh..
“
ok, lepas ni you akan duduk di sana” tangan menunjuk meja kosong yang berada
didepan mejanya.
Aku
hanya mengangguk. “ saya tak nak ada sikit pun error bila menghantar report
diatas meja saya. So please make sure you
double check before pass it” tegas suara Encik Wish Lee memberi arahan.
“
baik Encik..”
Seminggu
aku bekerja dengan Encik Wish Lee,tapi aku langsung tak pernah lihat dia marah
atau bercakap kasar dengan aku. Last pun
masa mula-mula dia panggil aku duduk di meja.
Tapi
sebentar lagi aku kena hantar report
mingguan kepadanya, mungkin masa itu dia akan jadi Wish Lee si mulut besar.
“Encik,
ni report untuk minggu ini.” Aku
menghulurkan report yang tebal di
atas mejanya.
“emm.”
Itu sahaja reaksinya.
Aku
pun apa lagi terus angkat kaki, aduh..berdebar-debar hati aku. Takut di marah
teruk macam staff sebelum ini kena. Masih
seriau telinga aku dengan kata-katanya pagi tadi.
“
eh, kau ni dah berapa kali buat report?
Dah senior pun masih bodoh??! Ambik balik
report kau ni!”
Ha
macam tu lah staff tu kena pagi
tadi.. mahu tak mengigil lutut aku.
“Ratna!!”
terus membulat mata aku bila dengar suara Encik Wish Lee.
“
dear..you see this..pergi betulkan balik” lembut sahaja suaranya disaat ini.
“
maaf encik, saya betulkan sekarang jugak” aku terus mengambil report yang
dihulur kepadaku.
“
lain kali tengok betul-betul ya..by the way lunch nanti makan dengan siapa?” mata
Encik Wish Lee merenungku lama.
“
ha? err..tak tahu lah..takde plan lagi” aku jawab tergagap-gagap.
“
good, lunch dengan saya.”
“
what?” aku betuk-betul terperanjat, dah tak boleh nak cover lagi suara ni.
“
Im your boss!”
Aku terus mencebik, ok takpe kalau dia buat
bukan-bukan aku boleh tuduh dia buat gangguan seksual.
“
keluar lunch tak boleh disabit kesalahan gangguan seksual kan?” dia tersenyum
sinis.
Aku
terlopong bila dia boleh baca isi hati aku yang sedang mengutuk dia kaw-kaw!
“
kenapa awak pandang saya macam tu?” Darwish memandang pelik Ratna yang dari
tadi merenungnya tidak puas hati.
“
takde apa..selalu ke buat kerja macam ni?” aku dah tak kira lah dia boss ke
apa..janji aku puas hati.
“
kerja apa? Invoicing? Erm..ada laa dalam 7 tahun. Why?” Darwish jawab selamba,
“
bukan tu maksud saya..kerja paksa orang lunch sama dengan Encik, ke takde orang
nak makan sama?” aku tersenyum senang, ambik kau..kan dah kena dengan aku.
Darwish
senyum memandang Ratna, “ awak yang pertama, dan untuk pengetahuan Miss Ratna
walau saya garang dengan staff saya, mereka sebenarnya sukakan saya dan selalu
bersyukur dapat bekerja dengan saya. So bila dah dapat tu kenalah ikut arahan
saya.”
Aku
mencebik, belagak gila la mamat ni, err..bossy!
Aku
sungguh kelam kabut hari ni, mana taknya Encik Wish Lee bagi aku kerja yang
setahun pun belum tentu boleh habis. Tak menang tangan aku nak buat, memang
suka mendera la..asyik bagi arahan je tahu.
Apa
yang aku tahu dari Daphne Encik Wish Lee ni kacukan Cina dan Melayu, tu pasal
nama dia ada ‘lee’. Dengan rupa paras dia dah ala-ala cina tu pun orang boleh
tahu. tapi kadang-kadang boleh keliru jugak bila dia boleh bercakap dalam
bahasa Cina. Haih..untung la..
“
Dear, report tu dah siap ke? Ini lagi satu paperwork I nak you check.” Aku hanya
memerhati fail yang diletak. Apa kes dia ni…ingat aku robot ke apa??
Tapi
tu semua kata-kata dalam hati je, dia boss takkan aku nak marah-marah pulak,
mahu aku diberhentikan time tu jugak.
Aku
menggosok mata yang mula terasa penat, kerja masih ada berlambak untuk aku siapkan.
Jam pun dah hampir ke 10 malam.
“uaappp”
aku sudah terasa penat dan mengantok sangat. Apa nak buat kerja kena habiskan
jugak.
“
penat?” suara garau itu membuat aku terperanjat sampai rasa nak masuk bawah
meja je.
“
err.. Encik..kenapa tak balik lagi?” aku pura-pura cool..
“
tunggu my dearie…” Darwish sudah duduk di bangku yang berada di depan ku.
“
owh..ofis dekat-dekat ya..senang la kan..untung la” aku jawab tanpa mempedulikan
Encik Wish Lee didepan, aku terus membuat kerja. Sebenarnya aku gugup duduk berdua
dengan dia dalam pejabat, lagi-lagi dah malam cam gini.
Darwsih
tersenyum dengan kata-kata Ratna, “ dah, jom balik.”
“
sikit lagi..Encik balik dulu.”
“
Ratna, saya suruh awak balik, Im your boss!” Darwish sengaja menekan perkataan ‘BOSS’
tu kepada Ratna.
“
ishh..kenapa Encik suka mengarah ye?” dah hilang sabar aku dengan mulut besar
ni.
“because
Im your boss.. I repeat. Im your boss plus your future husband!” Darwish terus
merapatkan wajahnya pada Ratna.
“
what?????Gila!”
“ am I??
jom balik, saya hantar” Darwish terus menarik tangan Ratna.
“
eee.. Encik Darwish lee.. you so bossy! Bencinya!
Walaupun
aku cakap macam tu, tapi dalam hati aku berbunga-bunga bila tahu Encik Darwish
suka dekat aku. Pertama kali dia
merenung aku semasa bercakap dengan Parvi lagi dia sudah jatuh hati. Untung la
kau Ratna…sebab kau pun sudah jatuh hati dengan si mulut besar ni. Cinta tetap
ada walau dia so Bossy!
Subscribe to:
Posts (Atom)
